CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 4, 2012

Kisah Maulidur Rasul..

"Ya Nabi salamun alaik
Ya Rasul salamun alaik
Ya Habib salamun alaik
Ya Nabi Ya Rasul Ya Bashir Ya Nazir
Ya Habibi Muhammad solawatullahi alaik"


Alhamdulilah, syukur ke hadratNya, saya dapat bernafas di bumi Allah SWT yang maha luas ini..:)

Maulidur Rasul pada tahun ini (2012) jatuh pada 5 hb Februari 2012 (Ahad).  Tahun nih perarakan Maulidur Rasul dibuat di Miri. Tak dapat nak join macam tahun lepas. Seronok. Boleh tengok entri saya tahun lepas. Ada gambar lagi. :) Kalo diberi peluang lagi skali, mahu juga saya join tuk tahun nih. Tapi takpelah, bagi peluang kt orang lain pula. Pengalaman itu sangat menyeronokkan. :) Apakata kita imbas balik sejarah Maulidur Rasul ini..

Maulidur Rasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutuskan  oleh Allah SWT yang jatuh pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." 


Diceritakan pada tahun tersebut mengapa digelar Tahun Gajah adalah kerana tewasnya tentera bergajah Raja Abrahah yang dikerah untuk meruntuhkan Kaabah. Ini dibuktikan dalam surah Al-Fil yang bermaksud, 

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?"

Dan Allah SWT utuskan burung Ababil yang membawa batu-batu Sijjil iaitu batu-batu yang keras dan dibakar.

"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)." 


Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan. 
Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. 

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

*kisah penyusuan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW dapat dibaca dengan lebih terperinci di sumber yang diberikan di bawah* 



Tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk mengingati Nabi Muhammad SAW Nabi junjungan kita , iaitu Nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT kepada umatnya. Juga untuk mengingatkan kita bahawa kita merupakan umat akhir zaman.  Hukum menyambut Maulidur Rasul adalah HARUS selagi ia tidak MEMBAZIR atau lari dari tujuan asal ataupun yang melanggar syariat..


Notakaki :: Teringat masa sekolah rendah dulu ustazah ade ajar satu lagu tentang Nabi Muhammad SAW. Malangnya, ingat part nih je..adeh..

"12 Rabiulawal haribulan
di Kota Mekah Tahun Gajah"

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..

SALAM MAULIDUR RASUL ...


No comments:

Post a Comment