CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 2, 2012

Terbongkar lagi..Astagfirullahalazim..

Jumaat yang indah, penghulu segala hari, bermula dengan agak tertekan tapi akhirnya dapat diatasi. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari. Saya, berjaya melupakan kisah pahit tetapi hari ini, 2 Mac 2012, terbongkar satu persatu..

Di entri yang lalu, ada luahan kekecewaan dari hati nurani saya.  Juga beberapa fakta tentang diri saya.  Hari ini, saya menangis lagi. Penangan insan2 yang bernama SAHABAT..Menitis airmata tatkala entri ini ditulis. Sungguh, saya kecewa.

Menjadi perantau bukanlah mudah.  Cuma, sahabat budiman diperlukan senantiasa, tidak kira susah atau senang.  Namun, mencari seorang sahabat yang benar2 bersama kita, bukan senang.  Saya, pernah melakukan kesilapan. Tidak meletakkan kesalahan ke atas orang lain tetapi akibat dari tersalah memilih kawan, mungkin ini balasan saya.

Kejadian yang lepas amat membuat saya serik. Proud to say, saya berjaya melupakannya sedikit walaupun pahit. Ya, saya bangkit semula. Tapi, saya hanya menusia biasa. Saya diuji lagi. Saya semakin pasrah menerima cakap2 orang tentang saya dan kehidupan saya.  Saya pekakkan telinga, saya tidak mahu ambil pusing.  Namun, apalah daya saya menolak apa yang ada dalam perasaan saya.

Saya terduduk, dan beristighfar panjang. Mengapa masih ada cerita2 berkaitan saya? Mengapa orang2 yang pernah rapat dengan saya, menjadi sahabat terbaik saya, sanggup memburukkan sahabat sendiri? Astagfirullahalazim..Saya tak duga. Sungguh..! Selepas kejadian yang memalukan saya di Facebook, saya mintak penjelasan. Dan ya, saya ambil pendekatan untuk tidak peduli selepas segalanya dijelaskan.  Saya tidak ambil pusing lagi malah saya ingat segalanya dah selesai. Tapi??

Saya tidak mahu ambil kisah lagi tentang orang2 yang saya rasa cuba untuk menjatuhkan saya malah saya semakin positif.  Tetapi, mengapa anda dan anda masih mengambil pusing tentang hal kehidupan saya dan menjadikan bahan untuk diperkatakan? Saya, secara jujur, tidak pernah lagi ambil kisah selepas apa yang berlaku, malah saya tidak mahu ambil tahu.  Tetapi mengapa anda, anda dan anda sangat kisah tentang hidup saya dan tak berhenti bercakap tentang saya??? Itu amat mengecewakan saya..

Dan, anda dan anda itu adalah sahabat  yang saya anggap sangat rapat dengan saya.  Apabila saya mengambil keputusan untuk tidak ambil pusing dengan segala yang berlaku, anda mengambil kesempatan untuk tidak berhenti bercakap tentang kehidupan saya dan kisah lampau saya? Persoalannya adakah saya mengganggu hidup anda sebelum ini?

Saya, boleh terima orang yang bercakap ikut suka hati tetapi dalam hati or belakang memang tiada apa2 dari orang2 yang nampak baik, bermulut manis tetapi di belakang saya anda aibkan saya satu persatu. Saya sudah ada kehidupan saya sendiri. Alhamdulilah, 'sakit' yang Allah izinkan itu mengubah saya.  Saya lebih kenal siapa Tuhan saya, saya lebih berasa dekat dengan Nya malah saya lebih tenang selepas itu. Tapi mengapa anda masih berbunyi, tak henti2 bercakap tentang segalanya?? Saya melintas balik dari meeting pun menjadi topik perbualan anda dan anda dan anda??

Saya bersyukur, Allah tunjukkan satu persatu kebenaran.  Hikmah.  Saya sangat tidak menyangka orang yang saya percaya, sanggup buat begini..Saya berani sumpah, saya tidak pernah memburukkan mereka sebab saya anggap mereka kawan baik saya.  Saya sangat kecewa..sungguh..~ Saya diamkan diri apabila orang mula bercakap tentang saya.  Saya muhabasah diri.  Saya fikir, saya yang mempunyai masalah dengan orang sekeliling..Tapi persoalan saya terjawab apabila satu satu cerita terbongkar dan semua orang menghadapi masalah yang sama. Maknanya disini, adakah saya yang bermasalah???

Saya tidak percaya dengan wujudnya manusia yang sanggup memecahbelahkan umat manusia di bumi ini, tapi kini saya harus percaya.  Sebab, itu juga berlaku ke atas saya. Ya, terpulang wahai sahabatku.  Sikap yang gemar memecahbelahkan silaturrahim itu adalah sikap mazmumah kan.  Saya sentiasa berdoa semoga kalian sedar akan segalanya.  Saya tak mahu tahu apa2 lagi, saya mahu anda stop cerita segalanya, takut menimbulkan fitnah.. Orang melihat, orang mendengar dan orang membuat persepsi.  Orang akan percaya  pada mulanya tapi lama2 orang akan bijak menilai mana yang baik, mana yang buruk..

Saya tertipu dengan wajah yang sentiasa senyum, memberi semangat dikala diduga, kemanisan ayat dan sebenarnya dan rupa-rupanya anda bukan seperti yang diduga.  Biarlah saya menangis sepuas2nya kerana air mata saya adalah airmata dari orang2 yang teraniaya.  Berhenti memberi pelbagai spekulasi, bercerita mengenai kelemahan sebab satu persatu Allah akan tunjuk segalanya kelemahan anda.  Mengatakan seseorang itu secara terang-terangan dengan niat mengaibkan orang itu adalah berdosa besar.  Dan tidak diampunkan sekiranya orang yang diaibkan itu tidak memaafkan kamu dengan ikhlas.

Doa seorang hamba Allah yang teraniaya dimakbulkan. Tetapi jika sudah 20 orang yang teraniaya, cuba fikir2 kan..

Saya manusia biasa. Tujuan untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. bukan untuk mencari musuh..

Cuma nukilan hati yang tulus..

Wasalam..

2 comments:

  1. sape lg nih yg buat awak ni emy.. :-(

    ReplyDelete
  2. oh peah..biasalah manusia..tak suke tengok orang lain heppy..hmm..saya tak kacau meka pon..:(

    ReplyDelete