CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 29, 2018

Photobook vs Pixajoy

Semalam, photobook yang KakJojes order dari Pixajoy dah pun sampai.


Macam yang kau orang tahu, sebelum ni KakJojes ada order photobook yang sama di Photobook Malaysia. Kali ini, KakJojes mahu cuba satu lagi pula iaitu Pixajoy nama dia. 

Jadi, dari perbezaan kedua dua nya, KakJojes telah simpulkan semuanya di bawah untuk tatapan kau orang. 

Ciri ciri yang KakJojes pilih untuk ujicuba photobook ini ialah 6" x 6" iaitu mini square. Nama pun ujicuba. Karang pilih saiz besar tapi hasilnya hampeh tak ka rugi?

1) Jenis kertas
Photobook Malaysia menggunakan kertas jenis Photo Lustre yang mana ia sedikit kasar permukaannya. Manakala Pixajoy menggunakan kertas jenis printed gloss/matte lamination. Dari amatan KakJojes, KakJojes suka lagi yang hat pakai gloss/mate tu. 

2) Bilangan muka surat
Photobook kata, kalau kau orang nak upgrade kertas, kena bayar sendiri. Sama juga nak tambah muka surat. Ada 40 halaman disediakan untuk Photobook Malaysia berbanding 36 halaman sahaja untuk Pixajoy.

3) Bilangan gambar
Bila kau orang rasa bilangan halaman pun dah beza, camana pula dengan bilangan gambar yang boleh dimuatnaik kan. Toksah risau. Kau orang ejas saja kecik beso gambar gambar kau orang tu. Nak banyak, ejas la saiz bagi kecik. So satu muka surat tu padat la sikit.

Harus diingatkan. Kau hanya boleh ejas saiz dan teks menggunakan komputer saja. Aplikasi yang kau orang download itu takboleh ya. Ia limited. 

4) Tempoh valid vaucer
Pixajoy bagi kau orang 6 bulan saja dari tarikh belian untuk kau orang tebus kod tersebut. Dan lepas dari tu, kod yang di hantar takboleh guna dah. Photobook Malaysia pula bagi kau 9 bulan. Ha. Lama juga tu. Best!

5) Tebus vaucer
Ha. Untuk Photobook Malaysia, depa hanya benarkan kau orang tebus bila kau order di komputer saja. Melalui aplikasi, mereka tak terima. Tapiiii, Pixajoy boleh. Ha. Beza tu. Beza. 

6) Kos penghantaran
Kedua dua nya caj yang sama kos penghantaran ke Semenanjung iaitu RM8 tetapi sedikit berbeza untuk Sabah dan Sarawak. Photobook Malaysia mengenakan bayaran sebanyak RM12 manakala Pixajoy hanya serendah RM10.

7) komputer atau aplikasi
Ini penting untuk kau orang tahu. Sekiranya kau orang dah draf photobook kau orang melalui komputer, kau tak akan nampak draf itu di aplikasi telefon kau. Begitu juga sebaliknya.

Jadi kau orang perlu decide mahu buat melalui aplikasi yang dah kau orang download dengan limitasi editing atau di komputer yang kau boleh tambah gambar, teks,dan alihan halaman ikut suka kau orang.

Macam KakJojes, KakJojes suka guna komputer atau laptop lagi. Nampak besar. Dan. Boleh edit ikut kreativiti dengan template yang depa dah sedia kan. Hoho.


Macamana nak buat?
1. Kau orang beli dulu kod di Shopee. KakJojes dapat Rm1.

2. Derang akan hantar kod dan kau simpan elok elok kod tu.

3. Pergi website depa. Register. Set password sekali.

4. Login dan pilih template.

5. Masukkan gambar pada album yang kau orang dah pilih tadi. Jumlah gambar bergantung kepada jumlah halaman dan saiz.

6. Selepas siap, kau orang klik pada order dan nanti akan keluar ruang yang perlu kau masukkan kod yang kau dah terima awal awal hari tu.

7. Penghantaran selalunya memakan masa selama 4 hingga 5 hari termasuk proses cetakan. Alhamdulilah setakat ni KakJojes dapat awal. Terbaiklah depa ni.


Serius lain feeling bila tengok dalam talipon dengan dah di cetak menjadi album. Puas!

Sekurang kurangnya kalau la gambar  itu dah tak dapat di selamat kan dalam talipon, kita dah siap siap cetak. Boleh juga esok lusa anak cucu kau tengok tengok buat kenangan. Kihkihkih.

Tak kreatif pun tak apa. Janji susun aturnya kemas dan enak mata memandang.

Nak cuci sekeping sekeping gambar jenuh la weh. Buat saja photobook ha. Senang. Cuma perlu kegigihan dan sedikit modal serta kreativiti. Setel.

KakJojes sedang siapkan album ketiga. Korek balik gambar hanimun dengan apak #AisyahMaritza dedulu kala. Kahkahkah. Gigih khenn!

Okeh. Nak pi selongkar external hard disk pula. Mana tau jumpa gambar memuda dulu masa jadi diva. Menangis anak kau tengok nanti. Okbai.

#makbebel

Friday, September 28, 2018

Photobook by Pixajoy

Buku kedua siap. Kali ini momen #AisyahMaritza dengan mak dan apak pula.


Bezanya yang ini, mak buat dari telefon sahaja. So tak ada caption dari gambar. Full review esok insyaAllah mak buat. Doa la mak gigih menaip esok. Kihkihkih.

Rasa nak abadikan lebih banyak momen lah. Lain rasa seronoknya bila selak helaian demi helaian. Jadi nanti kita korek gambar lama lama.

Mak is suka! 😍😍 Okbai.

#makbebel #AMjourney

Thursday, September 27, 2018

Diva yang tenang..

Aktiviti pagi dalam carseat : Melihat dan bermain main dengan jari runcing mak.


Nampak camera terus tersengih begini. Amboi!

.

Jam 1.40 pagi, #AisyahMaritza bangun mintak susu. Mak pun bagi lah. 

Bila mana hampir terlelap, Aisyah berusaha menahan mata. Mahu bermanja mungkin. Dengan sisa kantuk yang masih ada, mak layan juga dia.

Tersengguk sengguk usah cakap. Mengantuk oi.

Nampak Aisyah masih haus, mak bancuh pula susu. Aisyah minum. Habis sebotol.

Pun masa mahu terlelap, ditahan tahannya lagi mata. Ini berlarutan sehingga jam 3 pagi. Mak cuba sendawakan dia pada awalnya, namun tidak berjaya. Mak baringkan semula. Lalu dia meniarap pula. Mak biar kan saja.

Mak terlelap berkali kali namun memikirkan usianya yang belum sesuai tidur dalam keadaan meniarap, mak alih semula ke posisi asal.

Belum sempat mak letak bantal di kepala, Aisyah muntah dengan banyaknya. Habis cadar dan baju. 

Mak panik. Terkejut. Mak buka lampu dan cuba tenangkan Aisyah namun Aisyah seperti biasa, tenang dan sempat melontarkan senyuman yang paling manis tanda dia okay. Allahu anak! 

Mak capai tuala dan sedikit menggigil, mak basahkan hujung tuala tadi lalu mak lap lap kan Aisyah. Aisyah masih tenang dan dari matanya, mak dapat lihat seperti dia mahu berkata, "mak, Aisyah okay lah."

Mak tukar baju yang terkena muntah tadi. Sambil mak kata. Aisyah okay kan. Padahal dalam hati, Tuhan saja tahu.

Aisyah senyum lagi. Sambil jari jemari mak dipegang mesra. Aisyah okay mak. Betul. Gitulah gamaknya mungkin. 

Allahu anak. Kamu ini, tenang sungguh!

Dan mak tak mampu nak tidur sebab mengantuk mak dah hilang entah kemana. Mak cuma mahu pastikan kamu okay saja walaupun tak lama lepas itu kamu tidur dengan nyenyaknya. 

Mak tahu, ini yang mak perlu hadapi dalam membesarkan kamu seorang diri disini. Dan mak harap apa pun status mak di mukabuku ini tidak disalaherti. Sebab, mak masih berusaha menjadi mak yang sempurna. 

Maka, semoga berjaya kepada mak untuk menempuh hari ini. 

Mak sayang kamu tahu!

#makbebel #AMjourney

Friday, September 21, 2018

I love my mom.

I love my mom.


Gambar tidur lagi. Ya. Hobi. Tu ha, baju pon nak tema hijau macam mak.

Eh. I love you too anak! 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #3months

Wednesday, September 19, 2018

Belum tidur tengahari..

Masa ambil Aisyah dari pengasuh dia tadi, dimaklumkan yang anak dara mak kesayangan apak ini belum tidur dari tengahari.


Jadi, helok saja masuk car seat dia, teruslah melayan mata sambil jeling jeling mak. Mimpi sampai ke bintang gamaknya. 

Sampai saja di rumah, bangun sekejap untuk buat rutin video call dengan apak dan kendian tidur semula.

Maka mak pun buat apa yang patut. Basuh kain dua bakul. Jemur dan kemudian melipat pula mana yang sudah kering. Mandi dan tunaikan kewajipan lalu makanlah mak mengisi perut yang sudah berbunyi.

Beg Aisyah mak kemas dahulu barulah beg mak pula. Terkadang ada sedikit masa, mak susun baju baju Aisyah yang sedikit bersepah.

Melihat anak masih dibuai lena, mak ambil kesempatan menggosok baju pula. Dikhuatiri esoknya mak terlajak tidur lalu lambatlah ke tempat kerja.

Anakku Aisyah Maritza, terima kasih untuk hari ini. Kamu selalu buat kehidupan mak dan apak berwarna warni. Menjadikan kami sentiasa belajar perkara perkara baru dalam cuba memberi yang terbaik.

Mak tahu ramai sayang kamu. Doakan kamu. Dan teruslah mewarnai kehidupan orang dikelilingmu. Kerna semua orang tahu betapa mak dan apak menantikan kehadiran kamu.

Nanti mak belanja baju baru okeh? 😚

#AisyahMaritza #makbebel #AMjourney #3months


Yay! Photobook pertama Aisyah Maritza!

Yang ditunggu pun dah sampai.

Masa mak tengah buat lawatan di dua premis Penolong Pendaftar Perkahwinan tadi, mak dapat mesej dari GDex yang depa on the way nak hantar barang mak.

Dan sampai saja di pejabat, album anak mak sudah pun sampai. Yey!!!!


Ini album cetakan pertama bagi #AisyahMaritza anak mak kesayangan apak dari Photobook Malaysia. Dan mak sungguh puas hati dengan kos mak cuma RM12.90! 

Itu hari, masa orang tengah sebok shopping di Shopee, mak pun tak ketinggalan la. Sekali mak ternampak offer buat Photobook ini di Shocking Sale Shopee cuma RM1.

RM1 kalau tak jadi ke, apa, kau tak la ralat sangat memandangkan ini pertama kali mak buat dan berminat. Hah, kau orang yang dah pandai tu dok diam diam jari tu. Post ini khas untuk mak mak beginner macam mak yang nak abadikan momen momen bahagia dengan anak dengan kreativiti sendiri.

Mak pun checkout dan bayar RM1 tadi. Pup! Depa hantar voucher code di inbox.

Eh, nak buat apa lepas tu? Kau cuma perlu rajin membaca. Ada rupanya langkah-langkah nak buatnya. Itulah. Malas baca lagi khennn! kahkahkah. Dan dunia menggodek kembali. Zupp!

Kau perlu sign up di www.photobook.com.my dulu okeh. Dah buat semua, kau mulakanlah projek meng edit gambar gambar yang kau nak.

Apa yang mak buat, mak uplod dulu dari henfon. Dah uplod semua, mak log in guna komputer pula. Ya, ia macam rigid sikit tapi mak rasa berbaloi. 

Lepas itu kau pilih la template yang kau suka. Saiz buku ini, selalunya dah diberitahu siap siap untuk sekian harga. Dan yang offer ini memang untuk buku saiz 6 x 6. 

Okeh, mulakan tugas kau edit gambar. Dah siap, kau klik order. Nanti akan sampai part masa nak buat bayaran itu, kau masukkan voucher code yang kau dapat masa bayar seringgit itu hari.

Asalnya harga RM79.90 akan jadi RM1 macam depa iklankan mula mula tu. 

Kejap. Sabar.

Itu belum masuk kos postage dan tambahan cas cas lain. Contohnya kau nak tukar jenis kertas ke. Jenis saiz buku ke. Semua itu cas ok. Cas. 

Macam mak, mak upgrade sikit kertas itu yang ada tambahan dalam RM3 gitu lah. Tak ingat wei! Kahkah..

Tambah kos pos GDex RM8, jadilah photobook mini anak mak kesayangan apak berharga RM12.90..

Puas hati bila ko buat sendiri dengan gigihnya. Dan kasih sayang yang tak terperi nilainya.

Mak tak ada harta untuk anak mak. Mak cuma mampu cipta kenangan untuk kita sekiranya mak dah tak ada nanti. Dan mak nak kamu tahu, mak dan apak sentiasa mahu beri yang terbaik. 

Okeh, tetiba feeling rindu anak lepas tengok album. Kbai.

Eh, kalau tak silap, voucher code tu cuma valid dalam masa 90 hari saja. Nanti kau orang semak semula ya. Selamat ber photobook! 😉

#photobookmalaysia #makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #nadearamly


Monday, September 17, 2018

Baby room

Hobi mak sekarang, pergi mana mana mall, usha baby room depa. Ini baby room di Aeon Manjung. Nursing room juga ada. Mak jenguk jenguk saja sebab #AisyahMaritza belum masa nak menyusu.

Dan di sebelah tempat tukar diapers ada penimbang. Hah, apa lagi. Mak timbang lah anak dara mak ini. Kahkahkah.

Setakat baby room yang mak dah usha

❤❤❤ Melawati Mall
❤❤ Citta Mall
❤❤❤ Aeon Manjung
❤❤ Nu Sentral
❤❤❤ KLIA


Melawati Mall is the best. Ada jirafah. Eh!


Mahap la acik angkel, baju terangkat sikit. Okbai.

#makbebel #AMjourney #3months

Sunday, September 16, 2018

Diva dobot

Mak tengah mandi, dipanggilnya mak berkali kali. Mak pun jenguk dari bilik mandi. Rupanya tengah sedap hisap jari.

Iya. Pintu bilik air mak buka. Senang mak jenguk ini anak dara. Sejak boleh meniarap laju tiba tiba, mak mandi koboi perkara biasa. Rasa macam nak beli satu jenis syampu sabun sekali pencuci muka. Zap zap zap siap katanya.

Ini, kain dalam mesin dibasuh tadi belum siap. Anak dah galak meniarap. Mak pun laju laju bersiap.

 
Kau nampak sengih dia macamana. Rasakan mak, ada hati nak tambah anak nombor dua. Aisyah belum puas manja. Bagi Aisyah masa jadi kakak yang sempurna. Esok lusa boleh jaga adik pula.

Selimut balut masa lahir itu hari. Nampaknya lupakan saja niat dihati. Takdan dibedung dah keluar kaki. Mak ketap ketap saja gigi.

Mak membuli? Ini aktiviti kami. Selamat berhujung minggi..eh! Hahahaha. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel

Friday, September 14, 2018

Kemengantukan

Bila kau terpaksa bawa anak ke pejabat dan anak kau tersangat la memahami. 😘


Terima kasih anak beri kerjasama pada emak ini hari. Baru nak belanja jalan jalan kat AEON, dah tidur pula. Kita balik lah. 

Yey! Aisyah dapat hadiah baju lagi. 😍😍😍

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel

Tuesday, September 11, 2018

Geng sama tahun.

Dari kiri :
Bonda. Ibu. Mak.
Awliya. Aidan. Aisyah.
1 minggu. 2 bulan. 3 bulan.


#makmak #bini2kugengster54 #makbebel