CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011, welcome 2012...

Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 6.11 petang, 31 Disember 2011..

Oh, mari kita imbas apa yang sudah berlaku kepada saya sepanjang tahun 2011 yang patot saya lupakan, yang patot saya ingati, yang patot saya jadikan pengajaran.

Pada saya, 2011 merupakan tahun yang paling manis sebab? saya disatukan dengan suami saya sekarang pada 10 Jun 2011. Alhamdulilah, segalanya berjalan seperti yang dirancang.  Peperiksaan jabatan yang diambil oleh saya sebanyak dua kali..hahahha..lawak pula rasanya.     Dapat beraya bersama suami tercinta pada Hari Raya Qurban 2011. Alhamdulilah..kebetulan Hari Inovasi jatuh pada lebih kurang hari raya tu. Ape lagi, sambung cuti la.yeeehaa...Ha, dapat bela kucing juge tahun nih. best best! 3 ekor lagi..walaupun tak gebu, tapi tetap bermakna. Lame sudah saya carik.kui3..

Tapi tak semuanya manis kan.  Andaian saya untuk mendapat transfer ke tempat yang hampir dengan suami saya tidak kesampaian. Musnah sama sekali impian mahu berada dekat dengan suami tercinta. Dan akhirnya saya akur dengan kehendak perkhidmatan. Kami, terpaksa berjauhan. Sama seperti masa bercinta, sama seperti masa bertunang, dan kini terpaksa jua berpisah demi tugas dan tanggungjawab.  Raya Aidilfitri kali ini masih tak dapat bersama dengan suami. Pertama kali beraya tanpa beliau, fuhh, memang sedih. Nasib ade keluarga tercenta..

Ada juga beberapa perkara yang tidak kesampaian jugak pada tahun ini.  Saya sedikit kecewa juga sebenarnya.  Gembira melihat rakan-rakan lain sudah berbadan dua walaupun saya mendahului mereka dalam berumahtangga. haih..dugaan..Teringin juga bersama suami, jaga makan pakai dia, tapi yelah..tanggungjawab..

Pada ketika ini tahap kesihatan saya sedang menurun.  Pendarahan yang saya tidak tahu puncanya. oh, dugaan.  Berharap agar tahun 2012 memberi makna dan rezeki kepada saya.aminn...

Azam saya? 
Menjadi isteri yang terbaik untuk suami tersayang, anak yang baik kpd ibu bapa, hamba yang diterima amalanNya oleh Allah...:) dan saya berharap ada rezeki untuk kami pada tahun 2012 nanti.amin...:) plus nak tingkatkan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi..amiiin lagi..:p

Notakaki : mlm ni nak msok toilet kul 11.58 la.pstu kua balik tahun depannye..waw..! magikkan? weeee..

No comments:

Post a Comment