CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 9, 2011

Topik pagi hotfm : Lagu yang mengingatkan anda tentang sesuatu..

Huah..dua minggu yang cukup memenatkan..terdetik mahu menulis sedikit. Rasanya sudah lama tidak menulis disini. Mungkin la. :)

Tidak sempat mahu menguplod or menangkap gambar kenangan bersama keluarga mertua yang datang ke sini untuk bercuti. Ya, sekejap saja kan masa itu berlalu. Kehadiran mereka yang membuatkan saya merindui suasana bersama keluarga tercinta. Oh, kalaulah suami saya ada bersama. Indahnya..

Masa memandu ke tempat kerja, topik di hotfm agak menarik. Iaitu, "jika teringat lagu itu, pasti teringat saat-saat ......." Ia terbuka. Tidak semestinya kenangan bersama kekasih atau bekas kekasih tapi bersama sahabat atau ahli keluarga yang lain. Ia buat saya berfikir adakah lagu yang bisa buat saya teringat semasa zaman bercinta dengan kekasih (yang kini suami saya) dulu. Tapi rasanya memang tiada. Usop Wilcha pula mengumumkan yang lagu PENCINTA WANITA itu mengingatkannya kepada detik perkenalannya dengan isterinya sekarang. waw!! dan yang membuatkan saya tergelak ada sms dari pendengar yang mengatakan bahawa apabila beliau mendengar lagu PENCINTA WANITA itu, beliau rasa seperti nak muntah. Sebab lagu itu berkumandang semasa beliau sedang di awal kehamilan. "Saya rasa nak muntah bile dengar lagu tu" hahahaha..tergelak pula saya sorang-sorang masa memandu. 

Ada seorang pemanggil pula bercerita yang lagu AKU DIPAKSA KAU TERPAKSA (betul agaknya tajuk nih) membuatkannya teringat kepada kenangan dimana beliau kemalangan akibat terlalu asyik mendengar alunan lagu itu dan dilanggar daripada belakang oleh pemandu lain. Keluar saja dari kereta, beliau dimaki dengan pelbagai kata-kata yang agak pedas tapi, ha, lelaki yang memakinya itu lah kini suaminya. Oh, senang pula jatuh cinta ya. Hanya kemalangan sebegitu, berputik bibit-bibit cinta pula. Oh, nasib eksiden macam tu. Kalau yang terus kiok, nauzubillah. Cemane kan kan kan..? takde maknenye nak ending macam tuh. 
Teringat suami nun jauh disana. Otak saya ligat berfikir apakah lagu kenangan antara saya dan suami dulu ya. Hurm, rasa saya tiada. Mungkin suami saya ada tapi saya tiada. Cuma apa yang saya paling ingat, saat saya bersedih dan menangis semasa memandu pulang dari kerja, lagu INSYAALLAH muncul. Saya terkesima sekejap. Saya hayati bait-bait lagu itu. Dan ia buat saya menangis dengan lebih kuat dan teruk. OMG! Rasa nak gelak bila teringat balik. Ya, itu lah lagu yang saya paling ingat. 

Sampai sekarang, saya akui saya masih menghayati maksud sebenar lirik tersebut. Dan saya akui juga, lagu2 Maher Zain amat memberi impak yang besar kepada saya tentang betapa besarnya kuasa Nya. Kalaulah Queen (gelaran kepada kereta Myvi saya) boleh bercakap, oh, habislah saya sebab semua rahsia saya akan terbongkar.heheheh..

Hayatilah lirik ini, yang mana memberi kesan yang besar terhadap saya. :) 
Salam jumaat dan happy weekend! :)

InsyaAllah - Maher Zain
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way 

No comments:

Post a Comment