Huah.. lame juga sejak balik dari KL isnin arituh tak update blog. almaklumlah, bizi sedikit sebab kembali meneruskan pelbagai tanggungjawab. :)
Okeh, kali ni nak cerita pasal ulser mulut. huah, suda 3 hari kene ulser mulut atau dikenali juga dengan nama lain iaitu "lompang" atau "mata ikan". Wallpost saya di Facebook memang cerita pasal lompang je. dan baru atau ade yang panggil "mata ikan". heheh. dan ramai juga yang mengomen di wallpost saya bertanyakan hal lompang nih. Oh, ramai juga tak tahu nama lain bagi ulser mulut ini ya. Rasanya nama ni berbeza mengikut kefahaman memasing. Kenapa dipanggil lompang or mata ikan pun tidak la saya ketahui. Dari komen rakan-rakan saya, mereka juga diserang ulser ini. oH, ramai juga ya. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman betapa sakitnya kene ulser mulut nih.huuuuu~
Tapi bukan apa, sakitnya ya Rabbi, memang sangat sakit. Nak makan tabley, nak bercakap tabley sangat, nak tido fuhh, lagi lah. Petua orang dedolu, kumur dengan air garam. Err, dah cobe okeh, dah cobe. Hasilnya, uh, menitik air mata nih menahan pedih. huaaa. pastu tak buat dah. Seriously serious, sangat pedih. Sob sob sob.
Okeh, disini saya nak share apa maksud ulser dan bagaimana ia terjadi. cekidaut~
Ulser Mulut
Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
Stres
Perubahan hormon
Jangkitan (infeksi)
Kekurangan zat makanan
Alahan
Radioterapi
Kimoterapi
Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
Rasa membakar dalam mulut
Kesakitan
Tidak selesa
Hilang selera makan
Demam
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
Gunakan bahan kumuran antiseptik
Sapu gel atau krim penahan sakit
Kekalkan kebersihan mulut yang baik
Makan makanan lembut
Elakkan makan makanan panas dan pedas
Banyakkan minum air
So, rerakan. Make sure anda tidak diserang ulser ini ya sebab ianya memang sangat sakit. Huh. Saya pakej sekali dengan demam nih.~ huuuu~ Semoga saya cepat sembuh. Tak larat dah nak menanggung sakit nih. Doakan saya ya~
No comments:
Post a Comment