CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 16, 2019

Rumah Manis Rumah : Progress dapur mak

Simpan buat kenangan.


Gambar disebelah kiri adalah table top asal mak. Yang mula mula mak tengok mak terus terfikir, letak dapur gas, coway, dah penuh. Kemana kah mak perlu campak Noxxa mak. Blender mak. Periuk nasi mak dan pelbagai barangan mak itu?

Jadi mak plan nak tambah sikit. Dua kaki kekiri dari sinki dan lebih kurang empat kaki dari bucu hujung nun.

Gambar kanan adalah permulaan progress tambahan table top mak.

Bersambung..

.

Aisyah Maritza tidur awal malam ni. Jam 8.30 mengantuk nya dah tak boleh bawak bincang.

Mak apa lagi. Sambung mengemas ruang depan pula. Lap kipas. Campak baju dalam mesin basuh. Sapu rumah. Mop lantai.

Tapi esok la mak jemur. Dah jatuh tergolek tadi. Sakit pula punggung dengan siku dek menahan kepala dan tangga dari jatuh atas mak.

Itulah. Masa cuci kipas tadi pun hampir nak jatuh. Tapi dok la teruskan juga. Dah gedebuk macam ni, rasanya cukup la mengemas rumah untuk hari ini.

Dah lama tak jatuh ni. Sakit betul. 😂😂😂

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel

No comments:

Post a Comment