CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 23, 2018

KakJojes The Untold Stories 2017 : Part 5 : Blighted Ovum?

Sambungan..

Dan akhirnya pada minggu kelapan, KakJojes pergi lah bukak buku pink itu. Kata kawan KakJojes, minggu ke lapan dah boleh mula buka buku. Asalkan jangan lebih dari 12 minggu usia kandungan. Ada la sebab musababnya kan.

Oh, buku pink itu kau kena buka ikut alamat rumah kau ya. Bukan kau boleh pilih klinik tu lagi best klinik ni tak best. Bukan. Depa pun ada SOP depa. Jadi kau ikut sajalah, jangan banyak songeh. Dan kau akan diletakkan dibawah seliaan jururawat yang yang jaga 'kawasan' rumah kau ikut alamat tadi. Jadi silalah berbaik baik dengan jururawat kau orang. Depa tak makan orang pun. 

Selesai buka buku pink, KakJojes diberi tarikh untuk direfer ke klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) pula. Sebab di KKIA, ada pegawai perubatan yang lebih pakar. Kau faham faham saja lah, nama pun klinik desa maka kepakaran mereka juga terhad. Jadi, esoknya KakJojes diminta ke ke klinik kesihatan pula untuk step yang seterusnya. Okeh, baik nurse!

Pagi esok, KakJojes sampai klinik jam 8 pagi. Ingatkan, dah habis awal dah tu, masuk masuk, nah kauu, ramainya umat manusiaa..rupanya klinik dah buka seawal 7.30 pagi. Kahkahkah..nubis kubis betul lah KakJojes ni. 

Selesai rutin kebiasaan ibu ibu mengandung, KakJojes tunggu giliran dipanggil ke bilik rawatan pula. Duduklah KakJojes disitu berteleku menghadap tab kesayangan sambil mulut kumat kamit berdoa tak sudah sudah. Fuh, kau tahu la KakJojes punya takut jumpa doktor macam nak pergi berperang gamaknya. 

Lepas nombor dipanggil, KakJojes masuk dengan bergaya nya ke bilik rawatan, cewahh..fefeeling pwincess pakai baju kurung moden bunga beso beso sebab perut masih tak nampak macam orang mengandung. Kahkahkah.

Lepas sesi bualbicara sedikit dengan doktor, kakJojes disuruh baring.

"Iya lah, saya nampak dua kantung juga. Jelas." Kata doktor manis itu sambil melihat pada skrin.

"Cuma nya macam satu itu macam kosong. Yang satu ini sudah nampak jantungnya" Katanya lagi. 

KakJojes melihat skrin. Ah, tak pandai juga tengok tapi nak juga tengok. Kahkahkah. Benar! Nampak dua kantung sama besar!

Masa ini,serius Kakjojes tak rasa apa walaupun harapan untuk nak ada baby kembar tu ada. Tapi untuk orang yang dah lama tunggu ni, serius dapat seorang pun dah syukur. Dapat kembar pula bonus!

"Okeh, begini. Minggu depan datang semula ya. Mungkin sebab masih kecil jadi tak berapa nak nampak yang satu lagi tu. Tapi apapun kita doa banyak banyak. Jika ada bleeding, cepat cepat ke hospital terus." Pesan doktor.

"Baik. Doktor, sekiranya lah sekiranya yang satu lagi itu tetap kosong, adakah ia akan efek kantung yang satu lagi? Dan apa yang saya akan alami nanti?" Giliran KakJojes bertanya. Membuak buak rasa nak tahu. Masa ini KakJojes hanya fikir, lets prepare for the worst!

"Selalunya tidak efek kantung satu lagi. Jika tak menjadi, ia akan mengecut. Saamada awak akan bleeding atau badan akan serap menjadi zat. Apa pun, terus ke hospital jika ada rasa sakit atau bleeding." 

"Tak apa. Jangan fikir sangat ya. Mana tahu nanti nampak pula." Sambung doktor lagi. Ahhh, senyum senyum KakJojes. hahaha.. Ada la harapan lagi nampaknya.

Dah nama nubis kubis, kena la tanya kan. Doktor kot. Abis ko nak dengar cakap siapa selain depa yang bertauliah ini? 

Masuk kereta, terus beritahu suami. Hantar reportlah macam biasa. Kihkihkih.

Memandangkan macam lamaaaa saja seminggu lagi untuk temujanji seterusnya, KakJojes membuat bacaan dan carian sendiri. Dan KakJojes jumpa kes macam KakJojes yang dinamakan blighted ovum.

Dari banyak sumber bacaan, KakJojes dapat ini sebagai findings.

"A blighted ovum (also known as “anembryonic pregnancy”) happens when a fertilized egg attaches itself to the uterine wall, but the embryo does not develop. Cells develop to form the pregnancy sac, but not the embryo itself. A blighted ovum occurs within the first trimester, often before a woman knows she is pregnant."

Sumber : http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/blighted-ovum/

Dan dari bacaan itu juga KakJojes jumpa satu lagi bacaan yang boleh di hubungkaitkan iaitu Vanishing Twin Syndrome (VTS).

"Vanishing twin syndrome was first recognized in 1945. This occurs when a twin or multiple disappears in the uterus during pregnancy as a result of a miscarriage of one twin or multiple. The fetal tissue is absorbed by the other twin, multiple, placenta or the mother."

Sumber : http://americanpregnancy.org/multiples/vanishing-twin-syndrome/

Okeh, ini pula KakJojes jumpa pengalaman seorang ibu yang mengalami VTS ini yang dikongsi di blog nya.

http://supercjay.blogspot.my/2010/06/apa-itu-vanishing-twin-syndrome.html

Untuk masa ini, KakJojes dan suami tak letak harapan yang tinggi namun terus berdoa yang satu lagi itu akan nampak juga jantungnya pada minggu depan. Mereka hadir berdua, mereka juga diharapkan keluar juga berdua. 

Seronok kot sekali dapat bonus dua walaupun sicknessnya ya rabbi teruknya rasa. Hahahaha..

Tentang bacaan begini, boleh juga rujuk pada yang pakar. Mahu percaya bulat bulat pun, dah namanya Google kan.  Atas kau orang timbangtara camana. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu. Kita tahu apa jadi pada badan kita. Dan boleh berjaga-jaga.

Apa pulak jadi minggu depannya? Adakah si kembar menunjukkan dirinya? Kita jumpa pada sambungan yang akan datang. Hoho..zasss!!!!


Nota : Kelihatan pada gambar dua kantung yang sama saiz. 😊

#kakjojestheuntoldstories #nadearamly

No comments:

Post a Comment