Assalamualaikum..:)
Nak share dengan kengkawan semua hukum menggantikan puasa Ramadhan yang tertinggal. Perempuan yang dah baligh kompom ada puasa yang 'bocor' kan? :) Kita wajib menggantikan puasa itu ya sahabatku..:) Saya berniat untuk menggantikan puasa saya yang 'bocor' itu start minggu depan (esok le gamaknye). Hm, rasa saya dah ganti tapi takpe. Tak salah kita buat lebih kan. :) Dapat pahala. So, saya nak kongsi beberapa info tentang puasa ganti nih.:) Tapi sebelum tu, saya nak terangkan apa maksud puasa.
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minom serta perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa dari mulai terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Surah Al-Baqarah ayat 184 dibawah pula menerangkan tentang puasa ganti ini..
Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
WAJIB menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah ayat 184)
Okeh, niat puasa Qhada' atau puasa ganti ni lain sikit dari niat puasa Ramadhan. Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan adalah seperti berikut.:
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Puasa seseorang itu akan jadi HARAM jika
a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Puasa mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antara hikmah berpuasa ialah :
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin kerana dengan berpuasa kita dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
d) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
e) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
f) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
g) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Harap takde ape2 halangan lah. Nak start ganti puasa next week, hari Isnin, esok le nye. InsyaAllah..:)
Selamat mengganti puasa..:)
Harap takde ape2 halangan lah. Nak start ganti puasa next week, hari Isnin, esok le nye. InsyaAllah..:)
Selamat mengganti puasa..:)
No comments:
Post a Comment