CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 30, 2011

Minda yang cergas datang dari hati yang bersih..

Selamat pagi.! :) Entri kali ini panjang pula tajuknye ye..Mengapa terdetik pula dihati saya untuk menulis entri ini. Mungkin ia lebih kepada luahan hati, mungkin juga ia lebih bersifat universal. Dan mungkin juga ia adalah dari ayat salah seorang pakar motivasi? Walau apa pun, tak kisah lah dari mana pun datang, memang ia memberi makna yang cukup besar dan jelas.

Kekesalan di hati berkenaan suatu insiden menyebabkan saya berfikir, mengapa semua ini terjadi kepada saya.  Akibat kelantangan kata-kata dari seseorang yang menyebabkan hati saya terguris, saya menjadi seorang yang suka berfikir dan mengkaji watak manusia. Dahulu, saya tidak ambil kisah atau ambil pot kata orang zaman sekarang, tetapi mengapa kata-kata yang bisa mengguris hati orang lain mudah sahaja dituturkan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Mengapa manusia semakin tidak kisah dengan sekeliling. 

Mungkin juga status saya dan usia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan dalam diri saya tetapi sejauh manakah kita dapat memberi seikhlas hati, menerima sebaik mungkin dan melupakan segala kisah pahit yang berlaku kan? Apabila kita terlalu memberi dan tidak menerima, mustahil tiada terdetik langsung dihati terpesong ke arah lain. MasyaAllah. Hati bisa mendetikkan apa yang dibisikkan oleh syaitan kan? Sedangkan dalam solat terkadang terdetik rasa was-was.

Apa yang mahu saya tekankan disini juga untuk diri saya, berpadalah ketika bercakap atau menuturkan sesuatu. Mana tahu ia mungkin menyebabkan pihak lain terguris atau terasa. Saya mengaku, saya bukan seorang yang mudah menahan marah dan mengawal emosi tetapi saya cuba untuk semakin positif dari hari ke hari. Apabila saya duduk berseorangan, kerap juga terfikir, mengapa perlu saya marah. Sebab masalah tidak akan selesai jika kita mengikut emosi yang sebenarnya adalah permainan syaitan yang menyesatkan anak-anak Adam. Benar kata seorang sahabat, manusia tidak pernah puas dan tidak gembira dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Malah ada yang tidak senang dengan kesenangan atau kebahagiaan orang lain. Sebagai contoh, seorang ditanyakan mengapa belum berkahwin, bila mahu kawin. Bila sudah kahwin pula, sibuk bertanya bila nak ada cahayamata. Bila dah ada sorang cahayamata, ditanya lagi bila mahu menambah bilangan askar. Bila anak sudah besar, ditanya juga bila nak dapat menantu dan sebagainya. Disini ya, kita lihat, apabila seseorang itu bertanyakan soalan sebegini, beliau sepatutnya berfikir dahulu adakah itu perkara sensitif bagi mereka? atau adakah soalan itu sesuai ditanyakan? Mungkin niat itu baik tetapi soalan itu saya anggap sebagai suatu soalan yang sensitif. Kita tidak tahu permasalahan sebenar orang yang ditanya bukan? Jadi, fikir dahulu sebelum kita mengeluarkan apa-apa kenyataan atau soalan yang mungkin akan menyebabkan pihak yang satu lagi terasa atau sedih. 

Saya tertarik juga untuk mengupas sedikit saja isu berkaitan "Yang tua dihormati, yang muda disanjungi".  Teringat satu kisah yang ditulis di dinding facebook milik sahabat saya dimana beliau melihat sendiri seorang pakcik 

Tuesday, November 29, 2011

Projek Memasak : Tart Telur (Egg Tart)

Assalamualaikum semua! (^-^)/ 

Hari ini hari Selasa. Semalam, isnin hari bercuti sebab cuti Awal Muharam yang jatuh pada hari Ahad. Dan pagi ni Ya Rabbi, malasnya nak bangun. Itulah bila cuti dah lebih dari 3 hari, memang liat sikit nak bangun. Tapi luar biasa pula saya pagi inih. Boleh bangun awal dan memasak untuk bekal ke office. Bihun goreng gitu..~

Tapi hari nih, taknak update pasal life tapi nak update pasal projek memasak saya yang seterusnya iaitu memasak tart telur. Ini adalah diantara favourite saya tau. Tak tahu mengapa kebelakangan nih, saya sedikit rajin memasak. Mungkin faktor status saya. Tidak mengapalah kan. Yang penting rajin mencuba. 

Tart telur nih merupakan resipi cubaan pertama saya sejak duduk jauh dengan family tercinta. Sebab selalunya mak saya yang akan buat dan saya hanya akan menolong..*nah, amik kau. buat sendiri* Betol la pesan mak, belajar masak dari awal, esok-esok senang. Saya tergelak sendiri mengenang nasihat mak. Kalaulah saya belajar masak dari dulu lagi, tentu tak jadi camnih. Nak masak baru sibuk menelefon mak ataupun sekarang senang, teknologi di hujung jari. Google resipi dari henpom! :)

Okeh, saya nak share resipi yang saya google dan saya ubah sedikit mengikut citarasa. Ukuran dan sukatan tetap sama. Alhamdulilah, kiranya tart saya menjadi. :) Apapun, selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Pastri/Kulit Tart
200gm mentega
80gm gula aising (kalo pakai gula kasar nanti lambat kembang dan masih rasa ketulan gula)
360gm tepung Bluekey superfine
1 biji telur
sedikit esen vanilla

Filling Tart
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
sedikit pewarna kuning
1 cawan gula
sedikit esen vanilla (untuk mewangikan)

Cara membuatnya:
Pastri :
a) Pukul gula dengan mentega sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan telur. Pukul lagi.
b) Masukkan sedikit esen vanilla. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
c) Rehatkan doh selama 30minit.
d) Selepas itu, ambil doh dan masukkan ke dalam acuan. Bentukkan mengikut bentuk acuan. 
e) Bakar selama 10 minit dengan suhu 180.
f) Keluarkan dan masukkan filling yang telah dicampur tadi ke dalam tart.
g) Bakar semula selama 15minit dengan suhu 180.

Filling
a) Campurkan semua bahan filling dan gaul hingga sebati. (Saya putar guna mesin je. Cepat)



Taraaa..inilah hasilnya egg tart saya! Menjadi juga la kot. Plus sedap juga..(memuji diri sendiri)

Alhamdulilah, first time menjadi. Dan suda mendapat tempahan pula..adeh. Takpelah k, saya cuma buat..:) Terima kasih kepada yang merasa dan komen..


Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik...:)

Wasalam~

Saturday, November 26, 2011

Projek Memasak : Butter Prawn

Ola..lame sudah saya tak update blog. Sebab sedikit sibuk menguruskan hal rumah dan juga tangga. Serta beberapa perkara opis. Idea nak buat butter prawn ni actually tiba-tiba je. Masa on the way balik dari opis, saya singgah sebentar di Wisma Wan, Tabuan untuk membeli sedikit sayur. Sebab memikirkan sayur dirumah sudah habis. Biasalah kalau nak beli barang dapur, takde maknanya nak beli dan terus balik. 

Tengah pusing-pusing tengok ikan or ayam yang nak dibeli, terus nampak udang. Waw! Cam best je malam ni dinner udang. Fikir punye fikir, teringat bahan-bahan semua dah ade dirumah. Cuma saya perlu beli susu cair saje. Ape lagi, dari plan nak beli sayur terus terjebak membeli udang. 

Saya akui saya memang tak pandai masak tapi saya jadi rajin nak mencuba sesuatu bila sensorang di rumah. Fikiran saya, senang nanti bile suami balik dan dia request apa yang dia nak makan, saya akan jawab "no problem" sebab saya dah pandai masak beberapa masakan. :) Dengan berbekalkan internet di telefon, saya google resipi butter prawn. Tapi untuk meng"confirm"kan lagi, saya telefon mak saya. Sepanjang perjalanan ke rumah, saya tanya itu dan ini. Mungkin disana mak saya sedang tersenyum sebab anak perempuan dia nih rajin pulak memasak. Sebab saya agak kurang rajin ke dapur masa dirumah mak dahulu sebab ada adik perempuan saya yang pandai masak. Okeh, now, saya nak share resipi yang kira berjaya juga saya buat untuk percubaan yang pertama kalinya. simple dan mudah. cek cek cekidaut! :)

Bahan-bahan:
udang 
marjerin
serbuk kari
susu cair
kuning telur
daun kari
bawang putih
cili api
garam

Cara membuatnya:
a) Goreng udang dengan marjerin separuh masak. Angkat udang setelah udang berwarna kemerah-merahan.
b) Tambah sedikit marjerin lagi ke dalam kuali dan goreng bawang putih,serbuk kari, daun kari dan cili api yang telah dipotong kecil.
c) Kemudian, masukkan susu cair. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa.
d) Masukkan telur. Setelah garing, masukkan udang tadi dan gaul rata.
e) Taraaaaa.. ia sudah siap untuk dihidangkan.


Inilah hasil butter prawn yang saya masak. hehehe..selamat mencuba..~ :)

Tuesday, November 22, 2011

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Di Dunia..

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


*dipetik dari kiriman email seorang rakan kepada saya. Peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan2. Mudah-mudahan kita tak tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah SWT. Insya-Allah~

Friday, November 18, 2011

Kisah Budak Si Penjual Kuih


 Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkanya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 






*Kisah dipetik daripada email untuk tatapan bersama. Hayatilah. Benar! Siapa kita sebenarnya. Renung2 kan...~ :)


Bukan SAYA atau AWAK, tapi KITA dan KAMI..

Salam petang Jumaat! (^_^)/

Hari ni saya tidak keluar ke The Spring (pusat membeli belah di Kuching) seperti selalu, sebab saya terikat dengan kerja yang diambil dari waktu rehat saya. Jadi, sedikit malas nak keluar walaupun jarak office agak dekat. :)

Hampir seminggu saya pulang ke Kuching meneruskan tugas saya sebagai pekerja di jabatan ini. Dan dalam tempoh itu, terasa sedikit bila berjauhan. Maklumlah, dah hampir dua minggu bersama suami tercinta. Tapi, saya tiada pilihan lain. Memandangkan kami masing-masing ada tanggungjawab, kami terpaksa terima hakikat. :) 

Jumaat adalah penghulu segala hari. Tapi Jumaat saya kali ini tidak dimulakan dengan bagus sebab ada beberapa perkara yang membuatkan saya sedikit emosi. Tapi tak mengapalah. Lupakan saja. Mungkin saya sedikit tertekan. 

Sedang saya sibuk menguruskan semuanya, saya mendapat mesej dari sang suami. Tersenyum sendiri saya. Alhamdulilah. Besar kurniaanMu Ya Allah. Dengan usia perkahwinan kami yang baru mencecah lebih dari 5 bulan, saya kini dapat merasakan perbezaannya dari awal perkahwinan dahulu. Kami masih mencari dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan masing-masing, kebaikan dan keburukan masing-masing. Oh, bukan senang ya. Kalau dulu, keputusan semua dapat dibuat sendiri tanpa mengambil kira pendapat dan perasaan orang lain, tapi kini tak lagi. Personaliti saya yang agak keras dan degil (bak kata suami. dan saya pun mengakuinya) plus sudah terbiasa buat keputusan sendiri kadang-kadang agak menyeksakan saya. Sebab semuanya perlu diberitahu dan meminta izin dari suami. Mungkin ada yang sudah biasa begini tapi saya tidak. :) Tapi saya mencuba yang terbaik. Sebab berdosa kan kalau kita ingkar arahan suami.? :)
Tak tahu kenapa saat ini, saya rasa sedikit berbeza mesej yang saya terima dari suami tercinta. Ia betul2 buat saya terharu. Alhamdulilah! Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, Yang Maha Agung. Dan ada sedikit perasaan yang berbeza saya rasa. Alhamdulilah. Harapan saya dan suami, agar mahligai kami kekal hingga akhir hayat. 

Mungkin saya belum betul-betul layak untuk memperkatakan tentang erti sebuah perkahwinan tapi saya cuma berkongsi apa yang saya rasa sebagai seorang isteri yang terpaksa berjauhan dengan suami dan terpaksa melakukan segalanya seorang diri. Bila saya jatuh, ada rakan yang disisi saya menolong saya bangun semula. Jatuh bangun jatuh bangun itu dah jadi permainan saya. Yang akhirnya saya rasa saya dah cukup kuat untuk hadapi segalanya buat masa sekarang. InsyaAllah. Dalam tempoh lima bulan ini, walaupun berjauhan, kami tetap memegang prinsip percaya antara satu sama lain. Dan prinsip saya berubah sedikit demi sedikit kerana saya sudah ada suami yang mana merupakan tanggungjawab saya, juga punya perasaan dan hati yang perlu saya jaga serta makan pakai nya. Alhamdulilah, saya semakin menyukai dan gembira dengan title yang saya pegang iaitu sebagai isteri. :)

Sebagai seorang isteri, banyak yang saya perlu belajar. Jauh lagi perjalanan kami. Dan saya teringat sepotong ayat yang diambil dari buku yang saya baca (hadiah dari seorang teman rapat) bahawa PERKAHWINAN ITU BUKAN SAYA ATAU AWAK, TETAPI KITA DAN KAMI~. 



"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki. "
Al-Hadith

Wednesday, November 16, 2011

Ulser Mulut @ Lompang @ Mata Ikan

Huah.. lame juga sejak balik dari KL isnin arituh tak update blog. almaklumlah, bizi sedikit sebab kembali meneruskan pelbagai tanggungjawab. :)

Okeh, kali ni nak cerita pasal ulser mulut. huah, suda 3 hari kene ulser mulut atau dikenali juga dengan nama lain iaitu "lompang" atau "mata ikan".  Wallpost saya di Facebook memang cerita pasal lompang je. dan baru atau ade yang panggil "mata ikan". heheh. dan ramai juga yang mengomen di wallpost saya bertanyakan hal lompang nih. Oh, ramai juga tak tahu nama lain bagi ulser mulut ini ya. Rasanya nama ni berbeza mengikut kefahaman memasing. Kenapa dipanggil lompang or mata ikan pun tidak la saya ketahui.  Dari komen rakan-rakan saya, mereka juga diserang ulser ini. oH, ramai juga ya. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman betapa sakitnya kene ulser mulut nih.huuuuu~ 

Tapi bukan apa, sakitnya ya Rabbi, memang sangat sakit. Nak makan tabley, nak bercakap tabley sangat, nak tido fuhh, lagi lah. Petua orang dedolu, kumur dengan air garam. Err, dah cobe okeh, dah cobe. Hasilnya, uh, menitik air mata nih menahan pedih. huaaa. pastu tak buat dah. Seriously serious, sangat pedih. Sob sob sob.

Okeh, disini saya nak share apa maksud ulser dan bagaimana ia terjadi. cekidaut~

Ulser Mulut
                                                                  Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

Stres
                                                                  Perubahan hormon
Jangkitan (infeksi)
Kekurangan zat makanan
Alahan
Radioterapi
Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
                                                Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
Rasa membakar dalam mulut
Kesakitan
Tidak selesa
Hilang selera makan
Demam

                                            Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 


Perhatian :Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. 

                                                 Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
Gunakan bahan kumuran antiseptik
                                                     Sapu gel atau krim penahan sakit
Kekalkan kebersihan mulut yang baik
Makan makanan lembut
Elakkan makan makanan panas dan pedas
Banyakkan minum air


So, rerakan. Make sure anda tidak diserang ulser ini ya sebab ianya memang sangat sakit. Huh. Saya pakej sekali dengan demam nih.~ huuuu~ Semoga saya cepat sembuh. Tak larat dah nak menanggung sakit nih. Doakan saya ya~ 

Tuesday, November 8, 2011

Projek Memasak : Kerabu Pucuk Paku

Ha, entri kali nih nak bercerita mengenai projek memasak yang seterusnya iaitu kerabu pucuk paku yang di'collaborate' bersama dengan mak mertua saya. :) Actually, ni adalah projek kedua sebab yang pertama harituh tak brape nak menjadi sebab bahan tak brapa nak cukup. 

Kali nih, mama (panggilan tuk mak mertua saya) cakap bahan semua dah cukup, so ape lagi, buatlah. :) okeh, tamo cakap bebanyak, lets cekidauttt bahan ape yang perlu ada untuk membuat kerabu cara saya..:)

Bahan-bahan:
~pucuk paku
~taugeh
~kerisik
~kerang (direbus)
~bunga kantan
~asam limau
~bawang merah (dihiris)
~sedikit garam

Cara membuatnya:
~oh, sangat senang. Celur pucuk paku dan taugeh.
~Masukkan semua bahan dan campur sebati. Perah asam limau untuk menyedapkan rasa kerabu tersebut. Garam secukup rasa.
~Siap untuk dihidangkan. taraaa..~

Senangkan? Selamat mencuba~ 

Monday, November 7, 2011

Projek Memasak: Puding Caramel

Aha..saya memasak puding caramel pula.huyeh!tp bezanya harinih saya memasak di rumah mertua.:-)  semalam masa balik raya umah mak,mak ckp 'mie,buat puding caramel'. Alang2 hubby tengah tido tuh kan,buat saje.bukan susah pon. Masa dirumah mak,saya buat dua loyang. Satu untuk rumah mak,satu untuk rumah mertua. Alhamdulilah, puding caramel saya mendapat pujian daripada adik ipar saya. :-)


Apa lagi,memandangkan dia sangat suka,saya pon bercadang tuk buat la. Kebetulan hubby ajak keluar mencari barang kejap kan. Terus beli barang2 nk masak. Sekarang tengah tunggu puding tu masak. So,berehat sebentar. Huuuu,penat juga jadi surirumah kan. Tapi ada kepuasan di situ. Puas sebab dapat buat sesuatu tuk family esp hubby,puas sbb dpt asah bakat memasak,puas sbb dapat err pujian juga.hik3. Pujian tu bukan melambung2 tp untuk memberi semangat kpd saya untuk lebih rajin memasak. Actually, saya mengaku, saya bukan jenis rajin memasak tapi bila rajin saya akan jadi luar biasa.hehehehe. Sebab saya suka masak bila ada orang makan.


Okeh,disini diterangkan serba sedikit cara2 membuat puding caramel..


Puding Caramel (seloyang besar sederhana)

Bahan2 yang diperlukan:

~10 biji telur

~ 1 tin susu cair

~ sedikit esen vanila

~gula


Cara membuatnya:

~Blender telur,susu cair,sedikit esen vanila dan sedikit gula sehingga sama rata.

~Dalam kuali yang berbeza,panaskan gula untuk membuat base puding. Panaskan sehingga gula menjadi keperang-perangan. Setelah itu,masukkan kedalam loyang.

~Panaskan pengukus. Masukkan bahan yang telah diblender tadi kedalam loyang. Loyang kemudiannnya dimasukkan ke dalam pengukus.  Kukus sehingga 50 minit.

~Setelah masak,angkat loyang dan biarkan ia sejuk. Kemudian,terbalikkan loyang di atas pinggan lain.

~Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan kepada tetamu.


Haa,senang aje kan? Tak yah pakai oven2 bagai. Sesuai dihidangkan tuk minom petang atau sebagai dessert selepas makan malam.:-)


Selamat mencuba...:-) 


Published with Blogger-droid v2.0.1

Hari Raya Aidiladha 2011

Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011 . Seluruh umat muslimin dan muslimat menyambutnya dengan penuh meriah. Pada tahun ini, berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya. Sebab? Saya dapat beraya dengan suami tercinta dan kami sekeluarga (keluarga sebelah mertua) telah mengorbankan seekor lembu sempena hari raya pada kali ini. :) Ade rezeki sikit orang cakap. :)  

So, mari kita lihat apa yang berlaku pada hari raya kali inih. *saya sedikit teruja okeh.. err, plus takot bile melihat lembu yang bakal dikorbankan itu*


Lembu yang bakal dikorbankan.



Okeh, saya tengok dari jauh saje..sebab saya takot tengok darah.huuu.. 



Itu dia hasben saya sedang melapah lembu korban..hehehhe..gambar tangkap curik...




Mereka sedang melapah lembu korban..




Suasana~ :)



Sesi melapah..



Hampir siap...:)




Sesi memotong tulang temulang..




Menyempat




Itu hasben saya dan juga bapak mertua saya..~ :)


Nota kaki : Salam Aidiladha kawan2..:)

Projek Menjahit : Batu Seremban Adik

Projek menjahit batu seremban untuk adik bermula. Kesian pulak tengok die nak batu seremban. So jahitkan la dia satu set. Sesambil tengok tv tu kan, bolehla menjahit sekejap. :) Dapat juga update blog tentang aktiviti selama menjadi surirumahtangga sepenuh masa dalam masa bercuti nih. hehehhe..

So, ni lah antara cara2 bagaimana saya membuat batu seremban.



Potong kain mengikut saiz yang sama. Buat dalam 5 keping.




Jahit kiri dan kanan kain.




Jahit atasnya dan jadikan ia berbentuk tiga segi.




Lihat, batu seremban untuk adik dah siap! :)



Saturday, November 5, 2011

Projek Memasak : Menganyam Ketupat..

Esok, 6hb November 2011 (Ahad) merupakan Hari Raya Qurban bagi seluruh umat Islam. Dan semua orang tak terkecuali nak sediakan macam2 hidangan kan? Tak terkecuali dengan kami sekeluarga.  Sambutan kali ini berbeza dari tahun2 yang lain. Sebab? Tahun ni saya beraya bersama dengan suami tersayang. yay! 

Okeh, berbalik kepada cerita ketupat, nak dijadikan cerita, disebabkan abah terlalu excited menantu kesayangan die dah balik raya tahun nih, die pon suruh mak buat ketupat. Saya? oPkos la saya sangat seronok sebab dah lama tak menganyam ketupat guna daun. Selama ni guna riben tuk hiasan opis saje. hehehhe..

So, projek menganyam ketupat bersama mak, makcik dan adik perempuan (dia baru belajar) bermula. Dalam menganyam tu kan, saya terfikir macamana asal usul ketupat nih, camane kreatifnya orang yang mengasaskannya  dan ya, ia sangat amazing..! dan disebabkan ketupat nih, saya nak share sejarah ketupat yang saya google untuk info bersama...:)




"Dalam sejarah, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama kali memperkenalkannya pada masyarakat Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, yaitu Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda Kupat dimulai seminggu sesudah Lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu hampir setiap rumah terlihat menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah sudah selesai dimasak, kupat tersebut diantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan."


"Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut."



Dari perbualan bersama pakcik dan makcik, secara asasnya ketupat memang berasal dari Jawa dan tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Kebanyakan ketupat boleh didapati kebiasaannya pada Hari Raya.  Dan ketupat juga mempunyai pelbagai jenis seperti ketupat sate, ketupat bawang, ketupat palas dan bermacam2 lagi. Dan mengikut kreativiti individu, ketupat kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang lebih unik.

Ketupat biasanya dihidangkan bersama kuah kacang atau masak lodeh (bagi orang berketurunan jawa) dan kadangkala dimakan bersama rendang. :) dan ketupat adelah peberet saya! yay...




Cara masukkan beras dalam ketupat..*itu tangan saya*



Ketupat yang dah siap..taraa...fresh dari ladang..hoho.


Anyaman ketupat nih pada saya perlu diteruskan oleh generasi zaman sekarang supaya tak hilang ditelan zaman. Sebab pada saya ia merupakan warisan yang perlu dijaga dan diteruskan supaya tak hilang dan tidak dilupakan. :) sebab pada saya setiap cara dan buatannya adalah sangat unik!


Akhir sekali dari saya dan suami, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam yang menyambutnya..:)