CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 28, 2012

Senarai 6 tuntutan Cuepacs dalam Bajet 2013..

Senarai 6 Tuntutan Cuepacs Bagi 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan Dalam Bajet 2013?

1.Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang

2.Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini

3.Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam

4.Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan

5.Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat

6.Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan


Kita tengok pembentangan bajet petang nanti..

Saya tak kisah.

Apa yang diterima, syukur..

No comments:

Post a Comment