CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 21, 2021

Bila dak diva tak tidur siang..🥴🥴🥴

Bila anak kau tak tidur siang, beginilah jadinya.

Aisyah ni sejenis selagi boleh tahan mata, dia akan tahan. Situasi dia macam petang tadi lah. Eksaited set karaoke dia sampai, sampai lupa nak tidur.😑😑😑

So pukul 7 petang tu dah nampak mata dia kuyu. Ini petanda takbest! 

Mak tanya, ngantuk ke? Dia angguk angguk kepala.

Makan dulu. Arah mak.

Dia akur.

Suap dah nak habis semangkuk, dia kata stop. Nak masuk bilik. Ngantuk dia takleh bawak bincang dah gais! 

Dia naik katil, bawak henfon. Mak pun keluar nak basuh pinggan dia, dan makan terus lah malam kan.

Lepas mak habis makan dan kemas dapur sikit, mak masuk bilik nak jenguk dia.

Hanyut!

Kul 7.30 woi. 

Mak jem. Ini samaada dia akan lajak tido sampai pagi atau akan bangun selepas 3 jam.

Laju laju mak solat. Jemur kain. Angkat kain lupa angkat siang tadi. Buang sampah. Sapu rumah. Dan bersandar melepas lelah. Dapat la tengok berita dengan aman dan I Can See Your Voice Malaysia sejekap bilamana taklama tu mak dengar suara dia merengek dari dalam bilik. 

Mak jenguk, ya, dia tersedar!

Cepat cepat mak tutup tv, lampu semua, mak masuk bilik, baring dan tepuk tepuk dia sikit suruh tido balik lah kononnya.

Usaha mak gagal!

Setengah jam cuba buat buat tidur last last mak kena game. Mata dia bulat. Dan mula nyanyi nyanyi gembira.

Oh men!

Mak tumpas.

Mak suruh dia cakap, hai papa, dekat voice message whatsapp.

Apak balas.

"Aisyah dah bangun?"

Aisyah balas melalui voice message whatsapp juga. Terus bapaknya video call. 🥴🥴🥴

Hah, kena la bukak lampu. Apalagi sembang sejam dua, lepas tu melompat lompat atas katil. Bateri dah full charge tadi kan. 🥴🥴🥴

Habis cakap dengan bapak dia, mintak apple pulak. 

Dia nampak mak shoot apple tadi, tu dia mintak. Adoi..

Dan mak pun ke dapur lah pergi potong buah apple favourite dia tu. Mak potong sebijik.

Habis.

"Mama, nak lagi." Kata dia.

Nak apa, tanya mak. Konon-konon tak paham. 

"Nak apple lagi."

Mak macam, 😂😂😂. Okaylah, jom potong epal lagi. Epal yang kalini mak beli kecik je. Sebelum ni besar. Tu agaknya sebijik tak cukup. Husnuzon.

Siap sebiji epal mak potong.

Makan sambil tengok YouTube Kids dia, lepas tu habis. Mak buat derk je.

"Mama, nak lagi." Kata Aisyah.

Mak pandang dia pahtu gelak. 

"Nak lagi? Cukuplah. Mana boleh makan banyak banyak." Kata mak.

Alahai malasnya nak pergi dapur sepuluh kali tetengah malam gini. Dah pukul 12.15 tengah malam uiiiii.

Masa mak taip ni, mak tengah cuba melupakan apa dia nak. 😂😂😂

Dia pun tengah berjoget sakan, nyanyi gembira, yang mak taktahu bila dia nak tidur balik ni. Mata mak dah rabak dah ni siang tadi berkejar-kejaran buat phop challenge aiskrim. 😂😂😂

Tak apalah. Kejap lagi mak buatkanlah susu sikit. Dari siang tadi dia baru minum sebotol. Makan banyak kan. Mak kurangkan lah susu.

Bagi lagi masa setengah jam, pakaikan pampers dan bagi susu, paksa tidur.

Mementang mak kau WFH kemain tidur lambat. Jangan mak jadi tarzan udah kejap lagi. Huuu.

Ni la sempat mak snap muka hepi dapat makan buah epal. 






Oh la anak. 😂😂😂

#AisyahMaritza #AMjourney #3y

No comments:

Post a Comment