CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 30, 2012

KepadaMu ku berserah..

Ketika entri ni ditulis, wa sedang tunggu boarding. borim takde keje. Masa ni wa dalam keadaan yang sangat sakit.  Astagfirullahalazim..saya terkena buatan orang..:(

Kepulangan saya kali ini memang tak dijangka oleh semua orang termasuk keluarga saya sendiri. sebab memang saje nak konon2 bagi suprise tapi sebenarnye saya ada hajat. Ya Allah, saya menemui ustazah saya dan meminta pendapat dan juga "scan" kate orang sebab staf saya di opis sebok soh saya berubat. Memang sebenarnye saya tak percaya dengan ilmu hitam dan sihir inih..

Dan tekejutnya, bila diberi air yang telah dibace dengan ayat al-quran, sejak petang semalam, perut saya kembali sakit dan skang rasa cam nak nangis. Saya mesej ustazah saya, tanya mengapa. Siyes sakit. Ustazah tak angkat telefon. Sedang mengajar budak ngaji mungkin, fikir saya dalam hati.  tak lama kemudian Ustazah telefon saya semula.  Dia cakap, teruskan dan amalkan surah Manzil seperti yang dipesan semalam. Tengahhari tadi saya keluar sekejap mencari Manzil dan Mathurat untuk diamalkan.

Ya Allah, skang memang saya rasa sakit itu. tersangat. dan saya harap ia tidak memudaratkan dalam perjalanan saya di dlam kapal terbang nanti. Amin..

Saya kecewa zaman skang masih ada orang mengamalkan ilmu hitam dan sihir. Astagfirullahalazim..dunia akhir zaman..

baek, saya nak naik flight dah. doakan saya kawan2..:(

Sunday, January 22, 2012

Projek Memasak : Roti Jala


Aha.ni satu lagi resipi. Wa dah buat dulu tapi macam tak jadi. Yang ni kali kedua sebab hubby teringin nak makan. Peberet die katenye..Dan alhamdulilah, kali ni berjaya sebab? Roti yang dijala oleh kami itu ade rase. err, dulu sedikit tawar. Takot nak letak garam. But then, dis one quite good~ 
Mari saya share resipi dengan anda. Cekidaut~
Bahan-bahan yang digunakan :
~ 1 kg tepung gandum
~ 1 tin susu cair
~ 4 tin air (guna tin susu)
~4 biji telur
~sedikit esen vanilla
~pewarna kuning
~sedikit garam
~ minyak untuk melenser di atas kuali
~acuan roti jala

Cara membuatnya:
~Campur tepung gandum, susu cair, air, telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning.
~Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
~Masukkan ke dalam blender dan blend sehingga tiada ketulan yang ditemui.
~Tapis bahan yang telah diblend tadi.
~Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak.
~Jalakan di atas kuali.
~Setelah masak, angkat dan lipat mengikut citarasa masing-masing.




Kami sedang menjala..ngeeee~


Taraaa..ia sudah siap~

Boleh juga dimakan bersama kuah kari dan juga kuah durian. nyum nyum..Selamat mencuba..~ :)

Projek Memasak : Dorayaki


Hai hai hai..bertemu lagi saya dalam rancangan masak memasak..haha..dah macam rancangan masakan pula..Tade pape pon cume nak share satu lagi resipi yang dah penah dicube dan dibuat bersama encik suami tersayang.

Mane la tahu kan boleh bagi idea sikit ke nak buat ape tuk minom petang. Err, cume sedikit cekelat la. sebab ni first time. kekekek.. tapi nak jugak kongsi dengan u olllz. Senang, mudah, cepat , pantas..

Diantara bahan-bahan yang digunakan ialah
~ 2 cawan tepung gandum
~1 cawan gula halus
~1 sudu kecil soda bikarbonat
~4 sudu besar air/susu segar
~6 biji telur
~Filling choc nutella, madu, jem mengikut citarasa anda..

Cara membuatnya:
~Campur soda bikarbonat dengan air/susu segar tadi. Letak ditepi.
~Pukul telur dan gula hingga kembang.
~Soda bikarbonat yang telah dicampur tadi dimasukkan ke dalam adunan telur dan gula tadi.  
~ Kemudian, masukkan tepung. 
~Kacau hingga sebati.
~Panaskan kuali dengan sedikit minyak. (disyorkan untuk menggunakan kuali leper)
~Tuang adunan tadi ke dalam kuali menggunakan senduk bulat. (senduk per senduk. Secara otomatiknya ia akan membulat)
~Buat ikut saiz kesukaan anda. 
~Apabila buih timbul di permukaan kuih, terbalikkan.
~Angkat dan lapiskan dengan inti kesukaan anda.



Baek! Ia sedikit cokelat..ngee..percubaan pertama la katakan.

Senang kan? Selamat mencuba..

*Adunan ini untuk 15-20 keping dorayaki..


Friday, January 20, 2012

Projek Memasak : Puding Kastard Berjagung


Hai allsss!! Bertemu kembali dalam rancangan senduk senduk aimi..hehehehe..Ni datang rajin ni ha. titibe rasa nak buat puding. Hubby mentak puding lain yang suatu ketika dahulu penah buat tapi macam tak best je puding tu. So cakap kt hubby, puding kastard la. Dan dia pon okeh saje..hek3..OKeh, mari. Saya nak share resipi dengan kengkawan semua. Mudah, simple dan cepat. Siyes...lets cekidaut..!

Bahan-bahan yang digunakan :
~ 1 cawan tepung kastard
~1 1/2 cawan jagung manis (saya guna jagung dalam tin)
~3/4 cawan gula
~3 cawan air
~1 1/2 cawan susu cair (boleh gune fresh milk)

* make sure gune cawan yang same untuk semua sukatan.  Dia tak bagi pula brapa ml or liter. gune cawan saje. takpe. boleh juge...

Cara membuatnya:
~Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan letak atas api sederhana
~Kacau sehingga rata semua.
~Tutup api apabila sudah berwarna kuning berkilat.
~Letak dalam loyang dan sejukkan. Boleh juga letak dalam acuan mengikut citarasa anda.
~siap! :) 



Semua bahan dikacau di dalam periuk sehingga warna kuning berkilat.


Taraaa...puding kastard saya sudah siap dan sedia untuk disejukkan.  Boleh dihidangkan  sebagai pencuci mulut.


Senang kan??? Selamat mencuba..:)

Menteri Pertahanan saya datang..! yay!

Semalam bertarikh 19 Jan. 2012, alhamdulilah, menteri pertahanan saya a.k.a suami saya telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Weee, seronoknye saya. hik3..

Ketika entri ini ditulis, beliau sedang tidur dengan nyenyaknya akibat dari lunch yang agak heavy. Ha, tu la. Rindu masakan isteri katanya. :) seronok hari ini saya memasak sebab hubby tolong juge. Tolong kacau.hik3..Menu hari ini ialah sup sayur special (hubby kate special sbb gune stok ayam buatan sendiri. tamahu pakai kiub katenye. tak elok..) dan juge sambal sotong peberet beliau. Dan bermula hari ini, saya menjadi suri rumahtangga sepenuh masa lah. Sampai ujung bulan nih. Yay, best best!! 

Disebabkan lappie beliau besar dan memudahkan saya untuk menaip, jadi saya gunakan lappie beliau. hehehhe..takpe, hubby tak marah. saya tahu..ngeee..Seronok betol tgok die tido. Saya tak biasa tido siang. Tu pasal la. Ni boring2 tengah google resipi. Tengah berkire2 nak buat ape tuk minom petang nih. 

Resipi untuk hari-hari seterusnya pula sedang disiapkan. hahaha..gemuklah hubby saya nanti. Takpelah kan, suami sendiri. ngeee..malam ni pula nak pegi amik si bulus saya. Oh, lupe nak update, si bulus saya yang putih sudah kehilangan. huuwaaa.. sedey. Masa saya sakit arituh tapi saya redha. Kalo betol ade orang nak jaga, sila jaga leklok okeh. Malam ni dinner awal sikit then kite boleh pegi amik bulus..hoyeeehhhh...

Berjumpe lagi di lain entri. Mahu cari resipi nih..okeh, tata..

Notakaki :: Mak cakap, biar tak pandai masak, janji rajin mencube dan pandai masak lama2 nanti. kan..?? :)

Saturday, January 7, 2012

Sabtu..Kerjaaaaaa...

Lihat! Hari sabtu saya bekerja woo..Mane ade staf gomen keje hari Sabtu. Turn saya bekerja ya pada minggu nih. Adoi..Hajat hati nak siapkan doket2 kuning tu. Tapi apakan daya, sedikit saje sempat saya siapkan. Tapi alhamdulilah, untuk setengah pertama bulan Disember saya dah siapkan. hehehe..*bangga kembangg2 idong*

Selalu turun lambat sikit tapi skang sebab dah ade si bulus, so kene siapkan makan, minom, toilet meka segala before g keje. Pastu terus gerak. Saya singgah sekejap beli breakfast sbb lapaaaaa. Singgah kat kedai2 kecik tepi jalan hala keluar dari kawasan perumahan saya. Tibe tibe saya nampak ade kucing tengah jalan, sedang nazak. Oh okeyyyy! saya tepuk dahi. Saya bawak slow dan lihat ada seorang lelaki sedang melihat kucing itu dari tepi. Selepas kereta takde, die terus ke tengah jalan lihat kucing itu..uwaaa..saya nanges okeh!!! siyess..Saya nampak dengan jelas kucing itu berdarah dan nazak. MasyaAllah...~

Saya tak berenti menangis selama 5 minit. Tak boleh nak salahkan orang yang melanggar juga. Mungkin kucing itu sedang dikejar sesuatu yang menyebabkan dia berlari ke jalan besar lalu dilanggar. Uhh. Kawasan rumah saya memang banyak anjing. Kucing itu sangat comel dan gemuk. Kaler bulu ialah kelabu belang-belang..huu..sedey...TT____TT

Saya teruskan perjalanan ke opis. Dan sampai agak awal. Hajat hati nak parking depan bangunan opis tapi yela, sikap pemandu yang boleh dikatakan agak bodoh sebab parking pon nak kene makan ruang. cisss!!! Dedua kete amik side manyak. Camane nak parking, Kancil muat la kot..Saye pon dengan bengangnye pegi parking kat tempat biasa, tempat yang memang dah disediakan khas untuk staf jabatan saya.

Kebetulan masa saya sampai, ngam2 soi orang yang bertanggungjawab buka pintu opis pon sampai. "hai bos. awal sampai." tegurnya.. " Haah, arini awal sikit." kata saya sambil senyum.  Pastu saya teruskan keje. Skang dah pukul 11 pagi. Ada lagi 3 jam tuk saya habiskan kerja saya. Pastu balik. Err, tapi saya ingat nak pegi Amway jap, cari satu barang. Kawan sajes, bagus katenye tuk proses penghadaman.  Maklumlah, saya ni ada masalah pencernaan sikit. Kehkehkehe..Plus nak cari satu lagi produk vitamin tuk diri. Amboiii, jaga kecantikan skang ye..bukan ape, kesihatan mane nak carik. Duet boleh carikkan..:) 

Pastu nak pegi tengok rumah seorang sahabat. Dia balik kampung, so die amanahkan saya untuk tengok rumah dia. Ha...Ade loceng kecemasan bunyi la..larikkkkkk!!!!!





Alamak, senget pula...ni la ha dari bulan Nov hingga pertengahan Disember yang perlu dikey-in dalam sistem.uhh..manyakkkkk!! *pengsan*
 

Friday, January 6, 2012

Alhamdulilah..saya lulus lagi..:)

Dari pagi tadi Allah bagi ujian kat saya. Saya sedikit tertekan. Saya menangis. Berita demi berita saya terima dari pagi sehingga sekarang..

Diarrhea menyerang dari malam tadi, sikap pemandu kereta yang hampeh, berita dari opis yang menggemparkan, kene marah dengan hubby :( plus si bulus yang asek nak menggeget kaki sampai berdarah..huaahhh..mengapa ini berlaku kepada saya..

Tapi Allah buat semua tu untuk bagi saya something.  Seorang sahabat mesej bagitahu keputusan peperiksaan undang-undang JPA dah keluar. Saya eksaited tapi takot. Oh tidak. Jangan la gagal lagi. Saya dah penat nak amik exam..huhuhu..

Slowly saya bukak website JPA. Masukkan nombor ic dan taraaaa..Saya rasa nak menangis lagi..saya LULUS...!! alhamdulilah...dan saya rasa macam nak melompat je. Syukur! Terima kasih kepada orang yang banyak mengajar saya, banyak membantu saya, sabar mengajar saya..Ini untuk kamu sis! terima kasih...!

Akhirnya saya LULUS..alhamdulilah...:)

Segala syarat untuk pengesahan jawatan telah saya lalui dan kini saya tunggu untuk disahkan dalam jawatan. Ya Allah, kau berilah aku petunjuk. Kau bantulah aku. Kau rahmatilah aku..Amiin...

Doakan saya! :)

Tuesday, January 3, 2012

Checkup!

Selamat petang..titibe rasa nak update pasal bleeding yang saya alami sejak dua menjak nih. Ha, tadi dah p klinik dah..Mentak kebenaran bos keluar kejap. Kejap je. Sebab dah risau dengan darah yang tak brenti keluar..uh uh..Tido memang tak lena la beberapa hari nih..

Okeh, pada pukul 9.45 pagi camtuh, saya pon memandu seorang diri menuju ke klinik yang memang dah berniat nak tuju ke sane. Klinik berhampiran Ambank Satok, Kuching. Ha, ramai sajes pegi sane. So, wa pon memecut kesane terusla..Sampai2 je kat sana, memang disambut dengan mesra. Serius! Memule takot la. Awok ni penakot weh..esp jumpe doktor. Paling tamo pegi. Ni sebab dah tatahan saket so pegi saje..
Meka ni macam tawu2 je wa nebes. Dorang layan baek2, layan elok2, ajak borak..siyes. rase cam tak pegi kat doktor. Mebi sebab specialist kot..:) Wa disuruh isi satu kad yang mengandungi butir2 diri wa dan suami. Ha, dats better. Wa tasuke la kalo orang len yang tuliskan. Huduh tulisan. Err, maksudnya tak menepati citarasa la..Okeh, pas dah isi, wa duduk kejap kt kerusi tu. Mak aii, agak sejukla dengan ekon nye. Tak sampai 5 minit duduk, saya sudah dipanggil masuk. Wah, Puan Aimi gituewww.. Mane ade klinik len panggil camtu..Wa jalan ala model.kui3..dan amazingly, disambut oleh doktor cina yang sangat ramah dan tahla..tatahu nak cakap. Memang baek doktor itu. Wa cerita semuanya, masalah wa, dan etc.  Dan beliau catit dengan penuh minat. wiwittt..cool la doc!

Err, die nak buat pap smear tuk tahu lebih lanjut ape sebenarnye masalah wa tapi sbb masih berdarah kan, so xboleh la..die just cek rahim dan uterus wa. Wa dibawa ke sebuah bilik yang best dan tak takot cam klinik pertama yang wa pegi dlu. Yang tu memang horror!!  Pembantu doktor suruh baring dan buka bahagian perut sedikit..hoyehh..pastu die letak gel kaler biru cmtu dan scan perut..ahaaa...sejuuuukkkkkk...ekekek..
Depan katil ada skrin tuk lihat ape doktor scan. hooo..siyes cam tak nmpak pe2..huuu~

tabley tegakkan pula. adoiyai..takpela.. ni gambaran dalam perut saya..haaa...ta nampak kan..kakakak..

Doktor tu tak jemu terangkan itu ini bile wa tanye soalan. Jawapan sume dpat dijawab. hoo, bestt!! pas dah cek tu, die cakap semuanya okey. Alhamdulilah..Rahim wa, uterus wa memang takde masalah. Cume saya perlu datang untuk pap smear bile bleeding dah okeh. Plus, darah itu sebenarnye darah period. Ya, hormon. Bulan ni saje sudah 2x period. Berubahlah lagi time subur awok. Adeh. Baru plan nak hanimun ngan hubby. Terpaksa bincang semula. uh uH..

Yang paling besttt, doktor cakap takyah makan ubat..yay! Sebab everything is okay. Alhamdulilah..Syukur. Kalo tak bertambahla ubat wa nanti. kui3..
Anyway, thanks to Dr. C.M Wong dan pembantu2 nya yang sangat baek. Tak terasa cm g klinik dengan layanan mesra mereka..So, if kengkawan area Kuching cari specialist for women, wa sajes datang saje klinik nih. Duwet boleh carikkan, tapi kesihatan, mane nak dapat?

Nama klinik ni C.M Wong Specialist Clinic For Women. Boleh telefon 082-253366 untuk pertanyaan. Die terletak bebetol sebelah kedai buat baju korporat, berdepan dengan satay cheko dan berhampiran Ambank Satok. Senang carik. Siyes.

Kesimpulannya, saya berpuas hati. :) *senyum sampai telinga*

Notakaki : Next checkup perlu hadir bak kate doktor. PERLU ya...baek doc..



Saya belum kuat...~

Hari ketiga di tahun 2012, hari pertama bekerja di tahun 2012. Dua benda yang berbeza, dua situasi yang berbeza.  

Tajuk entri kali nih sedikit down. oh oh..Memang saya belum kuat. Mengapa? Sebab saya belum cukup kuat. Walaupun sudah masuk 2012, mengapa ya saya rasa masih sama. Tiada perbezaan. Hurm, mungkin keadaan kehidupan saya..
Saya mengalami pendarahan yang saya sendiri tidak tahu bermula dua hari sebelum Krismas. Pada masa itu, saya sedang sibuk menyiapkan assignment suami. Mungkin saya agak tertekan disitu. Hari ini sudah 8 hari bleeding tapi so far sekarang dah agak sedikit berbanding hari sebelumnya.  Ada sedikit kerisauan disitu. Oh, saya tamahu jumpe doctor. Sebab saya penakut..uuuh..

Lihat, memang saya tidak kuat. Dan belum cukup kuat. Bila orang mula bertanya, bila lagi, airmata dah bergenang. Betul kan saya tidak kuat..:( Pada saya, itu isu sensitif. Dan ia memang sensitif bagi saya. SANGAT okeh..Sebab situasi saya dan suami tidak mengizinkan. (banyak kali dah terangkan tapi tak mengapalah..) Saya penat nak explain. Terpulang kat orang mahu berfikir cara bagaimana. Tak perlu fikir hal mereka, yang penting saya dan suami bahagia..
Saya sayang suami saya, Mohd Asyrani bin Mhd Khalib..!


Hari ini saya bercadang nak pergi ke doktor sakit puan. Sebab dah tak tertanggung rasanya sakit yang saya alami sejak seminggu yang lepas. Uh, uh. Serius, saya tak kuat. :(  Apapun, doakan saya tiada apa2 okeh. Sebab macam2 cerita pula saya dengar dari kawan2. Err, ada la sedikit perasaan cuak. :) 


Apapun, saya harap saya KUAT dan bertambah KUAT, seKUAT tiger..roarrrr! 


Sunday, January 1, 2012

Si Bulussssses

Kali ni nak post pasal si bulus tiga ekor yang menjadi peneman saye dikale duke gumbira dan kuciwa. Baru je amik meka pada hari Jumaat arituh (30hb Disember 2011).  Lame dah hajat beta nak membela kucing.  Tapi baru skang hajat itu kesampaian.


Ada kawan offer nak bagi kuceng. Wa rase nak melompat je mase die cakap nak bagi tu. Tanye die lagi. Nak bagi ke nak jual nih? Tak pecayo pulok..huhuhu..Dia cakap BAGI..Wa kelip-kelip mata. plus rase nak melompat kegumbiraan..Memule plan nak amik sekor je. Tapi cam kesian pulak nak pisah adek beradek. So, amek pakej sekali tiga. Hamik..Sekor je putih, yang lagi due ekor tu kaler cekelat..siyes bukan itam tapi CEKELAT..


Name? urm, belum carik lagi.. so far, ade letak kat fesbuk dan memacam suggestion ade..hik3..timer kaseh rerakan. anda sangat membantu. Plus anda menceriakan idup saya.hehhehe..






Ini pula post saya pasal pertanyaan makanan kuceng saya yang sebetolnya.. Lihat, rakan saya semuanya membantu..terima kasih sekali lagi..:)




Dan, tara..inilah die si bulusess saya...

* ini mangkok ana yang funye...!!!..hoho...
wat masa skang nama die ni GAGO...sebab dalam bahasa sarawak GAGO ni maksud dia, penyibuk, mengada, dan etc. sbb perangai mek putih ni memang cmtu..kakakak.sian betol...


Dari kiri : Gago, Cowie, dan Colet