Hari Isnin datang lagi. Macam biasa, semua orang memang rasa mcm, "oh, hari Isnin". Macam tak semangat nak start hari baru lepas cuti dua hari kan. Kalo cuti dari hari Jumaat laaaagi lah..KOmpom kemalasan tu dah berkerak..kekeekke..
Alhamdulilah, kerja dan target saya dapat disiapkan dan disetelkan. Tinggal kes kronik2 je lagi. Huah..Tu kene duduk dediam dan berfikir dengan waras. Kang kalo emosi tak stabil memacam boley jadi kan..:) Dan saya rasa saaaaaangaaaat penat. Oh, letih fizikal dan mental. Jari dah penat mengetuk keyboard dan melihat skrin tanpa henti dari pagi..*kelip kelip mata* Mata memang perlukan bantuan si kanta skang. Kalo tak, huah. But so far dapat lagi tengok pc tanpa pakai spek. Malasssss. Idong berat.kekekeke..
Hujan kat luar tuh. Saye tengah tunggu hubby mesej tanye kekalau die dah sampai KK ke belom..huuuu~flight kul 1 petang tadi takkan le tak sampai lagi ye tak. Tak pelah, mungkin die dah sampai dan dah penat. TAk sempat nak bgitau bini die yang jojes nih dan sangat bizi skang nih..kekekeekek..~
Semalam, pulang dari kenduri, saya rase cm nak pengsan sebab tengok rumah banjir penuh dengan air dari peti ais. Huah..saya telah defrozz peti ais itu tanpa sedar..uwaaa..rase nak nangis. eh, bukan rase tapi memang nangis dah. Uwaaaa..Mesej hubby. Gtau mende yang terjadi. Hubby cume dapat menenangkan saya dan ckp, "sian mama. Kalau papa ade boleh tolong mama." Lagi la kuat wa melalak. huhuhu..Sedey tau kalo kene buat sorang2 disaat memerlukan seorang suami disisi..sob sob sob..
Hubby minta saya rehat dan tido dulu tuk kembalikan tenaga yang dah ilang. Ye lah, hari Sabtu saya kerja. Hari Ahad pula ada jemputan kawen. Memang saya tak rehat. Sob sob sob. penattttttttttttt...~ Hubby pujuk saya lagi. "Mama kuat. Pa tau. Mama rehat dulu keh. Tidur dulu ke. Nanti dah segar kemas la rumah." Saya jawab saya tak boleh tidur sbb pikir rumah acamtuh. Memang bukan saya. Saye berdegil. Saya kemas jugak rumah. Menitik2 air mata sambil mengelap umah yang banjir dan penuh air tu. Bertambah2 banjir le kan.hahahha..
Lepas kemas semua, saya mandi. Saya duduk berteleku kat dalam bilik. Oh, ade mesej. Saya tengok henpon sy, dari suami saya. Saya senyum. Eh, hubby ingat saya tido sbb tak reply mesej die..Saya balas, saya cakap saya tak tido, baru mandi dan kemas umah. Kami bermesej. Hubby ade sebut untuk minta saya merayu untuk berpindah ke Kota Kinabalu. TApi saya memang taknak pegi sana. Saya explain dengan dia. Walaupun saya rasa dah banyak kali explain. Mungkin hubby tatahu camana keadaan saya. Saya terangkan lagi. Sampai hubby cakap, dia akan cuba mintak tukar ekot saya kt sini. Tapi kene tunggu dulu buat sementara waktu dulu.
Saya faham tugas dia, saya tau kerja dia. Saya memang tak kisah. Tapi tipulah kalau saya cakap saya tak jeles tengok orang lain dengan suami tercinta. Pegi mane2 mesti ada suami ambik, suami teman, kalau sakit suami boley bawak pegi klinik. Padahal saya sume buat sendiri. Sampaikan saya rase mende kecik macam banjir satu rumah sebab peti ais pon saya rasa besar dan berat tuk saya buat walaupun tanpa suami saya kt sisi. Sebab saya tengah tertekan dengan beberapa perkara. Alhamdulilah, suami saya juga yang menenangkan saya. Bila saya nangis dia sentiasa ada untuk saya. Dia jugak selalu ingatkan saya tuk jadi isteri solehah, jangan tinggal solat. Bila saya mengadu, dia mesti akan dengar. Bila saya nangis dia pujuk. :) Yang paling penting, bila saya sedih sebab tak kuat, misti dia cakap, "Mama kuat. Pa tau mama kuat. Sebab tu mama kawen ngan papa".. wuuu..lagi laju air mata haku..huhuhu..
Dah lapan bulan kami kawen. Allah SWT masih belum beri kami rezeki itu. Saya nangis lagi bila orang sume dah tanye2. Saya ngadu lagi kat hubby. Hubby kesian juga. Tapi saya lega bila hubby ckp jangan cakap pasal anak lagi sebab die tamahu saya sedih. Sebab dia sendiri tak kisah tentang itu. Hubby cakap, kita kene percaya takdir iaitu qada dan qadar yang Allah SWT dah tentukan untuk setiap umatnya. Uwaaa..Nangis lagi saye. (asyik nanges je. mengade). Bila saya fikir balik, saya tau ada hikmah disebalik. Kenapa Allah SWT uji kami, kenapa Allah SWT belum bagi kami rezeki itu. Sebab Dia beri kami rezeki lain. SAya semat dalam kepala, dalam hati. Suami lah penguat semangat saya. :)
Bila suami outstation atau kemana2, saya risau. Bukan jeles, bukan cemburu. Tapi saya berfikir, apa gunanya saya sebagai isteri kalau tak dapat jaga makan minom pakai suami saya sendiri. Saya tahu keje beliau yang memerlukan beliau independent dan saya rasa beliau dah biasa tapi apalah nak dibandingkan dengan tanggungjawab seorang isteri tu kan.? Saya SMS suami saya, minta maaf sekiranya saya tak melakukan tanggungjawab itu sepenuhnya. Dan suami saya menjawab, "Mama dah buat yang terbaek tuk papa, dan dah cuba jadi yang terbaik." Pilu betul hati saya. Sedangkan saya masih rasa saya belum melakukan yang terbaek tuk dia.
Orang lain boleh judge apa je kat kami suami isteri tapi saya selalu ingat, suami saya syurga saya, suami saya juga neraka saya. Saya sedaya upaya cuba untuk jadi isteri yang terbaek untuknya. Sebab saya sayang sangat kat incik suami saya. :)
8 bulan bukan tempoh yang lama. Banyak lagi kami perlu tempuh. Mungkin Allah SWT dah tulis kami perlu berjauhan sementara untuk cari rezeki dan tanggungjawab kepada keluarga. Dan saya yakin Dia akan satukan kami, lepas segala ujianNya kami tempuh. Insya-Allah..Dia takkan uji umatNya melebihi kemampuan seseorang. :) Saya harap saya kuat dan bertabah. Dan saya yakin ada orang lagi tak bernasib baek dari saya. Dan ini baru sedikit ujian dariNya. Berdoa agar saya diberi kekuatan dalam menempuh apa yang bakal ada dihadapan saya. Terima kasih suamiku..! :)
Kepada suami tercinta, Mohd Asyrani bin Mhd Khalib, saya Aimi Nadiah binti Ramli sangat mencintai kamu dan menyayangi kamu..Terima kasih sebab jadi suami saya. Saya akan cuba buat yang terbaek tuk keluarga kita. Dan mama yakin semua orang doakan kita bahagia...:)
Notahati :: Cetusan rasa saya semata-mata.. :)
Saya juga doakan kamu sayam. Sila kuat dan tabah. Kamu tak sendiri.
ReplyDeleteMakasih sayam..! huuaah..kadang2 saye kuat, kadang2 lemah pingsan juge..huhuhu~
ReplyDelete