CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 6, 2018

Emak..

Emak kata, ini masak taucu berkuah lemak. KakJojes oo kan saja. Dah lapar. Kahkahkah.


Masak awal sikit hari ini. Pukul 12 dah makan tengahari. Lapar pun misti awal nanti ni. 😄 Lauk lain ada bendi dan peria rebus. Itu lauk tambahan untuk abah. Juga peria goreng. Lauk emak. Ubat katanya. Bendi dan peria, hasil tanaman abah di kebun kecilnya.

Emak ini, apa abah nak makan, cepat saja dibuatnya. Pisang tu buat cekodok kata abah. Jadi cekodoknya. Tak ada bahan? Sekejap saja abah berdesup ke kedai.

Kadang kau rasa bersalah nak jawab bila emak tanya, ko nak makan apa. Terkulat kulat kau sana takmahu susahkan dia. Sebolehnya emak tetap cuba buat untuk anak anak nya. 

Kau belum tengok KakJojes tinggal sekejap pergi kencing lepas masak. Kuali tiba tiba dah siap basuh. Fuh

Kita ini, mampu ke tidak jadi macam emak. Suami mahu makan apa, kadang kadang kita kautim, kita makan luar lah bang. Penat kononnya. Emak KakJojes pun kerja. Tapi entah. Emak emak memang begitu gamaknya.

Harapnya KakJojes mampu masak apa saja suami mahu nanti. Sekarang masih ada culas culas. Bahahaha.

Emak emak kita ni memang hebat kan. 

Nota : Adik kata, itu ke nasi KekMi yang separuh sangat tu. 😒

Aimi Nadiah Ramli
Makan Tambah Tambah

#kakjojes #family #nadearamly

No comments:

Post a Comment