CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 28, 2020

PhoP challenge : Buku lama

Nak phop kat rumah, buku lama manada. Sejenis mak, mengemas saja, buang. Sekarang, menyesal banyak.



Gigih la cari kat opis buku buku lama. Terjumpa buku akta ha. Akta 164 tu, ada cop terima 20 May 1984. Dan buku Akta Mahkamah Rendah 1948 tu dibuat pindaan SATAKAT 30.06.1983. Nampakkk!

Jaman ini, mak pun belum lahir waima wujud. Maknanya usia buku ni hampir empat puluh tahun juga lah.

Kerja dengan akta dan ordinan, begitulah. Kadang-kadang rasa macam lawyer. Kadang-kadang rasa nak meloya. Kahkahkah.

Mood phop kembali ke laut. Jadi mak hantar sajalah celen kali ni kepada Cahya Mysara Zuel . Terimalah seadanya. And happy birthday! ❤️

Uuu. Disember baby memang osem! 😎

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyMysara
#PhoPByLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#HappyBirthdayMysara
#BukuLama

Saturday, December 26, 2020

Pinggan lejen..

Makan apa tu? Ada ni ha makan sate.

Set cawan ibu mertuaku yang berusia berpuluh tahun lama nya. Tapi masih relevan design nya. Made in England woi. Rare!


Mekaseh mama bagi pinjam buat ambik gambar. Berkenan sungguh aih.! 🥰🥰🥰

Ada pernah tengok kat Shopee rege nak dekat dua ratus satu set gini. 🤭🤭🤭

Kita cari saka kat rumah emak mak pula. Zasss. Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly

Monday, December 21, 2020

Yay! Yay! Yay!!!

Gembira lagi mak harini.

Dapat top 5 untuk challenge #1hero4dayang dalam #misiulangtahunbermakna by Kak Jed Rozita. Alhamdulilah.

Challenge yang perlu buat dengan hanya guna satu jenis roti sebagai hero dan empat props sahaja termasuk backdrop.

Phew! Nampak mudah tapi yang tahu, tahu lah. 🤭🤭🤭

Apapun, terima kasih Kak Jed. ❤️❤️

Morning! 

#makbebel

.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Akhirnya para juri telah membuat kata sepakat untuk memilih pemenang2 bagi Photo Challenge 5 #1hero4dayang sebagaimana berikut :

1. Edda Mzain
2. Azlin Faudzi
3. Sebrina Jusoh
4. Aimi Nadiah Ramli
5. Maria Md Isa

Tahniah kepada semua pemenang.  Hadiah akan diuruskan segera ya 💝


Terima kasih untuk semua penyertaan.  Semua gambar yang dihantar sangat cantik2.  Untuk yang tidak terpilih kali ini, akak harap tidak berkecil hati.🌹

#misiulangtahunbermakna
#misiulangtahunbermakna_projek13
#jedulangtahun_photochallenge

PhoP Challenge : Lempeng

Balik kerja terus melempeng. Ini lempeng kampung versi kecik. Kang beso beso bila nak siapnya. 

Elok setel snap, hujan pun turun dengan lebatnya. Pheww! 

Terima lah phop challenge harini dengan tema pancake atau lempeng. Zasss!



Layan betul makan hujan hujan gini. Salam Maghrib!

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyDakIntanNorzehan
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#Pancake/Lempeng

Happiness..

Happiness is not something you postpone for the future, it is something you design for the present.


Assalamualaikum wbt and good morning people! ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Sunday, December 20, 2020

Minum petang apa tu..

Kadang kadang, hidup tanpa ropol lebih menenangkan.

Minum apa petang petang gini?


#PhoPbyNadeaRamly

Nasi aruk

Nasi aruk.

Nang upa nya. Tok pakey lunch sekali lah nak. Brunch kata urang tek. 

Ya baruk!


Ke cney jak kitak urang haritok? Mek duak dirumah jak. Morning!

#PhoPbyNadeaRamly

Saturday, December 19, 2020

SOOC kauu..

Ni nama dia SOOC. Straight out of camera.

Tiada editting. Tiada adjustment.


Paling kanan anak jiran depan rumah. Yang rajin melayan diva sesambil mak siram pokok bunga, pokok bunga melur tanam tepi batas itik bertelur ayam menetas. 

Tudung serlom mak beli kat jiran lorong tigabelas nun. Sedap pakai wuuui. Udah la labuh. Sejuk hati apak kat Langkawi nun. Kahkahkah.

Masuk mesin rileks je. Awning tak kemek. Paling penting tapayah gosok. Kain best. Ringan dan tak jarang. Dan tak bergema telinga kau. Mak beli tiga. Tamak dan malas. Okbai.

#makbebel #makdiva

Kentang goreng dipetang hari..

Minum petang anak beranak. 

Malas sungguh nak masak. Tadi lunch pun beli. Ni, rajin sikit la. Ngenang anak kau pun perut sepesen kau, bangun tidur je lapar.  Jadilah ha. 


Dua hari weekend pun jem taktau nak masak apa. Yih!

#PhoPbyNadeaRamly

Misi ulangtahun bermakna by Jed Rozita

Sebab birthday sama bulan dengan KakJed, maka Nad sahut challenge kakJed #misiulangtahunbermakna walaupun dah misi terakhir. 😂😂😂

Bak kata KakJed, ambik gambar ni terapi, bukan untuk stress jadi Nad rileks rileks snap dan tadaaa, siap!


Terimalah #1hero4dayang untuk KakJed. Moga cukup syaratnya. 😉

Good morning world!

#misiulangtahun

Friday, December 18, 2020

Birthday present..

Birthday present from a very good friend.


Moga yang baik baik berbalik pada kau juga. Amin ya rabb. 

Aku suka weh. Sangat! ❤️❤️❤️

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan kawan! 

#PhoPbyNadeaRamly

Thursday, December 17, 2020

Rezeki laksa.

Rezeki dapat makan laksa. Jiran hantar. Alhamdulilah.


Terima kasih KakLong Ros. ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Department bunga

Sejak jadi phoper ni, ruang ini lah dituju dulu. Padahal dulu bunga pun mak tak gemar.


Bukan tak suka langsung, tapi tak berapa minat. 

Sebab itu orang kata, hati kita ni Tuhan yang pegang. Bila bila boleh berbolak balik. Hati hati la berkata kata. Takut yang kita taknak, tak suka itu lah yang kita dapat.

Kan mak dah suka bunga sekarang. Tiberr!

Terapi betul lah masuk Kaison ni. Released! 

#makbebel

Wednesday, December 16, 2020

PhoP Challenge : Kenangan

Kalau nak kenang balik, banyak sangat kenangan yang mak takboleh lupa. Tapi kali ini mak nak fokus pada satu kenangan terbesar dalam hidup mak.


Sembilan tahun lepas, persiapan kahwin kami 70% keluarga yang uruskan. Apak pada masa itu di Sabah. Mak pula di Sarawak. Keluarga kami di Kuala Lumpur.

Nak balik cuti tak boleh selalu. Jadi, sekali kami balik, terus selesaikan semua benda.

Kami balik tiga empat hari sebelum nikah. Rare tak? 😂😂

Masa tu la kau nak last fitting baju, nak pakai inai, nak make sure dewan okay, pelamin ko sampai pada hari dijanjikan. Belum hat kecik kecik lain bila semua tanya kau, kau nganga nganga cengang. 

Mana bekas telur. Mana bunga pahar. Mana doorgift. Lauk apa kenduri nanti. Baju tema apa. Yihh!

Bab nikah sanding bagai? Jumaat lepas Asar nikah, Sabtu resepsi belah mak, Ahad sebelah apak. Isnin dah hantar apak balik Sabah.

Takde acara tukar tukar baju. Takde malam berinai bagai. Malas. Lagipun kami penat nau nau. Apak pun bukan sejenis layan benda benda gini. Mak pun kepala sempoi malas nak serabut.

Baju mak pun putih je. Udah apak pakai uniform. Senang je ku pilih putih. Sama macam mak cakap tadi, malas nak serabot. Baju nikah je warna kelabu. Semua sewa.

Lepas dua hari sampai Sabah, apak pun hilang dari radar sebab tugasannya pada masa itu, disatu tempat yang tak ada line telefon. 

Jadi bermulalah episod kehidupan perkahwinan jarak jauh. Sampai la sekarang, keluar Aisyah Maritza seketoi ha. 

Kahwin sembilan tahun, anak baru dua tahun? 

Ye. Tujuh tahun tunggu diva ni. Baru nak muncul. Rezeki kami lambat sikit. Episod keguguran pada tahun ketiga lagi. Eh, kang panjang cerita pulak. 

Apapun, tinggalkan lah kenangan pahit di belakang nun, kenanglah yang manis manis sekarang.


Okeh, phop challenge dengan tema kenangan, siap! 

Bai. 

#PhoPbyNadeaRamly #PhoPChallengebyDoraKouru
#PhoPByLiniMohd 
#Kenangan

Tuesday, December 15, 2020

Mak tambah usia lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Segala puji bagi Allah SWT yang masih beri mak peluang bernafas dibumi ini sehingga usia mak telah pun mencecah 34 tahun tanggal 14 Disember 2020 Isnin itu hari.


Subuh hari itu, mak bangun. Menyelesaikan apa yang patut. Err dan kurang patut. Dan terus cek lesen memandu kekalau dah expired. 😂😂😂

Rupanya dah renew dua tahun terus. Takde terkocoh kocoh nak pi renew di hari kelahiran kau kan. Lelagi musim PKP ni. Misti lagi banyak restriction dan syarat nak masuk premis premis kerajaan. Nama pun norma baru. Silalah adapt bersama sama.

Stereng kereta tu mainan harian. Jalan tu pun trek mainan mak. Jadi lesen memandu itu merupakan satu tiket paling penting dalam kehidupan harian mak. Ha nampakkkk. 

Lega lepas tengok lesen hidup lagi, mak bersiap lepas suruh diva pilih baju apa mak kene pakai haritu. Kasi can anak la kali ni. 😉

Dan anak kau pun gembira melihat mak dia lawa dan puji kata mak dia macam princess. (Mak kembang hidung time ni. Kahkahkah)

Takde apa mak nak coret sangat pun. Cuma beberapa perkara yang mak buat dikala usia usia begini, lebih kepada minat dan kepuasan diri sendiri. Dan mak nak kenang balik kenangan menginjak setahun kedepan ni banyak ajar mak tentang mengenali diri sendiri.

Mak terjebak dengan dunia phop atau nama penuhnya phone photography.

Mak mengalami beberapa siri tekanan emosi yang teruk.

Mak juga kehilangan sahabat yang mak kasihi. (Al Fatihah untuk Arwah Mohd Adha bin Mat Yusoff dan Arwah Laila Ainy binti Halake)

Orang kata, benda tak best tak payah ingat. Tapi pada mak, itu buat kita lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.

Hari kelahiran ke 34 ni, macam biasa saja. Bezanya mak dapat banyak wish dan doa dari kawan kawan. 

Ya ampun semua. Sebab hari Isnin memang superduper bz la kat pejabat weh. Dengan public mengamok tak puas hati. (spoil betul mood birthday girl haku tauu..😂😂😂) Takdan nak balas satu satu ucapan kalian. Mintak maaf sangat sangat. Tapi serius mak baca semua. Kat whatsapp. Kat telegram. Allahu. Banyaknya orang baik baik keliling mak. 🥺🥺🥺 Dan mak harap semua yang baik baik juga berbalik kepada kalian.


Malam nak tidur pula dapat suprise. Mak dapat top 3 phop challenge #paperbag itu hari. Terkejut betui sebab tak expect langsung. Gambar kawan kawan lain lawa juga. Tapi itulah. Rezeki kan nama dia. Apalagi, tidur dalam senyum lah malam tu. 😂😂😂

Berturut-turut Tuhan beri. Kau cuma tinggal syukur. 

Terima kasih emak abah, suami, mama abah adik beradik. 

Again, thank you for all the wishes, du'as and nice words. Itu lebih besar nilainya untuk mak.

Teruskan doa tuk diri sendiri, families, friends dan semua umat manusia.

Thank you korang! Lap yu olss lah..❤️

Psst. Macam teringin nak bau baby lagi. Eh! Bai.

Nota : Ucapan dari apak, moga jadi mak yang lebih penyabar. 😂😂😂😂
 Sabar jela haku. 😂😂😂

Regards,
Mak Yang Semakin Berusia

#nadearamly #makbebel

Thank you korang!

Thank you for all your wishes semalam kawan-kawan. Tak terbalas satu satu. 


Assalamualaikum and good morning! ❤️

#PhoPbyNadeaRamly #pblmsupports

Monday, December 14, 2020

Top 3 Winner! Yay!

Terkejut pun ada. Result phop challenge #paperbag dah keluar. Mak dapat top 3 weh! 

Ni gambar last minit hantar. 


Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Hadiah hari jadi di penutup 14 Disember ni. ❤️

Link post klik SINI.

Terima kasih host dan ticer Lini. Sangat bermakna sebab selama join phop challenge, ini first time dapat top 3. Task #sweetcandy dapat top 40 ritu pun dah gembira yakmat. Mudahnya gembira kan mak kan. 😂😂😂

Nampak kecil pada sesetengah orang, tapi impak dia besar pada mak. Mari gigih mengephop. Huyeh!

Tidur dalam sinyummm..😂😂😂

Terima kasih again! Mak pun love you all lah.❤️

#phopbynadearamly #paperbag

PhoP Challenge : Something Yellow

Untuk hos PhoP challenge Kak Aziela Amin, yang berkongsi tarikh lahir dengan Nad hari ini.


Terimalah, something yellow seadanya. Happy birthday to us! ❤️


Terima kasih yang wish. Moga semua yang baik baik berbalik pada kalian juga. Korang memang osem!

Belanja la like satu tanda support mak dah tambah umur harini. Kalau komen lagi osem. Thank you korang!! ❤️❤️

#PhoPbyNadeaRamly #PhopChallengebyazielaamin
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#SomethingYellow

Feefeeling jap..

Sajalah pagi ni mak make up make up diva. Sasambil ambik video.


Terimalah, lagu favourite mak tiba-tiba-suka dan Diva Maritza.❤️


Morning!

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Sunday, December 13, 2020

Mee goreng aglio olio

Rasa nak makan mee goreng. Jadi goreng lah ha buat anak kau makan sekali.


Mee goreng ala ala spageti alio alioo. Kicap habis pulak. Tak jadi mee goreng basah. Kahkahkah. Bai.

Terima kasih yang bagi hadiah set teko ni masa kawen sembilan tahun lepas. Berguna juga buat props sambil menjamu tetamu yang datang ke rumah kami.

Moga pahala untuk kalian yang memberi. ❤️❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Saturday, December 12, 2020

Popia goreng

Semalam letih benar. Takdapat join phop challenge. Tapi tak apa. InsyaAllah ada masa nanti.

Popia ni ibu Su bagi itu hari. Mak baru dapat goreng. Sedap betul! 


Korang breakfast apa? Morning! 

#PhoPbyNadeaRamly

Friday, December 11, 2020

Aisyah Maritza At School : Mengecat

Aktiviti : Gotong-royong mencantikkan taska.

Objektif
♥️ Pergerakkan motor halus dan moto kasar kanak-kanak.

♥️ Memberi pengalaman baru kepada  kanak-kanak untuk mengecat dinding.

♥️ Mengajar kanak-kanak mengenal warna.



📸 Taska Safwa

.

Okeh. Boleh tolong mak cat bilik lepas ni. 😌😌😌

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m
#TaskaSafwa

Thursday, December 10, 2020

Appointment dua tahun enam bulan

Lega selesai urusan temujanji diva di klinik tadi.

Mak dia punya busy sampai lupa tarikh. Lepas tu menggelabah sendiri. Mujur tetiba teringat tapi tarikhnya dah lepas lah. Mak call klinik pagi tadi, cerita perkara sebenar.

Seronoknya depa kata tak apa, puan datang lah hari ni. Petang pun boleh. Teruslah mak decide appointment petang ni ha. Call ibu dia laju laju kata nak ambik diva awal dalam jam 2 petang. Disiapkan diva mak ni dengan dandanan rambut.

Sampai klinik nurse puji. Pergi speed99pun depa tegur rambut dia. Abang polis yang datang beli kat situ pun kata lawa rambotnya. Memang overshadow mak ye kamu anak. 😌😌😌

Dua tahun enam bulan ni, berat 13kg. Tinggi 98cm. Beza 10cm dengan enam bulan lepas. Tinggi dia ni kata nurse. Berat tu je naik 700gram. Tapi masih okay.

Mak tak mintak banyak, sihat dak diva ni pun mak dah syukur. Sebab yang tahu perasaan dan rasa jaga anak sorang sorang tak ada bantuan ni, tahulah.

Nah, OOTD hari ni ke klinik yang disiapkan oleh ibu dan ummi dia. Tadaaaa..


Pisyoo!

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Aisyah Maritza At School : Susun puzzle

Aktiviti : Susun Puzzle

❤️ Meningkatkan daya pemikiran dan minda kanak-kanak.

❤️ Menguji kesabaran kanak-kanak.

❤️ Fokus dalam menjalankan aktiviti.


📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y6m #TaskaSafwa

Wednesday, December 9, 2020

PhoP Challenge : Something Green

Memeriahkan phop challenge hari ini dengan tema Something Green.


Balik kerja terus shoot ha. Nasib ada cahaya sikit lagi. 

Terimalah!

Potong potong letak asamboi, cili api, gula sikit, masuk peti ais phewww, misti sedap kan.


Menjejeh rasa air liur. Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly
#phopchallengebyLea_yusof
#PhoPByLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#SomethingGreen

Aisyah Maritza At School : Tampalan

Aktiviti : Tampalan

Tumbuh-tumbuhan hijau 

Objektif

♥️Memperkenalkan kepada kanak-kanak mengenai tumbuh-tumbuhan hijau.

♥️ Kanak-kanak dapat mengenal warna hijau.

♥️ Kanak-kanak dapat menikmati keindahan semulajadi.


📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y6m #TaskaSafwa

Tuesday, December 8, 2020

Rojak chor..

Dinner!

Tak rasa nak makan nasi, jadi balik tadi singgah kedai chor kat Pekan Gurney beli rojak buat makan malam. Aisyah pula mak belikan nasi lemak.


Bila kerja, memang dapur mak tu jadi hiasan saja. Kahkahkahkah.

Yang mana balik kerja dan masak tu, mak betul betul salute. Korang memang hebat! Mak macam biasa, huruf M tu lebih besar dari segalanya. 😌😌😌

Nah, terimalah menu-konon-nak-kurus. Tadaaaa...

Tak pernah mengecewakan! 🤤🤤🤤

#PhoPbyNadeaRamly

Aisyah Maritza At School : Chocolate rice

Aktiviti : Coklat rice

Objektif
♥️Memupuk semangat kanak-kanak dalam bidang kulinari.

♥️Memupuk semangat bekerjasama.

♥️Mengajar kanak-kanak erti. kesabaran dalam melakukan aktiviti.




📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y6m #TaskaSafwa

Picsart Calendar

Orang lain jauh dah pergi, mak baru dapat buat kalender ha guna PicsArt penangan kelas free Cikgu Juju itu hari. Jadi la kan. Kahkahkah.


Maklomlah, mak busy bebenau sekarang melayan princess Maritza ni. Mana mulut riuhnya. Suruh role play lagi. Suruh joget lah. Suruh bawak bas lah. 😂😂😂😂

Itu, dia sendiri pose ye kaki silang gitu. Mak tak pernah ajar. 

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Monday, December 7, 2020

PhoP Challenge : Paper bag

Shoot last minit, hantar pun seminit sebelum wisel tamat berbunyi. Kahkahkah.

Dugaan betul nak shoot dari tengahari tadi. Mood mengephop pun masih tak kunjung tiba. 

Tak apalah. Terimalah tema phop challenge hari ni, paper bag. Bai.



Gene martino? Itu je saiz yang sedang elok dengan ketinggian dan saiz mak kalau nak beli baju ready made selain Zawara. Lain, mak tempah dengan tailor diraja mak nun di Kedah nun. 

Macam lama je takde baju baru. 😌😌😌

#PhoPbyNadeaRamly #PhopChallengebySyueSalim
#PhopbyLiniMohd
#AlumniAPCphopChallenge
#PaperBag

Sunday, December 6, 2020

Diva berkebun.

Berkebun.

Mak dah takde idea nak bagi diva ni penat camana untuk tidur awal malam ni. Esok mak dah kerja macam biasa. Jadi banyak preparation mak kena buat sebelum tidur. Dengan kelas mak lagi.

Jadi mak suruh la dia berkebun ha. Ini bukan berlakon. Ini betul betul. Hahahah. 


Dok nampak sipot, dia dok snail snail snail. Hah. Sampai Aunty Fawa datang hantar aiskrim pun dia dok habaq dia nampak snail. 

Lepas tu nampak angkel angkel main takraw hujung lorong nun kesana pulak dia. Dipanggil balik, takmahu.

"Amboi diaaaa." Kata dia kat mak sambil suruh mak balik.

Kemain eh. 😒

Masuk rumah nampak tompok tompok air basah kat sofa, dia kata tu jellyfish pulak.

Mak nengok kamu kecik beso kecik beso je nak. 

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Saturday, December 5, 2020

Kena marah baru nak tidur..

Lepas kena marah baru nak tidur.


Ni lah anak Asyrani tu. Yang request hari hari nak makan ayam sesaje. 

Tidur pun payah nau. Aiya..

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

PKPB tamat.

Alhamdulilah. PKPB ditamatkan di Perak kecuali Daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Syukur! 

Yang masih PKPB, kuatlah kawan-kawan. Kami mendoakan. ❤️

Selamat petang korang! 


Nota : inspired by gambar ticer.

#PhoPbyNadeaRamly

Roti poket Doremon

Ada lebihan roti, mak buat la poket doremon ni. Resipi ternampak kat Cookpad. Simpan, peram, baru dapat buat.


Biasalah. Mak bukan rajin masak. 😅😅😅

Eh. Assalamualaikum, selamat pagi! Korang breakfast apa pagi ni? 

#PhoPbyNadeaRamly #PhoPbyLiniMohd #PBLMsupport

Friday, December 4, 2020

PhoP Challenge : Smartphone / Camera

Mak pakai Realme 6i saja ha ambik gambar selama ni. Harga pun tak sampai ribu ribu. 


On camera, snap, edit dan zuppp, upload kat Facebook. Siap!


Okeh, done phop challenge dengan tema Smartphone / Camera hari ini. Sakit pinggang buat flatlay uiiiii..😂😂😂

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyAejaa
#PhoPByLiniMohd
#AkumniApcPhopChallenge
#SmartphoneCamera

Mood mengephop ke laut.

Anak dok sebut donat donat semalam. Nah mak layur donat pink di hari Jumaat nan indah ni. 


Ini sepatutnya gambar yang mak hantar untuk task 3 itu hari tapi tak jadi sebab ada cutleries pula. Dengar briefing ticer tak habis gitu lah. 😅

Jadi mak kongsi lah buat tatapan peminat pink macam anak mak tu. 

Mood mengephop entah kemana. Moga harini ada sinarnya. Dark mood, kemarilah kauuuuu...zassss!!

Eh. Morning korang! ❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Thursday, December 3, 2020

Happy 2 years and 6 months anak! ❤️

Bawak nasi nak suap makan. Mak pun tanya.

Mak : Aisyah kena ma.. 

AM : kan..

Mak : Nak makan kena baca do..

AM : nat..

Donat saje eh. 


Ni la diva mak apak yang dah tambah sebulan lagi harini. Akal dia, kemain la banyak. Vocab pun sama naik. 

Penyayang. Peramah. Perajin. Penyepah rumah. Pelakon terbaik. Eh, macam macam la lagi. Alhamdulilah. 

Lepas makan dia cakap, i leliu mama. Terus mak kenyang anak. Kahkahkah.

Jadi, hashtag kita kasi tukarrrrr...

#AisyahMaritza #AMjourney #2y6m

Wednesday, December 2, 2020

PhoP Challenge : Sauce

Jammed buat phop challenge tema sos ni. Dua hari tak shoot, idea semua ke laut.



Terima lah Nad punya ni ya Kak Ati. Memeriahkan tema kita hari ini. Zasss!!

Batch 33 dah bukak. Dah selamat register. Kelas bulan Februari insyaAllah. Siapa minat bagitahu mak. Mak bagitahu Mak Smurf kami. Boleh ronggeng sesama buat task nanti. Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly #PhopChallengebyAtiIsmi
#PhoPByLiniMohd
#AlumniApcChallenge
#sauce

Monday, November 30, 2020

PhoP Challenge : Personal Planner

Sebab kat opis, grab apa ada saja nak memeriahkan phop challenge tema personal planner kali ni.


Jadilah. Walaupun tak berapa puas hati saka tak ada. Huuu.


Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyHafidah
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#personalplanner