CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 5, 2012

Ada best..ada tak best..

Salam dan selamat pagi. Hari ini hari Khamis. Esok kt Sarawak ni cuti, sebab ade Good Friday. HOyehhhhh~

Dapat la rehat 3 hari minggu ni. Malam tadi sekian terima kasih sebab lepas berbuka je, tunaikan kewajipan, wa terus lelap. Mak ai. Tah ape yang aku penat sangat tah. Ngeh2..:P
 Harini kurang sikit mud la. Bek dok dalam bilik dendiam. Takot kang teremosi ke ape ke kan, naya tak pasal2 maki orang.

Titibe nak teringat kat satu kejadian *boleh la kate kejadian* yang wa rasa tah, tak best la. Seorang kawan 'chat' dan mintak pendapat tentang satu kes. Katenye, kawan die nak mentak tolong. Okeh, wa cakap, kalo wa boleh tolong, wa tolong advice apa yang patotlah.  Then, die mentak izin wa tuk bagi no wa kat kawan die tu. Wa kate okay, tapi dengan syarat mesej dulu. Sebab wa ni tak suke kalo nombor tak kenal nak kol tak tentu pasal.  Tak lame kendian kawan die pon mesej, memperkenalkan diri. Dan mintak izin tuk kol. I pon jawab okay. 

Rupanye die nk mentak tolong bagi pihak kawan dia. Adeh. Kawan atas kawan atas kawan la nih. Takpe, memandangkan wa ni baek hati nak tolong kan, wa dengar setiap permasalahan dan wa advice mengikut apa yang wa tahu la. Then, die pon okay dan happy la kot dengan penjelasan wa. Titibe Selasa malam, wa dapat mesej, mengatakan bahawa memang tak leh buat juga. As per what i said before, memang tak leh. Kene carik jugalah orang yang bertanggungjawab dulu. Dan ayat terakhir yang wa sendiri tak paham or wa sendiri yang salah faham ke, berbunyi begini..

"takpelah. Kesudian emy nak tolong tu pon sy hargai sangat2. Bukan senang orang nak tolong kite, tambah2 lagi tak kenal dan tak pernah jumpa..:)"  

Eh, helo. Ape maksudnya tu? Saya ni, kalo nk tolong, betulkan keadaan, ekot undang2 yang betol, saya tolong tau walaupun tak kenal.  As long as tak melanggar peraturan jabatan saya, as long as tak melangkaui tatacara kerja saya. What do u mean by that? 
Point disini ialah :-

a] Saya tak setuju anda salah kan budak tu..Ye, memang kesian sebab dari kecik die bawak nama tu titibe skang kene tukar pulak.. Tapi yang salahnya dan BODOHnya ialah MAK BAPAK budak tu. As per what i said, nape dulu tak pikir mende2 camnih??

b] Memang kesian dengan budak tu tapi nak buat camane. Yang dulu pi pandai2 tuka and lawan undang2 tu camane.? Sape yang kurang bijak skang? Nape tak carik orang yang buat and tolong ekot cara belakang tuh? Tak ingat pulak name. Dan skang nk mentak tolong kt orang yang skema cam wa pulak. Memang itu jela caranya..

c] Wa kerja tertakluk kepada undang2. Wa tak same cam orang yang kamu pernah jumpa yang boleh tabur pasir dalam periuk nasik sendiri. Sorry, saya dah tolong advice dan setakat yang termampu. BASED ON UNDANG-UNDANG NEGARA..  

d] Last poin, apekah maksud ayat tersebut.? adekah saya ni tak berusaha tuk tolong kamu? 

*kadang2 rasa malas nak tolong advice dah..Siyes...!!!


Okeh, tinggalkan cite emosi. Skang ade cite yang best pulak. Dan saya appy bila kawan saya happy at the same time dapat tolong dia. Ceritanya berbunyi begini...

Saya disapa mesra oleh Siti Aishah, seorang sahabat dari UiTM Perak dahulu di Facebook Chat.  Beliau meminta pendapat dan bertanya kepada saya sekiranya proses pengeluaran sijil suaminya dapat dipercepatkan kerana suami beliau ada temuduga dan memerlukan dokumen tersebut. Kebetulan, pejabat yang suami beliau pergi diselia oleh seorang sahabat batch saya. DAn saya terus menelefon kawan saya tuk mintak tolong tentang permasalahan sahabat saya, Siti Aishah ni.

Memang actually proses itu memakan masa seminggu. Itu apa yang ada dalam piagam pelanggan. Kawan saya pulak kebetulan ada kat kL. Dan beliau juga berjanji tuk cuba tolong saya dan sahabat saya lah bila balik ke opis kelak. Dan yes, esoknya saya dapat mesej, yang dokumen tersebut dan boleh ambik kt pejabat dia.  Saya roger Aishah dan beliau sangat terkejut sebab cepat dan pantas. Saya senyum saje. Tak lame pastu, Aishah bagitau yang suami die ucap terima kasih kt kawan saya yang sangat beretika dan professional. Saya terangkan satu persatu prosedur kat Aishah. Mengapa begitu, mengapa begini. Dan ya, beliau faham segalanya.  Malah turut berterima kasih atas segalanya. Lihat?

Dua penerimaan yang berbeza. Dua situasi yang berbeza. Dua sahabat yang berbeza tapi satu persamaan, saya mengikut undang-undang yang ditetapkan..

Sampai satu tahap kan, saya penat buat orang paham. Tapi apakan daya, itu adalah salah satu tugas saya. Untuk mengelakkan dari orang tak puas hati, untuk menerangkan prosedur sebenarnye kepada sahabat yang memerlukan penerangan dan maklumat. 

Baek. Positiflah diri! Insyaallah...

Notakaki :: Saya cuma menjadi diri saya. Menolong setakat yang termampu dan seikhlas mungkin. Salam pagi batek..! :)
 

No comments:

Post a Comment