CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 21, 2012

Kelebihan seorang isteri di sisi Allah SWT..

Selain dari tulis blog, saya suka jugak google topik2 yang saya rasa saya nak tahu. Sebagai seorang isteri, kita harus mentaati suami tapi bukan jika melanggar peraturan agama. Tiba2 terlintas satu topik dalam kepala saya.  Memula nak google camane cara nak mentaati suami tapi saya terjumpe beberapa artikel yang menarik minat saya tuk baca.

Saya penah dengar orang cakap, wanita ni senang masok syurga senang juga masuk neraka.  Disini saya nak share ape yang saya dah bace untuk kefahaman bersama.  Para wanita dan isteri2, tahukah bahawa dengan hanya memuhi 4 syarat, kita semua boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang kita suka? (Hadith Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Tabrani)


Okeh, 4 syarat tersebut ialah :

[1] Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim) 


[2] Berpuasa di bulan Ramadhan
Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan iaitu semasa berbuka (atau berhari raya) dan juga ketika menemui Tuhannya kelak.  Manakala bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi. (Hadis Riwayat Muslim)


[3] Menjaga maruah diri
Wanita yang menjaga maruah dirinya sentiasa melengkapkan dirinya dengan akhak2 yang terpuji, menutup aurat ketika keluar rumah, tidak mengenakan perhiasan yang berlebih2an untuk mengelakkan dari berlakunya fitnah.  Wanita solehah juga menjaga lidahnya serta batas pergaulannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)  


[4] Mentaati suami
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :

[1] Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
[2] Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
[3]Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
[4] Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
[5] Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
[6] Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.
[7] Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .
[8]Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan bahawa ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.Mengapa? Ini adalah diantara sebab-sebabnya..

[1.] Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.
[2]Wanita sering menderhakai pada suaminya. Suka berbantah-bantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.
[3.]Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.
[4]Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.


Sahabatku para isteri-isteri sekalian, saya harap kita tak termasuk diantara ahli neraka yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW itu. InsyaAllah...:)

Seperti biasa, saya cuma berkongsi ilmu. :)

No comments:

Post a Comment