Masa #AisyahMaritza tidur lepas kena bebel dengan mak, mak pun mulakan operasi ujicuba masa dan tekstur bubur.
Baik. Selama mak membaca tentang topik bubur nasi (sahaja), mak discover ada empat cara yang mak mak lain kongsi cara cara untuk masak bubur.
🍚 Cara PERTAMA.
Basuh beras bersih bersih dan masak seperti bubur biasa. Kemudian blend halus.
😉 Kelebihan : tekstur lebih halus.
☹️ Kekurangan : masa yang lama
🍚 Cara KEDUA.
Basuh beras bersih bersih dan tos kan. Sangai beras sehingga beras terasa ringan. Kemudian, blender halus halus seperti serbuk tepung.
Simpan dalam bekas bertutup dan letak kan di bahagian chiller di peti sejuk untuk lebih tahan lama.
😉 Kelebihan : Jimat masa.
☹️ Kekurangan : Sedikit bau pada beras yang disangai dan adakalanya tekstur tidak halus.
🍚 Cara KETIGA.
Basuh beras dan rendam sehingga tiga jam didalam air. Masukkan beras di dalam bekas ais bersama sama air dan bekukan.
Ambil beras yang telah dibekukan dan masak seperti biasa. Setelah sejuk, kisar sehingga halus.
😉 Kelebihan : Masa memasak yang cepat.
☹️ Kekurangan : Penyediaan awal yang lama.
🍚 Cara KEEMPAT.
Nasi yang sedia dimasak di rendam didalam air dan kisar halus.
😉 Kelebihan : Cepat dan pantas.
☹️ Kekurangan : Penyediaan awal yang lama.
.
Keempat empat cara yang mak cerita diatas mak dah cuba ya. Dan mak tapis lagi selepas blend.
Pada mak, mak lebih puas hati guna cara KETIGA. Memang sekejap saja masaknya berbanding cara pertama.
Maklomlah, anak kau pun tidur sekejap sekejap. Kena la cari cara paling pantas.
Rendam beras pun lepas balik kerja kau buat itu dulu. Sambil beras terendam, kau boleh buat kerja lain. Basuh kain ke. Angkat kain jemuran ke. Mandi. Makan. Layan anak kau kejap.
Lepas tu boleh isi beras dalam bekas ais. Esok pepagi kau bangun, ambik beberapa kiub yang kau nak, masak. Blend. Masuk dalam bekas dan letak dalam cooler bag.
Kat rumah babysitter nanti, anak kau nak makan, rendam kan saja dalam air panas kalau dah sejuk. Setel!
Gitulah. Ikut kesesuaian kau orang. Mak kongsi apa yang mak dah cuba. Mungkin tak okay untuk mak tapi okay untuk mak lain.
Chaiyok Chaiyok. Mari gigih.
Pesan kawan mak, bubur dah blend jangan letak di tempat sejuk beku. Tekstur dia akan berubah. Letak di chiller saja.
Nota : Mak beli bekas bentuk Mickey Mouse tu dekat Daiso. Hohoo.
#AMfoodjournal #makbebel #workingmom #nadearamly
No comments:
Post a Comment