Huah, hari Jumaat. Malas nak kua lunch hour panjang cmni. Malas nak drive, malas segalanya. Makan pon kirim kt orang. Huahhh~ Ni period apesal tah over flow. Lemah betol badan hilang manyak darah..ecececeh..siyes ah, pas kawen ni memacam betol. Berterabor piyed, nak kire time subur pon alahai. tapi takpe. nak share beberapa artikel dan info kat kengkawan. cek cek cekidaut~
Maklumat ni saya ambik dari blog salah seorang doktor merangkap seorang ustaz.
Sifat darah haidsPuratanya kehilangan darah akibat pendarahan haids antara 10-80 mL. Darah yang keluar boleh saja berwarna merah, kuning atau coklat. Kecuali jika pad wanita yang diletakkan di bahagian kemaluan kelihatan bersih dan putih tanpa tompokan darah, maka wanita itu dikatakan telah habis masa pendarahan haids.Ramai juga wanita yang menyedari terdapat kupingan tisu bercampur dengan darah haids mereka. Ianya adalah normal akibat keluarnya lapisan tisu endometrium bersama dengan darah haids.
Ada juga wanita yang bertanya mengapa darah haids mereka berketul-ketul? Sebenarnya darah haids biasanya cair, kerana terdapat enzim plasmin yang berada dalam rahem yang menghalang pembekuan darah.
Tanpa pembekuan darah, darah haids yang cair dapat keluar dari lubang pangkal rahem (cervix) yang sempit itu. Jika berlakunya pendarahan haids sehingga darah itu membeku dan berketul-ketul, bermakna penadarah haids terlalu banyak dan mungkin tidak berlaku secara normal.Ini akan menyebabkan kekurangan darah merah dan haemoglobin, memerlukan diet zat besi (iron) yang tinggi. Maha Suci Allah yang mengaturkan kehidupan yang sempurna untuk hamba-hambaNYA.
Pendarahan haids yang berketul-ketul adalah pendarahan haids yang tidak normal akibat pendarahan yang agak banyak keluar dari rahem. Enzim plasmin tidak sempat untuk mencairkan darah itu, maka ianya keluar secara berketul-ketul.
Darah haids atau istihadhah?Pendarahan haids tidak mungkin berlaku ketika kehamilan. Maka jika keduanya berlaku pada masa yang sama, ianya mustahil. Sebagai contoh, seorang yang disahkan hamil, maka darah yang keluar itu bukannya darah haids. Begitu juga jika seseorang itu sedang mengalami pendarahan haids, wanita itu mustahil untuk hamil.
Darah yang keluar itu adalah darah yang disebabkan masalah kesihatan (penyakit), seperti tanda-tanda keguguran atau tanda kehamilan luar rahem.Begitu juga darah yang keluar untuk beberapa hari selepas proses kelahiran bayi. Ianya bukan darah haids, ia disebut oleh syariah sebagai darah nifas.
Bagi wanita yang telah disahkan putus haids atau menopause, darah yang keluar dari faraj merka adalah bukan darah haids, ianya dikira darah istihadha. Ianya mungkin disebabkan penyakit yang merbahaya seperti kanser pangkal rahem (cervical cancer) atau kanser rahem (endometrial cancer).Bagi wanita yang belum menopause, darah istihadhah boleh disebabkan oleh keadaan yang dinamakan “Dysfunction Uterine Bleeding”.
Ianya berlaku disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak seimbang, selalunya berlaku di usia 40an sebelum menopause dan kitaran haids mereka tidak menghasilkan benih wanita (ovum), dinamakan “anovulatory cycle” . Keluarnya darah istihadha begini haruslah dirujukkan para pakar perubatan atau gynaecologist.
Darah yang bukannya darah haids dalam syariah dinamakan sebagai darah istihadhah. Dalam perubatan keadaan ini dinamakan sebagai Metrorrhagia iaitu apabila rahem mengeluarkan darah pada jangka waktu yang tidak tetap di antara dua kitaran haids.
Berapa lama pendarahan haids?Pendarahan haids bisanya berlaku antara 3 hingga 7 hari, malah ada yang berlaku sehingga 10 hari. Setiap wanita mempunyai kitar haids yang berbeza.Maka ada yang wanita yang tidak mengalami pendarahan haids selama 6 bulan, dan apabila ianya berlaku, pendarahan berlautan sehingga beberapa minggu pula.
Mengapa perlunya mengetahui masalah pendarahan haids ini? Dari segi perubatan, pendarahan haids adalah normal dan berlaku pada wanita yang subur. Sementara darah yang bukan haids (istihadhah) adalah adalah yang menunjukkkan tanda-tanda awal penyakit dan perlu mendapat nasihat doktor.Dari segi syariah pula, waktu pendarahan haids adalah waktu di mana wanita muslim tidak dibenarkan bersolat dan berpuasa. Pendarahan istihadah pula tidak membebaskan merka dari kewajipan berpuasa dan bersolat. Maka wanita muslim harus membezakan sama ada darah yang keluar dari farajnya adalah darah haids atau isthihadhah.
Bagaimana membezakan darah haids atau istihadhah?Mengikut kefahaman syariah saya, pendarahan haids biasanya berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari dan tiga malam. Maka jika ianya berlaku kurang dari itu, ianya dinamakan darah istihadhah.
Sebagai contoh seorang wanita yang keluar darah dari farajnya pada pagi isnin. Jika ianya pendarahan haids, pendarahan itu berlaku sepanjang hari isnin dan malamnya, bersambung sepanjang selasa dan malamnya dan bersambung sepanjang rabu dan malamnya dan berakhir pada hari khamis pagi. Jika kurang dari 3 hari dan tiga malam ianya bukanlah darah haids.
Ada ulamak yang mengatakan panjangnya masa pendarahan haids antara 3 hari sehingga 10 hari. Ada juga yang mengatakan dua minggu (14 hari). Untuk ini pembaca haruslah merujuk kepada ulama.
Pendarahan haids yang tidak teraturMenurut Sheikh ‘Abd al Azeez ibn Baaz, “pendarahan haids boleh berlaku dan bertukar dari lima hari kepada lapan hari atau sepuluh atau tujuh, tidak ada masalah dengan pendarahan haids itu. Jika berlaku perubahan pendarahan haids seperti ini , wanita itu tidak seharusnya bersolat dan berpuasa.
Pendarahan haids ini mungkin berubah menjadi pendek. Mungkin pendarahan haids itu menjadi pendek dari tujuh hari kepada lima hari..Atau ianya menjadi panjang, mungkin dari lima hari kepada sepuluh hari. Maka wanita itu tidak harus bersolat dan berpuasa sehingga hari kelima belas. Jika ianya melebihi lima belas hari, kebanyakan ulamak berpendapat darah itu adalah darah istihadhah (bukan darah haids).
Maka wanita itu harus mengkut kebiasaan hari pendarahan haidsnya. Jika kebiasaannya tujuh hari, maka tujuh hari itu dikira haids dan selebihnya dikira istihadhah. Dia harus bersolat dan berpuasa, dengan melakukan wudhu’ pada setiap solat selepas membersihkan pendarahan itu dan menggunakan helaian kain (saya berpendapat: meletakkan pad pada kemaluannya). Dia harus melakukan nya sehingga kedatangan kitaran haids berikutya.”(Huraian saya, jika pendarahan haids kebiasaanya tujuh hari, namun pada kitaran haids kali ini ianya berlangsung sehingga 14 hari, maka ianya masih dikirakan haids selama 14 hari. Namun jika pendarahan itu berlangsung selama 18 hari, maka darah yang keluar bukannya darah haids, tetapi darah istihadhah. Wanita itu harus menggantikan puasanya selama 11 hari iaitu 18 hari ditolak 7 hari kebiasaan haidsnya, jika wanita itu tidak berpuasa di saat pendarahan itu kerana menyangkakan ianya adalah darah haids.
Ini bermakna jika pendarahan berlangsung selepas hari ke 14, maka haruslah berpuasa dan solat pada hari ke 15 walaupun mengalami pendarahan kerana pendarahan itu bukannya pendarahan haids).
Waktu bersih selama 14 hariMengikut kefahaman syariah saya, seseorang wanita seharusnya ‘suci’ selama 14 hari sebelum kedatangan pendarahan haids seterusnya. Jika pendarahan berlaku sebelum 14 hari, maka ianya tidak dikira sebagai pendarahan haids. (Sila semak dengan ulamak). Maknanya, jika seorang wanita telah mengalami tujuh hari pendarahan haids dan sedang menjalani tempuh ’suci’, dengan tidak semena-mena selepas seminggu bersih dari haids, dia mengalami pendarahan lagi, maka pandarahan itu tidak dikira sebagai pendarahan haids.
Menurut kitab ”Masalah Lelaki dan Wanita” oleh Moulana Ashraf Ali Thanwi, masa suci antara dua pendarahan haids adalah sekurang-kurang dua minggu dan ianya tidak ada limit. Jika seseorang wanita tidak mengalami haids disebabkan apa juga alasan perubatan, ianya dikira suci dari haids. (Harus melakukan solat dan puasa).
Credit to kak Haya a.k.a Nur Kasih sebab bagi link ni kat sy. So, teringin nak share dengan kengkawan. Maklumlah, ilmu untuk dikongsi. kan kan kan..:)
Semoga ianya berguna untuk anda semua..:)
No comments:
Post a Comment