Tersentuh tatkala membaca salah satu artikel di iluvislam bertajuk "Suami isteri : Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh?'
80% daripada penulisan tersebut banyak menyentuh tentang kehidupan saya. Tertarik dengan ayat sang penulis..
"anak itu rezeki..".
Tapi tak ramai yang tahu kan..
Juga..
"Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami)."
Ha..ade sebut tentera tu. :) Saya percaya rezeki untuk mengikut suami belom ada. Tidak memungkinkan juga isteri mengikut suami.
"
"Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang 'high maintenance'.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi.."
"Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang 'high maintenance'.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi.."
Hmm..tak dinafikan..mungkin saya juga tergolong dalam kategori high maintenance tapi saya mencari rezeki juga untuk tidak membebankan suami walaupun suami mampu untuk menyara saya. :)
So far, suami mengizinkan untuk bekerja memandangkan saya juga mempunyai tanggungjawab lain untuk keluarga.
Juga tertarik dengan pernyataan ini...Meh bace sikit..
Duduk jauh vs duduk sekali
Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka... awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa 'sweet' dan indah.
Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.
Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan 'geng' mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..
"Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh..."
Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.
Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.
Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.
Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas... mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.
Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.
Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa 'sesak dada' menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..
Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping... salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.
Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..
i loike..:)
Nak bace selebihnya? meh klik kat sini..
ataupun boley lawati blog penulis di sini..sebab saya amat tertarik dengan penulisan beliau.
Sekian, sharing is caring..:)
Kepada rakan2 yang PJJ, bertabahlah..:)
yeah!!jon kita bersama2 baca entry ni n trus bersabar untuk sesuatu yg lebih baik di masa depan..hehe..;)
ReplyDeletehoyehh..jom jom jom..semoga kita terus bertabah..:) *nangis*
ReplyDeleteYeay...like byk2...blh dijadikan panduan masa hadapan....huhuhu ;)
ReplyDeletefidee, coming soon kan..selamat berjuang..apa2 kita share2 lah.:)sbb hanya orang yang alami je tahu prasaan tu..:)
ReplyDelete