CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 15, 2016

Drama terbaru : Sayangku Ku Timang Timang

Trending katanya kat FB orang dok kata cerita kul 7 kat tv3 tu.
KakJOjes pon sempat juga la nengok first episode.
Sebabnya buat kat blok kawan baik KakJojes si Ayien tu.
Blok KakJOjes tak jauh je dari situ.
Tapi sempat nengok depa shooting ritu.
Kakjojes nengok kejap je.
Tapi lepaih tu tukaq channel.

Citer ape tu?
Sila pergi Google.
Tajuknya
Sayangku Kapten Mukhriz.

Gitteww..

As orang yang pernah jadi isteri seorang tentera dan kini dah jadi isteri seorang pesara tentera,
Banyak sisi yang drama tu tak tunjuk.
Maklomlah..
Takkan nak tunjuk sume.
Klise la kan.
Cinta.
Konflik.
Tugas hakiki.
Dan blab la bla..
Tunjuk haruslah yang best best saja.

Yang mula la dok mencarik jodoh tentera pon dah mula Nampak dah.
*maaf, kakjojes tiada senarai kengkawan begitu*
Ni kawan kawan la dok update status kat wall mereka.
Hahahahahha..

Tipu la kalau kata tentera ni antara lelaki yang orang carik nak buat calon laki.
*kecuali KakJOjes. Nanti ada masa KakJOjes cerita camana KakJOjes kawen dengan somi skang*
Tentera ni smart.
Kacak. *walaupun tak la semua kacak*
Lebihnya yang nak berdamping dengan tentera ni mostly sebab PROUD.
Paham tak PROUD tu apa?
Tak paham tengok kamus.

Sebelum nak PROUD sangat.
Meh KakJOjes citer sikit perkara MUDAH yang korang kene lalu kalau nak berdamping dan menjadi suri seorang tentera ni.
Tak kisah la pegawai ke lain lain pangkat ke.

Hati kene kental
KEntal? Ala senang je tu.
Setakat kene tinggal masa ops.
Kursus obersi setahun dua tahun lima tahun. *lima tahun tipu*
Duduk kat tempat takde line.
Ape la sangat kan.
Korang kan dah biasa.

Pahtu kan biasa dah kan tak wasap, line, wechat bagai.
Kalau sehari dua, seminggu sebulan tak wasap ape de hal.
Biasa je tu.
Kat facebook pulak takleh la nak merintih rintih.
Ko yang pilih jalan tu kan.
Ko yang pilih dia kan.
Pilih keje dia skali..
Orang memula kesian la.
LElama muak.
Macam la life dia je semedang tak beruntung selalu kene tinggal ngan laki.


Time korang tengah dating dating.
Tetibe dapat call kene balik dalam masa dua jam,
Kene la biasakan senyum pakej gelak gelak.
Silakan bang..silakan mempertahankan Negara.
Sambil kua ayat gitu.
KO tak rasa ke dia semakin sayang kat korang.
Instead of korang tarik muka masam dan carik poin gadoh.
Kata nak PROUD sangat tadi kan.
Kene la sinyumm ja deknon.

Ni hat yang bila mu tak reti buat segala.
Mulai sekarang dah boleh dah buat slow slow.
Belajar beranikan diri walau ko tu penakut ya robbi.
Waima cicak melekat kat pintu pon ko punye jerit macam satu taman bergegar.
Korang kene berani kuis cicak tu.
*eh, macam diri sendiri je..kahkahkah*

Sebab sok bila dah ada anak,
Idak la korang teriak sama anak.
Dek merenung nasib korang yang malang sungguh la.
Laki tak dapat balik raya ka.
Tak dapat bawak anak checkup ka.
Bawak anak jenjalan la cuti skolah.
Serta urusan harian pon semua atas bahu korang.
Masa tu la nak rasa tudung korang pon pin dah senget ke tepi.

Time beranak ritu ko dah kene sedia sorang sorang kat labour room.
Dulu dok berangan nak beranak laki teman.
Katanya bia depa insaf sikit tengok bini beranak.
Lupakan lah..
Time ko nak branak tu pon belom tentu laki ko sampai kat spital.
Maka rileks la meneran tu.
Ada rezeki sampai la laki ko sebelum anak tu tengok dunia.

Tu belum hat dok balik kampong orang dok tanya tanya.
Mana laki hang.
Masa ni korang kene paku sesiap dalam kepala.
Dengan jawapan dan sengih macam kerang busuk .
Serta menjojes kan diri sehingga mereka tidak mampu lagi bertanya.
Biasalah manusia.
Curiosity depa ni tinggi.
Pantang la nengok haku belenggang aih.
Adaaa jaa dok nak tanya.

bila raya pulak laki korang tak dapat balik raya.
Toksah la dok tunjuk nau sedih.
Macam laki korang ja tak balik raya.
Tunjuk hepi sangat pon takleh.
Bahaya..
Hahahahaha..

Sadis sekali bila gambar raya ko rasa macam lost sesuatu.
Tapi ko stil boleh buat peace sambil senyum bergaya.
Dalam hati tu, sedih tuhan je tahu.
Maka sila lah simpan ciwek tu..

Tu hat belom orang pitnah ko dah single kembali.
Asek balik kampong je, sorang.
Asek balik kampong je dengan anak.
Engko rasa ?

Ha.
Deknon.
Orang tak paham keje laki kita.
Maka ko sengih ja la..
Explain pon bukan paham.

Banyak dalam nak jadi suri tentera dan unipom nih.
SABAR.
TABAH.
BERANI.

Kalau navy katanya SEDIA BERKORBAN.
Maka bini bini ni SEDIA TERKORBAN.

Banyak korang kene korbankan bila korang pilih untuk jadi bini depa.
Bukan seronok seronok uplod kat fb
“sayangku tentera laut”

Atau

“sayangku kacak di udara”

Atau

“sayangku di perbatasan”

Sambil letak gambo sawit laga pipi.

Yang penting bagi KakJOjes, jangan Sayangku Lt. Bersara Asyrani Khalib sudah.
Itu KakJOjes je punya.
Bahahhahahaha..

Gittewww..

OKeh?

Nasihat ni.
Baru suku..
Banyak lagi chapter nye.
Jangan meroyan pulak.

Meroyan tu je dah out dah dari jadi bini depa.
Cemana?

Layanlah kebestan yang ditunjukkan dari terima realiti hidup sebenarnya.

Tak osem la gegedik Nampak tentera.
Cool lah.
Kita kan wanita jojes.

Okbai.

Nota : Tak semestinya tentera saje dugaan gini. Kerja apa pun yang libatkan pengorbanan, sama saja. Maka, mari kita bertabah secara berjemaah.

 Nadea Ramly

Thursday, July 14, 2016

ENTRI KHAS : Happy anniversary mama dan abah..

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 32 mama dan abah...
:)



Amacam, sweet tak depa?

Ini ibu dan bapa mertua saya.
Sungguh saya gembira berada dan diterima dalam keluarga ini 5 tahun yang lepas sebagai menantu.
Menantu kedua bagi mereka.
KakJojes boleh kata mereka berbeza karektor tapi serasi bersama.

Sedikit sebanyak tentang mereka.
Abah saya seorang yang suka buat lawak.
Suka bergurau.
Rajin bercerita.
Kalau tanya jalan jalan kat KL Selangor ni, abah memang lejen.
hihihihih..
semua dia tahu..
 
Ibu mertua saya pula agak serius namun suka ketawa.
*ya ampun mama..hihihih*
Belum pernah tengok mama marah.
Cool je.
Suka ketawa.
Sangat berpengalaman dalam bidang kerja beliau dahulu.
Juga disenangi oleh rakan pejabat beliau.
Oh ya.
Mama saya ini kecik molek orangnya.

Ilmu kerja KakJojes banyak cedok dari mama.
Sebab mama dulu kerja di MINDEF..
sekarang mama dah pencen.
Banyak masanya dihabiskan dengan menanam pokok dan berbudi pada tanah.
*korang rasa tough ke idooookkkkkkk*
gittewww..

Mereka dikurniakan 4 orang anak.
dua lelaki dan dua perempuan.
Suami saya anak kedua.
Cucu baru dua orang.
sepasang.
dari perkahwinan anak mereka yang pertama.

So far mama dan abah ade dua orang menantu.
dan KakJojes adalah menantu kedua mereka.
Anak kedua mereka ialah cinta hati saya.
woot woot..
*mohon somi tak kembang disana*
InsyaAllah tak lama lagi dapat menantu lelaki pulak.
hehehehe..

Walau menantu mereka yang ini sibuk je la semedangnya.
Anak mereka pon sebok la juga merantaunya.
Mereka sungguh paham.

Mana nak dapat mertua begini?
cer citer..
heheheks.



Ini gambar raya pertama haritu.
dua orang lagi tu, adik ipar KaKjojes.
eh, kakak ipar jojes.
adik adik pon hopkos la jojes..
bahahahahha..

suami tak dapat balik raya.
maka kami hantar gambar ini kepada beliau nun disana.
dengan ucapan, sila jeles..
:p


bergambar lagi lah..ape lagi..

Dikesempatan ini.

Emi dan Angah nak ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan ke dua tiga puluh dua kepada mama dan abah.
tanpa mama dengan abah, 
tak mungkin ada angah.
dan tak mungkin emi kawen dengan angah.
dan jadi menantu kalian.

Terima kasih membesarkan seorang lelaki terhebat itu.
:)

Kami doakan impian mama dan abah termakbul.
dilimpahi rahmatNya.
diberikan kesihatan yang baik.
dirahmati Allah SWT.
 Abah dan mama sentiasa ada dalam doa kami.

kami juga mohon doa mama dan abah.
untuk kesejahteraan rumahtangga kami.
 dan berkekalan sampai bila bila.

psst..
KakJojes tanya tips bahagia mama dan abah.

Jawapan mama ialah:

Mama banyak bersabar. Yang lain mama banyak redah saja.

maka, kita redah je..
hhihihihhi..

terima kasih mama dan abah..
:)

= = =

Ikhlas,
Anak di Langkawi.
Menantu di Lumut.


Nadea Ramly

Wednesday, July 13, 2016

The Untold Story : Part 4 : ERPOC..

Selepas berbincang dengan suami, kami decide untuk proceed saja untuk ERPOC di Hospital Manjung walaupun KakJojes boleh buat prosedur ni di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut.

ERPOC stands for Evacuation of Retained Products of Conception (gynaecological procedure). ERPOC is a surgical procedure that is sometimes done for miscarriages. During the procedure cervix (neck of the womb) is dilated and the contents of the uterus is curetted out using either a sharp instrument or suction curettage with a vacuum like instrument. It is sometimes known as a D&C. 


Disebabkan ketiadaan pakar bius pada masa itu, kami disajes ke Hospital Manjung.
Kami okay aja.

1 hb Mei 2014 bersamaan Hari Khamis dan hari pekerja, 
KakJOjes dan suami ke Hospital Seri Manjung untuk serah diri..
uhuhuk..
seram nye tuhan je tahu.
KakJojes ni dari kecik tak pernah admitted. 
so ketakutan tu memang agak melampau la..
hahahahha..

Lepas kompom heartbeat baby takde,
tumbesaran baby pon tak progress, 
doktor bagi tarikh untuk admit.
iaitu pada hari Ahad.
from time to time, if bleeding, doc suruh datang terus hospital.
oh, untuk makluman, KakJojes gugur tapi tak bleeding.
serius.

Masa tu KakJOjes angguk angguk tanda faham.
Doktor muda tu pon baik.
sabar ya kak. InsyaAllah ada rezeki nanti tu.
katanya.
KakJojes senyum ucap terima kasih.

Sampai hari kene lapor diri jam 2 petang, KakJojes still tak bleeding.
Lahai baby.
takmo pisah ngan mama dia kot. huuu..
KakJojes di scan lagi untuk confirmkan memang baby dah takde..
Serius dah redha masa tu.
tapi, kantung masih bulat.
baby masih berbentuk.
cuma dia tak membesar dan heart beat dah takde.

sebab hari itu hari Ahad, KakJojes telah menggunakan kuasa bulan akan menghukummu kepada somi.
soh dia tunggu sampai waktu melawat habis.
ahhahaha..kijam tak.


*jumpa jugak gambar rare ni..hahhahahaa.

masa ni dah sarong unipom kaler hijau.
dan ditempatkan di wad yang menunggu orang bersalin.
depa pakai pink.
cantik kot..
ahahhahaha.

Lepas waktu melawat habis, sesi berkenalan dengan katil sebelah bermula.
Biasalah tanya kerja apa.
somi kerja apa.
dek takmahu tahu haku ni bini seorang navy, maka terpaksa la tipu sunat.
bahahaha..

Ingatkan penipuan itu berjaya.
rupanya tidak.
Malam tu pulak ada OOD yang datang melawat.
pukul 10 malam. time aku tengah bergosip dengan katil sebelah.
kah3..

dengan kepala togel tak pakai tudung terus capai tuala.

Puan Aimi ya. Isteri Lt. Asyrani. Saya pegawai yang duty malam nih.
Buat lawatan kebajikan. Katanya lembut.

ooooo. Haku nampak dia bawak hamper makanan. 
hip hip hureyyyy..

tapi masa tu, terus rasa nak tepuk dahi.
katil depan dan sebelah sebelah ni dengar je kami sembang..
kantoi!
Pahtu kantoi la haku ni bini navy.
huhuhuhuk~

Bukan malu tapi takmahu orang kata kita tompang tuah somi.
Bestla jadi  bini navy.
kata depa..
aku sengih je la macam kerang busuk.
Meh rasa meh best ke tak..tu cakap dalam hati je.

Malam tu KakJojes dah disuruh posa.
sebab esok pagi dalam kul 10 KakJojes dah boleh masok Operation Theather.
Pagi tu ada satu ubat dimasukkan untuk bukak jalan katanya.
Nurse pesan, kalau sakit sikit tahan tau.
Setengah jam sekali nurse datang tanya.
sakit tak.
sakit tak.
Jenuh jugak nak jawab.
tapi tak sakit nak buat cemana.

jam 10 pagi, KakJojes disuruh bersiap dan sedia ditolak ke OT.
baring atas katil sambil 3 orang nurse menolak ke OT di tingkat atas.
Rasanya tingkat dua.
masa baring tu nengok lampu tu  macam dalam drama.
ini real beb. 
haku mengucap ja sepanjang panjang nak sampai ke OT.

sebelum masok OT tu ada lagi beberapa prosedur KakJojes lalui tapi haku dah tak ingat dah..
masa tu ingat mati ja..
huuuuuuuu..
tapi yang pasti dok kata kat nurse,
janji tau nurse full bius..
Nurse tu angguk je.
Berpuluh kali dah aku pesan dari semalam.
nyampah dah kot nak layan..hahahah..
sorry nurse. saya ni penakut..
hahahahah..

Masa ditolak masok OT, KakJOJes sempat tengok jam.
10.15 pagi.
Pakar bius, doktor, dan beberapa orang nurse semua ada.
masa tu nampak lampu besor yang operate tu..
makin laju jantung haku..
oh my..
rasa dekat je dengan mati..

mengucap berkali kali..
masa ni doc explain bius masok kot mana.
ada corong akan letak kat tekak supaya nanti if tengah prosedur aku tak bernapas, maka itu lah gunanya.
efek dia akan sakit tekak sikit.
Doc kenalkan dia sapa.
nurse ni nama apa tapi serius.
Tak pikir apa dah..
takuttttt...

doc kata saya akan mula masuk bius.
dalam kiraan 3 aimi akan tido..

ceh, tak sempat aku dengar no dua,
selamattttttt..

tak sedar hapeeee dahhhhhh...

sedar masa nurse kejut lepas selesai.
masa tu mamai mamai lagi.
pahtu tak sedar balik..
hahahahaha..

sedar semula lepas nurse kejut..
aimi, bangun..
lama awak tak bangun nih.
awak tak biasa dibius eh..

KakJojes sedar, pahtu angguk angguk..
batuk batuk jap..
pahtu nurse tanya soalan..
ni brapa.
dia tunjuk 2 jari.
2 nurse.
jawab KakJojes.

Okeh, boleh tolak dia masok wad semula..
masa tu KakJOjes tengok jam pukul 12 tengahhari..
masa nurse tolak masok wad tu haku mamai lagiii..
sampai wad nurse uruskan semua.
mujur kawan dah pesan sesiap.
letak barang kat tempat yang mereka senang ambik.
malu tolak tepi.
serius mamai gila...

lepas selesai semua, kakjojes dalam mamai tu, capai telefon.
call somi.

somi, saya dah selesai. 
datang la sini bawak makanan..laparr...

somi kata okeh.

pahtu baru nak telelap kawan telepon.
woi, wad mana, katil brapa.
suara macam petir.
terus hilang mamai aku.
 tak lama tu kawan call tadi muncul..
Ain ni kebetulan ada kat Manjung. 
adik ipar dia kawen kot..
Bersembang kejap dalam mata separa terbuka..
hahahhahaha..

tak lama pahtu somi sampai bawak makanan.
pahtu ada nurse nampak, terus tegur.
dia tak leh makan lagi.
lepas 3 jam baru boleh..

erk!
tadi haku dah terteguk air..
camana nihhh..

lepas kawan dan somi balik, KakJojes sambung tido.
ngantok weiiii..

tersedar je dok panggil nurse..
bila saya boleh balik nurse?
nurse tengok macam report kt tepi katil tu, lalu berkata,

eh, awak takboleh balik lagi.
esok baru boleh balik.

la, yeke..ingat dah boleh balik..

Teros telepoon somi kata esok baru boleh balik.
Dia ok je..

Maka KakJOjes tido la semalam lagi kat Hospital tu.
Sapa kata layanan hospital kerajaan tak bagus.
Kemon la beb.
so far KakJojes okeh je..
Memang la ada satu dua kes tapi bukanlah semua kan.
 kau orang saje kot tak bernasib baik.
Ke kau orang ada buat salah kat orang lain dan itu sebenarnya kifarah kau.
Kahkahkah.

Tengok depa kerja pon penat.
sian depa.
Salute la kat orang yang keje hospital nih..
Patient lagi memacam perangai.

Esoknya KakJojes berkemas dan terus berpantang kat umah mak kat Kepong. 
Dua minggu MC diberi.
syukur..

maka berehatlah sepenuhnya.
Pantang?
Haah, KakJOjes pantang bebetul.
kata orang, pantang gugur lagi strict dari pantang beranak.
huhuhukk..

Mujur suami pandai bawak diri.
Sorang sorang la beliau kat Lumut selama dua minggu itu.

Ada sorang lagi kawan KakJojes alami prosedur camni.
Ada la sembang sembang.
Kata beliau, rupanya ubat yang nurse masukkan untuk bukak laluan tu memang sakit macam contraction nak beranak tu.
Pelik pulak haku tak sakit ape ape.
Kata dia, ko dah biasa senggugut teruk kot.
Tu ko rileks je.
Bahahaha..
Padan la nurse dok tanya sakit tak.
Ku ingatkan apa.

Pahtu masa dok boring boring nak tunggu discharged,
Baca la fail kat tepi katil tuu.
Rupanya prosedurnya kejap je.
Apesal aku beria baru sedar kol 12. 
Padahal kol 10.15 pagi masok.
Kol 10.30 pagi setel dah.
Kemain ko layan bius tu ye KakJojes.
Kah3.
Serius woi.
Tak sedarrr langsung.
Nurse ada kata depa kejut banyak kali.
Tapi haku tak bangun bangun.
Yarabbi.
Hahahahhahaa..

Sampai skang KakJojes masih menunggu dan mengharap.
Dan masok 5 tahun.
Masih berdua berhanihanimun terbang sana sini.
Hehek..

Orang kata masa akan tiba.
Orang juga suruh sabar.
Alah, ayat biasa dah tu.
Kekonon pemanis ayat.
Padahal tak manis mana pon.

Jangan disuruh orang tu buat benda yang dia tengah buat iaitu bersabar.
Itu takkan buat dia selesa tapi offended weh!
Maka berhati hatilah memberi nasihat.
Kadang kadang kau doa diam diam lebih memadai.
Kalau dia tak sabar, tak redha, 
Tak keluar la cerita yang patut simpan dlaam hati ini.
Nama pun untold story khennn..

Dan,
Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Berlapang dada.

Syukur.
Redha.
Itu kunci bahagia.

Dan kau orang pula,
Mulut sila jaga.
saja pesan.
okbai..~

*versi edit

Saturday, April 23, 2016

Tortilla Wrap simple dan sedap!

Okeh.
Hari cuti sabtu ahad adalah selalunya hari mengemas rumah.
Laundry.
Masak.
Dan makan.

Nak tulih pasal makan.
Pernah dengar tortilla wrap..?
Pernah tengok?

Okeh.
Ini tortilla wrapnya.


Adakah ia hodoh? Abaikan..
Ye..tortilla yang gemok.
Tapi makanan ini tidak menggemukkan.
Kerana.
Ia merupakan sayor dan daging sahaja.

Meh sini KakJojes ajar.
Senang ajer..

Bahan yang diperlukan ialah.


Tomato.
Buang isi dalamnya dan potong dadu.


Salad sebanyak tamak.



Bawang dipotong bulat.



Daging cincang yang telah digaul dengan
Lada sulah..

Dan juga tortilla wrap itu sendiri.
KakJojes menggunakan perisa original.
Lagi better pakai wheat.
Sehat ko..


Kalau letak kapsikum pon best.
Lagi sedap.
Potong sama macam tomato tadi.
Tapi jangan lupa goreng tanpa minyak tau.


Bagaimana cara membuatnya?
Begini caranya..


Daging yang dah gaul dengan lada sulah tadi digoreng tanpa minyak.
KakJojes letak minyak zaitun sikit.
Letak bawang putih sikit.
Kata orang orang tua.
Hilangkan bau daging tu.

Lepas tu.
Salai wrap yang korang beli tadi tu..
Takyah lama sangat.
Ingat.
Pakai non stick pan tau.



Untuk sos, mudah saja.
Kita DIY.
Toksah sebok tosen ailen.
Pakai mayoned dengan sos cili kehepsi ke.
Mekdi ke.
Kakjojes memang kompol sos sos gini.
Hohooo..
Gaul rata.
Dan hasilnya..
Taraaaaaa..


Nak pedas, letak sos lebih.
Nak masam, letak mayones lebih.
Ekot korang lah.

Okeh..siap!

Masa untuk balut roti korang.


Sapu dulu sos DIY korang tu.
Pahtu, amik salad tu susun.
Ekot banyak mana korang nak.
Tabur bawang.
Daging.
Dan tomato.
Lepas tu lipat sehingga jadi begini..


Jangan lipat macam lipat kain pulak!



See.
Sayo je kan.

Untuk portion KakJojes yang kuat makan.
Maka gemoklah tortilla wrap KakJojes.
Bahahahahaha.

Isi tortilla wrap ini atas kalian.
Ada yang letak scramble egg.
Ada sosej.
Atas masing masing.

KakJojes suka banyak sayor.
Heeeee..

Senang kan.

Cubalah.
Satu pon kenyang.
Hohoooooo~