CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 18, 2011

Projek Memasak : Puding Peach


Selamat pagi kengkawan! Bertemu kita lagi di rancangan masak memasak sambil mengisi masa lapang.huhuhu..~

 Minggu ini turn saya bekerja pada Hari Ahad. So, saya gunakan sebaiknya hari Sabtu yang indah lagi menawan itu. Saya bangun seawal 630 pagi (mungkin dah terbiasa bangun awal) dan mula mengemas rumah dan membasuh baju. Hanya hari sebegini sahaja dapat saya luangkan untuk menjalankan tugas-tugas di rumah. Hari biasa hanya dapat memasak dan menyapu sedikit sahaja. Err, saya sedikit cerewet ya tentang kebersihan dan kekemasan rumah. :p

Jam 11 pagi, saya sudah siap mengemas rumah, membasuh baju serta memasak untuk tengahari. Plan seterusnya, saya ke pasaraya berhampiran untuk membeli keperluan untuk memasak puding. Senarai ada, tapi bila sampai, penuh troli. Adeh. 
Selepas makan tengahhari, saya mula memasak puding. Dari tidak berbuat apa2, bagus cuba resipi kan..:)



Agar-agar (1 paket) yang dimasak bersama gula halus serta air.  Setelah mendidih, masukkan air yogurt bliss, sedikit tepung jagung dan air buah2an yang telah diasingkan tadi. Yang ini anda boleh masukkan cucu cair juga jika mahu.



Buah peach dalam tin yang telah dipotong kecil2 dimasukkan ke dalam bekas warna warni dan pelbagai bentuk. Kalau sesapa ada anak, misti anak2 suka. :)



Selepas agar-agar mendidih, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang disediakan. taraaaa.. dah jadi. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais. Sesuai dimakan bila2 bersama keluarga..

Selamat mencuba...! :) 

No comments:

Post a Comment