CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 30, 2020

PhoP Challenge : Personal Planner

Sebab kat opis, grab apa ada saja nak memeriahkan phop challenge tema personal planner kali ni.


Jadilah. Walaupun tak berapa puas hati saka tak ada. Huuu.


Okbai.

#PhoPbyNadeaRamly
#PhopChallengebyHafidah
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#personalplanner

Sunday, November 29, 2020

Mak buat origami..

Ha. Jangan ingat mak boleh jadi murid-murid, jadi pesakit, jadi doktor je tau.

Mak sekarang boleh jadi pelukis, jadi crafter buat origami tau. Boleh la nampak juga bentuknya kan. Kahkahkah.


Terima kasih YouTube. Banyak mak belajar hari ini untuk Lil Diva tu. Mana kelas fotografi mak lagi. Nak bahagi masa camana pun dah taktahu sebab anak suruh jadi pelanggan bunga dia pula. 

Nak jadi apa lepas ni pun mak tak pasti. Harapnya mak tak jadi hijau lah nanti. Okbai.

Nota : Diva masih menjual bunga walaupun dah nak dekat pukul 11 malam. 😴😴😴

#makbebel

Saturday, November 28, 2020

Wrap Up Batch 29 Phop by Lini Mohd

Mak manusia biasa. Ada minat dan kecenderungan. I am not into books and paper notes. Mak mencari benda yang mak minat selari dengan kesibukan harian mak. And finally, i found this phone photography (PhoP) class.

Bermula dengan join as junior masa batch 25 dan mak kembali as senior untuk batch 29. Dah jadi senior, kau kena celen la dengan senior yang memang dah power.

Alhamdulilah, empat tugasan yang diberi, tiga darinya mak dapat top40. Task 4 belum keluar resultnya tapi bukan top40 yang dikejar. Ilmu yang ticer bagi tu sebenarnya. 

Yang mana, kau rasa betul dah angle kau. Kau rasa lawa dah gambar kau tu. Kau rasa betul dah editting kau gamaknya. Hakikatnya, masih banyak benda kau perlu perbaiki.

Dengan ini berakhir lah kelas Batch 29 selama satu bulan ini. 

Terima kasih ticer Lini Mohd atas semua ilmunya. I learnt a lot. Looking forward for batch 33 next year, insyaAllah. ❤️❤️

Terima kasih juga Mak Smurf Sumorni Hassan yang banyak bantu. Dan tim anak anak Smurf. ❤️

Terimalah hasil dari klik klik klik guna henfon saja. Zassss!

Task 1 : Product Photography

Sebab tak ada jual barang apa apa, mak shoot la product Safi Shayla ni. Batch 25 ritu pun masa Task 1 dok shoot produk Safi juga. 😂😂😂😂

Dah boleh jadi duta gamaknya. 😂😂😂😂

Task ni siap tunggu kawan hantar arang. Dapat je, terus letak and 📸..siap!

Ticer pun tak banyak komen dan banyak puji juga. 🤭🤭

Okeh, this task top 40. Yay! 🎉🎉🎉🎉


Task 2 : Potrait Photography

Okeh, task ni teruk mak kena. 😂😂

Muka anak lawa. Rambut lawa. Tapi editting macam udang kena bakar. Lebam sana lebam sini. Kata ticer. 😂😂😂

To be honest memang jem teruk part potrait ni. Nak dapat soul dalam gambar bukan senang okeh. Susahhhhhh untuk kau yang tak biasa shoot gambar orang ni. Lagi lagi budak tak reti dok diam.

Nak hantar pukul 1, pukul 11 baru dapat shoot. Jenuh suruh diva pandang camera. 😂😂😂😂

End up, edit laju laju pahtu hantar. Ini lah ha hasilnya. #genglebam kata tim anak anak mak Smurf. 😂😂😂😂

Tapi top 40 juga tau. Hahahah.


Task 3 : Coffee, donut and flower

Task ni mak bentang board sampai tiga kali. First buat tema ala ala moden, white and pinky tapi sekali salah sebab ada cutleries. Donat gigih beli kat big apple.

Bentang second board. Tempah donut kat kawan. Suruh buat donat sebiji gambar dalam Pinterest. Styling pulak ke laut. Urgh!

End up, beli donat kampung, buat ala ala rustic. Saka baru sampai masa ni. Nak layur la kononnya. Nak lari dari kebiasaan. Bunga tu cari kat kedai India. Beli sampai empat warna. Biru, putih, kuning, merah. Kemain. Kahkahkah. Sekali rupanya tak sesuai dengan tema. 😂😂😂

Masa ni, reda saja. Tak dapat top 40 pun takpa. Siap kat grup ticer pinned photo mak. Punya cuak! Sekali dapat la juga top  40 tu. Haahaha.

Bedebarnya lain maciam bila gambar kau kena pinned. 😂😂😂


Task 4 : Food photography

Tema : Roti dan telur

Last but not least, the struggle task for me sebab kena masak sendiri. 😂😂😂😂

Gigih cari french loaf. Cari pinterest sana sini. Beli telur. Salad. Tomato bagai. Dapur berkecah. Hahahaha.

Tak reti masak memang debor dia lain macam. 😂😂😂 Tapi mak dapat juga siapkan. Alhamdulilah.

Result tak keluar lagi tapi dah last task ni sedih lak. Dah takde kocoh kocoh set up board, fikir styling, cari idea and props lepas ni. Kelas habis dah tuk Batch 29 ni. Huu.

Ni tunggu depan pintu Batch 33 lah. Tunggu buka. Lepas tu kita register laju laju..

Kena jiwa. Kena masa. Kena tenaga. Kau pasti enjoy buat phop ni. Dan akan jadi repeaters tegar macam kami. Ketagih tau.

Jumpa lagi korang insyaAllah...❤️❤️❤️❤️


Akhir kata, kita layan #PhoPChallenge sementara tunggu masuk semester baru. Practice make perfect kan? 😉

Regards,
Mak Yang Suka Tengok Gambar Lawa Lawa

#PhoPbyLiniMohd #PhoPbyNadeaRamly #PhonePhotography #Batch29

Tuesday, November 24, 2020

Esok mak belanja kehepsi..🥰🥰

Kasihan anak. Tertidur sendiri.


Tangan sebelah pegang pen dan buku, sebelah lagi menepuk lembut si anak. Sambil mendengar nota melalui earphone, mata tertumpu pada skrin telefon di riba.

Ada yang kata buat apa belajar lagi sudah tua tua begini. Selagi kau punya hati, punya minat, buatlah untuk kepuasan sendiri. 

Kelas sudah banyak yang diatas talian. Yang kau boleh buat masa kau senang. Namun perlu sedikit pengorbanan.

Masa.
Duit.
Tenaga.

Yang lemah, kecundang.
Yang malas, ketinggalan.
Yang gigih, nun ke depan.

Kejap. Mak belajar kelas apa? 

Kelas ambik gambar pakai telefon sahaja. Ilmu itu luas cakupannya kan? 😉

Selamat malam. 

Nota : Terima kasih anak. Esok mak belanja kehepsi. ❤️❤️

Regards,
Mak Yang Masih Membebel

#makbebel

Saturday, November 14, 2020

Hari gembira Aisyah Maritza..

Seorang budak nama Aisyah Maritza ni memang la suka berkawan. Jadi dia suka berada di kalangan crowd dan orang yang ramai ramai.

Memandangkan time PKPB ni takboleh kemana mana, maka kita berziarah la ke rumah ibu Su dan Ummi Aisyah ni. Tak jauh pun dari rumah kami. Setengah jam saja.
(Nota : Kami dalam daerah yang sama dan ikut SOP)

Sampai saja, terus la main dengan abang abang dia dua orang ni. Lepas tu , request mandi kolam pula. Melayanlah abah nya sementelahan kami mak mak ni di dapur siapkan makanan tengahari.

Nampak muka hepi tu? Yeahhh..

Masa ni dia tak heran pun mak dia buat apa. 😌😌😌😌





Sempat la mak amik video ha depa mandi. 😂😂😂😂

Lepas tu kami bentang la tikar, makan sambil perati depa tiga beradik tu mandi. 

Makan taknak mak suap. Nak ummi jugak. Pahtu kejap kejap keluar kolam. Masuk balik. Itu takpe lagi. Dah mandi tukar baju, terjun lagi kolam. 

Hah, sukati la anak oi. Janji hepi. Mama pun boleh menyembang dengan ibu dengan ummi. Hehehe.

Petang pula, time untuk jalan jalan naik motor. Ha. Rare tu motor atuk. Cantik lagi, boleh bawak. 

Mak bukan tak nak, tapi tak berani. Lama dah tak bawak motor.  Kang takut ada yang masuk parit sat lagi. 😂😂😂

Jadi, mak kayuh saja la basikal. Mula mula naik basikal Hasif. Pahtu basikal abah pulak. 

Ronda ronda keliling kawasan. 











Udah macam mak enon bercekak pinggang bagai. Hahahaha.

Dapat la kenal lalang. Rumput. Bunga segala. Maklomlah kat rumah ada kebun kecil kami saja. Itupun lama mak tak nengok. Malas nya kemain beso. 😂😂😂

Memang mak nak dia explore benda benda semua ni. Supaya dia ada keberanian. Ada pengalaman dan rasai sendiri, bukan takat tengok buku dan kenal bentuk saja.

Balik rumah, atuk pulak ajak makan lagi. Makan tengahari tadi mak rasa kenyang lagi. Tapi atuk dah ajak bersungguh, kita makan. Ibu Su dah la masak sedap. 😂😂😂


Ummi pulak sambil sambil tu buat tart nutella ha. Makan lagi. 😂😂😂

Dapat juga merasa. Ya rabbi. Sedap betul..,😂😂😂

Penyudahnya magrib tu mak rasa sengkak sampai ke dada. Punya kenyang nak rukuk pun rasa nak muntah. Hahahahahah.

Walaupun sehari je kami berziarah, nampak Aisyah hepi benar. Iyalah. Kat rumah dia nengok muka mak tak sudah sudah. Boring gamaknya.

Kami gerak balik rumah jam 8 malam. Dan Aisyah pun 😴😴😴😴😴 lepas lima minit perjalanan. 

Ingatkan tidor la sampai pagi esoknya. Hmmmm. Bangun pulak dia time mak dah nak landing.

Pahtu tengok la apa kerja dia. 🥴🥴🥴🥴🥴🥴🥴🥴🥴🥴


So, end up Aisyah tidur pukul 12 tengah malam. Berbulu je mak dia sebenarnya. Mujur mak dia WFH. Kalau kerja esoknya tu, memang jadi ijo dah malam tu. 

Apapun, terima kasih ibu Su. Ummi Ila. Abah. Atuk. Hasif dan Hafiy. Aisyah hepi sangat haritu. Mak pun. Pakej kenyang sampai sengkak. Haahhah. 

Ibu masak sedap. Macam macam dihidangkan untuk kami dua beranak. Kari nya lah. Sotong goreng tepung nya. Udang sambal yang memang sedap.

Ummi buat siakap sambal bakar. Tart Nutell. Perghhh..siap suap diva makan. Tidurkan dia.

Atuk yang selalu menasihati. Yang suruh makan sampai kenyang. Mekaseh atuk.

Abah yang melayan kerenah tiga beradik tu. Bagi ikan puyu dua ekor. Allahu.

Banyak tak tertulis kat sini. Yang mampu mak kirim doa untuk kalian yang baik hati. Terima kasih sangat sangat. Jasa kalian kami tak lupa. ❤️❤️❤️

Terima kasih semua juga sebab sudi baca! 🥰🥰🥰

#nadearamly #makbebel #AisyahMaritza #AMjourney #2y5m

Mood donat lagi..

Mood donut tak habis lagi. Minum petang jom! 


Donut order dengan jiran mak yang buat kek pisang dua benua tu. Dengan mango apa namanya yang mak makan semalam tu. 

Happy weekend everyone!

#PhoPbyNadeaRamly

B29 : Task 3 : Donut, Coffee and Flower

Task 3 : Donut, Coffee & Flower
Batch 29
Senior

.

Senior tak senior sangat lah kan. Dok repeat class, masuk APC, punya suka belajar ambik gambar cantik cantik.

Tengok geng phophers punya gambar lawa lawa. Lalu lalang kuwang kuit kata urang Sarawak tek, alu geram.

So ini scene ketiga mak snap selama bentang board untuk tema task ini. Cuba jaya rustic element kononnya, lari dari forte atau kebiasaan. Gagal pun tak apalah. Nama pun belajar.

Sebab bila gagal tu la kita ingat sampai bila bila. 

Eh. Tu mak lah. Kau orang mak taktahu.

Nah. Terimalah, hasil tangan penat lelah sakit pinggang berperang dengan lalat bagai nak buat flatlay ni. Hahahaa. 


Daaaann, ciwi saka baru sampai semalam. Kof kof kof. 

Bai.

#PhoPbyNadeaRamly

Friday, November 13, 2020

PhoP Challenge : Tali

Kita pun nak join juga dengan tema #tali hari ini.



Hujan diluar. Mari berdoa.

#phopchallenge
#PhoPbyNadeaRamly

Thursday, November 12, 2020

Yang memuji, yang mengeji..

Kelat kelat rasa teh, kelat lagi rasa kena petir dengan ticer task potrait photography tu semalam. 🥴🥴🥴

Kompom tak top 40 ni. Huhuhuk.

Sejak join phop (phone photography) class ni, banyak mak belajar. Yang mana setiap gambar itu perlu ada ceritanya. Soul nya. Tekniknya.

Yang puji gambar mak lawa lawa, terima kasih. 

Yang mengeji pun, mak ucap terima kasih.

Ada. Tak ramai. Lebih ramai yang menghargai dan menyayangi. Especially suami yang sentiasa support apa minat isteri. Mekaseh somi! 

Buatlah apa yang menggembirakan. Walau terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga. Sebab akhirnya kepuasan itu akan hadir dan buat kita bahagia. ❤️

Moga kalian sentiasa dalam rahmatNya. Amin ya rabb. 


Done register Advanced Phop Class (APC) 27 dengan mak Smurf ssmalam. Yay!!

Moga tak kelaut lagi la gambar kau Nad. Okbai.

Selamat pagi semua!

Nota : ciwi saka baru. Kahkahkah.

#PhoPbyNadeaRamly #makbebel

PhoP Challenge : Lemon & Cinnamon

Dua hari lepas takdan join #phopchallenge. So kita memeriahkan lah kali ni. 

Temanya Lemon and Cinnamon. Kebetulan memang ada lemon dalam peti. Kita zasss kan dia.



Eh, sedap juga teh lemon dengan kayu manis ni. 😌😌😌


#PhoPbyNadeaRamly #HHPhoPChallenge

Wednesday, November 11, 2020

Burger Hulk PakLong

Ritu masa buat nasi jagung, kawan kawan kata, depa terjebak sampai mencari jagung lah gamaknya.


Ni nak layur berger pulak, ada yang nak cari berger memalam ni? 

Stall berger selang dua rumah dari rumah mak je. Saja habaq. Okbai.

Burger Hulk dari PakLong Saifull.

#phopbynadearamly

Tuesday, November 10, 2020

Phop challenge tak jadi..

Phop tak jadi. So tak jadi lah join #phopchallenge. 


Tapi simpanlah buat kenangan kat sini. Kekonon nak buat dark photo. Kahkahkah.

Salam maghrib! 

#phopbynadearamly

Monday, November 9, 2020

Donut pink mau nya..

Ambik mood task 3 sikit.

Lagipun dari pagi tadi cik diva dok zikir nak donat, nak donat. Donat pink pulak tu. Hah. Mak beli dah ni.


Tapi pinjam jap buat kenangan. Udah ngap kang tak nampak rupa. Kahkahkah.

Mak kena suka pink juga ke camana ni anak? 🥴🥴🥴

#phopbynadearamly

Sunday, November 8, 2020

Belanja cik Diva..

Memandangkan esok dah PKPB, mak bawak la cik diva keluar sekejap ha. Belanja dia KFC sebab sudi jadi model mak untuk task mak semalam.


Peace yo!

Sebab dia suka ayam, mak bawak la dia ke KFC dekat AEON tu. Alhamdulilah, banyak makannya. Memang makan kat luar lebih berselera gamaknya. Atau dah bosan kat rumah saja kan. Hah, takpela. Mak belanja lah ni.


Yay!


Lepas makan mak bawak pergi pasaraya dalam tu. Kenal buah. Kenal sayur. Kenal ayam. Kemain la seronok.

Lagi seronok bila tengah beratur nak bayar, dia nampak 'egg'. 😩😩😩


Ini lah 'egg' yang menjadi 'kegeraman' mak bapak. Mak punya gelak kat kawan kawan dulu, sekali kali ni mak pulak terkena. Adoi..

Nampak muka hepi dapat 'egg' harga sepapan egg sebenar? Yassssss...

Lepas tu mak pergi juga Kaison. Nak cari bunga tulip. Dan nampak benar anak hepi dapat tengok bunga kemain banyak. Maklomlah kat rumah mak dia semua daun. Kahkahkah.



Kejadian kat Kaison ni buat mak hilang darah sekejap.

Aisyah Maritza tiba tiba hilamg dari pandangan mata mak. Menggelabah dia weh, Tuhan saja tahu. Mak pusing tempat bunga tu setiap lorong. Sambil panggil panggil dia.

Sekali udah dekat pintu keluar Kaison weh! 

Kusss semangat. 

Budak beso gini, lepa kejap, memang hilang. Tengah nak explore sini sana. Padahal mak tengah belek bunga tak sampai lima saat. Zuppp hilang.

Adoilah anak.

Itu sebab mak malas nak keluar berdua saja. Mak tak boleh handle kelajuan dia walaupun mak rasa mak dah laju habis. Dah peka habis. 

Ingat nak release stress jadi bertambah tambah stres pulak. Hah.

Lepas tu apa lagi. Balik lah. Dia pun macam udah ngantuk. Asyik mintak dokong je. 

Masuk kereta, keluar dari kawasan AEON, lenaaaaaaaa...


Tidur pun kena macam diva okeh. Bai.

Mak baru dapat tahu taska terpaksa juga tutup sepanjang PKPB ni. Mak pula tak dapat berita lagi mak kena kerja ke tidak, bergilir ke tidak, jadi esok ikutlah mak ke pejabat. 

Kejap lagi lah mak fikir camama nak handle kamu dengan kerja lagi esok. Dengan risiko kat pejabat lagi jumpa orang. 

Mungkin mak kena transform bilik opis mak tu jadi playroom macam home office. 

Stressssss!!

Bai.

#AisyahMaritza #AMjourney #2y5m #nadearamly

Saturday, November 7, 2020

PKPB bermula 9 November 2020..

Bermulalah semula PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) 9 November 2020 bersamaan Isnin ni selama empat minggu lamanya.

Negeri di semenanjung yang berkecuali ialah Kelantan, Perlis dan Pahang. Maka secara automatiknya Perak ni PKPB lah.


Taktau nak rasa apa. Lebih kepada kecewa.

Grup pejabat dah mula kecoh. Untuk kami yang bekerja ni, perlu ikut arahan pihak atasan. Dah mengejut begini, reda sajalah.

Taska taktahu boleh buka atau tidak. Mak still kena kerja, itu pasti. Yang tak pasti, mana nak letak dak diva ni. Last choice memang kena bawak pergi pejabat. 

Huuuuu.

Risiko juga tu. 

Entah. Malas fikir. Karang anxiety ku datang. 

Apapun terima kasih la ahli politaik yang mencetuskan empat angka sehingga hari ini. End up memang rakyat yang terkesan.

.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,029 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 27,409 kes (69.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 7 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,168 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,666 kes.

Sehingga kini, terdapat 87 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 282 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/11/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-november-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

.

Nota : Kecewa!

#makbebel #nadearamly

Mee goreng kari..

Dak diva ni, nasi taknak makan, option lain, mee dan bihun selain macaroni dan spageti. Itu sajalah. 


PKPB start 9 November 2020 kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang. Nak rasa apa, entah. Cuma, sangat sangat kecewa.

Mee goreng kari buat minum petang kami. Alhamdulilah.

#phopbynadearamly

B29 : Task 2 : Potrait Photography

"Mama, letak."

Sambil ditunjuk handphone mak yang berada di tangan.

"Letak atas." Sambungnya lagi, menunjuk ke arah tembok pemisah dua rumah. 

Banyak kali dah mak kata sekejap sebab mak tengah nak siapkan task 2 ni. Banyak kali juga dia ulang suruh letak henfon dan melayan dia mandi kolam. 

Mujur mak Smurf kami kata, ok. Terus edit watermark dan simpan. Kejap lagi pukul 1 dah nak kena hantar task. Teruslah mak layan dia sesambil cuci carpet. Tersengih cik diva sampai telinga. 

Ini sekejap tadi line telegram pulak problem. Mujur lepas restart henfon terus okay. Debar dia, ya rabbi. Tak lepas hantar task karang naya je.


Nah, potrait photography untuk task 2. Nak cari soul tu seminggu juga lah. Dengan model punya kerjasama lagi. 😂😂😂

Terima kasih anak sudi dipotretkan. 

Task 3 dah dapat. Task 2 kejap lagi hantar. Chaiyok chaiyok geng Batch 29.! 💪

#phopbynadearamly
#PhoPByLiniMohd
#task2 #batch29

Friday, November 6, 2020

Phop Challenge : Happiness


Satu satunya benda yang paling buat mak happy sejak kecil, ini lah. 


Kenangan? Banyak.
Lupa. Tak mungkin.

Doakan.

Phop Challenge hari ini dengan tema Happiness. Moga happy teringat kenangan dulu. Yih!

#phopbyNadeaRamly
#phopchallengebyImanHasanah
#phopbyLiniMohd
#AlumniAPCPhopChallenge
#Happiness

Nasi jagung..🤤🤤🤤

Terima kasih yang beri idea buat nasi jagung semalam. 

Maka lunch kami hari ini, nasi jagung bersama ayam masak merah dan acar timun. Alhamdulilah! 


Timun dan cili kirim kat jiran. 🤭🤭🤭 

#phopbyNadeaRamly #makmasak

Thursday, November 5, 2020

Jagung manis..

Sajalah beli jagung semalam lepas amik cik diva kat taska. Lapan tongkol sepuluh ringgit.

Buat kudap kudap di petang hari begini. Memang favourite Aisyah Maritza pun.

Berbaki empat tongkol lepas rebus. Nanti fikir nak buat apa esok. Esok Perak cuti. Yay! 


#phopbynadearamly

Wednesday, November 4, 2020

Phop Challenge : Coin / syiling


Dulu dulu, kumpul syiling nak bergayut kat public phone. Merasalah juga bercinta zaman yang belum ada smart phone.

Udah umur umur gini, kumpul syiling kalau tak sebab nak pergi dobi, bawak pergi kedai saka. Itu sajalah. 


Saja lah join memeriahkan phop challenge senior senior. Padahal task 2 belum siap siap. 

Soul, soul. Dimana kauu..!

#phopbyNadeaRamly
#PhopChallengebyKhalElla
#PhopbyLiniMohd
#AlumniApcPhopChallenge
#CoinSyiling

Good morning!!

We fall.
We break.
We fail.

But then,

We rise.
We heal.
We overcome.


Morning world! 

#phopbynadearamly

Sunday, November 1, 2020

Laila Ainy binti Halake dalam kenangan..

Assalamualaikum wbt.

Ini, adalah entri khas yang mak buat teristimewa untuk sahabat, kakak, jiran, kawan, tempat mengadu, Arwah Laila Ainy binti Halake yang juga dikenali sebagai MakLong dikalangan penduduk taman kami, Residen 1 Bandar Baru Setia Awan Perdana.

Terlebih dahulu, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin ya rabb.

Al- Fatihah.

.

Mengenali arwah merupakan satu kegembiran terbesar buat mak. Dan Aisyah Maritza khususnya.

Berada jauh dari suami, keluarga dan saudara mara, menyebabkan hanya jiran menjadi tempat kami berkongsi suka duka dan gembira.

Kami berpindah masuk ke rumah sekarang pada bulan Julai 2019 memandangkan mak dah taklarat nak bayar rumah sendiri dan sewa rumah.

Dengan hanya ada barangan asas, kami mulakan kehidupan disini. Masa itu, belum ramai yang menghuni lorong kami. Hanya ada tiga empat rumah sahaja. 

Dan perkenalan mak dan arwah bermula.

Ini, gambar pertama kami. Masa ini, mak baru satu bulan pindah disini. Dan kami menghadiri jemputan doa selamat dirumah jiran dihujung nun, selorong dengan kami.

Nampak macam sudah kenal lama kan? Padahal malam itu adalah malam pertama kami berkenalan.  🙂


Aisyah Maritza pun kecik lagi masa ini. 

28 September 2019, kami sama sama menghadiri kenduri kahwin anak pengerusi taman kami. Sekali lagi kami abadikan kenangan bersama sama. 


Dari kiri : Ina dan anaknya Naurah, mak, Kak Ayu, Kak Pah, arwah Maklong dan Lily.


Pergi kenduri ni pun mak pergi dengan arwah. Mengalahlah Paklong sebab mak ni kan penyegan orangnya. Hahahaha.

19 Oktober 2019, petang petang hari selain menyembang di depan rumah, dibawah garaj, di tengah jalan, kami juga bersiar siar ke taman permainan kanak-kanak yang tak jauh dari lorong kami.

Maka berdedai dedai la kami ha seperti rombongan itik pulang petang. Dan macam biasa, kita snap satu gambar. 😉


Aisyah dengan Zhafran alahai comel betul masa ni.

24 November 2019, mak tak ingat masa ni kami ada event apa. Kalau tak kenduri jiran masuk rumah, misti jiran buat makan makan. Ke raya haji, mak pun dah lupa.

Ke aktiviti melihat rumah jiran yang dah renovate. 😂😂😂


 28 Disember 2019, kami mengadakan perjumpaan geng ladies pertama di kedai tomyam yang baru buka di taman kami masa itu.

Meriah dia, seronoknya kami masa tu sebab mana la ramai lagi duduk sini kan. Maka ini la beberapa kerat jiran yang berjaya dikutip menjadi geng sementelahan line pun senduuuu la masa ni. Hahahaha.

Dah takde line. Kita bersosial la cara lain ye dak.  Kahkahkah.





13 Disember 2019, kami pergi dinner kat De Marmalade. Masa ni apak ada sekali.

Dan macam biasa, aktiviti mengambik gambar itu wajib. 😂😂😂

Maka tercipta la memori pada tarikh ini ha. 


15 Disember 2019, arwah antara yang membantu melicinkan pengurusan semasa AGM pertama berlangsung.



19 Januari 2020, melawat salah seorang dari rakan kami yang baru melahirkan anak.


Yeah. Ini kenangan kami. 

1 Februari 2020, warming up dengan mummy dulu sementara tunggu geng lain sampai.

Arwah masa ni baru nak pergi kerja rasanya. Kami tarik untuk amik gambar sekali ha. 😂😂😂



2 Februari 2020. Berkobar kobar kami nak main badminton pada hari kedua. Depan rumah pun jadi. 

Eh, apedehal. Club house belum siap tak semestinya takboleh beriadah kan. Jadi endingnya macam biasa lah, kami bergambar buat kenang-kenangan. 


9 Februari 2020, kami melawat jiran tetangga sambil merapatkan ukhuwah. Moga membesar menjadi anak yang soleh Muhammad Anas Ziqri. ❤️❤️


23 Februari 2020, ini masa lorong kami buat BBQ. Tuan rumah pula Zul dan Has. Seawal lepas asar tu kami semua dah mula gotong royong masak.

Dan dimulai dengan bacaan doa dan sedikit mesyuarat kecil serta sesi berkenalan sesama jiran selorong.


Sempat mak snap gambar arwah. Memang dipandangnya mak pada ketika itu.

4 Mac 2020, ha. Ini perbincangan tentang langsir surau taman kami. Arwah antara yang lead dalam perbincangan ini.







10 Mac 2020, kami sama sama melawat anak jiran kami merangkap anak kepada kawan kami juga, adik Adam Malik yang cedera terkena air panas.


Macam biasalah, mak mak yang over bergambar ha. 😂😂😂😂

Masa ni, arwah kerja malam kalau tak silap. Kami tunggu juga beliau datang. Beliau juga gigih datang. Penat tolak tepi. Hati kawan kawan sentiasa beliau jaga. 

28 Mac 2020, kami jadi ahli sukarelawan membantu AJK taman mengagihkan barangan keperluan kepada penduduk taman.







Masa tu, PKP dah pun bermula. Banyak penduduk yang terkandas. Yang hilang kerja. Jadi bantuan pun diberikan melalui persatuan penduduk kami.

Dan kami ni bantu la mana yang mampu. 

24 Mei 2020, kami raya bersama-sama. Masa ini sedang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan takboleh langsung nak rentas negeri. Kompom kompom tak boleh balik kampung.

Tapi apadehal, jiran jiran pun dah macam keluarga. 

Jadi raya tahun ini, tersangat lah bermakna raya diperantauan kononnya. 

Malam kami bertakbir raya. Siangnya kami beraya ke rumah jiran. Dengan SOP ketat. Tak boleh ramai ramai.


Geng mak mak bergambar beramai ramai. Nampak tak kami jaga SOP.

Arwah yang berbaju kuning itu. ❤️❤️❤️❤️


Siang pun haruslah bergambar lagi. Raya pertama kot. 😉😉😉

5 September 2020, kami pergi sarapan kat Sungai Wangi. PakLong kata roti canai dia sedap. Hari sabtu kan, tak kerja. Kami dua beranak on saja. Kami pergi satu kereta masa ni.

Pun mak macam biasa la, mak dan camera berpisah tiada. Snap lagi gambar buat kenangan. ❤️


Aisyah tengah sibuk hirup air teh ais Maklong dia. Haih. Mengalah la kawan tu demi sayangkan cik diva tu. 

Ini pula gambar masa sambutan hari lahir Naura, anak Ina dan Amy pada 4 Oktober 2020 itu hari.

Mak masa ini baru sampai dari KL dan siap siap untuk ke majlis ini juga. Pun mak berjanji dengan arwah nak pergi sama. 

Kami kan pergi mana mana pun macam nak kena sama sama. 😂😂😂


16 Oktober 2020, ini gambar terakhir mak, Linda dan arwah.

Kami hangout bertiga. Masa ini mak rasa nak spend masa, nak ber me time  dengan arwah sampai mak ambik time off lah haritu.

Tak sangka. Ini kenangan terakhir kami.




Cerita hari terakhir dengan kami boleh baca disini.

Allah. 

Ini sikit saja sebenarnya. Banyak lagi kenangan kami walau kami baru berkawan selama setahun setengah. Mak dah tak tertulis dah rasanya. Terlalu banyak.

Setahun lebih ni macam2 kami buat sama sama. Kongsi sama sama. Kami dah macam satu keluarga. Susah, susah juga mak nak explain sepertimana susahnya mak nak lalui kehilangan arwah ni.

Mak belum pernah rasa sakitnya hilang orang yang kita sayang. Yang beri kesan dan impak besar dalam hidup mak. Kali terakhir pun masa mak hilang baby kami dalam kandungan masa usianya tiga bulan. After all, mak recover.

Dan mak yakin, time will heal. Just give us time. Yang merasa peritnya kehilangan. 

Tapi mak yakin hikmah semua ni. Tuhan uji kita misti bersebab. Supaya kendian hari kita lebih terus kuat dari sebelumnya. 

Yang ujian itu untuk yang benar benar mampu.

Banyak lagi gambar yang kawan kawan kongsi untuk dibuat kenangan di blog mak ini.

Mak hormati mereka. Dan mak coretkan disini untuk tatapan kami dikemudian hari. Yang Tuhan pernah kirimkan seorang wanita hebat, sahabat,jiran, kakak terbaik, anak dan isteri yang solehehah, untuk kami.

We do not remember date, we remember moments.

So terimalah gambar gambar kenangan kami yang mak akan simpan buat kenang kenangan. ❤️






Teman mak buat photoshoot street photo.


Gotong royong bubur Asyura di Surau taman kami.



Ini tahun lepas. Kami buat suprise birthday arwah. Tahun ni, tak sempat. Maafkan kami. 😢😢😢




Ini masa kami saja saja menyembang minum petang. Berkongsi cerita.


Dan harini mak nak ucapkan selamat hari Pembantu Perawatan Kesihatan kepada PPK seluruh Malaysia. Terima kasih atas sumbangan kalian.

Semoga ibadah arwah semasa bertugas sebagai PPK juga menjadi asbabnya ke syurga abadi. Amin ya rabb.


Moga kita semua kuat menghadapi hari mendatang.

Oktober, terima kasih.

November, please be nice to me. ❤️

Al fatihah Laila Ainy binti Halake.
(11.10.1982 - 21.10.2020)

Nota : Mak ambik masa seminggu nak menulis entri ini tanpa emosi yang berlebih lebihan.

Regards,
Mak Yang Diuji..

#nadearamly #makbebel