CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 23, 2019

Omelette first trial dari microwave. 😂😂😂

Dah lama dah adik ipar mak bagi microwave ni. Bulan ogos itu hari tapi sebab masa tu table top tak buat lagi maka mak simpan lah dulu. Tak muat ui. Dapur dengan Coway saja dah penuh. Huu.



Ni sempat la mak snap dulu di diva posing hahahha. 

So dah boleh letak ni maka mak cuba lah. Bedebor juga sebab mak tak pernah juga microwave. Hahahhahaa.

Jadi berpandukan manual yang diberi, mak cuba la resipi pertama dari microwave ni. Omelette dalam cawan nama diberi. Kahkahkah.

Mak guna telur dua bijik. Sedikit isi ayam. Tomato. Daun sup. Sedikit garam dan oregano. Gaul rata dalam cawan.

Masukkan dalam microwave. Ini mak guna Health Cooking. Mak taktahu berapa minit sebab dia dah set sesiap dah. Tapi kalau tak silap dalam 6 minit.

Tunggu kejap dan dah siap.


Jadilah breakfast dua beranak. Hahahaha. Aisyah pun makan je nampaknya.



Nanti la mak try resipi lain. Bedebor lagi nak guna. Hahahahha.

Selamat berhujung minggu. ❤️❤️❤️

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makmasak

No comments:

Post a Comment