CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011, welcome 2012...

Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 6.11 petang, 31 Disember 2011..

Oh, mari kita imbas apa yang sudah berlaku kepada saya sepanjang tahun 2011 yang patot saya lupakan, yang patot saya ingati, yang patot saya jadikan pengajaran.

Pada saya, 2011 merupakan tahun yang paling manis sebab? saya disatukan dengan suami saya sekarang pada 10 Jun 2011. Alhamdulilah, segalanya berjalan seperti yang dirancang.  Peperiksaan jabatan yang diambil oleh saya sebanyak dua kali..hahahha..lawak pula rasanya.     Dapat beraya bersama suami tercinta pada Hari Raya Qurban 2011. Alhamdulilah..kebetulan Hari Inovasi jatuh pada lebih kurang hari raya tu. Ape lagi, sambung cuti la.yeeehaa...Ha, dapat bela kucing juge tahun nih. best best! 3 ekor lagi..walaupun tak gebu, tapi tetap bermakna. Lame sudah saya carik.kui3..

Tapi tak semuanya manis kan.  Andaian saya untuk mendapat transfer ke tempat yang hampir dengan suami saya tidak kesampaian. Musnah sama sekali impian mahu berada dekat dengan suami tercinta. Dan akhirnya saya akur dengan kehendak perkhidmatan. Kami, terpaksa berjauhan. Sama seperti masa bercinta, sama seperti masa bertunang, dan kini terpaksa jua berpisah demi tugas dan tanggungjawab.  Raya Aidilfitri kali ini masih tak dapat bersama dengan suami. Pertama kali beraya tanpa beliau, fuhh, memang sedih. Nasib ade keluarga tercenta..

Ada juga beberapa perkara yang tidak kesampaian jugak pada tahun ini.  Saya sedikit kecewa juga sebenarnya.  Gembira melihat rakan-rakan lain sudah berbadan dua walaupun saya mendahului mereka dalam berumahtangga. haih..dugaan..Teringin juga bersama suami, jaga makan pakai dia, tapi yelah..tanggungjawab..

Pada ketika ini tahap kesihatan saya sedang menurun.  Pendarahan yang saya tidak tahu puncanya. oh, dugaan.  Berharap agar tahun 2012 memberi makna dan rezeki kepada saya.aminn...

Azam saya? 
Menjadi isteri yang terbaik untuk suami tersayang, anak yang baik kpd ibu bapa, hamba yang diterima amalanNya oleh Allah...:) dan saya berharap ada rezeki untuk kami pada tahun 2012 nanti.amin...:) plus nak tingkatkan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi..amiiin lagi..:p

Notakaki : mlm ni nak msok toilet kul 11.58 la.pstu kua balik tahun depannye..waw..! magikkan? weeee..

Just Sharing : Lifebook 2012



Health:
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in 
    plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2011
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10.Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile

Personality:
11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control.Instead invest your energy in 
       the +ve present moment.
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
25. Call your family often
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in  
       touch.

Life:
32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. Time heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Lastly :
40. Do share this with everyone you care about.

*just sharing..it's a gud start i think...:)  Happy New Year..:)

Thursday, December 29, 2011

Bertambahlah tanggungjawab~ :)

Ha, dengar tajuk ni kompom lah kengkawan kt luar tu tetanye-tanye apekah semua inih kan?? Tidak tidak..bukan itu..nak tahu? jap, bagi wa intro dulu..

Harini hari Khamis, hari batek sedunia untuk orang2 gomen sebab harini je meka kene pakai "uniform" batik.  Err, tapi disini bukanle awok nak bercerita hal baju batek. taPi awok dah berjaya menyelesaikan dan menghantar assignment hubby yang tertunggak..gile wo deadline 31 Disember ni wo. memang DEAD..tapi naseb hubby dapat bini cm ai. ai kan jojes. plus bijak pandai.kakaka..masok bakol dan angkat sendiri memang la tabley kan..dari hari sebelom krismes wa tak cukup tidow. Menyiapkan asignment hubby terchenta. Naseb chenta. hak3..Legaaaaa sebab semua dah hantar. Hubby tinggal perlu struggle tuk final exam sahaje. 

Bukan ape, wa rindu nak buat assignment ni wo cm zaman UiTM Perak dedolu. Wa penah juge sekejap sambung degree mase keje kt KLCC dulu tapi masuk gomen je wa terpaksa berhenti. Masa tu sebok juge nak kawen. Dapat transfer p Sarawak. Cek2 subjek yang wa amik tu kene abiskan kat Shah Alam dulu baru leh pindah ke UiTM Sarawak. adeh. Dugaan. Hubby pula dapat offer sambung degree. So, wa decided tuk quit sajelah. Bia hubby blaja. kekekek..Lagipun ongkosnya tidak mengizinkan. Wa takot juge tak leh commit dengan rumahtangga.  Bile buat esaimen tu rase cm best je walaupun wa stress separuh gile nak buat esaimen dalam bahasa Melayu. adoiyai..yang paling mencabar buat esaimen Sains Politik. Mak aiii, 4000 patah perkataan weh.. ape nak goreng..

Tapi yang bestnye wa dapat buat research at the same time. Hubby dapat tajuk seorang aktivis India yang sebelum ni wa tatahu pon kewujudan die. Tapi gile la wa translate dari English pegi BM dengan jayanya..perghh..cam buat novel pulok doh..kakakaka..Lepas siap je tadi, wa berlari2 menuju ke pejabat pos. Naseb ade pejabat pos kat area opis ai nih yuuu..klo tak, menggagau nak p post semedang. Orang pos tu pon dah kenal wa dah. aiyaaa~ Asek muke wa je wat pos laju.kakakak..duwet pon lajuuuu je..xpe xpe. Hubby cakap boleh claim. I claim tripple la hubby.. amacam?? hak3.. pas je selamat esaimen tu di pejabat pos, wa caucinci pegi McD. paling dekat kt area epot. ape lagi, zass la dengan dua orang staff wa. Reward diri sendiri sebab berjaya menyiapkan semuanya. Legaaaaaaa~

Sampai saje opish, titibe ade orang tanye nak kucing x? *mata dah bersinar-sinar dah* Wa lame dah carik wooo kucing kt Kuching ni. Tade pula yang boleh dirembat. huk3..ni orang nak bagi, ape lagi, wa nak la..gile senyum sampai telinga. Petang ni juga wa nak p carik sangkar.  Memule ingat nak amik sekor je tapi die ckp amik je semua. Semua itu bersamaan dengan 3 ekor. Acam biasa, wa post kat fesbuk. Kawan baek wa nak sekor pula. Wa okey je. Rase cm manyak pula kalo 3 ekor tuh. kan kan kan..huk3..at least 2 boleh la meka bergumpal dalam sangkar tu. hik3..

Orang cakap bela kucing ni bagus. tatahu la bagus tang mana. Tapi meka cakap murah rezeki. Tapi bukan tu niat saya. Sebab saya meme suke kucing. Siap nak import kucing dari semenanjung. Tapi prosedur leceh pula. Alhamdulilah, Allah beri saya tanggungjawab baru tuk jaga meka. Sementara saya belom diberi rezeki anak nih, ape salahnya saya berkongsi rezeki yang Allah bagi saya tetiap bulan dengan makhluk yang lain kan.:) i am a cat lover..:)

Dan saya sangat teruja pada ketika ini. wiwittt! esok dah boleh amik meka. Malam ni pegi beli sesiap segala barang meka.  :) Alhamdulilah....~



Notakaki : rindu dengan Oddy (gamba di bawah) kat umah mak..wuuu..

Walaupun Oddy hanya kuceng biasa, tapi pada kami die adelah luar biasa..hik3...



Hamikkk..menggulung tidowwww...

Sunday, December 25, 2011

Satu pergi EMPAT mari~

Hari Ahad, 25 Disember 2011 bersamaan dengan Hari Krismas yang disambut oleh penganut agama Kristian. Tapi bukan itu yang nak diupdate, tapi isu di atas..apekah yang dimaksudkan dengan "satu pergi empat mari??"

Baru-baru ini terkeluar satu isu yang pada saya "anda patut berfikir sebelum berkata-kata". dan juga perlu melihat satu lagi ermm, bolehla dikire sebagai pepatah "kerana mulut badan binasa". tapi yang binasa bukan tuan punye si badan tu tapi orang yang menerima tempias mulut yang binasa tuh..eh eh..kompiusss!

Itulah, bende kalo boleh bawa berbincang, bincang elok2. Orang2 diluar tu sume tunggu nak mengebom, menyalahkan, menghentam pihak yang terlibat. Macamnilah, cube anda letak diri anda pada keadaan pihak terbabit. Fikir sebelum bercakap, fikir sebelum buat, fikir sehabis-habisnya. 

Okeh, kite cube lihat tangan kite. Cube tuding jari kat seseorang..Satu akan kearah orang tersebut dan ya, empat lagi yang tertutup itu menuju kepada kita sendiri..


Lihat, betul kan apa kata saya? Apabila anda sedang menyalahkan sesuatu pihak, anda sedang menuding kesalahan itu juge kepada diri sendiri.  Jadi, sebelum bercakap atau menuduh, selidik dulu. Sebab last2 akan kene batang idong sendiri.  

Mungkin la dalam isu yang terbabit, ada sedikit kesalahan tapi mengapa tiada masalah itu sebelum ini? Saya sedikit kesal dengan apa yang berlaku. "SILA BERCAKAP SEPERTI DIRI KAMU SEADANYA". Lain la kalo anda memang jenis sebegitu. Oh, yeke? *kelip kelip mata*

Satu pihak pula cepat sangat melatah. Habis disalahkan semut-semut kecil yang tak berdosa nih. Oh, dah nasib si semut. Pandangan saya, pemerhatian saya, tiada apa yang cacat celanya sang semut itu. Tetapi renungkan sekali lagi, anda menuding kearah semut-semut itu, tetapi sedarkah anda yang anda dah terhantuk baru nak terngadah? *alamak, betul ke tak nih?*

Itulah, semak dahulu, selidik dahulu. Orang cakap, saya pon nak cakap, "Sesal dulu pendapatan, sesal kendian, teda gunanya" Jangan sebab satu isu, nak melenting, nak mengamok.  Cube muhasabah diri, tarik napas dedalam, fikir ape impak kepada diri sendiri, mereka dan keluarga mereka. Sesama carik makan, sesama ada tanggungan. Manusia, pernah melakukan kesilapan, sebab, tiada manusia yang sempurna kat dunia ni. Allah SWT Maha Adil, Maha Mengetahui. Tak yahla kita nak menopang langit menabik dada kononnya kita yang terhebat. okeh? Nun, kat atas tu, besar kuasaNya. Ingat!

Dan maaf ya agak kasar sedikit, orang yang tatahu apa2 sedap2 bercakap mengikut rasa, mengikut hati dan boleh dikatakan sebagai tidak berpelarajan. Kasihan mereka! Bercakap tentang perkara yang mereka sendiri tidak tahu, tidak pasti. Oh, sirius kasihann! Saya rasa lah, apa yang diperkatakan oleh mereka itu semuanya adalah diri mereka sendiri. Mengapa kamu tidak reti bersyukur? Kenapa tahu menghukum tanpa mengetahui apa kesalahan yang sebenar, apa cerita disebalik? *geleng geleng kepala*

Betullah kan, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Sebaik mana pun kita berbuat baik, yang jahat juge dinampaknya. Oh, sikap manusia. Bila la nak berubah..Tidak mengapalah, Allah Maha Mengetahui. Allah mendengar doa insan-insan yang teraniaya. Dan balasan untuk mereka, PASTI!!

p/s : kalau anda bagus, mengapa anda masih disitu?fikir-fikirkan dan renung2kan..

*abislah blog aku kene kutuk pas nih..kakakakkakah...!*

Friday, December 23, 2011

Firedrill a.k.a kebakaran bebetol di opis..


Selamat petang ! Lambat pula update blog hari nih. Sebab? Tu tengok bawah ade gambo ape? Cer nyanyi sikit..Rumah terbakor panggei bombe, bombe datang berlombe lombe..(versi peghok ni yop) kite bako, kite bako...



Alkisahnya, lebih kurang pukul 9.15 pagi cenggitu, saye berade di dalam bilik opis saye la, seperti biasa membuat kerja. Tetiber tedengor le ade munyik loceng amaran kebakaran. Awok ni sejak koje kat sini meme dengor banyok kali bunyi loceng nih. Tetapi awok kendiannye jadi la amat panik (tidak la amat). Sebab ade pengumuman mengatakan bahawa bangunan ini sedang terbakor..*tepuk dahi*

Awok jenguk staf awok diluar. Semuanye kelam kabot menyelamatkan handbag memasing. Awok terus bangun dari kerusi awok dan jenguk di luar. Aihhhh! Sume dah ilang..Ade staff awok jerit, "Puan, selamatkan diri..." Awok punye le tekejot. Tak sempat awok nak capai handbeg awok. Sempat amik henpom dan wallet saje.

Kebetulan penyelia awok pun (berada di sebelah bilik awok) terpinge2. Awok pon ngajak nye berlari ke langit ke tangga kecemasan. Dengan ayunye memakai jubah oren, awok pun berlari2 anak menuruni anak tangga ke tempat yang selamat..fuhh..lemah juge begini. OOppss, hilang ayu mak nokssssss....!

Lepas berkumpul kat kawasan yang ditetapkan, nenong nenong.. dengar bunyi bombe sampai..*gambo diatas sempat awok tangkap* disusuli pula dengan abg bombe menaiki motosikal yang besau..wawww!!!! macho giler..hurm, agak lame la kami di bawah tu. Dalam pukul soploh mcm tu kami dah dibenarkan naik. Dari apa yang diberitahu, memang ade kebakaran tapi tade asap pula. Tatahu lah saya, wallahualam. Kalau ade pon, moge2 tade kecedaraan or kematian la. Awok ni lemah semangat sikit..

Bile dah diganggu kosentrasi kerja, terpaksa la awok membuat koje yang lain pula..Kepala sudah pening, bersin suda banyak kali, idong sudah berair, tekak semakin sakit. Ya, itu petanda demam. Nasib baik hari ini hari JUmaat. Kalau tidak, kompom esok mc. Apepon, selamat berhujung minggu semua~

Thursday, December 22, 2011

Surah Ar-Rahman dan 2012..Wallahualam..

Maksud Surah Ar-Rahman

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. 

Subhanallah...Saya terdetik untuk menulis sedikit tentang kajian surah Ar-Rahman ini semasa saya hendak masuk tidur. Saya terus klik ke link berkaitan dan membacanya dengna penuh minat. Dan saya tertarik untuk mengkaji dan memahaminya sendiri apa disebalik surah ini. 

Apabila kita lihat surah di atas, Allah SWT menegaskan ayat yang sama sebanyak 31 kali iaitu pada ayat ke 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77.  

"Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Dan apabila dicampur jumlah ayat-ayat ini 

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

Apabila kita mencampurkan pula 1 + 4 + 3 + 3 = 11. Dan 11 merupakan nombor perdana sama seperti nombor yang ditegaskan sebanyak 31 kali didalam surah Ar-Rahman ini!
 1433 pula dikatakan merujuk kepada tahun Islam iaitu 1433 Hijrah.  Subhanallah! Apa maksud disebalik ayat ini, saya sendiri tidak dapat memastikannya. Bukan meminta mempercayainya tetapi ada baiknya jika kita merenung sejenak apa hikmah penemuan angka-angka ini serta maksud disebalik surah ini..

Beberapa komen blogger yang sempat saya petik yang merangkumi pelbagai pandangan dan juga pendapat. Cekidauttt~

"Ali Adam yang membuat kajian tentang surah ar_Rahmaan ini menegaskan, beliau bukan meramal tentang hari kiamat. Kajian beliau tertumpu kepada hubungan nombor perdana di dalam al-Quran. Dalam kajian itu beliau menemui kemungkinan berlaku 31 peristiwa dalam 2012 yang menggemparkan dunia didalam surah ar-Rahmaan.

Hanya Allah sahajalah mengetahui bila kiamat;
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl 16:77)

Walau bagaimanapun kebanyakan tanda2 kecil dan tanda2 besar kiamat sudah ada yang muncul; boleh rujuk buku 40 hadis tanda kiamat."

"Saya percaya bahawa pada 2012M / 1433 H, akan berlaku mala petaka besar di bumi. Tarikhnya, menurut kajian saya ialah 2/8/2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433 (Khamis Malam Jumaat). Ada hadis Nabi yang menceritakan hal itu. Maka saya mengkajilah. Apa yang benar itu adalah dari Allah. Wallahu ahlam."



Disini juga, saya petik sedikit maklumat yang dapat menerangkan juga maksud sebenar yang dikaji oleh Ali Adams daripada  http://postersiregar.posterous.com/menyelami-tahun-2012-dengan-al-quran.

"Adam mengaku, dirinya sempat kebingungan untuk memaknai angka 1433 tersebut sebelum akhirnya menyadari kalau saat ini kita hidup pada 1432 H (2011 M) dan tahun depan kita akan hidup pada 1433 H (2012 M). Keyakinan Adam makin kuat kalau 1433 merujuk pada tahun hijriyah, karena ketika ia mencocokkan antara jumlah kata pada surah ar-Rahman dengan jumlah hari pada 2012, keduanya sama, yakni jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 kata, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari (silahkan cek di kalender 2012).

Tak hanya itu penemuan Adam. Karena ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" diulang hingga 31 kali, ia percaya pada 2012 akan ada 31 kejadian/peristiwa dahyat yang akan mengguncang kehidupan manusia di bumi, namun bukan kiamat. Bahkan karena dalam bahasa Al Qur’an ayat yang diulang tersebut terdiri dari empat kata, maka ia juga percaya bahwa setiap kejadian/peristiwa itu akan berlangsung selama empat hari. Subhanallah!

Yang akan terjadi pada 2012
Untuk mengetahui 31 peristiwa yang akan terjadi pada 2012, Adam mencari huruf, kata atau ayat ke-1433 dalam surah-surah pesan, dan inilah yang ditemukannya ;
Dalam Al Qur’an surah ke-2 ayat 24 Allah berfirman; “Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.” Berdasarkan ayat ini, Adam menduga yang antara lain akan terjadi pada 2012 adalah HUJAN METEOR.
 
Dalam Al Qur’an surah ke-2 ayat 86 Allah berfirman; “Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.” Berdasarkan ayat ini, Adam menduga pada 2012 akan terjadi peristiwa yang terus menerus dan tanpa henti, tapi tidak dapat diprediksi jenis peristiwanya.

Dalam Al Qur’an surah ke-10 ayat 69 Allah berfirman; “Katakanlah; “Sesungguhnya orang-orang yang mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah tidak beruntung””. Berdasarkan ayat ini, Adam menduga pada 2012 salah satu peritiwa yang terjadi lebih banyak menimpa para pembohong, namun apa jenis peristiwanya, tak dapat diduga.

Lokasi peristiwa
Untuk menentukan dimana kira-kira 31 peritiwa pada 2012 akan terjadi, Adam mengacu pada garis bujur dan garis lintang bumi, serta pada ayat-ayat yang diulang dalam surah ar-Rahman. Berdasarkan kedua hal tersebut, Adam menduga kalau bencana kemungkinan akan terjadi pada wilayah-wilayah yang berada pada kisaran 0-90 derajat lintang utara (LU) atau lintang Selatan (LS). Misalnya, di wilayah yang berada di antara 0-13 derajat lintang utara (LU) atau lintang selatan (LS); wilayah yang berada di sekitar 16 derajat lintang utara (LU) atau lintang selatan (LS); wilayah yang berada di sekitar 18 derajat lintang utara (LU) atau lintang selatan (LS); dan sebagainya.

Waktu kejadian
Berdasarkan metode primalogi, Adam memperkirakan bencana pertama akan terjadi pada hari ke-44 tahun 1433 H atau bertepatan dengan tanggal 7 Januari 2012, sedang bencana terakhir atau ke-31 akan terjadi pada hari ke-346 tahun 1433 H atau 4 November 2012.
Angka 44 berasal dari jumlah kata dalam setiap ayat yang diulang dalam surah ar-Rahman yang sebanyak empat kata, dan total jumlah kata dalam surah ar-Rahman yang sebanyak 683 kata. Dalam deret bilangan prima, angka 683 merupakan bilangan prima ke-124, dan angka 124 merupakan hasil kali dari 4 x 31. Jadi angka 44 berasal dari jumlah kata dari ayat yang diulang dalam surah ar-Rahman yang sebanyak 4 kata, dan angka 4 pada perkalian 4 x 31 yang menghasilkan 124.

Namun, tentu saja, benar tidaknya hasil temuan Adam ini, hanya Allah SWT yang tahu, karena Allah lah penentu segala yang ada di langit dan di bumi. Kita wajib berserah diri dan berlindung kepada-Nya, dan semoga kita termasuk orang-orang yang dilindungi oleh-Nya. Amin."

 Inilah buku yang dihasilkan oleh Ali Adams. Saya ingin memilikinya dan membacanya untuk simpanan peribadi. Serious!


Semoga kita mendapat manfaat dan dilindungi oleh Allah SWT. Segalanya mungkin kan? :)

Wassalam...~