Penah tak rasa macam bila kita buat sesuatu, kita tak pernah dihargai?
Tak kisah la dalam rumah tangga ke, dalam persahabatan ke, dalam
kerjaya ke..
Sebenarnye, kita ni nak macam mana?kan?
Dihargai sampai kene balas segala ape yang dibuat.
Maksudnya tak ikhlas la disitu kan?
Bukan..
Konteks hargai ni luas..
Macam dalam persahabatan, camana kita hargai kawan kita.
Apa yang dia buat untuk kita.
Apa yang kita share dengan dia..
Apa yang kita wat sesame dengan dia..
Bila kawan kita seronok dengan kita, kira dia hargai ape kita buat.
Kalau kita share masalah or feelings dan dia dengar serta simpan
rahsia, itu dah kira appreciate. Sebab? Kita simpan rahsia kawan.
Kalau dari konteks kerja tu, lain pula.
Ade sesetengah bos menghargai staf dia dengan puji.
Tapi jangan heran, ada yang tak.
Ko kene la pepaham senirik sebab bos ko ni memang tak reti nak puji2..
Tak semestinya puji dia suka.
Tak semestinya dia diam dia tak suka..
Or dia tak hargai ape ko buat..
Watpe dia puji ko melangit tapi sebenarnye dia nak amik ati ko je..
Tapi aku yakin mane ade bos tak telus.
Kalo tak suka, cakap saje.
Hmmmm..
Kadang2 kalo beliau hargai korang, mungkin dengan mendoakan
kesejahteraan korang.
Walaupun tak 100% dia doa tuk korang termakbul selain dari mak bapak
korang, at least dia doa kan jugak tuk korang kan..
Korang ade doa tuk bos?
Bukan tuk bos saje.
Tuk rakan seperjuangan.
Tuk rakan sekerja..
Kalao depa tolong ko, depa hargai Korang.
Tak merungut, tak mengungkit, tak mengutuk, tu dah kira mereka hargai
kamu.
Depa bagi advice pon sebab menghargai kamu supaya kamu tak jatuh or
tersasar dari landasan yang salah.
Maklumlah, kekadang kita keje ni ade yang ekot undang-undang.
Ade peraturan.
Ye dak…?
Kalau konteks pemili camane?
OKeh, kalau pemili, haruslah menghargai kan..
Sebab mereka kan darah daging kita.
Mereka yang sesame ngan kita susah senang..
Mereka juga tak mo tengok kita susah kan..
Kalau pemili pula, aku dapat tengok, ade yang jenis tak kisah nak
tunjuk kasih sayang mereka, apresiasi mereka.
Jenis yang tak malu lah nak tunjuk macam, kalau bagi pendapat, orang
yang lebih tua akan terus bersetuju.
Or orang yang lagi muda selamba nak
sharing opinion kan..
Macam sesetengah pemili pula jenis yang tak tunjuk camana nak hargai
ahli keluarga mereka.
Manyak di intrepretasikan melalui perbuatan atau body language.
Jenis tak tunjuk yang mereka tu sayang or nak bagi2 hadiah tuk hargai
setiap kejayaan yang dicapai.
Kekadang boleh pikir senirik lah camane cara menghargai ahli keluarga .
Takkan takde insting kan..
Tu aku lah. Orang lain aku tak sure..
Kalau suami isteri atau pon gupren boipren lah …
Tak semestinya pasangan tak puji, dia tak hargai..
Tak semestinya pasangan tak bagi hadiah, dia tak hargai…
Cukup dengan ucapan terima kasih..
atau pelukan mungkin..
atau ape2 saje..
Tapi tahlah..
Terlalu universal maksud hargai tu..
Maksud hargai itu sendirik luas macam aku cakap awal2 tadi..
Mungkin kita terlalu nak harap sesuatu lepas buat sesuatu..
Atau kita yang tak ikhlas nak buat sesuatu perkara..
Semua yang buat nak balasan..
Yelah, tak ikhlas la maksudnya tu kan..
Tah….
Orang akan fedap kalau terlalu memberi tapi tiada yang menerima..
Normal human kan..
Yang ada perasaan..
Bukan batu or kayu yang takde hati..
Manusia ni lain2..
Perasaan dia lain2..
So, tabley nak salahkan mereka..
Jadi, camane kita patot react?
Macam aku, aku dah penat kot terluka..
Lukakan hati senirik..
So skang masa tuk hargai diri senirik..
Orang lain tak hargai, terpulang..
Allah tau, Allah nampak..
Mungkin apa kita buat tu tak napak seperti dihargai..
Tapi pasti ada orang yang nampak usaha kita..
Allah pon tak kasik benda tu segedebuk depan mata kita.
Dia bagi sikit sikit..
Kan?
Pasan tak?
Takpelah..
Jagalah hati anda lebih dari segalanya..
Hargai keistimewaan diri anda..
Hargai segalanya dalam diri anda..
Sebab?
Takde orang lain boleh jadi diri anda..
Dan takde orang lain ada semua kelebihan yang anda ada.
Betul..!
Dengan itu…
Diulang sekali lagi..
Sila hargai diri anda jika tiada orang nak hargai apa anda buat
terhadap mereka..
Nangeh je la dalam hati..
Yang pasti, ada balasan nanti..
Senyum saje..
Maafkan mereka..
Enjoy life ini selagi terdaya..
InsyaAllah, anda hepi..
Tanpa sesiapa disakiti..
Walaupun kita dipandang sepi..
Seolah tiada apa2 tuk dimengerti..
Lupakan kesedihan..
Cari kebahagiaan..
Hidup ini untuk dinikmati bukan..?
Biarlah mereka tak menghargai…
Asalkan kita masih berada di sini..
Harung onak dan duri…
Tanpa siapa mengerti..
Apa yang didalam hati..
Usah harapkan balasan..
Kelak akan temu kebahagiaan..
jangan lupa ucap terima kasih..
tanda anda menghargai segalanya..
sekurang2nya, itu bisa buat mereka tersenyum.
kan?
just a simple word can brighten a day..
Selamat malam dunia blogger..
Tidur dahulu..
Entri mengusik jiwa..
rasa dihargai itu indah, jd kita kena la tunjuk bila kita hargai org tu..kalau x tunjuk or ckp kadang2 org tu x tau...
ReplyDeletekalau tak dihargai mesti rasa sedih sgt. mcm dipergunakan pulak
ReplyDeleteKalau kita buat something org xhargai n even ckp trima kasih pun x,jes blah n senyum,xperlu kata pape,konpem xnk tolong lg pasni,boleh?haha...;p
ReplyDeletememg kena hargai pertolongan seseorang...cukup sekadar ucap terima kasih
ReplyDeleteader harga yg perlu dibayar utk dihargai kbhdr sepatutnya,,,
ReplyDelete