CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 30, 2018

Jiwa..

Bila nak sambung #kakjojestheuntoldstories KakJojes?

Jawapan : InsyaAllah rajin nanti KakJojes coretkan ya. 

Mahu menulis ni, perlu ada jiwa. Emosi pun perlu stabil sentiasa. Lagi lagi KakJojes bukan penulis profesional sepenuh masa. Sekadar menulis dari hati. Berkongsi pengalaman yang tak banyak ini.

Tak semua boleh terima apa yang dibaca. Pendapat manusia juga berbeza beza. Ilmu apatah lagi nampaknya. Bimbang dikata mendabik dada.

Pesan guru, tulislah yang baik baik. Yang bermanfaat. Yang disukai manusia sejagat. Tak mampu bedung jari, diam diam muhasabah diri.

Kadang-kadang kau tak sedar kau dah malukan diri sendiri. Orang lain tepuk tangan menari-nari. Kau? Masih dalam dunia sendiri melayan emosi tak bertepi. 

Jadilah diri sendiri dengan terkawalnya emosi. Pasti orang suka dan merindui. Doa untuk kau juga pasti mengiringi. Tak ada siapa rugi. Kau juga boleh hidup dengan tenang dan hepi.

Kata pepatah jawa. Original is more worth than a copy. 😉


Aimi Nadiah Ramli
KakJojes Muhasabah Diri

#kakjojesbebel #nadearamly

No comments:

Post a Comment