Terjumpa ayat ni dari Facebook yang dishare oleh rakan-rakan. Untuk rujukan dan pedoman saya serta dikongsi bersama rakan2..:)
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
- Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
- Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Al-Fatihah itu di hantarkan kepada anggota yang tujuh, kerana ayat-ayat al-Fatihah itu ada tujuh.
“Bismillahirrahmaanirrahim” di hantar kan kepada seluruh jasad zahir dan batin.
“Alhamdulillahirabbil‘alamiin” itu dihantarkan kepada kepala dan segala yang ada padanya.
“Arrahmaanirrahiim” dihantarkan kepada hati dan tulang belakang.
“Malikiyaumiddin” dihantarkan kepada dada dan alamul amri.
“iyyakanak’budu wa iyya kanas ta‘in” dihantarkan kepada kedua tangan dan bahu.
“ihdinasirotal mustaqim” dihantarkan kepada pusat dan sulbi.
“sirotalladzi na’an am ta ‘alaihim, ghairil magh’du bi ‘alaihim, waladhoollin” dihantarkan kepada kedua kaki dan seluruhnya.
Ada pun huruf hijaiyyah yang tiada termasuk dalam Al-Fatihah ada 7 huruf iaitu:
Tsa, jim, kho, zai, syin, dzo, fa.
Mengapakah huruf-huruf ini tiada dalam
Al-Fatihah? Ini adalah kerana ketujuh-tujuh huruf ini adalah pangkal
nama Neraka yang tujuh iaitu:
Tsa= Tsabur
Jim= Jahannam
Kho= Khowiah
Zai= Zauwiah
Dzo= Dzulmah
Syin= Syakawah
Fa= Fizah/ Firqah.
(rujukan dari buku “Risalah Tarikat
Naksyabandiah Jalan Ma’rifat” oleh Haji Yahya Bin Laksamana Al-Khalidi
Naksyabandi, Rumbah, Sumatera.)
Wallahualam bissawab..:)
No comments:
Post a Comment