Eh..terbaca lagi satu..Bahaya kuning telur???
Kebanyakkan mengganggap telur lebih praktik dijadikan lauk. namun kajian terbaru mendapati bahawa makan banyak kuning telur memberi kesan buruk terhadap pembuluh darah.
Dari hasil kajian yang dilakukan di Kanda menunjukkan bahawa, pengumpulan pada pembuluh darah yang mengakibatkan berkurangnya aliran darah dan risiko tinggi penyakit kardiovaskular, nyata lebih besar berlaku pada orang yang banyak mengambil kuning telur..
Sumber : Majalah Mingguan Wanita keluaran 14-20 September 2012
Aku tak suka makan kuning telur. TAk caye tanye orang yang selalu makan ngan aku, n geng2 makan aku. Kalo bab kuning telur je, sume dah sedia tunggu aku offer..ngahahahha..
Kecuali kalo dah tergoren hehancur kan, buat telur pecah-pecah tu. Memang telan saje. Tapi kalo bebulat camtu takde nye aku makan..
Ni pulak aku google info lagi pasal telur ni dari sini..
Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.
Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.
Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.
Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.
“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.
tu la kuning telor ni mmg mengandungi kolestrol yg tinggi! bahaya..
ReplyDeleteHuhuhu..kite xsuka kuneng telur.xtau nape.tp kalo sekali sekala xpe kot.ade org sehari smpai 5 bijik telur..adess..
Deletetapi i suke kuning telur...nak cari gak entry byk2 pasal khasiat egg yolk..haha! ;p
ReplyDeleteDear..cpt buat.boley persuade I makan egg yolk afta dis.hihihi..ia boley makan tp jgn hehari lah.betol kate jijah,kolesterol tinggi.huhuhu..
ReplyDelete