Selamat pagi.! :) Entri kali ini panjang pula tajuknye ye..Mengapa terdetik pula dihati saya untuk menulis entri ini. Mungkin ia lebih kepada luahan hati, mungkin juga ia lebih bersifat universal. Dan mungkin juga ia adalah dari ayat salah seorang pakar motivasi? Walau apa pun, tak kisah lah dari mana pun datang, memang ia memberi makna yang cukup besar dan jelas.
Kekesalan di hati berkenaan suatu insiden menyebabkan saya berfikir, mengapa semua ini terjadi kepada saya. Akibat kelantangan kata-kata dari seseorang yang menyebabkan hati saya terguris, saya menjadi seorang yang suka berfikir dan mengkaji watak manusia. Dahulu, saya tidak ambil kisah atau ambil pot kata orang zaman sekarang, tetapi mengapa kata-kata yang bisa mengguris hati orang lain mudah sahaja dituturkan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Mengapa manusia semakin tidak kisah dengan sekeliling.
Mungkin juga status saya dan usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan dalam diri saya tetapi sejauh manakah kita dapat memberi seikhlas hati, menerima sebaik mungkin dan melupakan segala kisah pahit yang berlaku kan? Apabila kita terlalu memberi dan tidak menerima, mustahil tiada terdetik langsung dihati terpesong ke arah lain. MasyaAllah. Hati bisa mendetikkan apa yang dibisikkan oleh syaitan kan? Sedangkan dalam solat terkadang terdetik rasa was-was.
Apa yang mahu saya tekankan disini juga untuk diri saya, berpadalah ketika bercakap atau menuturkan sesuatu. Mana tahu ia mungkin menyebabkan pihak lain terguris atau terasa. Saya mengaku, saya bukan seorang yang mudah menahan marah dan mengawal emosi tetapi saya cuba untuk semakin positif dari hari ke hari. Apabila saya duduk berseorangan, kerap juga terfikir, mengapa perlu saya marah. Sebab masalah tidak akan selesai jika kita mengikut emosi yang sebenarnya adalah permainan syaitan yang menyesatkan anak-anak Adam. Benar kata seorang sahabat, manusia tidak pernah puas dan tidak gembira dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Malah ada yang tidak senang dengan kesenangan atau kebahagiaan orang lain. Sebagai contoh, seorang ditanyakan mengapa belum berkahwin, bila mahu kawin. Bila sudah kahwin pula, sibuk bertanya bila nak ada cahayamata. Bila dah ada sorang cahayamata, ditanya lagi bila mahu menambah bilangan askar. Bila anak sudah besar, ditanya juga bila nak dapat menantu dan sebagainya. Disini ya, kita lihat, apabila seseorang itu bertanyakan soalan sebegini, beliau sepatutnya berfikir dahulu adakah itu perkara sensitif bagi mereka? atau adakah soalan itu sesuai ditanyakan? Mungkin niat itu baik tetapi soalan itu saya anggap sebagai suatu soalan yang sensitif. Kita tidak tahu permasalahan sebenar orang yang ditanya bukan? Jadi, fikir dahulu sebelum kita mengeluarkan apa-apa kenyataan atau soalan yang mungkin akan menyebabkan pihak yang satu lagi terasa atau sedih.
Saya tertarik juga untuk mengupas sedikit saja isu berkaitan "Yang tua dihormati, yang muda disanjungi". Teringat satu kisah yang ditulis di dinding facebook milik sahabat saya dimana beliau melihat sendiri seorang pakcik
No comments:
Post a Comment