CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 25, 2012

Maaf dan terima kasih..

Balik kerja tadi jumpe dengan seorang kawan lama.  Lama juga kami berbual. Sebab lama tak berjumpa.  Masing2 sibuk dengan tanggungjawab.  Saya berterus terang tentang akaun facebook saya yang lama. Saya tahu ramai yang perasan tentang "kehilangan" akaun saya itu. Berat tapi saya kene terangkan duduk perkara sebenar.  Dia memang kawan saya. Tapi memandangkan dia juga mempunyai rakan2 di kalangan orang yang saya tak mahu "amik tahu", saya terpaksa mengatakan sebegitu yang saya memang tak mahu ada kaitan dengan "mereka" walaupun "mereka" hanya di dalam senarai kawan sahabat saya itu.

Ya, saya serik! Sangat serik! Sahabat yang saya anggap baek dan dipercayai menikam saya dari belakang.  Sampai sekarang, kesan luka tu masih ada.  Betul orang cakap, memaafkan tu boleh, tapi melupakan sama sekali tidak.  Biar orang kata kejam, biar orang kata saya takde hati dan perasaan, saya tak peduli.  Sebab, mereka tatahu apa yang saya alami, jatuh bangun saya, sakit sihat saya.  Memang, saya tak mahu ambik peduli, ambik kisah dengan apa yang berlaku kepada "mereka" yang telah menjatuhkan saya, memburukkan saya.  Sebab tiada apa lagi yang saya nak peduli tentang orang yang menikam saya bertubi2 dan tiada rasa bersalah langsung.

Kehidupan saya diperhatikan, dipersendakan dan dijadikan senjata untuk hukum saya, untuk tikam saya semula dan .  Itukah nilai seorang sahabat?  Malah, saya tidak pernah mengganggu atau menyibuk hal "mereka" itu.  Luluh hati, hancur hati bila orang yang dianggap sahabat sanggup melihat sahabatnya jatuh. Saya ambil masa yang lama untuk recover everything..! Saya ingat semua yang dibuat terhadap saya.  Serius..

Memang, saya mengaku, saya kejam..Sebab? takde apa lagi yang saya perlu buat tuk "mereka" yang ada dalam senarai yang "menjatuhkan" saya tidak lama dulu.  Yang memfitnah saya dengan macam2 cerita tidak lama dulu.  Waima mereka sakit, saya tidak mahu ambil kisah. Sebab, saya SERIK! SANGAT SERIK!! Biar saja saya begini, dengan kehidupan saya yang alhamdulilah kini lebih tenang dan sahabat2 yang saya percayai.  Apalah sangat nilai seorang sahabat jika kepercayaan yang kita beri langsung tak dihargai??

Ada sekelumit rasa kasihan tapi maaf, hati saya dah lama terluka.  Walaupun tinggal parut, ia tetap tinggalkan kesan di hati saya.  Saya tak mahu hati saya terhiris lagi dengan perbuatan "mereka". Saya aman hidup dengan dunia saya, tanpa manusia yang pandai "berlakon" dan "berpura-pura".  Again, SAYA SERIK!!

Saya cuma mendoakan yang terbaek untuk "mereka".  Tidak akan membalas, tidak akan berbuat apa-apa..Semoga Allah SWT memberi balasan yang setimpal dan berharap "mereka" sedar tentang apa yang mereka dah lakukan..

Jika ada rakan2 sepejabat yang membaca or terbaca or sengaja membaca blog saya, "MAAF, SAYA SERIK"..terpulang kepada anda nak fikir apa tentang saya.  Saya SERIK..sampai 1 time, saya tatahu siapa patut dipercayai.  Bukan mem"block" anda, tapi saya tak mahu anda semua masok campur dalam kehidupan saya lagi..Maaf juga kepada rakan2 yang ada kaitan dengan "orang-orang dalam senarai tidak mahu di add atau appruf", saya mintak maaf.  Bukan tak mahu berkawan, tapi saya tak mahu "mereka" tahu kisah kehidupan saya yang tak seberapa nih.

Sejujurnya, bila "terputus" hubungan melalui Facebook, banyak yang saya tatahu tentang cerita2 "panas" tapi maaf, saya tak perlukan itu semua.  Dan saya gembira dengan kehidupan saya.  Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. Ikut saje flow "kehidupan" bekerja.  Saya kerja untuk ibadah.  Bukan untuk bercerita dan menjatuhkan orang lain.  Terpulang. Maaf, maaf dan maaf.  Sekeping hati saya juga penting dari menjaga hati orang yang tahu menghargai erti sebenar SAHABAT...

Dalam kerja saya professional. Jadi takkan timbul masalah jika anda "terpaksa" berurusan dengan saya.  Jangan malu, jangan segan.  Saya akan tolak tepi segala perasaan kecewa atas perbuatan anda itu.  Maaf jika ia nampak terlalu obvious tapi saya tak mampu jadi diri orang lain.  Saya ialah tuan empunya badan.  Jika anda tidak mahu jadi professional, maaf, itu bukan masalah saya.  Saya juga jalankan tanggungjawab seperti orang lain. :)

TAPI saya BERTERIMA KASIH, kerana sebab mereka, saya lebih dengan dengan Allah SWT.  Saya lebih sedar tentang kelalaian saya, saya sedar tentang betapa manusia ni semuanya bukan jujur dan ikhlas. :) TERIMA KASIH tentang itu.

Saya MAAFKAN "mereka" tapi untuk melupakannya, sama sekali tidak.  Macam mana nak bangun semula ke tahap ini, hanya Allah SWT saja tahu..

Semoga kalian dirahmatiNya.  Kembali ke agama kita, pegangan kita.  Allah Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani..

Sekian, nukilan dari hati yang kecewa dan terluka..

Sekian.

Wasalam~


2 comments:

  1. yayang, fb awk mmg dh xde ke? (irie)

    ReplyDelete
  2. eh eh..ade ade..yang lame dah delete. kite ade yang baru. arituh carik kamu kt tapi tak jumpe..kamu carik kt pesbuk hubby kite. ade name kite kt situ..nadea asyraimie ramly..:)

    ReplyDelete