CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 23, 2012

Serius speechless..~

Sejak saya berblog dua tahun lalu, yang pada mulanya tak aktif dan tak banyak post yang saya letak, tapi actually kebelakangan ini saya mula sedar sesuatu yang setiap yang kita buat ada baek dan buruknya.

Saya ambil contoh. Blogging adalah salah satu medium untuk seseorang meluah perasaan or mungkin ingin berkongsi cerita tentang kehidupan yang masih mempunyai limit. (tak semua boleh cerita).  Dan tak kurang juga menjadikan blog satu medium untuk berniaga. Ini positif pada saya.  Tapi apabila saya perhatikan, masyarakat lebih gemar membaca, mengikuti blog2 yang mencetuskan kontroversi daripada memberi maklumat atau info tentang sesuatu.  Ada, memang ada.  Tapi jumlah itu tak dapat mengatasi pertumbuhan blog2 yang sentiasa bercerita tentang keburukan orang lain dan fitnah yang pada saya agak melampau.

Dalam penulisan , sebenarnya ia mengajar kita untuk menjaga dan membezakan mana yang penting dan tak penting.  Okeh, pandangan saya sahaja ya.  Tidak salah nak buat blog yang berkaitan hiburan, tapi jangan sampai memfitnah seseorang, menjatuhkan maruah orang lain.

Saya juga mengaku kadang2 blog merupakan medium untuk saya melepaskan apa yang terbuku dihati tapi semua itu juga harus mempunyai limit..Saya mula bosan mengikut blog2 yang agak negatif pada saya dan komen2 pembaca yang kadang2 menggunakan ayat yang melampau dan tidak sedap didengar.  Dimana nilai2 murni kita sebagai orang Melayu dan juga seorang Islam..?

Melepaskan kemarahan tanpa berfikir panjang melalui penulisan juga sebenarnye menyumbang ke arah kesan yang lebih negatif.  Saya juga tidak menafikan bahawa apa yang saya tulis suatu ketika dahulu pernah juga menimbulkan sedikit kontroversi tetapi we have to be intelligent.  Dari penulisan, dari percakapan serta ayat yang kita tuturkan sebenarnye melambangkan keperibadian sebenar kita.  

Saya juga tidak setuju blog digunakan untuk menghentam dan tempat mencaci diantara satu sama lain serta mencari pengikut yang setia  yang kononnye akan sentiasa menyokong apa saja yang ditulis. Disamping menjadi publisiti murahan kononnye tiada medium lain untuk bersuara.  Come on, kita negara demokrasi kan. 

Pening kepala saya membaca beberapa blog yang saya rasa tidak relevan dan sengaja membangkitkan isu dan pergaduhan..

Tak mengapalah, nak sambung menjahit. Slow pulak malam  ni. Pening kepala kot..hehehe..

Okeh?


Just my 2cent..:)

Always bear in mind, stay positive which is sometimes saya pon gagal.  Tapi, istighfar.  Kita ada Yang Maha Kuasa.  Segala amalan juga tercatit kan..:)


InsyaAllah..~

No comments:

Post a Comment