CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 15, 2020

Alhamdulilah Aisyah Maritza masih di CRS nya!

15.01.2020, 6.15 petang.

Mak bawa kereta dengan kelajuan biasa, 60-70km/j balik kerja tadi. Laluan biasa mak ialah melalui jalan Simpang Lima.

Aisyah Maritza seperti biasa, berada di dalam CRS nya, buckled dan gembira menonton kartun muzikalnya dari tab.

Semasa menghampiri selekoh L (selekoh tu memang bentuk L) mak nampak ada seekor anjing hitam di tepi jalan sedang menjilat bulunya. Tidak mempedulikan sebuah motor dan dua buah kereta yang awal melintasinya namun tiba tiba menukar niat ingin melintas jalan dikala mak semakin menghampirinya.

Dan ia betul betul melintas!

Kusss semangat! 

Mak brake mengejut dan menjerit. Mujur masa itu mak dah perlahan kan kelajuan ke 40km/j. 

Mak toleh Aisyah Maritza dibelakang, dan dia masih berada elok di CRS nya, memegang tab kartunnya namun memandang mak dengan penuh tanda tanya.

What happen mak, what happen. Gitu la soalannya kalau dia dah boleh cakap gamaknya. Allahu!

Mak teruskan perjalanan dengan perasaan yang masih terkejut (dan sumpah seranah of course). Sampai rumah, mak keluarkan Aisyah Maritza dari CRS, mak cek dan belek badan dia. Alhamdulilah tak ada apa yang nampak mencurigakan. 

Bahu mak sedikit sakit dek rentapan seat belt masa mak brake mengejut tadi. Tapi tak apa. Asalkan anak selamat, syukur banyak dah.

Benda yang kita tak jangka pun boleh jadi. Sedangkan itu laluan mak hari hari pergi dan balik kerja.

Mak tak boleh imagine kalau Aisyah Maritza tak duduk dalam CRS dan buckled sebetulnya. Sedangkan mak yang pakai seat belt pun rasa nak tercampak kedepan. 😭😭😭

Nauzubillah minzalik. Mintak dijauhkan dari perkara perkara tak baik. 

Ini, mak anggap peringatan dari Tuhan. Mak agak culas pakai seatbelt sebelum ini tapi hari ini nasib mak agak baik. Aisyah pula mak kembali letak dibelakang, bukan di seat sebelah pemandu yang ada airbag macam selalu. 

Mak taknak tulis banyak pun tapi terpaksa tulis juga. Atas jalan, apa apa boleh jadi. Tuhan suruh kita usaha sebelum tawakal. Jadi, usaha letak anak dalam CRS, buckled up dan makbapak pun kena pakai seatbelt. Termasuk penumpang belakang.

Benda dah jadi kat mak, mak taknak jadi kat orang lain. Kalau kau anggap apa mak tulis ni sampah, terpulang. Sebab bukan kau orang yang rasa fobia nak tercampak kedepan. Bukan anak kau orang yang ada dalam kereta mak tadi. Itu semua mak dengan Aisyah yang laluinya.

Serius tak best gais. Tak best! 


Nota : Basuh kaki dan kasut lepas berkebun, buat hilangkan sikit fobia mak katanya.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y7m

Sunday, January 12, 2020

Kek cawan coklat..

Beria mak kau Aisyah Maritza buat kek dalam cawan konon. Untuk breakfast katanya. Tapi dah nama takde seni bake mem bake, kek cawan senang pun tak jadi.

Dah macam apam jadinya. Kahkahkah.



Mak memang ikut betul betul kat plastik tu cara buat nya. Mungkin mak pergi letak dalam papercup tu sedangkan kena letak dalam cawan tahan haba. Mungkin juga sebab mak pergi tambah masa lagi setengah minit sebab nampak macam tak masak.

Apa pun mekaseh la anak makan kek apam coklat mak yang pejal ni. Cup kedua nampak sangat taknak makan dah. Kahkahkah.

Ini la salah satu sebab kenapa mak tak buat kek. Kompom tak jadi. Baik aku masak lauk. Campak campak pun jadi jugak.

Ah. Frust!

Nota : beli kat kedai ECO ni. Takde la ralat tak jadi pun kan. Kahkahkah.

#makmasak #makbebel

Saturday, January 11, 2020

Tidur sejam sajaaaa. Aaa.

Harini mak rasa hari yang agak sukar. Aisyah Maritza tidur tak sampai satu jam!


Mana cukup nak sapu, mop lantai, cuci bilik air, lap kipas, masak bagai semua. Allahu!

Jadilah mak tarzan sekejap sambil tak habis habis mengekor mak kesana kemari.

Kerja kerja rumah itu mak ada masa hujung minggu begini saja gais. Jangan cakap suruh biar, tak apa, nanti buat, takpayah buat pun tak apa. Sebab mak belum cukup redho nak biar semuanya begitu.

Jadi apa yang mak dapat buat harini?

✔️ Masak
 Sarapan mak buat nasi aruk. Nasi, telur, garam. Goreng sekali. Siap!

Lunch mak masak nasik dan buat siakap stim. Panaskan sup suhun dan kentang.

Malam, mak buat puding jagung kastard untuk makan esok. Dinner, nasi lemak BangBil. Beli.

✔️ Sapu lantai
Mak berjaya sapu satu rumah. Termasuk kat bahagian garaj.

✔️ Mop lantai.
Pun satu rumah kecuali bilik ketiga. Sebab buat stor.

✔️ Lap grill.
Sempat lap grill sliding door saja. Tingkap, haremmm tak sempat sebab diva dah bangun.

✔️ Basuh dan jemur kain.

Yang mak tak dapat buat?
❌ Cuci bilik air
❌ Cuci kipas
❌ Cuci cadar dan sarung bantal
❌ Lipat kain empat bakul. 👻

Yang last tu dah berapa minggu pospon. Harap esok mak gigih la melipat sambil sorting baju diva yang dah mengecik. 😄

Dah boleh fikir to-do-list untuk esok pula. Kerja rumah memang takkan habis kan?

Good night all.

Nota : Menumpang berehat sebentar lepas makan ikan siakap yang digaul dengan nasi.


#AisyahMaritza #makbebel

Friday, January 10, 2020

Berak pula!

Pagi tadi mujur mak tak lambat masuk opis. Mak dah siap semua, dia berak pulak. 🤦‍♀️

Mak memang sejenis anak dah berak tu terus je la mandikan. Laju laju siapkan Aisyah, laju laju juga pecut atas jalan. Dia elok lena dalam CRS. Pahtu tau pula dah sampai school. Celik mata nampak Ibu.

Ini macam biasa lah. Dah makan. Dah bersiram. Masa untuk menyepah kan barang lah.


Cuma hangin pulak mak asyik nak mengekor saja. Pantang angkat bontot. Dia pun ikut. Pantang mak hilang dari mata, carik sampai ada.  Pantang mak turun katil dia pun bangun laju laju. Wargggh. Separation anxiety is back!

Moga mak tak jadi tarzan hujung minggu ni. Bai.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y7m

Thursday, January 9, 2020

Waiver dalam polisi insurans.

Disclaimer : Mak bukan ejen insurans.

Tak ada ibubapa nak anak sakit. Tak ada Ibubapa nak anak tak sihat. Ini, plan untuk diva, InsyaAllah selagi mak masih hidup, untuk dia.

Tahun lepas tiga kali masuk hospital. Macam mak pernah kata dulu, ini ujian mak. So yang belum teruji anak belum pernah tak sihat, alhamdulilah.

Terpanggil nak bertanya pada ejen terbaik mak setakat ini Tuan Azzam Fadhli Roslan waiver untuk polisi diva. Alhamdulilah, ada.


Contohlah sekiranya berlaku apa apa pada pencarum (kita tak minta ya) samaada meninggal dunia ke, hilang upaya atau sakit kritikal, pencarum tak perlu bayar sebab caruman waiver ini cover sampai umur anak 25 tahun. 

So kawan kawan mak yang amik insurans tu, cek balik dengan ejen korang ada tak termasuk waiver caruman dalam polisi korang dan anak korang. Nak baca buku polisi mana dan ye dak. 😂😂😂

Terima kasih ejen insurans Zurich Takaful mak untuk serbis yang terbaik setakat ini. Dan sabar melayan soalan soalan mak. Kihkihkih. 

Claim Aisyah Maritza selamat kredit ke akaun mak dan nampaknya ke tabung SSPN-i dia la gamaknya.



Semak dengan ejen insurans masing masing ya. 😉

#nadearamly #makbebel #zurichtakaful

Wednesday, January 8, 2020

Hari ke-lapan tahun dua puluh dua puluh..

Dah lapan hari di tahun 2020, masih ada yang

1. Mencangkung di jamban duduk pakej tak flush harta karun.

2. Taktahu macamana nak bagi signal sama ada masa membelok atau sepanjang jalan sampai ke rumah.

3. Menunggu tak ambil nombor giliran dan lepas tu komplen servis teruk.

4. Potong barisan. Tak kisah la masa bawa kereta atau nak buat pembayaran.

5. Daannn the worst thing mak jumpa hari ini ialah.. Sepah sepahkan barang lepas memilih tapi tak beli pun. Dasar sampah. Eh! 

Oh Malaysia ku!

#nadearamly #makbebel

Ikan masin pembuka selera. Pheww.

Pembuka selera berbuka tadi. Alhamdulilah.

Balik kerja tenggek nasik, ketung ketang ketung ketang, siap! Kurma daging tak pandang dah.

Depa dok cerita pasal ikan masin kat opis tadi. Terus up jadi. Sanggup cari ikan masin tu. Kahkahkah.


#makmasak

Macamana uruskan anak, diri sendiri dan rumah seorang diri?

Kehidupan kau sebelum dan selepas ber'anak' sungguh berbeza.

1. Dulu, boleh la nak rehat waktu bila, nak terbongkang waktu bila. Sekarang tidak lagi. Kau pula kena tengok waktu tidur dia dan kau perlu buat kerja rumah laju laju tanpa gangguan.

2. Nak gosok baju kerja dan kemas beg pagi pagi lepas bangun pun kau dah boleh buat. Kini tidak lagi. Kau kena bersedia kadang kadang mereka boleh terbangun sama kau dan menambah kerja kau dipagi hari! Kahkahkah.

3. Kau nak makan, tak boleh ikut selera sendiri. Sebab ada yang menganga juga sebelah kau. Jadi kau kena reda, yang kau sekarang ada dua mulut dan dua perut. Lagi ramai anak lagi ramai mulut dan perut. Bahaha. 

4. Kalau kau seorang pengemas, hati hati lah. Risau dari singa jadi tarzan kendian jadi dinosor dan akhirnya jadi godzilla. Sebab sepahan mainan anak kau itu sebenarnya seni yang kau sendiri tak pasti dan kau perlu redha. Redha ye mak mak. 

5. Dulu suka jemput orang datang rumah. Sekarang menjadi mimpi ngeri bila ada orang tiba tiba nak datang last minit. Oh nooo! Lantai ada bau sup sayur semalam!

6. Kalau kau stress, boleh je start kereta pegi tengok wayang, window shopping. Sekarang tidak lagi. Kau perlu tengok muka anak kau dan ya, ia semua release! ❤️❤️❤️

7. Kau akan ada dua tingkat dapur walau rumah kau setingkat saja. Sebab anak kau pun bantu kau masak kat bawah tabletop dengan periuk kauuuuuuuuu. Terima kasih anak! Banyak lauk kita harini. 

8. Ini fakta. Anak kau, cerminan kau. Jadi kau kena terima yang kau sedang handle a mini version of you! So, enjoice! 🤣🤣🤣

Jadi apa poin mak dari semua ini?

1. Kau kerja. Kau kena hantar anak ke taska atau sekolah. Maka kau kena ada satu time management yang bagus. Anak sorang bangun awal dari zaman berdua. Anak dua kena bangun awal dari zaman anak sorang. Anak tiga kena bangun awal dari zaman anak dua. Begitulah seterusnya. Tapi kalau anak dah boleh berdikari sendiri, gunakan kebijaksanaan dan kuasa veto kau sebagai mak. Itu, kau sendiri fikir Okeh.

2. Barang barang perlu di siapkan pada malam sebelumnya. Beg anak kau. Beg kau. Bekal kau. Bekal anak kau. Termasuk baju kau yang kua suka gosok last minit tu kan. Dan sebelum tidur make sure rumah kau dah kemas dari sepahan mainan. Supaya kau tak rasa stress masa bangun pagi esoknya. Kalau rajin, sapu dan mop lah. Err. Mak belum rajin tahap mop tetiap malam.

3. Dah jadi mak kan. Rajin rajin la masak. Goreng telur pun okay. Ini asyik beli je. Kesian anak kau. (Okeh, itu cakap pasal diri sendiri.)

4. Ajar anak lepas main, kemas. Seawal setahun enam bulan anak kau dah boleh terima arahan simple. Kau cuma perlu tambah sabar dan buat pengulangan perkataan. Kau mak kan. Siapa kena dengar cakap siapa?

.

Ini, untuk kau yang jaga anak sorang sorang tanpa helper dan bekerja tapi dalam masa yang sama nak rumah kau dalam keadaan bersih dan kemas. Mak kongsi apa yang mak buat dan dalam masa yang sama mak tengah sesuaikan mana yang okay atau tidak.

Apa pun, ia kembali atas kau. Sebab kau yang manage semuanya. Bukan bila ada anak kau takleh buat aktiviti kegemaran kau macam mengecat, menukang, menanam pokok. Boleh. Kau yang susun semuanya. 

Sebab pepatah jawa ada kata, if you fail to plan, you plan to fail. Gitchewww.

Tak ada orang bantu kau. Tak ada orang kisah apa kau hadap, biarlah. Simpati itu tak perlu diminta minta. Letih itu tak perlu di sua sua.
Kecewa itu adu lah pada Dia.
Gembira itu marilah kongsi bersama. 

Enjoy the motherhood happily sebab one day kau akan realize banyak sangat moment yang kau tertinggal dengan anak kau bila dia besar nanti.



Gambar : Nak pergi school katanya.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y7m #makbebel

Sunday, January 5, 2020

Rumah Manis Rumah : Sudut Coway

This is my happy place.

Dapur ialah office kedua mak. Jadi mak perlu pastikan ia sentiasa kemas, bersih dan teratur.

Supaya mak masuk pun gembira. Supaya mak pun dapat masak dengan sepenuh hatinya. Supaya mak pun rasa bahagia.

Mak belum buat kitchen kabinet. Bahagian atas juga belum buat apa apa. Cadangnya konsep dapur terbuka. Cuma tunggu lah tabung mak penuh nanti. Nak buat segedebuk, kita bukan orang senang. Jadi menabung lah untuk jaminan masa depan. Eh!


Frame beli di Romantika. Apak belanja juga. Mekaseh somi! 😘😘

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #makbebel #nadearamly

Saturday, January 4, 2020

Nasi goreng sukatimakdiva..

Mak buntu nak masak apa. Jadi kita campak campak saja apa ada di dapur.

Nasi. Lebihan sup ayam. Tujuh ketul nugget goreng.

Nah. Jadilah nasi goreng sukatimakdiva.



Mak tinggalkan tiga ketul buat sambal nugget goreng. Sambal pun ambik yang mak buat lebih dulu dan simpan dalam peti ais. Panas kan semula dan campak nugget tadi dan gaul rata. Mak ni melayu jawa. Kena laaaa ada pedas kalau makan.

Jangan tanya takde gambar deko deko ke minggu ni. Mak malas. Mood mengemas entah kelaut. Mood masak pula membara bara.

Oklah. Selamat menjamu selera.

#makmasak #makbebel

Scrambled egg.

Breakfast western katanya.

Scramble egg.

Dah bangun pukul 7, sejenis lapar macam mak, jadi mak buat lah benda paling mudah dan cepat.

Tiga biji telur.
Isi ayam. 
Bawang merah didadu.
Sesudu mayonis.
Susu segar.
Secubit garam.
Mix herbs.
Daun sup. 

Gaul rata dalam bekas dan masukkan dalam microwave. Set masa dua minit setengah. Siap.


Sukatan agak agak saja. Selamat bermalas malasan di hari minggu.

#makmasak #makbebel

Friday, January 3, 2020

Siram pokok lepas meronda..

Menumpang kasih MakLong Laila petang petang hari dengan mintak bawak naik motor pusing pusing taman. 


Jenuh la tiap tiap petang kena bawak dia meronda. 😪😪😪

Ingat lepas naik motor tak kena buat kerja rumah? Siram pokok bunga mak sana.

Aisyah : 🌱🚿


#AisyahMaritza #AMjourney #1y7m

Thursday, January 2, 2020

Dah tahun 2020 kan.

Dah tahun 2020 ni,

1. Peka tentang pendaftaran kelahiran anak. Sudah diberi tempoh masa enam puluh (60) hari untuk mendaftar. 

2. Tanggungjawab buat MyKad anak umur dua belas tahun tanggungjawab Ibu atau bapa yang MASIH HIDUP. Bukan datuk, nenek, mak saudara, atau jiran sebelah rumah.

3. Prosedur perkahwinan perlu lah difahami sendiri oleh bakal pengantin termasuklah borang yang dipamer ditempat yang berbeza. TIADA isu taktahu, kaunter tak cakap, mak saya yang hantar borang, masa upacara mahu di jalankan.

4. Perlulah tahu sedikit asas BAHASA MALAYSIA jika mahu memohon warganegara. Siapkan diri sebelum temuduga.

5. Ceritakan masalah kalian secara terperinci supaya kakitangan kaunter boleh memahami dan membantu kalian menyelesaikan masalah tersebut. Menipu akan membuatkan masalah semakin teruk. 

6. Bawa kad pengenalan semasa berurusan. Tak ada kakitangan kaunter boleh scan identiti kau orang dari pandangan mata. 

7. Jangan main telefon di kaunter atau semasa sesi temuduga. Fokus pada urusan anda.

8. Jika bawa anak anak, pantau dan tegur jika membuat bising dan merosakkan harta benda pejabat. Ambil tanggungjawab sebagai Ibu Bapa sebelum anda dijeling maut oleh orang lain yang berurusan. 

9. Berhenti menyalahkan atau memburuk burukkan mana mana pihak. Imigresen kata takboleh. Hospital tak beritahu pun. Polis tak kata apa pun.

10. Last but not least, BERADAP lah di mana mana saja kalian berurusan. Ucap terima kasih selepas berurusan. Tak luak pun sekupang duit dalam poket kau orang. 

Cukuplah sepuluh. Karang ada yang murung sepanjang hari. Kahkahkah.

Saja la beritahu, dari lahir, umur dua belas tahun, umur diantara lapan belas (18) hingga dua puluh lima (25) tahun, berkahwin dan bersalin sehingga meninggal dunia, muka muka orang kaunter la kalian kena hadap. Errr, except meninggal dunialah. Takkan nak datang register kematian sendiri kan. Okbai.

Moga beringat.


Nota : Kalendar custom made di Pixajoy. 

#makbebel

Wednesday, January 1, 2020

Aisyah Maritza : Page 1, 2020

Gambar pertama Aisyah Maritza untuk tahun 2020 tetapi gambar ke 739 untuk album dia.


Sarapan vs makan malam. Tengahari taknak makan. Asyik mintak susu. Tapi bab menyepah rumah, dia cempiyen.

Tak apa. Mak pernah baca satu artikel. Kalau anak suka sepahkan barang maksudnya dia bijak dan otaknya sedang berkembang. Boleh la buat penyedap hati mak tapi bukan mata mak.

Mak harap 2020 ni mak boleh lebih redho tentang itu.

Sejak keluar hospital itu hari pula, semakin ciwek dan sensitif. Takboleh la mak gurau kasar sikit, mula nak tersentuh hati. Takboleh la mak dia hilang dari pandangan mata, merengek rengek cari mak, bebel bebel marah kan mak kononnya. Takboleh la mak taknak kawan dia sekejap, dipeluk ciumnya kita sampai masam dek airliurnya. Allahu anak. Tanda udah besor ke apa ni. Huhuu.

Cepat besar dengan lebih sihat, kuat, bijak dan cekal anakku sayang! 

#AisyahMaritza #AMjourney #1y6m

Rumah Manis Rumah : Day curtain

Mak berkesempatan tukar day curtain juga hari ini. Day curtain lama (gambar atas) senteng menteng dek jahit nak cepat punya pasal manakala day curtain (gambar bawah) apak belanja beli kat Romantika itu hari.

Mak beli dua keping saja. Ingatkan okay lah. Sekali macam ngam ngam untuk ukuran lapan kaki lebar sliding door ni. Huhuk.


Okeh. Ini antara yang mak tukar di bahagian ini. 

1. Day curtain - Kain jenis organza, ready made dan French pleat. Ukuran 140 cm x 260 cm. Memang ngam ngam dengan rail sliding door mak. Beli di Romantika dan harga nya cuma RM 19.50 sekeping. 

2. Pengikat langsir - beli di Kamdar. Nak cari yang lebar sikit tapi tak ada pula. Nanti lah mak ingat nak jahit sendiri. Mood masih ke laut. Hahha. Harga mak lupa. 🤔

3. Frame gambar - Mak tambah sedikit gambar di sudut sana. Mak pakai frame sedia ada. Dan beli di ECO. Ringan pun ringan.

4. Perkataan HOME - mak beli di Kaison. Lama dah beli. Tak ingat harga.

5. Rug bawah meja - Kawan mak suggest letak rug bulat bawah tu. So sementara ini, ini yang mak ada. Next time mak masuk dalam list untuk belian akan datang.

6. Pasu putih - mak beli kat ECO. heeee. Letak je pasu hitam tu dalam pasu putih tu. Setel. Hahaha. Okbai.



Kalau ada idea best best boleh inform mak. InsyaAllah mak cuba sesuai kan mana yang boleh. ❤️

Ini lah aktiviti mak time cuti selain part time jadi tarzan kat rumah ni.

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel

Rumah Manis Rumah : Sudut gambar

Ingat nak selesaikan playroom Aisyah Maritza tapi banyak barang belum sampai, so mak fokus pada sudut ini dahulu. 

Mak tambah dan ubah sedikit saja dari yang asal. Oh ya. Dan mak tukar day curtain yang apak belanja kat Romantika itu hari. Next post mak share ya. 



Hari pertama di tahun 2020 mengemas rumah? Why not. 😚

Rumah kecil bahagianya besar. 

#rumahmanisrumah #makbebel #nadearamly