CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 29, 2011

Projek Memasak : Tart Telur (Egg Tart)

Assalamualaikum semua! (^-^)/ 

Hari ini hari Selasa. Semalam, isnin hari bercuti sebab cuti Awal Muharam yang jatuh pada hari Ahad. Dan pagi ni Ya Rabbi, malasnya nak bangun. Itulah bila cuti dah lebih dari 3 hari, memang liat sikit nak bangun. Tapi luar biasa pula saya pagi inih. Boleh bangun awal dan memasak untuk bekal ke office. Bihun goreng gitu..~

Tapi hari nih, taknak update pasal life tapi nak update pasal projek memasak saya yang seterusnya iaitu memasak tart telur. Ini adalah diantara favourite saya tau. Tak tahu mengapa kebelakangan nih, saya sedikit rajin memasak. Mungkin faktor status saya. Tidak mengapalah kan. Yang penting rajin mencuba. 

Tart telur nih merupakan resipi cubaan pertama saya sejak duduk jauh dengan family tercinta. Sebab selalunya mak saya yang akan buat dan saya hanya akan menolong..*nah, amik kau. buat sendiri* Betol la pesan mak, belajar masak dari awal, esok-esok senang. Saya tergelak sendiri mengenang nasihat mak. Kalaulah saya belajar masak dari dulu lagi, tentu tak jadi camnih. Nak masak baru sibuk menelefon mak ataupun sekarang senang, teknologi di hujung jari. Google resipi dari henpom! :)

Okeh, saya nak share resipi yang saya google dan saya ubah sedikit mengikut citarasa. Ukuran dan sukatan tetap sama. Alhamdulilah, kiranya tart saya menjadi. :) Apapun, selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Pastri/Kulit Tart
200gm mentega
80gm gula aising (kalo pakai gula kasar nanti lambat kembang dan masih rasa ketulan gula)
360gm tepung Bluekey superfine
1 biji telur
sedikit esen vanilla

Filling Tart
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
1 cawan gula
sedikit esen vanilla (untuk mewangikan)

Cara membuatnya:
Pastri :
a) Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan telur. Pukul lagi.
b) Masukkan sedikit esen vanilla. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
c) Rehatkan doh selama 30minit.
d) Selepas itu, ambil doh dan masukkan ke dalam acuan. Bentukkan mengikut bentuk acuan. 
e) Bakar selama 10 minit dengan suhu 180.
f) Keluarkan dan masukkan filling yang telah dicampur tadi ke dalam tart.
g) Bakar semula selama 15minit dengan suhu 180.

Filling
a) Campurkan semua bahan filling dan gaul hingga sebati. (Saya putar guna mesin je. Cepat)



Taraaa..inilah hasilnya egg tart saya! Menjadi juga la kot. Plus sedap juga..(memuji diri sendiri)

Alhamdulilah, first time menjadi. Dan suda mendapat tempahan pula..adeh. Takpelah k, saya cuma buat..:) Terima kasih kepada yang merasa dan komen..


Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik...:)

Wasalam~

No comments:

Post a Comment