CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 30, 2019

Rumah Manis Rumah : Langsir

Memang plan mak harini untuk part langsir saja. Cuma bukan diruang ini. Biasalah. Kita plan baek punya pun ending dia Tuhan yang tentu kan.

Mak saja test langsir bercorak itu dulu. Sebab nak basuh. Sekali tengok, memang la lawo. Dua kali tengok gonjeng je rupanya.

Mak ambik pula langsir sliding door mak yang dah basuh tadi, dan mak letak kat sini. Maka, beginilah hasilnya.

Panjang langsir itu 9'. Tempat gantung mak guna besi boleh laras kat DIY yang panjangnya boleh di adjust maksimum ke 110cm.

Pasang cangkuk macam biasa. Sebab besi ini agak kurus, cangkuk langsir itu ngam ngam saja terletak. Dan mula lah acara panjat memanjat. Masa ini mujur si diva dah tidur. Kalau tidak, dia sekali join mak nak pasang langsir. 

Buat ini nampak mudah tetapi agak mencabar ye tuan tuan puan puan. Sebabnya mak test tarik langsir tu namun akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ini, adalah dalam percubaan ke empat baru elok tahan tak menyembah bumi. Cuma kita tengok la nanti sampai bila bertahan. Si diva ni boleh tahan juga curiosity dia tengok benda lain dari kebiasaan.

Apa pun, dari pintu masuk, takde la nampak sangat direct ke dapur. Boleh la cover segala benda macam ada atas peti ais mak tu.


Ini dari pandangan depan. 


Langsir bilik pun dah tukar. Jadi kita rehat la sambil cari idea best best kat Pinterest tu. 

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel

Tuesday, November 26, 2019

Aktiviti di school : Bermain lego.

Aktiviti hari ini di school. Mari bermain lego.





📸 Taska Safwa

.

Gigih mak kau uplod jugak kat sini walau pelbagai halangan. Supaya hari dan tarikh nak throwback nanti sama. Kihkihkih.

Dah pukul 11 malam ni. Si diva masih belum ada tanda tanda mengantuk. Tolong!

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makbebel

Monday, November 25, 2019

"dah besar anak kita yang."

"dah besar anak kita, yang." kata apak.

Itulah. Sudah boleh disuruh. Lepas buka baju seluar, letak dalam bakul baju kotor. Usai lipat kain boleh minta tolong di angkat untuk disusun pula.

Alhamdulilah. Menginjak ke usia satu tahun enam bulan tiga hari bulan nanti, sudah faham beberapa perkataan. Duduk. Makan. Nak. Taknak. Sayang.

Walaupun vocab lain masih tak berapa clear, itupun mak dah syukur banyak. Mak tetap faham apa yang kamu nak sampai kan. 😂😂😂

Lain budak, lain perkembangan nya. Kan? 😉

Video call penghubung anak beranak. Itu lepas nyanyi twinkle twinkle little star sama apak lepas tu tepuk tangan sambil cakap 'tatai'. (pandai)


Terhibur apak nampaknya. 😂😂😂

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m

Saturday, November 23, 2019

Masak lemak ikan simple

Masak laju laju sebab banyak lagi kerja nak buat siang tadi. So, lauk ini lah Aisyah makan semangkok habis.


Tak cukup dengan itu masa mak makan pula dia mintak suap lagi. 😂😂😂

Mujur ada daun kunyit sehelai hasil tanaman yang tak berapa jadi tu. Kahkahkah. Okbai.

#makmasak

Mandi kolam depan rumah

Renyai di luar. Maka kita mandi kolam depan rumah saja.


Esok mak fikir aktiviti apa kita boleh buat pula.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m

Omelette first trial dari microwave. 😂😂😂

Dah lama dah adik ipar mak bagi microwave ni. Bulan ogos itu hari tapi sebab masa tu table top tak buat lagi maka mak simpan lah dulu. Tak muat ui. Dapur dengan Coway saja dah penuh. Huu.



Ni sempat la mak snap dulu di diva posing hahahha. 

So dah boleh letak ni maka mak cuba lah. Bedebor juga sebab mak tak pernah juga microwave. Hahahhahaa.

Jadi berpandukan manual yang diberi, mak cuba la resipi pertama dari microwave ni. Omelette dalam cawan nama diberi. Kahkahkah.

Mak guna telur dua bijik. Sedikit isi ayam. Tomato. Daun sup. Sedikit garam dan oregano. Gaul rata dalam cawan.

Masukkan dalam microwave. Ini mak guna Health Cooking. Mak taktahu berapa minit sebab dia dah set sesiap dah. Tapi kalau tak silap dalam 6 minit.

Tunggu kejap dan dah siap.


Jadilah breakfast dua beranak. Hahahaha. Aisyah pun makan je nampaknya.



Nanti la mak try resipi lain. Bedebor lagi nak guna. Hahahahha.

Selamat berhujung minggu. ❤️❤️❤️

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makmasak

Thursday, November 21, 2019

Rumah Manis Rumah : Bilik utama

Ada satu malam pukul berapa mak tak perasan, tiba tiba kayu langsir jatuh. Kayu pemegang langsir tercabut.


Jadi untuk sementara tu, mak sangkut saja langsir tu pada gril. Karang nampak pula isi dalam bilik kami kan. 

Dek dah dua hari menyampah pulak tengok langsir tu begitu, mak pun repair la semula kayu yang dah tercabut tu.


Masa apak buat tu ada pendek je skrunya. Itu yang tercabot gamaknya. Jadi mak beli la skru yang lebih panjang. 

Dibantu cik diva mak, berjaya la juga mak pasang balik langsir tu pada kayunya. Gigih skru balik pakai screw driver je oi. 



Abaikan la kayu yang panjang sebelah tu. Ini pun emak mak bagi. Mak guna saja mana ada dulu. Nak potong kendian lah.


Balik kerja semalam dah penat, nak layan diva main buih belon lagi so mak buat mana penting dulu. Nanti nak cari gergaji, potong hujung nun sikit.

Mana mampu buat sendiri, mak buat lah. Tak mampu, duduk diam diam. Okbai.

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel

Wednesday, November 20, 2019

Nasi lemak Bang Bil..

Sudah lah lapar , hujan lebat pula mencurah curah. Guruh kilat usah kata. Sampai suis utama rumah mak, dua kali jatuh.

Mujur ada nasi lemak daun pisang Bang Bil. Tak la mak lapar lagi.

Yang duduk BBSAP ni, tahu lah. Dari konon konon dah kenyang tapi order lagi dan makan, sampai yang sekali makan sampai lima bungkus pun ada. Kahkahkah.


Nasi lemak daun pisang seringgit malam malam cenggini mana nak dapat? Hanya di Bandar Baru Setia Awan Perdana. 😎😎😎

Kalau mak gemok kau orang jangan tegur ye. Mak cepuk kau nanti. Okbai.

#makbebel #BBSAP

Tuesday, November 19, 2019

Mak tiup buih sabun.

Lil diva yang tersangat happy.




Saja lah beli belon air tiup tiup tu. MakLong pun ada tadi. MakLong pun tolong tiup sama. Hahaha.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m

Stainless steel kitchen rack dari Shoppee.

Barang yang mak order masa 11.11 itu hari dah pun sampai. Alhamdulilah!

Disebabkan table top mak tak lah terlalu panjang maka mak perlu fikir dimana mahu letak kan dish rack. Takkan lepas basuh pinggan kau terus nak simpan kan. 

Maka mak cari la kat Shoppee dish rack yang meninggi ke atas, sama macam mak yang melonjong keatas. 🙄

Jadi mak jumpa ini. 


Disebabkan sinki mak sebijik saja, maka kita amik yang paling kecik. Saiz yang available ialah 60 cm. Dan ada juga saiz yang lebih besar. Boleh baca review buyer kat buyer rating bawah nun nanti. 

Lepas masuk voucher free shipping, mak dapat la harga ni. Harga asal tu mak tak sure lah iya ke tidak. 


Boleh la kan. Dari pinggan kau menitik nitik ayor satu keje nak mengelap pulak.

Dalam masa 5 hari kalau tak silap, barang mak pun sampai. Kotak kecik tu si diva punya barang. 


Selepas bersilat DIY kan benda ni dengan diva, taraaa. Siap dah dish rack mak. Siap model gittchewwwww.


Bila letak kat sinki, ini lah ha realiti nya. Nampak besar sikit dari sinki. Tak apa lah kan. 


Dan ini pandangan sisi pula. Cewahhh.


Banyak lagi benda mak nak buat kat dapur mak ni tapi itulah. Kita buat sikit sikit dulu. Menabung. 

Ada basic things pun dah okay. Janji mak dapat masak dengan gembira.

Saya mak yang gembira! Hoyehh. 

#nadearamly #makbebel #rumahmanisrumah #BBSAP 

Monday, November 18, 2019

Baby Colourful Wooden Mini Around Beads Wire Maze dari Shopee.

Berfikir sambil bermain.

Asalnya mak nak beli puting botol susu dia je. Tak cukup pula nak dapat free shipping. Maka selongkar lah kedai yang sama, cari barang yang boleh cukup kan kuota nak dapat free shipping punya pasal.

Maka, ini saja yang mak berkenan. Jadilah.


Shoppee lah. Mana lagi.

Eksaited konon konon dapat hadiah. 😂😂😂😂


Dok kaji camana nak main benda ni. 




Nanti mak cari lagi benda yang sesuai dengan usia kamu ya anak. 

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makbebel

Sunday, November 17, 2019

Mini potluck dengan jiran kembang setaman

Sembang petang tadi + mini potluck.

Mak : mee goreng🍝
MakLong : cucur sukun + sponsor ayam dalam mee goreng. 😂😂
Ina & Lily : Berger Malaysia


Aishah (tiada dalam gambar sebab dah balik ada orang order ayam goreng) : ayam goreng singgit

Sesambil lah si Naurah dengan Aisyah Maritza tu mandi depan rumah tu ha.


Merapatkan silaturahim sesama jiran katanya.



Komuniti bersatu Komuniti sejahtera.

#BBSAP #residen1 #jirankembangsetaman

Saturday, November 16, 2019

Rumah Manis Rumah : Progress dapur mak

Simpan buat kenangan.


Gambar disebelah kiri adalah table top asal mak. Yang mula mula mak tengok mak terus terfikir, letak dapur gas, coway, dah penuh. Kemana kah mak perlu campak Noxxa mak. Blender mak. Periuk nasi mak dan pelbagai barangan mak itu?

Jadi mak plan nak tambah sikit. Dua kaki kekiri dari sinki dan lebih kurang empat kaki dari bucu hujung nun.

Gambar kanan adalah permulaan progress tambahan table top mak.

Bersambung..

.

Aisyah Maritza tidur awal malam ni. Jam 8.30 mengantuk nya dah tak boleh bawak bincang.

Mak apa lagi. Sambung mengemas ruang depan pula. Lap kipas. Campak baju dalam mesin basuh. Sapu rumah. Mop lantai.

Tapi esok la mak jemur. Dah jatuh tergolek tadi. Sakit pula punggung dengan siku dek menahan kepala dan tangga dari jatuh atas mak.

Itulah. Masa cuci kipas tadi pun hampir nak jatuh. Tapi dok la teruskan juga. Dah gedebuk macam ni, rasanya cukup la mengemas rumah untuk hari ini.

Dah lama tak jatuh ni. Sakit betul. 😂😂😂

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #nadearamly #makbebel

Nasi goreng ayam nugget

Bila mengemas rumah, jadi lupa pula nak makan.

Dah duduk nak melipat kain, baru rasa lapar. Jadi buat benda paling senang dan cepat.


Nasi goreng ayam nugget ada carrot.

Makan lah kau berdua ha dua beranak. Syukur alhamdulilah.

#nadearamly #makmasak

Rumah Manis Rumah : Dapur

'Pejabat' seorang mak ialah dapur.


Bangun lepas jemur kain buat apa? Kemas dapur lah. Okbai.

Sementara penuhkan tabung kabinet dapur, kita letak lah sini dulu.


Mudah capai. Pantas. Daaaan ringkas. Bahan yang tak pakai sangat kita sorok. Sorok kat mana? Mak saja tahu. Bahahhaa.

Anak tidur, sambung kemas dapur lagi. Ahhhhh. Mak mak sangat. Okbai.

Balang kaca dan sticker dari ECO. Rak putih dari DIY. 

Rumah kecil bahagianya besar. ❤️

#nadearamly #rumahmanisrumah #makbebel

Thursday, November 14, 2019

Rumah Manis Rumah : Ruang makan

Ini, dalam plan mak untuk dibuat ruang makan.


Sebelah kiri itu, ruang masih suci tanpa dicemari apa apa. Memang plain je la nampak kan. Warna asal dinding, kuning cair. 

Jadi disebabkan mak kurang berkenan warna cat asal itu, maka mak pilihlah kombinasi warna kelabu dan putih. Impak putih itu pada mak lebih nampak luas dan sejuk mata memandang. Maka terjadi lah seperti gambar disebelah kanan itu.

Mak guna cat MCI kod 4225P (Gray Mystic) dalam setengah liter dan cat putih biasa brand San Cora.

Untuk wainscoting pula mak beli di Shoppee. Anggaran kotak dan line atas itu guna dalam 8 meter. Jenis PVC. Bukan foam atau PVC foam. Sebab mak baca kat grup deko depa kata PVC lebih senang dilekat. Oh, mak guna gam Dunlop saje. Heee. 

Kau orang nak guna kayu pun boleh tapi jenuh la nak cat. Hahahha. Mak kan kurang rajen. Kayu wainscoting ada jual kat kedai hardware. 

Okeh, jam itu beli mak kat DIY dalam RM12. Tapi nyampah pulak tengok jarum kemain kontot . Nanti mak tukau la jarum tu bagi panjang. Jenuh kecik mata. Udah la rabun. 

Kemudian nanti kalau mak berubah fikiran pula, kau orang maaf kan lah mak sesiap. Mak ni banyak nau plan nya. 

Tak pakai cat mahal sikit? Risau bertahan enam bulan saja lepas tu mak boring, ku cat warna lain pula. Kan ke membazir tu. Haa.

Edit : Cermin dari IKEA. Di beli dan ditampal oleh apak Aisyah Maritza mengikut kreativiti beliau. 

DIY kan saje. Zasss!

Rumah kecil, bahagianya besar. ❤️

#rumahmanisrumah #makbebel #BBSAP #DIY

Rezeki.

Rezeki.


Mak ingat, mak dah tak terlibat lagi dengan benda benda gini. Namun itulah hakikatnya. Nama pun bekerja. Kita dan alat tulis tak dapat dipisahkan.

Mak ingat dulu, mak pernah kerja retail line. Kerja tak tentu masa. Penat usah kata. Kadang orang tidur kau kerja. Orang cuti kau kerja. Siang malam kau pun kau taktahu bila.

Tapi betul lah orang kata, alah biasa tegal biasa. Zaman muda muda nak seronok saja. Dapat gaji hoyeh hoyeh sini sana.

Bila umur meningkat, mula fikir masa depan. Benarlah jodoh rezeki kat tangan Tuhan. Lepas sebulan mak bertunang dengan apak, mak dapat kerja kerajaan. Itu semua doa emak dan abah. Mekaseh mak abah.

Kerja mak tak sehebat mana. Namun mak sentiasa melihat jauh nun kedepan apa yang mak nak capai sebenarnya. 

Kutip seberapa banyak pengalaman yang ada. Sebab, pengalaman tu takboleh beli dimana mana. Dan ya, mak yang offer diri di posting kan ke Sarawak masa lapor diri dulu.

Yang ada kerja tetap, bersyukurlah. Yang masih mencari tapak kehidupan pun, bersyukurlah. Rezeki Tuhan ini, luas dan banyak. Bukan takat gaji dan anak, kesihatan dan kawan kawan yang baik itu pun rezeki juga. 

Nak merungut sekali sekala, tak apa. Kita ini pun manusia biasa. Cuma jangan berlama lama. Risau keberkatan itu makin hilang dan berkurang.

Begitulah.

Regards,
Mak Yang Membebel Sayang

14.11.2019, 4:50 p.m.

#nadearamly #makbebel

Dinner time!

You can change friends but not neighbours.
-Atal Bihari Vajpayee

.

Dua orang di depan itu, banyak bantu mak masa apak cari rezeki jauh nun di utara. Jiran yang baik mana nak cari?


Depa lah yang #AisyahMaritza panggil MakLong dan Paklong. Keluar Gate saja terus menonong ke rumah depa.

Aktiviti apa kali ini? Makan makan daaaan makan. 😂😂😂

De Marmalade
13.11.2019

#nadearamly #makbebel #BBSAP

Tuesday, November 12, 2019

Suap apak makan

Baru lah ha nak memanja dengan apak. Kalau tak melekat la dengan mak. Kahkahkah.


Jangan lupa apak lepas ni Okeh?

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m 

Tak terjebak 11.11? Kahkahkah.

Kahkahkah.

Kasi mak gelak dulu. Tak terjebak dengan promo 11.11? Diam diam saja. Yang terjebak, tahniah diucapkan.

Kita manusia yang berbeza. Terjebak atau tidak, terpulang pada masing masing. Cuma, hormati prinsip dan keadaan orang lain. Duit dia, biarlah. Duit kita, terpulang lah. 

Mak tak terpengaruh masa 9.9 dulu tapi 11.11 ini mak sedikit tergelincir imannya kerana kekangan masa.


Alasan cliche? Heran sangat mak. Kau takada pun dalam situasi mak.

Begitulah.

Genki tiga pack, pakai free shipping voucher, pakai promo code voucher, jadilah jimat dalam sepuluh ringgit. Dan pampers anak kau pun sampai depan hidung kau.

Barang mak tak ada? Dalam list pun tak ada. Kahkahkah. Okbai.

#nadearamly #makbebel

Monday, November 11, 2019

Coffee Casablanca by Bliese..

Kononnya beli nak letak dalam kereta untuk hilangkan bau. Sekali letak dalam bilik tidur pergh, bau dia dah macam kat coffee shop. Sedap betul!

Mak saja la biar lagi. Mana tau saja je marketing gempak Abam East tu kan. Entah entah baunya sekejap je.

Tak wei. Tak. Lama juga bau nya. Tonggeng tiga saat kat penutup, satu hari kau bau kopi yang buat kau lapar. Kahkahkah.

Okeh. Mak test lagi. Letak kat ruang tamu pulak. Tutup sliding door pahtu pegi la melepak kat kedai burger PakLong MakLong nya.

Balik rumah, apak yang hidung tersumbat tu pun boleh bau kopi ni satu rumah. Bukan bau biji kopi. Bau kopi yang sedap macam kat setabak tu. Ha.

Mak pun masuk sengih je. Nyatalah bukan strategi marketing. Ini benar benar kejadian. 

Orang letak kat kereta, kau letak kat dalam rumah. Apedehal. Kita yang buat dia. Okbai. 


#nadearamly #makbebel

Sunday, November 10, 2019

Kiki makan, Aisyah pun makan.

Aisyah yang baik hatinya.


Makan sekali dengan Kiki. 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️



#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m 

Thursday, November 7, 2019

Merap demam.

Mula mula merap dekat mak. Kendian apak pulak amik turn. Kasihan Aisyah. Ini, mahu dapat akal baru mungkin.

Masa beli barang sedikit petang tadi, Aisyah Maritza masih okay. Sampai rumah, apak mandikan dia. Lepas itu perlahan lahan badan makin panas. Begini la penyudahnya. Merap saja.

Tuala basah mak tekap pada badan Aisyah. Panas yakmat tadi. Ini, sudah makan ubat alhamdulilah kurang sedikit.

Termometer yang jenuh mencari tadi rupanya tertinggal dirumah emak abah mak. Allahu. Dugaan betul.

Tipulah tak susah hati. Dah nama pun anak kan. Cuma mujur juga apak balik. Boleh la pas baton malam sat lagi. Mak ada sehari lagi nak kerja minggu ini. Mari kita bertabah. 



Mak pun dah dedor ni. Huhuk.

#AisyahMaritza #AMjourney #1y5m #makbebel

Saturday, November 2, 2019

Laaaaasssttt sekali.

Pagi tadi beli sarapan, mak lajak sekali pergi pasar Ayer Tawar nun. Gigih la dokong diva sambil beli sayur ikan bagai. Balik pasar, sarapan dan mandikan diva.

Macam biasa, dah sampai time diva tidur, mak bersilat habis mengemas satu rumah.



So ini yang last lepas semua siap. Harap dapat la selesaikan gunung kain ini ha sesambil layan Hobbs & Shaw.

TV mak tinggi gila kan? Iye. Itu pun si diva dah memanjat dan bergayut kat para bawah tv tu. Ingat nak lekat kat siling je. Lagi senang tengok tv sambil baring. Kahkahkah.

Haih. Moga mak tabah la melipat kain. Okbai.

#makbebel