Sharing some thoughts from my friend's wall..
Happy reading..
Ini
antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu.
Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero
Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan
lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini
memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita
tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan
suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan
harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai,
tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain
pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar
psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan
memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan
panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan
cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan
dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan.
Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup
bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan
penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum
pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud:
"Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat
menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk,
namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan
kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang
ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda
dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman
penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering
memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh
isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang
bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.
Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu
Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah
kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya.
Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa
bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi
membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila
isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa
malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara
kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku
adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan)
terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan
kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah,
batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali.
Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang
perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus
kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar
perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa
dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu
ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan
antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu
melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan
untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu
dengan isteri yang ada!
Credit to : Azrien Karim
Jumpa lagi..:)
bestnye dah jadi isteri..hehe..jemput singgah http://ladydyot.blogspot.com ;)
ReplyDeleteNampak best dear,tp tggjawab tu xsmua mampu buat.okeh,nti I on9 guna lappie I belogwalking blog u e..:-)
ReplyDelete