Berat : 7.4kg
Panjang : 63cm
Pukul 8.05 pagi kami dah terpacak depan klinik. Dan kami dapat giliran yang ketiga.
Aisyah Maritza macam biasa. Gigit gigit teether dia. Sengih sengih dengan orang belakang yang tengah tunggu giliran.
Lepas timbang berat segala bagai, misi mak pun kena la updet buku kan. Dia boleh selamba tidur sambil hisap jari dia. Tergelak gelak la misi mak tu.
Mak kata, dia memang senang tidur.
Tiba masa nak kene cucuk, dia masih tidur. Mak terpaksa kejut supaya dia pulak tak terkejut.
Belum cucuk lagi ni, dia dah menjerit sakan. Sebab, kaki tangan kena palam. Bukan dia suka.
Memang misi pun kata jerit marah, bukan jerit sakit. Kahkahkah.
Misi kata lagi, graf berat dia setakat ni cun. Walaupun naik 300gram dari bulan lepas. Sebab dia lahir pun 2.62kg je. So semua cantik.
Aisyah macam biasalah. Misi tu cakap dia pulak yang aaaa aaa. Macam paham...
Ini, dah matang dari usia kata misi. Dah boleh duduk tegak tak ada goyang goyang. Walaupun mak masih support belakang dia. Dah angkat bontot, bengkok kaki dan ke depan macam nak merangkak.
Mak okay saja. Perkembangan budak kan berbeza. Tak sama. Sihat tubuh badan, mak dah syukur banyak.
Tanya la mana mana mak. Anak tak sihat la paling risau sekali sampai tak tidur malam. Alhamdulilah. Aisyah pun baik baik saja sekarang.
Cuma semakin mendiva lah. Kahkahkah.
Eh. Penat jugak membebel ni. Okay lah. Bai.
#AisyahMaritza #AMjourney #6months #makbebel
No comments:
Post a Comment