Sambungan..
Disebabkan macam banyak saja benda
berlaku jadi KakJojes buat ikut tarikh ya. Senang kau orang tak pening. Bahhaha..KakJOjes
pon pening ha gamaknya. Jadi, mari gigih menulis dan gigihlah kau orang
membaca.
17 November 2017 (Jumaat)
Temujanji
dengan doktor selepas seminggu pun tiba. Macam biasa, ketakutan KakJOjes tak
pernahnya padam. Disebabkan hanya temujanji doktor, bukan routine checkup
biasa, maka KakJOjes terus diberi nombor untuk berjumpa doktor sebelum segala
berat, tekanan darah kau diambil. Menunggu lah dengan sabar dan berdebar.
Tiba
giliran KakJOjes, KakJOjes masuk dengan senyuman yang paling manis. Oh, doktor
itu pun mengandung! Sarat juga nampaknya. Lepas beliau mengkaji buku keramat
(buku pink) itu, KakJOjes disuruh baring. Untuk buat ultrasound la gamaknya.
Dup
dap dup dap!
OKeh,
nampak budak kecik itu aktif sungguh! Kau tahu kan perasaan orang pernah
kehilangan. Jadi bila kau nampak anak kau gembira saja bergerak-gerak, kau rasa
ada satu batu baru je lepas dari kepala kau.
“OKeh,
baby satu ini okay. Nampak tak dia bergerak-gerak? Kita tengok lagi satu sac
ya.” Kata doktor manis itu. Sambil digerak-gerakkan ke kiri dan kekanan.
“Saya
kurang pasti tentang satu itu tapi nampaknya masih kosong sebab saya cari
jantungnya tak jumpa.” Tambahnya. “Tak apa, saya referkan awak ke Hospital
Manjung ya.”
KakJOjes
senyum. “Baik doktor.”
Masa
ini juga doktor berkali kali pesan, jika ada pendarahan terus ke hospital
jangan tunggu-tunggu. Memang harapnya tidak lah begitu sebab KakJOjes takut
darah oi. Walau darah sendiri. Bahahhahaha.
Sementara
tunggu buku keramat siap ditulis, KakJOjes tunggu diluar. Suami dan rakan-rakan
terdekat diupdate melalui Whatsapp. Tak
henti henti depa suruh KakJojes berdoa untuk kembar nan satu lagi itu. Serius
masa ini kau tak tahu nak respon camana atas satu kantung pengharapan kau itu.
“takpe
beb. Mana tau tak nampak lagi. Kita doa sama-sama ya.”
Begitulah
sahabat memberi peransang. Terharu sungguh!
Maka
tarikh yang diberi untuk ke hospital ialah pada 28 November 2017. Fuh!
Dari klinik desa, ke klinik kesihatan ibu anak (KKIA) dan kini di refer ke hospital pula. Mari super duper bertabah mencari parking! Bahahhahaha…
KakJojes pulang ke pejabat dengan seribu satu perasaan. Nak sedih, tidak juga. Nak menangis, tidak juga. Konfius. Maklomlah, tak suka berada dalam keadaan tertanya tanya.
Tapi tak apa. Serah saja pada yang maha Esa.
Dari klinik desa, ke klinik kesihatan ibu anak (KKIA) dan kini di refer ke hospital pula. Mari super duper bertabah mencari parking! Bahahhahaha…
KakJojes pulang ke pejabat dengan seribu satu perasaan. Nak sedih, tidak juga. Nak menangis, tidak juga. Konfius. Maklomlah, tak suka berada dalam keadaan tertanya tanya.
Tapi tak apa. Serah saja pada yang maha Esa.
Nota
: EDD KakJojes berubah lagi. 9 Jun 2018 pula. Awal! Tapi dekat dengan tarikh
anniversary iaitu esoknya. Hohoo..
28 November 2017 (Selasa)
Sebab
kau kena berebut parking, maka kau kena gigih awal bangun supaya temujanji kau
tak lambat. (padahal still kene ikut nombor giliran. Semangat. Kahkahkha). Syukur, rezeki kau dapat parking dekat sungguh
dengan tempat yang kau kena lapor diri tu. Hahahhaa..
Rutin
bakal-bakal ibu , kau kena kencing, cek air kencing, timbang berat dan segala
tekanan darah dan nadi bagai supaya tahap kesihatan kau dipantau dengan baik.
Iyalah, kau kan bawak satu nyawa lagi jadi tak boleh la selfish, tak dengar
nasihat bagai.
Timbang-timbang masa ini berat baru 59kg. Tekanan darah kau memang tak boleh komen la, memang semedangnya rendah sebab ada tekanan darah rendah. *tepuk dahi*
Timbang-timbang masa ini berat baru 59kg. Tekanan darah kau memang tak boleh komen la, memang semedangnya rendah sebab ada tekanan darah rendah. *tepuk dahi*
Macam
kau dah baca kat atas tu, time nak tunggu doktor tu lah paling gerun. Hahahha.
Jadi bila tiba giliran, kau pun melangkah masuk dengan bergaya macam biasa. Okeh,
ini memang poyo. Seperti biasa, doktor akan kaji buku pink keramat kau yang kau
kena bawak pergi merata tu sambil tanya tanya kau sikit.
“Okeh,
kita scan ya.” Kata doktor.
Kau
tahu benda yang KakJOjes suka setakat ini ialah masa scan sebab masa itu saja kau dapat
tengok anak yang kau tunggu berzaman lamanya bergerak dan aktif. Seronok kau ya
nak!
Lepas
scan, doktor still tak nampak jantung pada kantung satu lagi. Pada tahap ini
pulak kau memang dah redha. Serius! Tak tipu.
Kau nampak yang seorang lagi itu aktif bergerak tak berhenti pun kau dah tarik napas lega, maka anggap la saja yang seorang lagi itu bukan rezeki kau lakibini.
Kau nampak yang seorang lagi itu aktif bergerak tak berhenti pun kau dah tarik napas lega, maka anggap la saja yang seorang lagi itu bukan rezeki kau lakibini.
Tak
sedih? Tipulah. Tapi bila rasa syukur kau lebih dari segalanya, kau akan tahu
rasa itu bagaimana.
Selesai
saja semuanya, KakJOjes masuk kereta dan mula baca satu satu apa yang doktor
tulis. Walaupun tak faham tapi kau nak baca jugak. Kahkahkha. Ada google, ada
kengkawan, tanyalah.
G2
P0 +1 @ 12/52
Missed
miscarriage in 2014, ERPOC done.
Referred
from KKIA for twin pregnancy with 1 fetal demise.
Terus
google fetal demise tu apa weh. Dan ini yang KakJOjes dapat lah.
“The loss of a fetus at any stage is a fetal demise. According to the 2003
revision of the Procedures for Coding Cause of Fetal Death Under ICD-10, the
National Center for Health Statistics defines fetal death as "death prior
to the complete expulsion or extraction from its mother of a product of human
conception, irrespective of the duration of pregnancy and which is not an
induced termination of pregnancy. The death is indicated by the fact that after
such expulsion or extraction, the fetus does not breathe or show any other
evidence of life, such as beating of the heart, pulsation of the umbilical
cord, or definite movement of voluntary muscles. Heartbeats are to be
distinguished from transient cardiac contractions; respirations are to be
distinguished from fleeting respiratory efforts or gasps."
Sumber : https://emedicine.medscape.com/article/259165-overview
Fuh!
Terus rasa macam belajar medic. Kahkahkha. Dan hasil dari scan pada hari ini
pula menyaksikan EDD KakJojes berubah lagi iaitu 1 Julai 2018. Fuh!
Sekali lagi KakJOjes diberi tarikh appointment seterusnya untuk monitor keadaan
kandungan dan ibu yang jojes ini. Muahhahaa..
26.12.2017
pulak kata doktor. Baiklah!
Nota
: Kena masuk kelas menyusu masa tu. Ilmu baru. Best!
KakJOjes
rasa apa lepas dua kali doktor sahkan kantung kembar kosong dan tak nampak jantung?
Berserah
kepada Nya. Nampak klise. TApi itu tugas kita sebagai hambaNya.
Dapat
rasa nikmat sickness twin pun KakJojes dah syukur, apatah lagi dapat tahu mengandung
twin juga. Kau hilang salah satunya pula itu ujian dari Nya. Jadi kau nak
meroyan, nak sedih kau dapat apa? Bersyukurlah. ADa orang rezekinya belum tiba.
Kau yang dah diberinya, syukur adanya.
Pengharapan?
Jujur, masih ada dihati kami. Mana tahu tiba tiba nampak pula kan nanti. Nak jugakkk. Kikikikikih.
Jangan
risau. KakJOjes okay. Betul. Teruskan berdoa. TEruskan syukur. Terus bersangka
baik dengan Nya. InsyaAllah yang baik baik juga akan datang dalam kau tak
sangka.
Jadi,
apa jadi dengan kantung yang dikata tak nampak jantung tu KakJojes? Kita tunggu
next appointment punya cerita. Fuh! Gigihlah lagi KakJojes menulis ha. Bahhahahaha..
Okbai.
Ini gambar dengan geng cicah ronggeng masa zaman UiTM Seri Iskandar dulu.
Beliau la yang diberitahu secara berdepan masa depa lakibini datang nak makan. Nampak berdua tapi sebenarnya berempat berlima kau tauuuu! Kahkahkahkah..
Tarikh gambar diambil : 21 Oktober 2017
Ini gambar perasan selpie tanpa mekap. Masa ini dah rasa macam hantu Kak Limah. Tapi gambar ni paling lawa la antara semua. Kahkahkah..
Tarikh gambar : 24 November 2017
Dan gambar makan dengan kawan nan seketoi misti ada!
Makan kat Kenny Roger Roster sebab dua dua kelaparan. Kahkahkah.
Ini pun kami sedang berempat berlima juga.
Tarikh gambar : 26 November 2017
Gambar ini diantara gambar yang di snap masa mabuk teruk dan trimester pertama.
Fuh! Gigih!
Eh! Tunggu sambungannya tau! Tauu! Okbai.
Ini gambar dengan geng cicah ronggeng masa zaman UiTM Seri Iskandar dulu.
Beliau la yang diberitahu secara berdepan masa depa lakibini datang nak makan. Nampak berdua tapi sebenarnya berempat berlima kau tauuuu! Kahkahkahkah..
Tarikh gambar diambil : 21 Oktober 2017
Ini gambar perasan selpie tanpa mekap. Masa ini dah rasa macam hantu Kak Limah. Tapi gambar ni paling lawa la antara semua. Kahkahkah..
Tarikh gambar : 24 November 2017
Dan gambar makan dengan kawan nan seketoi misti ada!
Makan kat Kenny Roger Roster sebab dua dua kelaparan. Kahkahkah.
Ini pun kami sedang berempat berlima juga.
Tarikh gambar : 26 November 2017
Gambar ini diantara gambar yang di snap masa mabuk teruk dan trimester pertama.
Fuh! Gigih!
Eh! Tunggu sambungannya tau! Tauu! Okbai.
#kakjojestheuntoldstories
#nadearamly