CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 7, 2018

Ooookaaayyyyyyyy..

"Aisyah kenapa mak hilang dari pandangan saja, nangis. Mak perlu loading all the bags tahu. Mak pesan apa selalu, do you remember?" 

Aisyah pandang mak. Dalam. Tak berkelip mata. 

"Mari mak refresh balik. Kita, Aisyah dengan mak berdua saja kat sini tahu. Kita kena kuat dan tak boleh mengada ngada. Mak dah cakap sejak Aisyah dalam perut mak lagi. 

Mak kena prepare your food every night and you keep on crying with no reason. Then Aisyah nak makan apa kalau mak tak dapat masak? 

Mak juga kena basuh kain awak, jemur dan lipat which is normal untuk kita yang pakai baju ni.

So, adakah dengan menangis sebab tak nampak kelibat mak, you can get my attention?"

Aisyah pandang mak lagi. Diam.

" Boleh bagi kerja sama dengan mak tak sayang? Mak tahu Aisyah is a good girl. Everytime pun memang kamu sangat baik. Itu lama mak tahu.

Cuma kita perlu tolak ansur okay sayang.

Ya. Mak tahu masa mak dengan kamu limit saja. On weekdays, mak ada malam sampai awal pagi. Itu pun mak sibuk buat kerja rumah and prepare all the food, mandi and etc. Weekend saja ada.

Tapi itu semua mak perlu buat as a mom sayang."

Aisyah alih pandangan keluar tingkap.

" Faham mak cakap? "

Aisyah pandang mak semula. Tapi tak ada respon. Hah. Macam gambar ni lah. 


"Okeh. Mak nyanyi satu lagu okay."

Elok je rangkap pertama Itsy Bitsy Spider, Aisyah senyum lebor. Haah. Lagu fav dia pagi pagi. Mak nyanyi la huduh camana pun tetap akan sengih sampai telinga.

Sampai rumah mama dia, mak dukung dia, mak peluk dia.

"Ingat pesan mak. Mak bebel sebab mak sayang. Supaya kamu berdikari. Kamu kuat. Kamu syukur dengan apa yang kamu ada sekarang."

Mak cium pipi gebu dia.

"Always be a good girl. OK sayang?"

Aisyah senyum. Manis.

Mak buka pintu kereta dan macam selalu, Seronok bila pergi rumah mama dia. Lagi lagi mama dia pakai tudung. Ingat nak bawak dia jalan la tu. Hahahahhha.

The struggle is real beb. Melahirkan mungkin senang, mendidik itu perlu kesabaran.

Semoga yang baik baik untuk anak mak apak Aisyah Manisnya. Eh. Aisyah Maritza! 😘😘

Gitulah muka kalau kena bebel. Nasib la nak. Mak suka bebel. Okbai.

Nota : Baca dengan sucihati.

#makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #6months

Mendobi la..

Aktiviti mak dikala rehat yang panjang.

Ini last choice mak. Bila kain baju #MakAnak dah banyak (banyak lah pada mak) maka mak terpaksa menggunakan khidmat dobi masuk duit lima puluh sen lapan keping.

  
Itu. Dekat rumah menunggu 2 bakul lagi. Tersengih mintak dilipat. Mak pulak tetiap malam bersilat masak saja, ate bila masenyeeee khenn..

Normal jugak sejenis mak yang spesisnya tak suka benda tak kemas. Ape orang panggil, OCD eh. Eh. Tapi Mak bukan tahap tu. Ada masa mak malas jugak.

Weekend ni nampaknya besar besaran lah aktiviti melipat kain sambil sorting baju Aisyah Maritza yang dah tak muat.

Kena umpan tengok kartun Larva lah ni kalau menjadi. Kalau tak, mak berhuhu la tengok dia ukur ruang tamu nanti. Hahahaha.

Itu baju mak dengan dak Aisyah. Di dalam kereta mak yang serupa rumah bergerak. Jadi kalau nampak dinosor buat peace kau orang abaikan saja. 

Eh. Mak beli benda alah ni dekat Kaison. Fleksibel dan senang hangkot kulu kilir. Okbai.

#makbebellagi

Thursday, December 6, 2018

Cocok enam bulan.

Berat : 7.4kg
Panjang : 63cm

Pukul 8.05 pagi kami dah terpacak depan klinik. Dan kami dapat giliran yang ketiga.

Aisyah Maritza macam biasa. Gigit gigit teether dia. Sengih sengih dengan orang belakang yang tengah tunggu giliran.

Lepas timbang berat segala bagai, misi mak pun kena la updet buku kan. Dia boleh selamba tidur sambil hisap jari dia. Tergelak gelak la misi mak tu.

Mak kata, dia memang senang tidur.

Tiba masa nak kene cucuk, dia masih tidur. Mak terpaksa kejut supaya dia pulak tak terkejut.

Belum cucuk lagi ni, dia dah menjerit sakan. Sebab, kaki tangan kena palam. Bukan dia suka.

Memang misi pun kata jerit marah, bukan jerit sakit. Kahkahkah.

Misi kata lagi, graf berat dia setakat ni cun. Walaupun naik 300gram dari bulan lepas. Sebab dia lahir pun 2.62kg je. So semua cantik.

Aisyah macam biasalah. Misi tu cakap dia pulak yang aaaa aaa. Macam paham...

Ini, dah matang dari usia kata misi. Dah boleh duduk tegak tak ada goyang goyang. Walaupun mak masih support belakang dia. Dah angkat bontot, bengkok kaki dan ke depan macam nak merangkak.

Mak okay saja. Perkembangan budak kan berbeza. Tak sama. Sihat tubuh badan, mak dah syukur banyak.

Tanya la mana mana mak. Anak tak sihat la paling risau sekali sampai tak tidur malam. Alhamdulilah. Aisyah pun baik baik saja sekarang.

Cuma semakin mendiva lah. Kahkahkah.


Eh. Penat jugak membebel ni. Okay lah. Bai.

#AisyahMaritza #AMjourney #6months #makbebel

Monday, December 3, 2018

Enam bulan beb. Ya a awww. Ya aa awww.

Enam bulan beb..ya aaw. Ya a aw..


🍚 Cepuk muka mak kuat kuat.
πŸ§€ Jerit jerit kat telinga mak.
πŸ₯ž Pantang nampak camera.
πŸ₯— Semua benda nak masuk mulut.
πŸ₯¨ Berguling atas katil ikut suka hati.
🍦Dengar cakap apak.
🍩 Main sembur air liur.

Icon makanan sebab anak mak kesayangan apak dah boleh makan. Yayy!! 

Hepi 6th monthiversary diva Aisyah Maritza ! Boleh tukar hashtag dah. Kahkahkah. 😘

Doa mak? Sentiasa.. 

#AisyahMaritza #AMjourney #6months #makbebel

Sunday, December 2, 2018

Jenis penyediaan bubur nasi untuk permulaan pemakanan bayi

Masa #AisyahMaritza tidur lepas kena bebel dengan mak, mak pun mulakan operasi ujicuba masa dan tekstur bubur.

Baik. Selama mak membaca tentang topik bubur nasi (sahaja), mak discover ada empat cara yang mak mak lain kongsi cara cara untuk masak bubur. 

🍚 Cara PERTAMA.
Basuh beras bersih bersih dan masak seperti bubur biasa. Kemudian blend halus.
πŸ˜‰ Kelebihan : tekstur lebih halus.
☹️ Kekurangan : masa yang lama

🍚 Cara KEDUA.
Basuh beras bersih bersih dan tos kan. Sangai beras sehingga beras terasa ringan. Kemudian, blender halus halus seperti serbuk tepung.

Simpan dalam bekas bertutup dan letak kan di bahagian chiller di peti sejuk untuk lebih tahan lama.

πŸ˜‰ Kelebihan : Jimat masa.
☹️ Kekurangan : Sedikit bau pada beras yang disangai dan adakalanya tekstur tidak halus.

🍚 Cara KETIGA.
Basuh beras dan rendam sehingga tiga jam didalam air. Masukkan beras di dalam bekas ais bersama sama air dan bekukan.

Ambil beras yang telah dibekukan dan masak seperti biasa. Setelah sejuk, kisar sehingga halus.

πŸ˜‰ Kelebihan : Masa memasak yang cepat.
☹️ Kekurangan : Penyediaan awal yang lama.

🍚 Cara KEEMPAT.
Nasi yang sedia dimasak di rendam didalam air dan kisar halus.

πŸ˜‰ Kelebihan : Cepat dan pantas.
☹️ Kekurangan : Penyediaan awal yang lama.

.

Keempat empat cara yang mak cerita diatas mak dah cuba ya. Dan mak tapis lagi selepas blend.

Pada mak, mak lebih puas hati guna cara KETIGA. Memang sekejap saja masaknya berbanding cara pertama.

Maklomlah, anak kau pun tidur sekejap sekejap. Kena la cari cara paling pantas.

Rendam beras pun lepas balik kerja kau buat itu dulu. Sambil beras terendam, kau boleh buat kerja lain. Basuh kain ke. Angkat kain jemuran ke. Mandi. Makan. Layan anak kau kejap.

Lepas tu boleh isi beras dalam bekas ais. Esok pepagi kau bangun, ambik beberapa kiub yang kau nak, masak. Blend. Masuk dalam bekas dan letak dalam cooler bag.

Kat rumah babysitter nanti, anak kau nak makan, rendam kan saja dalam air panas kalau dah sejuk. Setel!

Gitulah. Ikut kesesuaian kau orang. Mak kongsi apa yang mak dah cuba. Mungkin tak okay untuk mak tapi okay untuk mak lain.

Chaiyok Chaiyok. Mari gigih.


Pesan kawan mak, bubur dah blend jangan letak di tempat sejuk beku. Tekstur dia akan berubah. Letak di chiller saja. 

Nota : Mak beli bekas bentuk Mickey Mouse tu dekat Daiso. Hohoo. 

#AMfoodjournal #makbebel #workingmom #nadearamly 

Saturday, December 1, 2018

Rahsia saya.

Ini lah rahsia saya kekal cantik dan menawan.

Bangun bangun tidur terus tekan tubi seratus.


Mak tu bangun bangun cari nasik. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #5months #makbebel

Monday, November 26, 2018

Buli mak balik.

Semalam mak buli kita, korek korek idong kita. Malam ni kita balas.


Seronok tauuu angkat angkat bontot, reverse reverse, pusing pusing sambil tidur lambat. 😎😎😎

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Saturday, November 24, 2018

Periuk elektrik Shopee..

Masa anak tidur lah kau boleh buat macam macam kerja rumah. Daaaaan pegang henfon.

Masa nak masak pula Aisyah dah bangun maka mak ajak la dia masak sekali pakai periuk elektrik RM27 yang mak beli kat Shopee itu hari.

Nak pakai Noxxa macam over sangat kau mak. Iyalah. Besar benau periuk nya. 

Hah. Ini kecik je mak beli untuk masak bubur Aisyah nanti tapi mak rasmi dulu ya anak. Muahahha.


Siap tomyam asal ado versi mak yang laju laju buat kerja rumah. Kahkahkah. Okbai.

#makbebel #nadearamly 

Friday, November 23, 2018

Yay. Dapat hadiah lagi.

Semalam, mak bawak pergi Kaison. Terjumpa kawan mak. Terus Aisyah dapat hadiah elephant. Yey! Okeh, elephant tak ada dalam gambar. 

Mekaseh kawan mak yang cantik. 😘


Haah. Aisyah tengah main air liur tu. Tengok diri sendiri comel sangat. Okbai. 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Tuesday, November 20, 2018

Monday, November 19, 2018

Hiburan mak mak.

Hiburan mak mak.


Teruja anak nak makan tak lama lagi. Habis lah mak borong 11.11 itu hari. Jadi lah. Siapa nak bagi free shipping khen. 

Itupun orang kata lalai, leka, membazir masa duit tenaga semua. Kelakar.

Eh. Lapar pulak. Okbai.

#makbebel

Wednesday, November 14, 2018

Yey, sofa dah sampai!

Yey! Sofa yang mak tergoda dekat Shopee itu hari dah sampai.


Dapat lah tunjuk kat apak. Warna tu pun bersempena apak kan kerja kat negeri Kedah..😜

Hah. Ni lah yang mak kata payment tak lepas lepas tu. Gigih pula tunggu sampai pukul 2 pagi. Tahniah lah mak. Mak memang gigih! 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Tuesday, November 6, 2018

Kita harung sama sama ya..

Jika itu hari kita selamat sampai ke rumah wan dan atuk lepas mak balik dari kerja, insyaAllah kita boleh lakukannya esok pagi pagi anak untuk balik ke Manjung semula. 

Sama macam rutin mak masa mak belum ada kamu dulu.

Mak cuma mahu kamu rasa, itulah susah payah perit jerih mak jauh dengan atuk dan wan kamu. Juga apak kamu. Yang struggle mak, sedih mak, kecewa mak, takut mak, kawan kawan rapat mak saja tahu.

Sebab mak mahu orang lain syukur dengan apa yang mereka ada. Mak mahu mereka gembira melihat mak gembira sentiasa. Dan mak mahu mereka bahagia membaca coretan rasa.

Kita harung ini sama sama ya.


😘😘😘

Disclaimer : Mak last minute decide balik Paya Jaras lepas ambil Aisyah dirumah mama Manja khamis lepas. 

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months

Monday, November 5, 2018

Expected vs Reality

Expected vs reality.

Lama dah mak beli bip ni. Baru harini cuba kat #AisyahMaritza. Sebab asyik lah dok menyembur nyembur.


Dan Aisyah be like, don't ever kutuk me and my baju yang terbukak butang itu. Okbai.

Cepat sihat semula anak. Mak kena kerja cari duit nak poya poya. Okbai.

#AisyahMaritza #AMjourney #4months #makbebel

Saturday, November 3, 2018

Happy 5th month's anak!

Selamat lima bulan anak mak apak cucu wan atok kesayangan semua orang. 😘😘😘


Mak ada sebulan lagi nak tambah ilmu pemakanan kamu pula. Auww. Mak is teruja!

Baju hadiah dari MakLong Erin. Mekaseh MakLong..😘😘

#AisyahMaritza #AMjourney #makbebel #5months