CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 2, 2020

Dah tahun 2020 kan.

Dah tahun 2020 ni,

1. Peka tentang pendaftaran kelahiran anak. Sudah diberi tempoh masa enam puluh (60) hari untuk mendaftar. 

2. Tanggungjawab buat MyKad anak umur dua belas tahun tanggungjawab Ibu atau bapa yang MASIH HIDUP. Bukan datuk, nenek, mak saudara, atau jiran sebelah rumah.

3. Prosedur perkahwinan perlu lah difahami sendiri oleh bakal pengantin termasuklah borang yang dipamer ditempat yang berbeza. TIADA isu taktahu, kaunter tak cakap, mak saya yang hantar borang, masa upacara mahu di jalankan.

4. Perlulah tahu sedikit asas BAHASA MALAYSIA jika mahu memohon warganegara. Siapkan diri sebelum temuduga.

5. Ceritakan masalah kalian secara terperinci supaya kakitangan kaunter boleh memahami dan membantu kalian menyelesaikan masalah tersebut. Menipu akan membuatkan masalah semakin teruk. 

6. Bawa kad pengenalan semasa berurusan. Tak ada kakitangan kaunter boleh scan identiti kau orang dari pandangan mata. 

7. Jangan main telefon di kaunter atau semasa sesi temuduga. Fokus pada urusan anda.

8. Jika bawa anak anak, pantau dan tegur jika membuat bising dan merosakkan harta benda pejabat. Ambil tanggungjawab sebagai Ibu Bapa sebelum anda dijeling maut oleh orang lain yang berurusan. 

9. Berhenti menyalahkan atau memburuk burukkan mana mana pihak. Imigresen kata takboleh. Hospital tak beritahu pun. Polis tak kata apa pun.

10. Last but not least, BERADAP lah di mana mana saja kalian berurusan. Ucap terima kasih selepas berurusan. Tak luak pun sekupang duit dalam poket kau orang. 

Cukuplah sepuluh. Karang ada yang murung sepanjang hari. Kahkahkah.

Saja la beritahu, dari lahir, umur dua belas tahun, umur diantara lapan belas (18) hingga dua puluh lima (25) tahun, berkahwin dan bersalin sehingga meninggal dunia, muka muka orang kaunter la kalian kena hadap. Errr, except meninggal dunialah. Takkan nak datang register kematian sendiri kan. Okbai.

Moga beringat.


Nota : Kalendar custom made di Pixajoy. 

#makbebel

No comments:

Post a Comment