Sambungan..
Lepas pastikan atas ujian sendiri dua kali baru kau nangis tu, KakJojes pergi kerja macam biasa. Anak anak buah diberitahu pada hari itu juga. Mereka perlu diberitahu sebab masa di pejabat adalah masa bersama mereka.
Dua orang yang terawal di pejabat pagi itu menerima berita gembira ini sambil peluk peluk KakJojes. Ucapan tahniah tak lekang dari mereka. Tahu. Mereka pun sama sama doa. Dan gembira pun sama sama lah.
Tapi.
KakJojes minta mereka rahsiakan dulu dan buat macam biasa saja di Facebook. Fuh! Ternyata anak bebuah ini menjaga kerahsiaan KakJojes seperti mereka menjaga kerahsiaan jabatan. Kagum!
KakJojes disajes mereka ke klinik untuk kepastian tentang keadaan rahim pula. Kata mereka, takut ia diluar rahim. Juga untuk pastikan EDD (Estimated Delivery Date) dapat dikira. KakJojes ekot saja dan pergi pada keesokan harinya.
Untuk orang yang masih 'fobia' tentang kehamilan terdahulu yang gagal, bukan senang nak lawan dan lupa. Takut itu tetap ada. Fikir buruk buruk itu tetap ada. Jadi apa saja kau boleh buat? Doa dan zikir.
Kau tahu KakJojes punya berzikir sebelum doktor panggil masuk sampai berpeluh peluh tangan dan tak senang duduk. Allahu! Walaupun kejadian 2014 tu agak lama berlalu, KakJojes masih takut. Sungguh!
Tiba giliran, kakJojes disapa mesra doktor yang diberi nama Dr. Hajah Zarina itu. Hilang sekejap nebes. Setelah dikira EDD KakJojes , KakJojes disuruh baring. Okeh, nebes lagi. Masa itu kau cuma harap semuanya baik baik saja.
Alhamdulilah syukur. Walaupun masih kecil dan hanya nampak seperti bulatan dalam bulatan yang besar (okeh tak reti describe..bahhaha), KakJojes gembira kerana ia terletak ditempat yang sepatutnya, berada di dalam rahim. Itu, dah cukup lega.
"Awak jumpa saya lagi tiga minggu ya. InsyaAllah masa itu kita boleh nampak jantung nya" Ujar doktor sambil tersenyum manis.
Lega lagi!
Apa lagi kau nak selain kata yang baik baik, doa yang baik baik.
Tapi nak menyampaikan tiga minggu itu, punya lahhhhhh lama rasa. Fuh! Kau yang pernah rasa, memang terseksa jiwa raga. Betul lah penantian itu satu penyiksaan. Kahkahkah..
Masa ini, alhamdulilah, KakJojes sudah empat minggu. Sebulan lah gitu senang cakap.
Dan tarikh berjumpa doktor seterusnya ialah pada 30 Oktober 2017.
Aaa, lamanyaaa...
Bersambung.,
#KakJojesTheUntoldStories #nadearamly
Nota : Ini gambar masa pagi subuh nangis nangis atas sejadah tu kalau ingat. bahahaha..
No comments:
Post a Comment