CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 21, 2012

4 soalan yang lelaki paling tak suka ditanya..


Tahukah anda bahawa lelaki sangat rimas bila anda mula bertanyakan soalan itu dan ini dan kadang2 pada mereka itu adalah soalan agak kurang cerdik? Ha, mari kite cekidaut soklan ape yg mereka paling menyampah nak jawab or malas nak layan..

(1) Adakah awak tertarik terhadap wanita lain?- Jawapannya sudah pasti YA! ini kerana kita semua adalah manusia biasa. Tertarik terhadap perkara yang baru adalah satu lumrah kehidupan, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk mengawal situasi tersebut.
(2) Adakah saya kelihatan gemuk/cantik?- Soalan ini tidak perlu ditanya, lelaki akan memberitahunya dengan ikhlas apabila sudah tiba masa yang sesuai.
(3) Apa yang telah berlaku pada hubungan awak yang lepas?- Apa yang telah berlalu biarkan saja ia berlalu. Tidak perlu lagi diceritakan kerana apabila ia diceritakan kembali, ia hanya akan memberi emosi sahaja.
(4) Antara kawan dan saya mana lebih penting?- Tidak perlu wanita untuk mempertikaikan hubungan seorang lelaki bersama rakan mereka. Sudah semestinya layanan kepada diri anda adalah lebih istimewa berbanding daripada rakan.

So, kepada kaum hawa, berjaga-jaga. Err, tapi saya suka tanya banyak soalan.  Orang cakap, malu bertanya sesat jalan. kan kan kan..Bistu nak tanye sape? *tepuk dahi*

No comments:

Post a Comment