CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 22, 2012

Mengandung bukan alasan tak solat!

Maaf. Mungkin entri kali ini ada yang tersentap or terasa tapi ni yang dapat wa share dengan rakan-rakan apabila  saya dikejutkan dengan satu kenyataan bahawa orang yang mengandung tak boleh solat!! *sampai saya terkedu tak cakap apa2..*

Saya bukanlah pandai dan bijak dalam ilmu agama tapi at least saya tahu hukum. Disebabkan kenyataan itu, saya mencari sedikit maklumat daripada rakan-rakan seagama yang lebih arif tentang hukum ini..Meh bace meh especially yang ibu-ibu mengandung~
Pergerakkan semasa solat seperti rukuk dan sujud amat baik buat ibu yang sedang hamil kerana membantu kesuburan bayi tetapi solat amat bahaya buat wanita yang sedang haid kerana pergerakkan semasa solat boleh menambah kandungan darah dalam rahim.

مجلة المجتمع/ أثبتت الدراسات الطبية الحديثة أن حركات البدن والرياضة مثل الصلاة تفيد كثيراً النساء الحوامل، كما أنها تضر كثيراً الحائضات، لأن المرأة المصلية عندما تؤدي السجود والركوع يزيد جريان الدم إلى الرحم، بالإضافة إلى أن خلية الرحم والمبيض شبيهة بخلية الكبد التي تجذب كثيراً من الدماء.

ولا شك أن رحم الحامل يحتاج إلى الدماء الوفيرة لكي تغذي الجنين ولتصفية الملوثات من دمه، وعندما تؤدي الحامل الصلاة، فإنها تساعدها في إيصال الدم بوفرة إلى الجنين.

أما الحائض إذا أدت الصلاة فإنها تسبب اندفاع الدم بكثرة إلى رحمها، مما يؤدي إلى فقدانه ونزوله في دم الحيض.

ويقدر حجم الدم والسوائل المفقودة من جسم المرأة أيام الحيض ب 34 ملي لتر من الدم ومثله من السوائل، ولو أدت الحائض الصلاة فإنها تتسبب في هلاك الجهاز المناعي بجسمها؛ لأن كريات الدم البيضاء التي تقوم بدور مهم في المناعة، تضيع عبر دماء الطمث المفقودة من الجسم.

ونزيف الدم بصفة عامة يزيد من احتمالات العدوى بالأمراض، أما الحائضات فقد حفظهن الله سبحانه من العدوى بتركيز كريات الدم البيضاء في الرحم خلال الدورة الشهرية لكي تقوم بالمدافعة والحماية ضد الأمراض.

أما إن صلت المرأة أثناء الحيض فإنها تفقد الدماء بقدر هائل وتفقد معها كثيراً من كريات الدم البيضاء، مما يعرض سائر أعضاء جسمها مثل الكبد والطحال والغدة الليمفاوية والمخ للمرض، وتظهر هنا حكمة منع الصلاة أيام الحيض للنساء حتى يطهرن، كما وصفه القرآن علي انه أذى بقوله.

بالإضافة إلى أن تحريك الجسم لا سيما في السجود والركوع، يزيد سيل الدماء إلى الرحم ويسهل فقدانه هباءً، بالإضافة إلى ما يسببه من نقص الأملاح المعدنية من الجسم. وينصح الأطباء في فترة الطمث بالاستراحة وتناول الوجبات الغذائية، لكي لا يضيع من الجسم الدم وسائر الأملاح الثمينة، وهنا تتضح أيضاً حكمة منع الصوم أيضاً للنساء الحيض.

بقلم يوسف أبو بكر المدني

Perenggan 1:Pergerakan badan dan riadah spt solat sgt baik utk org yg hamil, dan memudaratkan untuk org yg haid, kerana ketika rukuk dan sujud darah mengalir dgn banyak ke rahim.

Perenggan 2: Tidak syak lagi bahawa rahim org yg hamil memang memerlukan banyak darah supaya dapat menyuburkan janin, dgn bersolat dpt membantu mengalirkan darah yg banyak kpd janin.

Perenggan 3:Adapun org yg haid apabila bersolat, akan menyebabkan tumpah darah ketika haid.

Perenggan 4:Dianggarkan bahawa isipadu darah dan cecair yang hilang dari tubuh wanita semasa haid kira2 34 ml, jika wanita haid menunaikan solat dia sebenarnya telah memusnahkan sistem imunnya, kerana sel-sel darah putih yang memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit akan hilang melalui darah haid . Oleh itu, berdoalah ketika haid supaya dijauhi daripada penyakit. Mohonlah perlindungan daripada Allah.

Perenggan 5:Dan adapun wanita yang solat ketika haid akan kehilangan banyak darah putih, serta akan menjejaskan kesihatan organ2 badannya yg lain spt hati, limpa, limfoma tiroid dan sistem kawalan penyakit. Maka, jelaslah di sini hikmah/kebaikan larangan Allah kepada wanita yg berhaid utk bersolat sehingga dia suci daripada haid seperti yg diterangkan dlm firman2Nya.

Perenggan 6:(Perenggan akhir) Di samping itu menggerakkan badan, terutamanya dalam sujud dan rukuk, akan meningkatkan aliran darah ke rahim dan membawa kpd tumpah darah. Seterusnya, menyebabkan kehilangan banyak garam mineral dalam badan. Doktor mengesyorkan wanita yg haid, supaya banyakkan berehat dan makan makanan yg berkhasiat, supaya tidak kehilangan banyak darah dan garam mineral yg penting dari badan. Hal ini juga mencerminkan kebijaksanaan Allah mengapa Dia melarang wanita yg haid daripada berpuasa.

Oleh: يوسف أبو بكر المدني


Ini pula saya petik daripada Rukun Solat yang ke-dua

Untuk wanita sarat hamil, bergantung kepada keupayaan dan kekuatan dirinya. Jika mampu berdiri, lakukan seperti biasa. Jika tidak mampu berdiri,duduk. Namun tetap masih terikat pada takbiratul ihram mesti berdiri.


Rukun sembahyang yang ke dua berdiri betul pada sembahyang fardu bagi yang kuasa berdiri dengan sendiri atau dengan bantuan orang lain.

* Wajib berdiri pada sekelian sembahyang fardu iaitu sembahyang fardu lima waktu, sembahyang nazar, sembahyang fardu kifayah seperti sembahyang mayat, atau sembahyang yang ada rupa fardu seperti sembahyang fardu yang diulang (sembahyang muadah) dan sembahyang fardu kanak-kanak.


* Wajib berdiri atas mereka yang boleh berdiri dengan bantuan orang lain sama ada dengan upah atau tidak. dan wajib memberi upah untuk berdiri atas mereka yang ada belanja yang lebih pada harinya dan malamnya. Begitu juga wajib memberi upah untuk bangkit dari rukuk dan sujud.

* Sunguh mendukacitakan pada masa sekarang ramai yang sembahyang duduk diatas kerusi pada hal mereka boleh berjalan dan angkut kerusi ke masjid tetapi apabila sembahyang fardu mereka akan duduk diatas kerusi, apabila ditanya kenapa sembahyang duduk? mereka akan menjawab tak kuasa berdiri.

* Apabila sesrorang itu berdiri dan dia tidak boleh rukuk dan sujud dengan sebab penyakit umpamanya dan sekiranya dia sembahyang duduk dia dapat menyempurnakan rukuk dan sujudnya maka dia wajib berdiri dan isyarat pada rukuk dan sujudnya. Orang ini tidak boleh duduk didalam sembahyang fardunya atas alasan hendak menyempurnakan rukuk dan sujud.

* Tidak wajib berdiri pada sembahyang sunat.

* Apabila lemah daripada berdiri dengan sendiri atau bantuan orang lain maka haruslah sembahyang duduk dengan apa cara duduk tetapi duduk iftirash iti terlebih afdal dan apabila lemah duduk hendaklah dia berbaring diatas lambung dan jika lemah berbaring hendak lah dia sembahyang terlentang dan hendaklah dia isyarat pada rukuk dan sujud.



Syarat berdiri

* Disyaratkan, hendaklah berdiri tegak dengan membetulkan tulang belakang sekalipun dengan bersandar pada umpama tiang maka membongkokkan badan sehinga hampir pada had rukuk adalah tidah sah pada sembahyang fardu mereka yang kuasa berdiri tegak.

 
* Disyaratkan berkuat pada dua kaki atau salah satu daripada dua kaki, maka tidak sah sembahyang mereka yang bergayut pada suatu walaupun kaki jejak pada tempat sembahyang kerana tidak dinamakan berdiri.

* Mereka yang boleh berdiri tegak tetapi berdiri seperti orang rukuk dengan sebab tua, wajib dia berdiri dan menambah bongkoknya apabila dia rukuk.
* Wajib berdiri atas mereka yang kuasa berdiri dengan sendiri sama ada kuasa berdiri sendiri dengan tidat berhajat kepada suatu atau berdiri dengan berhajat pada suatu seperti bersandar kepada umpama dinding.
AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA HAMIL



Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.


Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.
Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Kalo tak pon boley google dan carik info pasal solat dan hamil..

Jadi, mengandung bukan alasan tak solat! Malah besar lagi pahalanya kawan2..

Notakaki : Jangan jadikan alasan sebab sakit2 pon kita WAJIB solat kan? Kalau tak tahu hal selok belok agama, sila rujuk kepada yang lebih pakar. Sekiannnn...



 
 

Sumber : Peribadi Rasulullah SAW

3 comments:

  1. Salam.... mengandung bukan alasan untuk tak solat...hehe :)

    ReplyDelete
  2. nicee..yep btoi tu! sedangkan org yg berperang pn wajib solat,
    mesti para ibu nak anak soleh solehah kan,seeloknya bnyk2 kan amal soleh dn bace kan ayat suci Al quran..bknnya buat dosa pulak

    ReplyDelete
  3. Nor : whateva situation pon kene solat.wlaupun islam itu mudah,tp jgn ambil mudah..

    Cendol : itulah..kene rajin dekatkan diri dengan Allah. Kan..setuju dengan anda~

    ReplyDelete