CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 17, 2012

Kisah dan tauladan :: Masih ada cinta dihatinya..

Seorang sahabat lama, datang bertemu saya kembali. 
Saya sedikit gembira apabila bertemunya semula. 
Banyak jugak benda kami share. Maklomlah, dah lama gila tak jumpa..:)
 
Dan disini, saya nak share sedikit kisah untuk teladan dan peringatan kawan-kawan. Saya juga sudah mendapat permisi daripada sahabat lama saya tentang perkara ini. dan beliau bersetuju.
 
Kisah ini adalah kisah seorang sahabat baik beliau dan beliau meminta pendapat saya selaku sahabat yang dah lama kongsi segalanya sejak kami kenal kecik2 dulu. JIka anda ada sebarang pandangan atau nasihat, saya akan terima seadanya. :)
 
Kisah bermula semasa sahabat kepada sahabat saya ini bertukar ke satu daerah yang beliau tak mahu. Saya gelar beliau sebagai M. Pada masa itu, M sudah bertunang dengan jejaka pilihan hatinya tapi dek kerana perkhidmatan yang memerlukan M berada di daerah tersebut, beliau ditukarkan kesana.
 
Segalanya berjalan lancar apabila pada suatu hari, M bertemu dengan seorang lelaki bernama T. T juga ditukarkan ke daerah yang sama. Mereka menjadi rapat kerana serasi sebagai seorang sahabat baik. M selesa bersama T yang pada masa itu sudah bertunang juga. 
 
Sifat tunang M, B yang kurang memberi perhatian dan tidak mengambil berat menyebabkan M kecewa. namun M telan segalanya kerana terlalu sayangkan B. hari ke hari, M semakin rapat dengan T. T juga serasi dengan M. Sebarang permasalahan atau pendapat akan segera M ajukan kepada T kerana B sentiasa tiada masa untuk mendengar segala permasalahan yang M hadapi.
 
Lama kelamaan, M mula jatuh cinta kepada T dan rupanya, M tidak bertepuk sebelah tangan. Kini, mereka terikat dengan hubungan masing2 yang sudah berpunya. Keduanya menyayangi namun komitmen terhadap pasangan masing2 mengatasi segalanya. Namun, pada suatu hari, M dan T terlanjur dan perbuatan itu mengakibatkan M mengandung. M melarikan diri dari T. Walaupun T mahu bertanggungjawab, M terus menerus membisu sehingga kandungannya semakin besar. Dek kerana terlalu menyayangi T, M melahirkan D di sebuah kampung. D diserahkan kepada anak keluarga angkatnya kerana mereka belom dikurniakan anak. M kembali seperti biasa namun T terus menerus mencari M.
 
T memujuk M selepas mereka tidak secara sengaja bertemu di sebuah pasaraya. M menangis melihat kejujuran T. T sanggup untuk membatalkan perkahwinannya demi M namun M menolaknya. T juga memaksa M untuk berjumpa dengan anak mereka namun M berkeras. 
 
Akibat tersepit dengan sayang kepada B dan juga T, M tetap meneruskan perkahwinannya dengan B. Akibat kecewa, M juga berkahwin dengan wanita pilihannya. Selepas membawa haluan masing-masing, mereka bertemu semula selepas dua tahun berkahwin.
 
Masing-masing telah dikurniakan seorang anak, namun rupanya sayang T kepada M tak pernah luntur. M juga gembira melihat kebahagiaan T dan cuba untuk membuang sayangnya kepada T memandangkan beliau juga telah mempunyai suami.
 
Rupanya, kedua mereka kurang bahagia. M tertekan dengan sikap suaminya, B yang tak pernah berubah manakala T pula banyak bersabar dengan kerenah isterinya yang kebudak-budakan.
 
Tapi, berdasarkan cerita sahabat saya, mereka kini hanya berkawan baik. Saya sedikit terkesima memandangkan saya ingat, hanya kat tv je. Rupanya terjadi in reality. dAn paling mengejutkan saya, keluarga M tidak tahu tentang D yang kini telah dijaga oleh keluarga angkatnya.
 
Kata sahabat saya lagi, M terlalu menyayangi T dan D adalah bukti cinta beliau kepada T. Beliau juga berjanji tidak akan membenarkan T untuk berjumpa dengan D dan janji M lagi, D tidak akan berjumpa dengan bapanya iaitu T sampai bila-bila. Sebab beliau tak mahu D menjadi penyebab T tak bahagia. 
 
Masih ada wanita semulia itu walaupun pada awalnya, apa yang mereka lakukan adalah salah disisi agama. 
 
Apa yang saya lihat disini, pengajaran sebenarnya. Bermula daripada sebelum kita membuat keputusan untuk berkahwin. Apa sebab utama sesebuah perkahwinan? Juga, adakah lelaki yang dipilih itu boleh membahagiakan kita.?
 
Mungkin M keliru atau tersepit dengan keadaan. Daripada cerita sahabat saya juga, T sangat2 memahami M dan sentiasa ada ketika M memerlukannya berbanding B yang tidak amik endah tentangnya. Dalam masa yang sama, perkahwinan M dan B perlu diteruskan kerana persiapan yang telah dijalankan dan menjaga maruah keluarga.
 
Manakala T pula ingin bertanggungjawab keatas M tetapi tersepit juga dengan keadaan yang memaksanya untuk berkahwin juga dengan wanita pilihannya. T juga sanggup membatalkan perkahwinannya demi M dan anak yang dikandungi M. Tetapi M menolaknya dengan lembut. M cuma tak mahu akibat yang akan mereka terima jika kedua2nya membatalkan pertunangan dan perkahwinan masing-masing.
 
Saya nampak kejujuran dan keikhlasan T disitu. Jarang ada lelaki yang ingin bertanggungjawab kan zaman sekarang ni.
 
Dan apa yang saya nampak juga, segalanya berpunca daripada kurangnya perhatian yang diberikan kepada pasangan masing-masing. Juga sikap tolak ansur sesama pasangan. Wanita khususnya akan berasa tidak dihargai oleh pasangan apabila tidak diberi perhatian tetapi pada lelaki, mereka tidak mahu menunjukkan sifat ambil berat mereka terhadap wanita. 
 
Ini mungkin salah satu sebab juga mengapa wanita Malaysia menduduki ranking keTIGA dunia paling ramai curang. hmmm..tamo komen lelebih. sebab saya pon wanita juga. nak info lanjut cube klik sini..
 
Apakata kita berhenti menyalahkan sebelah pihak sahaja. Perlu lihat juga apekah faktor2 yang menyebabkan ini semua berlaku. Benar, wanita memerlukan perhatian *bukan perhatian yang melampau* tapi sekurang2nya lelaki yang terdekat dengannya menjadi pendengar yang baik. Wanita juga suka dibelai dan dimanja especially dari suaminya. Jika lelaki hanya menganggap ini hanyalah remeh, anda silap. Sekeras mana atau sekuat mana seorang wanita itu, dia tetap memerlukan belaian suaminya. Kerana, wanita tetap wanita.
 
Bagi lelaki, ketahuilah sikap sebenar wanita. Betol ade pepatah cakap BEST MAN WIN. kan..tapi ade kategorinye. walaupun anda menang dengan mengahwininya, belum tentu anda menang dalam memenangi hatinya dan juga membimbingnya kearah kebaikan sepertimana yang anda janji semasa akad nikah dulu.
 
Saya lihat juga ini sebagai yang positip. Saya tak salahkan sesapa. Sebab setiap orang ada hujahnya sendiri. saya cuma berkongsi pendapat dan apa yang saya rasa. :)
 
No hurt feelings okeh?
 
Cuma saya terkilan mengapa ada segelintir lelaki yang tidak memahami isteri mereka walaupun telah sepuluh atau doploh atau tigaploh tahun berkahwin..entah, ini mungkin pendapat saya sebagai wanita. :)
 
Nasihat dan panduan dialu2kan. :)
 
Terima kasih sahabat..Anda membuka minda saya dimana masih ada lelaki yang mahu bertanggungjawab zaman sekarang nih..:)
 
Semoga mereka berdua menerima ketentuan dengan tabah. Mungkin mereka telah berjumpa dengan SOULMATE tetapi tersepit diantara keluarga dan pasangan.
 
Konflik kehidupan, begitulah.
 
Wasalam.. 

No comments:

Post a Comment