CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 6, 2012

Jatuh lagi..

Semalam, hari Isnin yang sangat best. Tapi harini, sekelip mata berubah jadi Selasa yang kurang best. Orang cakap, benda yang lepas usah dikenang. Sebab ia dah jadi lipatan sejarah. Tapi kalau 'sejarah' itu datang semula, cemane?

Sejarah juga buat kita ingat pahit getir kehidupan yg kita dah lalu kan. Yang buat kita jadi serik tuk ulang kesilapan yang sama. Tapi dari sudut lain pula, ia sebenarnya buat kita lagi kuat nak hadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan. :)

Setiap hari saya berperang dengan perasaan sendiri.  Menusuk betul dalam hati saya. Sangat..Ya, hati dan perasaan tak siapa tahu.  Kesilapan yang saya dah buat, sehingga hari ini, benar2 menghukum saya. Malah, rasa bersalah itu sentiasa ada.  Kadang2 saya terfikir, sempatkah saya tebus kesilapan saya, sempatkah saya membuat semua orang gembira sebelum saya pergi dari dunia nih.? Dan sempatkah saya meminta maaf dengan semua orang sebelum nyawa dipisahkan dari badan?

Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah.  Saya tak mampu tipu diri sendiri, tak mampu menafikan apa yang ada dalam hati saya.  Saya nak lihat semua orang gembira, bahagia.  Saya bukan sahabat yang baik, saya bukan manusia yang sempurna.  Melihat orang lain yang lebih bernasib baik, kerap jugak nak compare dengan nasib diri. Tu lah kelemahan manusia kan..

Tak tipu tapi ini betul.  Saya suka lihat orang gembira dan bahagia, tapi kadang2 itu juga buat saya sedih.  Hidup saya begini, tapi mereka begitu.  Mereka ada ini, tapi saya ada itu.  Itu hak dia, bukan hak saya.  Saya tak layak untuk itu, tapi dia memang layak. Mereka diberi rezeki sebegitu, tapi rezeki saya acamnih. Cuma, cabaran itu, kadang2 saya jatuh dan tersungkur dek kerana tak tahan dgn dugaan. Saya soal diri saya, kenapa Allah tak adil..Saya nangis.  Astagfirullah! Cepat betul saya salahkan Dia, Pencipta saya. Khilafnya saya, berdosanya saya. 

Orang bertepuk tangan dan bersorak untuk melihat saya jatuh.  Gembira diatas kesedihan orang lain.  Kadang2, tak pernah ada rasa empati. Mungkin mereka tak lalui apa yang saya lalui. Dah dapat apa yang dihajati, dah diberi apa yang diminta. Tapi saya masih meniti dugaan2 hidup yang takde sorang pun akan faham. Berat mata yang lihat, berat lagi bahu saya yang pikul. Biarlah. Saya senang melihat anda bahagia. Saya masih mencari kekuatan diri yang buatkan saya jatuh semula. Disamping mencari keredhaan dari Nya. Apekah saya sudah cukup menjadi isteri yang baik? Adakah saya sudah cukup amalan yang bakal dibawa ke alam itu? Adakah saya sudah tebus segala kesalahan saya? Dan bagaimana saya nak menghadapi perjalanan yang jauh dan panjang nih..Atau mungkin diman-mana sepanjang perjalanan hidup saya nanti saya akan menemui Pencipta saya? 

Bergembiralah kamu selagi Allah mengizinkannya. Tetapi ingatlah kamu, dalam kegembiraan itu, ingatlah akan orang2 yang tak bernasib baik, yang masih mengharung segalanya, yang cuba untuk bangun selepas beberapa kali jatuh. 

Ya Allah, minta dikuatkan imanku, diterima amalanku, dimakbulkan doaku. Sesungguhnya, aku sedang menjadi untuk lebih kuat dari segalanya.. 

Amin, Ya Rabbal Alamin..

Pesan dari sepupu ::   
sabar is half of iman.. 
pedulikan kata2 orang
buang jauh2 perkara remeh
hidup mesti ceria
senyum sokmo
BEBAN MEMBUNUH IMPIAN..

Terima kasih Kak Long..:) InsyaAllah..

2 comments:

  1. Segala y baik dtngnya dr الله dan y buruk tu dtgny dr kita sbg insan y lemah

    ReplyDelete
  2. :) saya cume insan yang lemah..tapi cube untuk jadi kuat..makanlah beskot tiger..kekek..

    ReplyDelete