CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 31, 2020

B29 : Task 1 : Product

Kaler ni nampak Nadea sangat! Kata Mak Smurf. 🤭🤭🤭


Setel hantar. Tunggu jela kena petir dengan Ticer. Redhooooo..

Task 1 Batch 29.
Theme : Product Photography
Submission Date : 31 Oktober 2020

Drop some icon. Thanks! 😉

#PhopByNadeaRamly
#PhoPByLiniMohd
#Task1 #Batch29 #productphotography


Thursday, October 29, 2020

Aktiviti diva di malam hari..

Sejenis malam je, kena bukak buku sebuah. Tak kisahla buku mewarna ke, buku mengenal abc ke, janji buku.

Mak layan saja lah. Bagus buat mak rajin juga sebenarnya. So, dimulakan dengan buku mewarna. Nak warna grapes katanya. Ha, nah!


Agak agak bosan, melukis kat dinding pula.


Dinding tu memang canvas dia. Dan mak sengaja tak cat lagi bilik ni. Biar dia lukis penuh dulu baru nak mengecat. Lagipun mak takde idea lagi nak buat tema apa. So biar dia buat dulu.

Kalau nampak ada pasu bunga dengan ikan kat contengan dinding tu, kalian hebat. Kahkahkah.

Kau ingat anak je boleh melukis? Mak dia pun taknak kalah tau. 😌😌😌

Lepas tu macam lapar, mak suruh la makan dulu. Makan mee kari mak buat siang tadi la. Kemain habis semangkok. Nasi taknak makan. Haih.

Lepas mandikan semula comot comot makan tu, hah, sambung balik mewarna.


Berwarna warni grapes kamu anak. Lantak situ.

Lepas tu kita belajar mengenal benda pulak. Kaler pensel pun semua dah tumpul. Sharpener udah rosak. Esok la mak beli.

Ada video dia, tapi next entry la mak uplod.  Menyampah pulak line sendu macam siput. 

Dah belajar mak belanja la tengok youtube kejap. Lepas tu, tidor!!! 

Esok nak pergi school.

Okbai.

Nota : Mak pun nak tido lah.

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m


Mee kari..

Mak malas nak phop. Gini sajalah.


Mee kari 'apa-ada-dalam-peti-ais' seadanya. Mujur serbuk kari belum expired. Lain semua dah kena buang dalam tong sampah. 🥴🥴🥴

#makmasak

Drama Diva..

Excited dapat main air kat luar sambil sambil cuci karpet. 

Mak nak bawak kamu keluar mak takut musim covid ni. Kita beraktiviti kat rumah saja laha anak.

😂😂😂😂


#phopbyNadeaRamly #AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Wednesday, October 28, 2020

Phop Challenge : Losyen

First time join #phopchallenge.


 Jadi terimalah tema losyen hari ini dari mak yang dah jem buat task. 😂


#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebySamsiahTaha
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#Losyen

Tuesday, October 27, 2020

Don't judge..

Entah kenapa kebelakangan ni, sensitif betul jiwanya. Rapuh sungguh hatinya. Mudah sungguh menitiskan air matanya.

Yang kenal Aisyah Maritza ni, tahulah dia bagaimana. Bukan mudah mengaku kalah. Bukan senang dia nak menangis. 

Mak tahu dan mak sedar, ini fasa baru. Cuma, jangan mengadili.

Yang suruh mak sabar sementelahan anak nak besar, ya, mak sedang buat.

Yang kata nanti lepas dah fasa ni misti rindu, ya, pasti juga mak tahu itu.

Yang kata didik anak tak boleh marah marah kasar kasar jerit jerit, pun mak raikan pendapat itu.

Cuma again. Usahlah memaksa orang mengikut cara kita. Kalian senang begitu, teruskan. Kalian selesa begini, buatlah.

Ada nasihat mak ambil buat panduan, ada setengah mak telan tak toleh belakang. 

Juga, yang tahu dan kenal mak, tahulah. Yang belum tahu sepenuhnya, selamat berkenalan.


Gambar diambil sebelum menghadiri tahlil malam kedua arwah Maklong. 

Berbaju kurung merah bertudung hitam. Tudung yang diminta sendiri untuk dipakai. Udah nengok mak pakai tudung, mana boleh kalah. Inner tudung mak la, macam biasa. Janji kamu bahagia. ❤️

Dan posing baru, angkat kaki sebelah. 🥴🥴🥴

Tabahlah mak! 😌😌😌

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m #RaisingDiva

Aisyah Maritza At School : Membuat Donat

Aktiviti : Membuat donut

Objektif

♥️Memupuk semangat dan minat untuk memasak.

♥️Perkembangan emosi kanak-kanak.

♥️Mengeluarkan bakat yang terpendam.

♥️Meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.

Bahan - bahan yang diperlukan ialah seperti berikut.


Resipinya, kita ikut yang ini.


Okeh, kita dengar briefing dulu.


Dan sesi mencuba seorang demi seorang. Tiba turn Aisyah. Yeahhh!!


Dan lepas siap semua, kita gorengkan donut tu tadi.



Dah siap!!

Apa lagi. Nikmatilah! 🥰🥰🥰🥰


❤️❤️❤️❤️❤️

Terima kasih Taska Safwa untuk aktiviti hari ini..

Nota : Gambar dari Taska Safwa 2020

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y4m #TaskaSafwa

Bunga keembong..

Lama dah ambik benih ni kat rumah mak. Baru nampak bunganya warna apa.


Dari sebatang, sekarang dah berbatang batang. Hujan pun sama bantu. Alhamdulilah.

Seronok tengok ciptaan Tuhan yang agung begini. 

Eh. Asssalamualaikum wbt dan selamat pagi. ❤️❤️

#PhoPbyNadeaRamly

Monday, October 26, 2020

"Malom dah lama tak jumpa kita."

Petang tadi, saja lah mak bawak dia jalan jalan dalam taman.

Lalu depan rumah Opah Ros, disebut, opah opah. 

Udah habis ronda, lalu depan rumah arwah Malom, dia jenguk lalulah disebut, Malom Malom.

Allah.

Rutin kami hari hari sebelum sampai rumah, misti menyinggah menyembang kalau arwah kerja bukan shif petang. Padahal pergi la parking kereta dulu kan. Entah. Seronok rasa berkongsi cerita walau belum turun kereta.

Aisyah pula akan gembira melihat kelibat Paklong dan Maklong dia yang siap sedia nak berniaga tak lama lepas tu. 

"Malom dah tak ada, sayang." Kata mak dalam hati. Sebaknya, pilunya, Tuhan saja tahu. 

Tiba tiba Aisyah berkata dalam pelatnya,

'Malom dah lama tak jumpa kita. Hmmm..'

Lalu menangislah mak dan dan tu juga sambil reverse kereta nak masuk parking. 

Suatu hari nanti, kamu akan faham juga anak. Jika umur mak panjang, mak akan selalu ceritakan betapa beruntungnya kamu, disayangi arwah Malom kamu sejak kita pindah disini.

Al fatihah.

Regards,
Kami kami yang merindui.


#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Wednesday, October 21, 2020

Tenanglah sahabat, Laila Ainy binti Halake disana..😭😭😭

Gambar ni, gambar last kita ambil bersama. Masa tu, hari jumaat. Jumaat lepas. Lepas kita pergi kedai Aishah tengok carpet, kita pergi makan kat Deiff Cafe. 

Mak sengaja time off petang tu sebab mak rasa nak hang out dengan MakLong, sembang sembang. Kebetulan Linda kawan sekerja MakLong pun join sama. Apedehal kan. Ladies outing katanya.

19 oktober, hari terakhir kita whatsapp. Mak nak beli nasi putih sebab malas masak punya pasal. MakLong pun layan je mak yang entah apa apa ni. 

Lepas tu, semalam petang, kita lepak sama. Depan rumah. Ada Eny. Ada Ina. Ada Has. Biasalah geng kita gelak ketawa petang petang hari. Order aiskrim beringgit ringgit makan ramai ramai lepak kat tembok depan rumah.  Hahaha.

Tapi, mak orang last sembang dengan MakLong sampai Azan Magrib la gamaknya. Geng lain udah balik sebab lorong deme lain. Kita kan selang dua rumah saja. Boleh la nyembang se das dua. 

Masa nak balik tu, mak tanya, makLong kerja malam kan. Selamat bekerja tau.

Dan MakLong balas. 'haah. Tapi macam malas je nak keje malam ni.'

Mak gelak gelak. Mak ingat Maklong gurau gurau. Lepas tu mak babai MakLong sebelum masuk rumah. 

Mak tak sangka. Itu perbualan terakhir kita. Mak tak sangka, itu pertemuan terakhir dua mata. Dan mak tak sangka harini MakLong tinggalkan kami semua. 😢😢😢

Pagi mak dapat tau MakLong collapse di tempat kerja, mak ingat itu biasa saja. Bilamana jam 12 tengahari mak tanya PakLong dan jawapan masih sama yang MakLong belum sedar, buat mak semakin tertanya tanya.

Tapi rupanya, MakLong sedang bertarung nyawa. Pembuluh darah di kepala MakLong pecah dek BP yang terlalu tinggi.

Akhirnya mak dapat call dari PakLong, lebih kurang jam 2.45 petang, MakLong pergi menemui Pencipta. 

Mak meraung MakLong. Mak menangis semahunya. 

Mak hilang seorang lagi sahabat.
Mak hilang seorang kakak.
Mak hilang seorang yang mak anggap macam keluarga. 
Mak hilang jiran yang terlalu baik, yang banyak bantu mak sejak kami masuk rumah ini.

Yang tak pernah berkira.
Yang tak pernah lupa bertanya khabar.
Yang selalu sembang dan tukar lauk.
Dan macam macam lagi kebaikan MakLong yang mak tak dapat nak tulis. 

Bukan mak saja hilang semua tu. Aisyah juga hilang MakLong kesayangan dia.
Yang selalu dicari dulu bila keluar rumah.
Yang jadi tempat bermanja dia. 
Yang selalu minta dibawa ronda.

Allah. Allah. Allah.

MakLong Cik Rida Laila Ainy binti Halake, mak akan selalu kirim doa untuk MakLong. Mak akan ingat MakLong sampai bila bila. Mak tak akan lupa jasa MakLong dan PakLong pada kami sekeluarga.

Tenanglah. Damailah disana. Mak tau ramai sayang MakLong. Kami juga akan menyusul, cuma bila, itu rahsia Maha Esa.

PakLong, tabahlah. Walau mak tahu,  ia sukar. 

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. 

Al Fatihah 
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

MakLong Laila (tengah) dalam kenangan. 


Regards,
Mak Yang Kehilangan

#BBSAP #jiranterbaik #sahabatsejati

Saya penat. 😔

Its almost a months since kejadian yang buat mak jatuh teruk dan hilang minat untuk kerja. (Tapi depan orang still buat macam tak ada apa apa.)

Bukan mak yang maki orang. Orang yang maki mak, punya tak puas hati dari awal. Selama mak kerja, mak tak pernah maki public apatah lagi staf. But this time, it really made my heart broke into pieces.

And today, i feel like a loser. Jatuh terduduk dan entah tak pasti dapat bangun atau tidak.

Mak hilang cc yang terlalu baik dan rajin. Semasa hayatnya bekerja dengan mak, kami mampu bekerja sama dan menyelesaikan tugasan bersama. Even, banyak arwah ajar mak dalam tak sedar. 

Yes. Orang kata, kepimpinan melalui teladan gitu. Ada benda as pegawai, mak belajar diam diam. Selalunya mak tak segan silu pun bertanya. Pada mak, tak jatuh pangkat kau rujuk dan berbincang dengan anak buah.

Tapi, tak semua orang macam arwah yang tahu hargai kerendahan jiwa pegawai atasan dia. Mak tau, mak silap judge people around me dengan pandangan yang positif. Some people are just using you sebenarnya. Atas kebaikan, kerendahan hati you. 

Iya, tak semua. Tapi kebanyakannya begitu. 

Mak tak suka ada beza pangkat dan darjat. Mak memang dibesarkan begitu. Tapi sebenarnya ia salah satu benda penting dalam sesebuah organisasi.

I feel like a looser.
I feel demotivated.
I feel so depressed.

Before this, mak can handle it in my way. Mak boleh overcome benda benda useless camni but not this time.

Mak dah tak mampu nak kawal minda dan emosi. Mak mula rasa hilang pertimbangan. Even mak dah takboleh fokus dalam buat sesuatu.

You know, it feels like, kau nak marah, tapi tak dapat lepas. Kau nak jerit, tapi kau tak ada suara. Kau nak luah, tapi kau tak mampu.

Sakit yang teramat sakit.

A months ago pun bukan itu saja, ada beberapa siri kehidupan mak yang triggered ketidakselesaan mak. Banyak. But part of it, mak boleh handle.  Cuma ia masih menghantui mak.

Mak taktahu apa yang rasa sekarang. Overthinking maybe. Too tired maybe. Atau mak memang dah tak ada motivation. Setiap pagi bangun dah tak ada semangat. Semangat yang hilang entah kemana. 

The hardest part is mengenang anak. Yang kadang mak terlepas geram. Sorry anak. My mistakes. 😭😭😭

I've been in this situation before. Tapi mak berjaya overcome. Rasanya kali ini, mak gagal. Gagal melawan perasaan dan emosi sendiri. 

Mak tak banyak kawan. But i do have someone yang boleh dengar. She said, "U are more than strong. Takkan benda2 useless gini boleh down kan you kan ?"

Dan mak rasa sedikit okay kemudiannya.

Even, tak sepenuhnya sebenarnya. But at least, ada la sikit motivation.

Mak diserang migrain dah tiga hari. Actually since mak take over kerja arwah, that time antibodi mak makin lemah.

I'm using my 8 working hours tu, to make sure mak complete the daily task. I do a to-do-list. Pada mak, mak ambik tanggungjawab itu as tanggungjawab mak. Which is takde siapa pun yang volunteer to do the hardest part except one lady. (You know who you are.)

And suddenly dengar pula twit sana sini tak puas hati itu. Allahu. 

I've lost my orang kanan. I lost half of my soul. I'm struggling. I'm fighting. But i'm more hurting inside.

Ketahuilah, bukan senang nak fight dengan perasaan stresss begini. Mak terpaksa berlakon okay dengan semua orang. Supaya mereka pun tak rasa terbeban. But who am i, nak sembunyi rasa yang lama ditahan.

I'm sick.
I'm tired.
And i'm gonna quit. 

Quit from trusting people easily and jaga hati orang yang tak pernah kisah perasaan orang lain.

If one day, something happen to me, this is the prove that anxiety or depression is a serious matter. I hope mak masih boleh berfikir dengan waras la kendian.

For those people who treated me nicely, thank you so much. My doa is always for you.

For those who hurt me, get me into this messed, TIADA MAAF BAGIMU. Remember that.

Kali pertama, kesilapan.
Kali kedua, ia pilihan.

Regards,
Mak Yang Mencuba Terus Berjuang


#nadearamly

Sunday, October 18, 2020

Tantrum Phase Two

Menggigit. Memukul. Mencubit. Menarik baju. Membaling barang. Entah apa yang digeramkan, mak pun taktahu. Tunjuk benar protesnya kali ini.

Lalu tersedu sedan lah menangis 'ditegur' apaknya kemudian itu. Tak pernah mak lihat Aisyah Maritza sesedih begitu. Tapi itu 'harga' yang perlu dibayar atas 'perbuatan' yang dia dah buat tadi.

Kami tidak mahu dikata tidak mengajar.
Kami tidak mahu dilabel tidak mendidik.
Kami tidak mahu dituduh ibu bapa yang lepas tangan.

Dipujuk apaknya selepas itu. Dinasihatkan juga berkali kali. Diberi peringatan agar tidak melakukannya lagi. Angguk angguk tanda faham lalu dipeluk apak kesayangannya itu erat erat.

Ketahuilah anak. Ini semua untuk kebaikan kamu. Dan satu hari nanti, kamu pasti akan faham.

Membesarlah sebagai manusia yang hebat hatinya Aisyah Maritza. Walau orang menganiaya kamu, percayalah, Tuhan ada dengan kita. Doa kami, bersamamu.

Regards,
Mak Yang Berjuang, Apak Yang Jaaaaaarang Marah Anak.


Disclaimer : Gambar dua minggu lepas menangis merajuk taktau apasal.

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Minum petang..

Minum petang apa harini?


#phopbyNadeaRamly

Monday, October 12, 2020

PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya, cuti kensel. Huhuk.

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
 @IsmailSabri60

.

Cuti mak khamis jumaat ni pun terpaksa cancel.

Moga apak selamat mendarat dan bawak keluar kereta mak esok sebelum tengah malam. 

Stay safe everyone! 



Mak masak simple saja. Nak singgah berbeli, hujan lebat tadi. Syukur alhamdulilah.

Versi pedas sekali ikan goreng semalam campak sekali dalam kuali. Hahaha.

#makdahstartbebel

Sunday, October 11, 2020

Asalkan kita gembira. ❤️

Suka air. Like father, like daughter. 

Time covid tengah meningkat ni kita kat rumah sajalah ya anak. Apak pun suruh cancel trip ke Cameron. 

So mak kena gigih fikir aktiviti weekend kamu lah gini. 


Enjoice!

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Saturday, October 10, 2020

Free-diapers training diva..

Dah hampir dua minggu Aisyah Maritza training free-diaper.

Alhamdulilah, dia makin get used with it. Dah boleh cakap nak kencing. Even ada la mak terrr buat tak reti masa dia cakap nak kencing tu. End up meleleh la kat situ. Bahahaha. Memang dia nak kencing!

Part berak tu je dia belum lagi. Sepanjang kat rumah ni, dua kali lah benda alah tu tergolek bercicir kat lantai. 🤣🤣🤣

Tapi bagusnya lepas tu, dia habaq. Dia tunjuk tempat tu. I'm a proud mak, anakku! 

Dari sini juga mak belajar erti sabar. Dan mak puji puji lah anak mak apak ni atas effort dia. Supaya dia tak rasa bersalah. 

Penat memang penat. Mak kerja. Banyak benda atas bahu nak pikul, banyak dalam kepala nak fikir, banyak benda nak kena buat tapi benda ni orang jawa kata, it takes two tango. 

Support dari ibu Su dan ummi kat taska paling bermakna. Depa banyak pengalaman jadi kita yang anak baru sorang ni tanya la apa yang patut. Belajar. Mak pun ada la study dan buat pembacaan sedikit.

Alhamdulilah, kalau kita anggap benda tu mudah, mudahlah untuk kita. Yang penting, usaha doa dan tawakal.

Aisyah Maritza ni bukan awal sangat sebenarnya sebab ada rakan sebaya dia dah lama free-diapers ni tapi hidup kita ni bukan untuk berlumba lumba. Bukan pertandingan nak dapat trofi anak siapa cepat cakap, cepat jalan, cepat pandai.

Bukan juga untuk compare siapa yang hebat didik anak. Jangan. Jangan sesekali terfikir begitu. Mak cuma menjalankan tanggungjawab mak sebagai mak. 

Mak baru anak seorang. Tak pandai mana. Cuma, mak suka kongsi. Apa yang mak buat, apa yang mak dah lalui. At least mak juga tahu, mak in the right track. Tak terlalu advance, tak terlalu ketinggalan.

Parenting kita ada yang berbeza. Jadi, mari raikan perbezaan itu. ❤️


Nota : bergaya dengan sweater Cameron-tak-jadi-pergi. 😂😂😂

Yang masih belajar,
Mak Diva Maritza

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Friday, October 9, 2020

Spageti olio olio..

Simple saja. Anak yang mahu. Fancy sangat taknaknya dia makan. Gitulah bapaknya pun. 



Mak tanya dia buat derk je. 😎😎

Kalau mak, ada udang. Ada itu, ada ini.

Syukur banyak dia nak makan. Kalau tidak, bergaduh saja. Dekat school elok pulak makannya.

Entahla. Mak jem nak masak apa esok lusa ni. Huah.

#makmasak

Thursday, October 8, 2020

Aisyah Maritza At School : "Gajah"

Aktiviti : "Gajah"

♥️Perkembangan minda kanak-kanak dalam mengenal haiwan.

♥️ Meningkatkan daya fokus kanak-kanak.

♥️Kanak-kanak dapat mengenal warna dengan lebih baik.

♥️Meningkatkan daya pemikiran logik dan kreatif.





📸 Taska Safwa

#AisyahMaritzaAtSchool #AMjourney #2y4m #TaskaSafwa

Saturday, October 3, 2020

Selamat hari lahir mak! ❤️

Late celebration.

Hari lahir emak kami, 1 Oktober itu hari. Memandangkan ia adalah waktu bekerja, maka kami sepakat menyambutnya pada hari ini.

Selamat hari lahir emak, Puan Masilah Yusop. Terima kasih lahirkan kami lima beradik. Ini saja kami dapat buat untuk emak untuk hari ni.



Alhamdulilah, mak suka hadiah kami beri ni. Periuk idaman katanya. 🥰🥰🥰

*Periuk ni pun ada ceritanya tauuu..nanti mak cerita. Kahkahkah.*


Dayang dayang bertiga depan itu memang begitu. Maafkan lah depa. (Aisyah, Alwani dan Aqilah.)

Turut berada dalam gambar, makcik kami, kakak emak.  (Baju kuning)

Not in the picture, menantu pertama dan menantu kedua.



Belanja BTS sekeping dua. Kahkahkah.

#theramli

Muntah muntah pula.

Punca nya, sibuk main dengan sepupu sampai taknak makan.

Penyudahnya, muntah dari jam 3 pagi sampai ke 4 pagi. Perut dah masuk angin. Minum air kosong pun muntah semula. Last mak decide tidur saja di ruang tamu. Tilam kecil senang nak cuci dari cadar katil.

Lepas lega muntah, boleh pula main mainan berlagu sorang sorang. Uwannya menjenguk la kami dua beranak. Mak dah selamat hanyut dibuai lena. Letih tak boleh bawak bincang.

End up uwan pun tido kat sofa teman cucu yang dah segar bugar. Entah pukul berapa dia tidur mak lagi tak sedar. 

Ini, badan panas pula. Mak petik la daun bunga raya, ramas ramas dan jerlum. Moga moga panasnya turun. 


Kamu ni nak tukar bulan ada saja. Memang nak dapat akal baru lagi ni.

Apapun, happy two years and four months anak! Kita tukar hashtag ya. 

We love you!

#AisyahMaritza #AMjourney #2y4m

Friday, October 2, 2020

Phop by Nadea Ramly : Trust the process..

Slow down. Calm down. Don't worry. Don't hurry. Trust the process. -unknown


Model : Diva Maritza
Lokasi : Kampung Melayu Kepong

#phopbyNadeaRamly