CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 29, 2012

HOmesick...

Assalamualaikum..:) As usual, pepagi dah bukak blog.

Semalam, balik keje, singgah lagi Giant. Memang wa ni muka Giant. Asek pegi sane je.  Nope, bukan ape.  First tujuan ialah untuk menukar bateri kunci Queen wa yang dah weak. Tepuk dahi kejap masa pegi kat kete dan tekan button unlock Queen tak respond. wuuu. Tapi cakap kat hati, sabar sabar..slow slow. InsyaAllah boleh..Hm,, agak lame la wa terpacak depan queen dok tekan2 kunci. Daaaan, taraaa..Queen membuka lock nye dengan tak rela. Uh, sedey dengar bunyi lemah je..kekeke..

Pas tuka bateri kunci kete tu, wa pun kononnye nak balik terus. Hmm, takde maknenye hoccay! Ambik bakul lalu masuklah ke dalam Giant. Actually memang nak beli barang sikit. Tengok sayor and ikan, takde yang berkenan dihati. Terus bayar pastu plan nak p pasar basah kt area perumahan wa tuh. Dengan bergayanye wa pon membelok masok ke kawasan pasar. Aih, ramai giler manusia..mungkin meka baru gaji. Wa pusing2 tak jumpe parking, last2 fedap, terus balik. Dok pk kt umah ade sayor. KOt. tak sure sebenarnye..

As usual la, wa mesti hapdet kat eberiting kannnn. (orang menyampah kot..tapi, ade aku kesah??) Pastu seorang bini askor jugak komen dan bagi idea tuk masak ayam gulai memandangkan wa takde idea nak masak ape. (tenkiu Irie..:P) dan secara titibenye tinggg, wa tatahu masak gulai. Blank! Oh mennnnn..Google kt hempom, eh, manyak pula bahan2 dia. kat umah wa takde sume barang tuh. Ha, mak!!! Cari nombor mak dan dail. tuut tuuttt...tuut tuutt. ringing ke 4 mak angkat tepon.

Mak : Helo..
Wa : Assalamualaikum mak..
Mak : Waalaikumsalam..
Wa : Mak, cemane nak masak gulai ayam? 

Dan mak pon dengan sabarnye mengajar le anak sulung die yg tak reti masak nih satu2. Loh, senang ghopenye.ngahahhaa..

Wa : Timer kaseh mak..Nanti tatahu akak tepon lagi.
Mak : Hah, yelah. Nanti ko cari la kt tenet juge. ade manyak kt situ.
Wa : (garu2 kepala) hoh. baeklah..

Mak wa aja wa carik kt tenet. Ngehehhe..sebenornye meme wa carik kt tenet pon tapi sebab kekononnye nak buat gulai cm mak buat tu, tu yg tanye. Nak ekot resipi mak la katenyeeeeeeee... Wa pon ape lagi pastu, ketang ketung ketang ketung la kt dapo. Berjoget2 pegang sodep.  Kalo masak first time, wa tawakaltu Alallah je..huhuhu.. yang penting buat dengan ikhlas, buat dengan kaseh sayang..dan malam itu saya makan malam dengan dua lauk iaitu bendi goreng telur dan gulai ayam. errr, telebih cili. itu pedas okeh..hahahhaaha..dan yay, malam itu tak makan tempoyak..Oh, tempoyak dah nak abis..Err, sedap juga wa masak..kekeke..<-- pasan..!

Lepas dah makan tu, wa dah tersandar kekenyangan. Titibe teringat pesan mak..

"Blajar masak mie. Sok kawen senang." Bukan tanak blajar tapi saya wanita bekerjaya. 

"Keje bz cemane pon, penat camane pon, balik umah mesti masak tuk suami dan anak2..dorang nak makan masakan kita.." Saya diam..

Dan sekarang saya dah kawen. Ada benar cakap mak tu. wuuu.sob sob sob..Manyak yang mak ajar saya tapi dulu amik endah tak endah je. Skang padan muka. Terpaksa menyusahkan mak lagi. Tepon setiap kali nak masak.  Tapi skang pandai sikit. Carik kat myresipi saje. Sume ade. Kalo rase pelik, kol mak tanye pendapat.  Selama saya membesar, memang saya makan hasil air tangan mak.  Sampai sekarang, saya rindu masakan dia. Sume orang misti rindu jugak kan masakan mak.  Sebab masakan mak adalah masakan yang best in the world!! Dari kecik sampai besar, saya memang tengok mak masak tuk anak2 even die penat2 balik keje. Kami adik beradik jarang diajar makan kat luar. Mungkin sebab mase tu ekonomi keluarga kami tak berapa mengizinkan untuk selalu makan kat luar. 

Kalau raya, walau mak cakap malas nak buat kueh raye, die tetap akan buat. 

"Mak nak buat sikit je lah"

Hambik, sikit ape nye. Tengok2 dah siap 5 jenis. Tu sikit?? *fitamss* Sebab tu raya seronok. SEbab mak akan kerah askar2 die nih, (saya dan adik saya nombor dua ialah perempuan) tuk masak dan buat kuih. Itu seronok okeh..Dan saya tabik mak saya , sebab dia rajin mencuba.  Dia suka masak.  Even kalo balik dari kursus memasak, kompom dia akan soh kitorang test..hahah. macam tester lak kitorang ni. Dulu masa memula belajar, teruk juga hasil masakan saya. Kaw2 kene kritik. Pedas n pedih telinga. Sampai pk malas nak masok dapor dah. Selalu pikir nape mak masak sedap, akak masak tak sedap. Bengang juge...Mak masak sume jadik, akak masak asek tak jadi. huahhh..

Tapi sekarang alhamdulilah, masak ape sume jadi. Doa mak. :) Sampai suami cakap, "Yayang kalo masak sume jadi. Sedap.." terharu sangat2. Tu sume tunjuk ajar mak. Sejak duk jauh ngan dorang, teringat dan rindu sume masakan mak. Pernah saya balik kL, sampai2 ckp, "mak, lapa lah. mak masak ape?" hoh, yang pastinye kalo wa balik mesti ade keli berlada..peberet wa tuuuuuuuu~ sinsing lengan, wa makan dulu. walaupun dah makan dalam flight. Dan kalo balik sorang, kompom malas masak sebab balik pon sbb nak makan masakan mak..kekek..tapi kalo balik ngan hubby kene masak. SEbab hubby jeling. oooh..baek, saya kedapur sekarang juga..:p Kalo nak raye, saya tak dapat balik awal, paling awal pon 2 hari bfore raya. Tak dapat nak tolong mak buat kuih raye. Tetiap tawun mesti tolong. Tapi sejak carik rezeki kat negeri orang nih, tak dapat dah nk tolong mak. Mujur adik perempuan ade. Pernah tahun lepas cakap tak dapat balik raye disebabkan oleh kekurangan modal, mak bagi balik duwet yang wa bagi belanja tuk die dan soh wa beli tiket balik raya memandangkan hubby tak dapat balik raya. Tu sangat tacings okehhh..

Setiap hari saya doa, moga mak, mama, abah-abahku dan adik2 ku diberi kesihatan yang sempurna sementara saya masih disini mencari rezeki, menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.  Saya akan pulang bila tiba masanya. Sesungguhnya, saya memang rindu nak balik..*homesick dah tahap gaban dah nih...*

So, hargai selagi ayah dan ibu anda masih ada. Semoga mereka sehat2 saje sepeninggalan saya.  Sebagai anak, saya belum rasa saya dah berjaya jalankan tanggungjawab saya. semoga saya menjadi anak, isteri, menantu dan hamba Allah yang baek. Amin..SAya bukan yang terbaek tapi saya cuba menjadi yang terbaik tuk semua orang. :)

SAYA SAYANG MAK & ABAH SAYA..juga ADIK2 saya..

Wasalam..

Tuesday, February 28, 2012

Panduan elak dari sihir..

Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir  secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" (Al-Hijr:42)


Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : 

"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" (An-Nahl :99)



Seseorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : 
" ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun"(Al-Baqarah :102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. (Al-Baqarah :102)

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
     Erti firman Allah : 
" Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah :102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  
Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali 

"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir" (sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود)
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


InsyaAllah..semuanya atas izin Allah..:)


Sumber :: Jabatan Agama Islam Selangor

Doa-doa harian..


Doa Mengambil wuduk
Doa Penerang Hati 
Doa Hindar Azab Api Neraka 
Doa Mohon Kesabaran 
Doa Taubat  
Doa Terang Hati 
Doa Hilang Rasa Marah 
Doa Masuk Tandas 
Doa Keluar Tandas 
Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Terkejut 
Doa Sebelum Tidur 
Doa Bangun Tidur 
Doa Menuntut Ilmu 
Doa Para Rasul dan Mukmin 
Doa Mendapat Berita Gembira 
Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Masalah 
Doa Menghadapi Kecelakaan 
Doa Waktu Pagi dan Petang 


Sumber :: Jabatan Agama Islam Selangor

Moment with Kak Rozi..:)

Tak sempat nak kenal lebih rapat, nak lebih mesra, kami dah berpisah. Apepon, emy tetap akan ingat akak sampai bila2. Emy takkan lupa akak..Timer kasih kak jadi teman borak yang baek, disamping anak2 yang comel.  Suke tengok meka. :) Jangan lupa Emy keh kak..:) Kelak pasti kita jumpa lagi..:) Do keep in touch in Facebook..:)

Kenangan masa ramah tamah hari raya 2011 .. :)


Eh, apekah? hehehe..


Taraaaa...Kiko (berbaju merah) sudah datang join korum..hehhe..:)


Baby - Budak yang paling wa geram rase nak geget2. besau nanti hemsem nih..kekekeke..die sangat comel okeh..:)


Notahati :: sEdey mase kt epot tadi..huhuhu..semoga kita berjumpa lagi Kak Rozi..:) 


Seminar Penjanaan Inovasi dan Kreativiti Perkhidmatan Awam Melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2012

Semalam (27 Feb 2012, Isnin), saya berpeluang untuk pergi ke Seminar Penjanaan Inovasi dan Kreativiti Perkhidmatan Awam Melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang diadakan di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar (sebelah bangunan opis saye je) anjuran Mampu (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) Cawangan Sarawak dan Jabatan Ketua Menteri (Unit Pem0denan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ)).

Jabatan saya menghantar dua orang wakil iaitu saya dan seorang lagi sahabat saya.  :) Seronok dapat pegi timba ilmu. Pendaftaran bermula pada pukul 2 hingga 2.30 petang manakala majlis pula dirasmikan oleh Ybrs. Tn. Hj. Mohd Shahabuddin bin Omar, Pengarah MAMPU Cawangan Sarawak.  Pada pukul 2.45 petang, taklimat "Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam" disampaikan oleh Puan Cornelia Wong Chui dari MAMPU Cawangan Sarawak manakala taklimat "Hala Tuju KIK" disampaikan oleh Encik Dolhadi bin Mazuki yang juga selaku Penyelaras KIK Peringkat Negeri Sarawak.

Tahun 2012 merupakan TAHUN GERAKAN INOVASI NEGARA seperti yang telah diumumkan oleh YAB PM kita semasa bajet dibentangkan pada tahun lepas.   Untuk pengetahuan, inovasi sesebuah negara telah diukur melalui beberapa kategori dan ciri.  Pengukuran tahap inovasi ini telah dibuat oleh INSEAD.  Malaysia menduduki tempat ke 31 dalam senarai negara yang berinovasi daripada 125 negara yang lain.  Malaysia juga terletak di dalam ranking 1 dalam kategori UM (Upper Middle Income) dan ranking ke 8 dalam kategori EAP (East Asia Pacific).

Inovasi dalam sektor atau perkhidmatan awam merangkumi
  • perkhidmatan baharu atau lebih baik
  • inovasi proses perkhidmatan
  • inovasi pentadbiran
  • perubahan yang radikal
  • invoasi konsep
  • inovasi sistem 
Diantara ciri-ciri Kumpulan Inovatif dan Kreatif  (KIK) yang baik yang dapat saya share disini ialah
a] Ketua yang bijak dan ahli yang responsif
b] Projek yang unik dan berimpak tinggi
c] Laporan projek yang bagus dan lengkap

Kekuatan sesebuah projek pula haruslah
a] impak - memberi impak yang besar dalam sesebuah jabatan sebagai contoh penjimatan masa
b] marketable - boleh digunapakai atau diseragamkan oleh agensi lain
c] Unik dan baru - belum dilakukan oleh mana-mana pihak
d] relevan - ia haruslah berkaitan dengan isu global, negara dan semasa

Format markah yang saya dapat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
  • 30 % - Pemeriksaan data projek KIK
  • 20% - Persembahan projek KIK
  • 40% - Penilaian Projek KIK
  • 10% - Pameran Projek KIK
Secara keseluruhan saya amat berbangga dapat menjadi salah seorang yang terpilih untuk mengikuti seminar ini. 

Semoga kita menjadi seorang pekerja yang berinovasi dan kreatif untuk pembangunan negara. :) Dan penutup taklimat ini buat saya berfikir tentang 5 jenis manusia yang diperkatakan.
1] who see things happen
2] who ask what happen
3] who wonder what happen
4] who make things happen
5] who keep it happening
 dan saya mahu jadi orang seperti di nombor lima itu..InsyaAllah..:)

Sekian...

"What was good YESTERDAY is no longer good TODAY and what is good TODAY can no longer be good TOMORROW"

Monday, February 27, 2012

Projek Memasak :: Puding Pop Ice Vanilla Blue

Assalamualaikum kawan-kawan.  Bertemu kita lagi dalam rancangan masak memasak bersama saya, Emy a.k.a Nadea Ramly..Ewahhh. Ingat rancangan masakan? kekekeke..*verangansssss*

Petang semalam, macam biasa la kt pesbuk..ternampak sorang kawan post pasal buat puding..wahh, wa dengan laju nye taip mentak resipi kat dia.. macam sedap wo..tu yg nak buat tu..

 

TAPIIIIII, memandangkan banyak bahan2 ini tiada dirumahku, so, wa olah puding ni.  Eh, tak. Wa cube resipi lain.  Selalu orang buat puding milo kan. Disebabkan milo takde, wa pakai minatang kt bawah nih. Ha, ni beli kt Serikin dulu. Lame xbuat air nih. PEberet. Kalo sape biasa minom ice blended kaler biru tu, ni la sebenarnye. SEdap die macam eskem paddle pop yang kaler2 tu..:p


Nama dia Pop Ice Vanilla Blue.  Boleh buat gune air panas or blend dengan ais jadi ais blended..Kat semenanjung wa tak sure ade ke tak..tapi ini meme peberet aye...wihuuuuuu~

 Wa google gak resipi kt Myresipi. Maklumlah, wa tak pandai masak.  Sume resipi carik kt google. Tibe2 napok satu gambo santek je bawah die kaler putih, atas die kaler cekelat. (Tu resipi puding milo).  Wa bace bahan2 die. Hah, ade sume. Tapi wa tuka la kepada Pop Ice Blue nih. Nak cecuber. 

Okeh, pas dah buat tu wa post kat pesbuk.  Ngee. Macam santek je kaler die kan. Then ade kawan mentak resipi. Okeh Kak Nad, inilah resipinye...


Bahan-bahan::
Agar-agar (sepeket tu dlm 12gm)
Air (1400ml)
Gula (secukup rasa.  Ekot manis kite)
Susu pekat (ekot juga manis kite)
Pop Ice Vanilla Blue (3 paket) atau Milo atau Horlick atau Nescafe (yang ni ekot citarasa memasing)

Cara membuatnye ::
1] Masak agar2 dalam periuk dengan air sampai die cair.

2] Masukkan gula ekot citarasa dan kemanisan yang anda suka. Nanti rasa dulu keh. (semalam pakai bantai je letak gula. Naseb tak manis sangat. )

3] Ambil beberapa senduk dan asingkan dalam mangkok lain.  Pastu masokkan susu pekat tadi tuk buat part yang kaler putih tu as the based. Kacau rata dan masokkan dalam bekas somei.  Simpan sekejap dalam peti sejuk bagi die keras sikit.

4] Pastu, baki yang tertinggal dalam periuk tu, masokkan perasa tu, Pop Ice Vanilla Tue.  Ekot pekat juga. Tapi saya pakai 3 paket cm dalam gambar diatas.  Lepas dah mendidih dan digaul rata, tutup api. 

5] Masukkan kedalam bekas yang kita dah masukkan based kaler putih tadi diatasnya. Tadaaaaaaaa, dah siap.. Sejukkan pastu boleh hias dengan whipped cream or ekot kesukaan anda.  Tapi sebab bahan banyak takde kat umah so jadilah puding yang simple lagi menawan ini. Makanlah dengan gumbiranya..


Taraaa..Inilah hasilnya..kekekke..Tunjuk satu je. Kalo tunjuk bebanyak nanti kang terliur pulak..kekekek..

*kredit to Nurul sebab bagi idea nak buat puding dan juga Ummi Khalish yang sebut pasal nak buat puding milo. Dan itu membuatkan wa google resipi puding simple lagi senang. Timer kaseh kawan2..:)

So, berjumpa lagi di resipi yang akan datang. Selamat mencuba.

Babai..:)



Sunday, February 26, 2012

Isnin = Kerja..

Esok Isnin, keje dah weh. Manyak cantik nak cuti lelame. Dua hari cukuplah. Kang malas tu bertingkat2..

Weekend adalah hari untuk berehat. Memang, tapi kalo kene turn keje, berehat ape mendenye.  Semalam (Sabtu) wa keje. Tapi tak cukup 5 jam sebab wa balik awal.  Ade hal. Hmm..Setel je hal itu, singgah g isi minyak kete. Singgah lagi Giant, p beli beras pulak teringat beras kat umah dah abis.  Plan sebelum nak g Giant, nak singgah Ambank p bayaq duwet kete, tapi pikir2 esok2 la p bayaq. Sebab malas nak pusing kt bulatan yang jem tuh. huah.. Kalo dah kononnye nak p beli beras je, jangan haraplah tak beli mende lain.  Ade je nampak tu nampak nih, sume nak dibeli.  Tapi alhamdulilah, semakin terkawal nafsu membeli secara tak berhemah tuh.  ngahahha.. Sejak kawen nih kan, p mane2 misti nak beli barang umah.  Sampai pernah terfikir tak beli apa2 pun tuk diri sendiri.  Tah, rasa cam best je beli barang umah skang.  Maklumlah kot, sudah berumah dan tangga. Misti la ade atap, bumbung, bla bla bla bla....

Balik dari Giant tu, singgah pulak kt Everise, nak beli topup.  Tenet subscribe dah nak abis..ngahaha..satu keje pulok kan..Tapi bukan ape, siap beli sayor skali.  Sebab pikir2 mlm tu nak makan takde sayor..Sampai umah, as usual, bukak gate dulu. Boleh nak tekejot? Bulus wa dua ekor tu dah kua sangkar!!! Pelik bin ajaibs lah. Sesambil masokkan kete dalam garaj tu wa terpikir. Cemane meka kua nih. Pelikssss!! Pas angkot barang2 yang dibeli tadi masok dalam kete, wa pegi kat sangkar deme. Dok pikiaq camane la meka leh kua nih. Sekali tengok pintu yang atas sangkar meka tak lock. Oh, kompom deme tolak lock tu and angkat.. 
Amboihhh, berkesan makan Friskies yek.  Bijakkkkkkk! Memule ade terpikir jahat tapi cecepat bersangka baek.  Xkanlah orang nak masok kawasan umah wa semata2 nak lepaskan kucing wa.aih, pelik pelik...

Okeh, pas kekemas sume, tibe masa wa dok dediam menjahit..sampai ke malam. dan wa tido lewat. kul4 baru tido..dok ralit menjahit. (ade la berenti jap mandi, makan, solat dan sebagainya).  Penat memang penat. Pastu tadi pagi terjaga pukul 8 pagi.  Eh, segar bugar mate. Tak ngantok. Dah la ujan lebat. Nak tido balik teringat si bulus kt luar tu dah sebok nak kua. Dengan malas yang masih berbaki, wa pon mangun nak jenguk meka kt luar. Ait, dah kat luar jugak.  Cis, tak puas hati betol. Cemane meka keluarkan diri dari sangkar tu. Nanti, nanti, esok mami beli mangga konci korang dalam tu. hahaha..Pas siapkan sangkar meka sume, wa kekemas rumah.  Plan dihati nak basoh kain, tapi tengok dah tinggi gunong tu, baek anta dobi je.ngahhaha..bukan, bukan. Jangan salah paham.  Wa tabley wat keje beberat. takleh kene sabun basuh kain, bla bla bla..<- nampok no nipunye. :p

Pastu sambung menjahit smpai petang. Petang pulak blender cili sesiap, potong bawang, sesiap bahan nak masak. Macam2..Malam ni nak tido awal sikit..eh, skang pon dah nak kul 11 (ketika entri ini ditulis).  Baek, positifkan diri. Hope takde ape esok yang akan berlaku.  Esok petang ade seminar pula.  huuuuu..

Nite eberibadi..:)


Always..


Amin..Semoga saya semakin kuat..:)

Saturday, February 25, 2012

Eleven Hints for Life


1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.

-Unknown-

Maaf dan terima kasih..

Balik kerja tadi jumpe dengan seorang kawan lama.  Lama juga kami berbual. Sebab lama tak berjumpa.  Masing2 sibuk dengan tanggungjawab.  Saya berterus terang tentang akaun facebook saya yang lama. Saya tahu ramai yang perasan tentang "kehilangan" akaun saya itu. Berat tapi saya kene terangkan duduk perkara sebenar.  Dia memang kawan saya. Tapi memandangkan dia juga mempunyai rakan2 di kalangan orang yang saya tak mahu "amik tahu", saya terpaksa mengatakan sebegitu yang saya memang tak mahu ada kaitan dengan "mereka" walaupun "mereka" hanya di dalam senarai kawan sahabat saya itu.

Ya, saya serik! Sangat serik! Sahabat yang saya anggap baek dan dipercayai menikam saya dari belakang.  Sampai sekarang, kesan luka tu masih ada.  Betul orang cakap, memaafkan tu boleh, tapi melupakan sama sekali tidak.  Biar orang kata kejam, biar orang kata saya takde hati dan perasaan, saya tak peduli.  Sebab, mereka tatahu apa yang saya alami, jatuh bangun saya, sakit sihat saya.  Memang, saya tak mahu ambik peduli, ambik kisah dengan apa yang berlaku kepada "mereka" yang telah menjatuhkan saya, memburukkan saya.  Sebab tiada apa lagi yang saya nak peduli tentang orang yang menikam saya bertubi2 dan tiada rasa bersalah langsung.

Kehidupan saya diperhatikan, dipersendakan dan dijadikan senjata untuk hukum saya, untuk tikam saya semula dan .  Itukah nilai seorang sahabat?  Malah, saya tidak pernah mengganggu atau menyibuk hal "mereka" itu.  Luluh hati, hancur hati bila orang yang dianggap sahabat sanggup melihat sahabatnya jatuh. Saya ambil masa yang lama untuk recover everything..! Saya ingat semua yang dibuat terhadap saya.  Serius..

Memang, saya mengaku, saya kejam..Sebab? takde apa lagi yang saya perlu buat tuk "mereka" yang ada dalam senarai yang "menjatuhkan" saya tidak lama dulu.  Yang memfitnah saya dengan macam2 cerita tidak lama dulu.  Waima mereka sakit, saya tidak mahu ambil kisah. Sebab, saya SERIK! SANGAT SERIK!! Biar saja saya begini, dengan kehidupan saya yang alhamdulilah kini lebih tenang dan sahabat2 yang saya percayai.  Apalah sangat nilai seorang sahabat jika kepercayaan yang kita beri langsung tak dihargai??

Ada sekelumit rasa kasihan tapi maaf, hati saya dah lama terluka.  Walaupun tinggal parut, ia tetap tinggalkan kesan di hati saya.  Saya tak mahu hati saya terhiris lagi dengan perbuatan "mereka". Saya aman hidup dengan dunia saya, tanpa manusia yang pandai "berlakon" dan "berpura-pura".  Again, SAYA SERIK!!

Saya cuma mendoakan yang terbaek untuk "mereka".  Tidak akan membalas, tidak akan berbuat apa-apa..Semoga Allah SWT memberi balasan yang setimpal dan berharap "mereka" sedar tentang apa yang mereka dah lakukan..

Jika ada rakan2 sepejabat yang membaca or terbaca or sengaja membaca blog saya, "MAAF, SAYA SERIK"..terpulang kepada anda nak fikir apa tentang saya.  Saya SERIK..sampai 1 time, saya tatahu siapa patut dipercayai.  Bukan mem"block" anda, tapi saya tak mahu anda semua masok campur dalam kehidupan saya lagi..Maaf juga kepada rakan2 yang ada kaitan dengan "orang-orang dalam senarai tidak mahu di add atau appruf", saya mintak maaf.  Bukan tak mahu berkawan, tapi saya tak mahu "mereka" tahu kisah kehidupan saya yang tak seberapa nih.

Sejujurnya, bila "terputus" hubungan melalui Facebook, banyak yang saya tatahu tentang cerita2 "panas" tapi maaf, saya tak perlukan itu semua.  Dan saya gembira dengan kehidupan saya.  Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. Ikut saje flow "kehidupan" bekerja.  Saya kerja untuk ibadah.  Bukan untuk bercerita dan menjatuhkan orang lain.  Terpulang. Maaf, maaf dan maaf.  Sekeping hati saya juga penting dari menjaga hati orang yang tahu menghargai erti sebenar SAHABAT...

Dalam kerja saya professional. Jadi takkan timbul masalah jika anda "terpaksa" berurusan dengan saya.  Jangan malu, jangan segan.  Saya akan tolak tepi segala perasaan kecewa atas perbuatan anda itu.  Maaf jika ia nampak terlalu obvious tapi saya tak mampu jadi diri orang lain.  Saya ialah tuan empunya badan.  Jika anda tidak mahu jadi professional, maaf, itu bukan masalah saya.  Saya juga jalankan tanggungjawab seperti orang lain. :)

TAPI saya BERTERIMA KASIH, kerana sebab mereka, saya lebih dengan dengan Allah SWT.  Saya lebih sedar tentang kelalaian saya, saya sedar tentang betapa manusia ni semuanya bukan jujur dan ikhlas. :) TERIMA KASIH tentang itu.

Saya MAAFKAN "mereka" tapi untuk melupakannya, sama sekali tidak.  Macam mana nak bangun semula ke tahap ini, hanya Allah SWT saja tahu..

Semoga kalian dirahmatiNya.  Kembali ke agama kita, pegangan kita.  Allah Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani..

Sekian, nukilan dari hati yang kecewa dan terluka..

Sekian.

Wasalam~


Isteri, terimalah suamimu seadanya..

 Sekadar renungan untuk suami dan isteri..:)

ISTERI : abang, apa kata malam ni kita tak payah tidur sama..abang tidur luar, ayang tido dalam bilik

SUAMI : kenapa syg..


ISTERI : ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkan semue keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkan tentang keburukan ayang sebanyak mungkin! esok pagi
kita baca balik apa yang kita tulis tu okeh?

SUAMI : ok..

> > dan malam itu si isteri senaraikan tentang keburukan suaminya sampai tak tidur.. suaminya yang turut berada di ruang tamu juga turut tak tidur.. sehinggalah ke pagi di waktu untuk bersarapan...

ISTERI : ha, macam mana, siapa nak mulakan dahulu???

SUAMI : ayang dulu mulakan..

ISTERI : ok abang dengar tau, (sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatatnya malam tadi)..

ISTERI : abang tak romantik...abang tak pandai pujuk.. abg bla bla bla.. bla bla bla..ok dah, sekarang abang pulak..!

SUAMI : (die mengeluarkan 3, 4 helai kertas yang kosong...) abang mintak maaf... tiada apa yang abang dapat senaraikan tentang keburukan ayang.. sebab abang terima ayang seadanya.. dan segala keburukan ayang abang sentiasa maafkan.. dan abang mintak maaf kalau abang tak sempurna di mata ayang...

> > si isteri tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus die peluk dan memohon ampun pada suami nya.. dia menyesal,, kerana telah melukakan hati suaminya.. dia juga sedar dan bersyukur.. bahawa suaminya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerahkan untuk-Nya..


Sumber :: Salah seorang rakan dari Facebook..:)

U know, menitik air mata wa bace.  Siapa cakap selama ni suami je nampak salah isteri? Isteri juga ada kesalahan sendiri.  Sayangilah suami kita seadanya dia.  

Notakaki :: Kami pon ade permainan juga. Before tido kalo tak ngantok lg, kompom kami men game Jewel Quest. Men sesame game dalam henpon tu. :p Kalau kalah, dua2 kene tido..Serius rindu suami nun disana. Harap papa selamat disana. Doa mama mengiringi papa..:) Saya sayang hubby saya..Sooooo muchhhieeesss~ :)

Friday, February 24, 2012

Salam pagi jumaat...:)

Setiap pagi, kompom pirst taim sampai opis ialah membuka blog disamping membuka email.  Tah, rajin pula saya berblogging sekarang.  Ni tengah carik mud nak buat keje.  

Hurm, tadi bangun agak lambat tapi mujur sempat solat Subuh.  Tapi harini wa agak kewl sikit. Sebab walaupun agak lambat, tapi sume berjaya dimanage dengan jayanya..huuu..kuasa Allah...!

 Semangat tuk lebih serius dalam bidang jahitan felt craft ni makin menjadi2.  Mungkin sebab saya sorang. Isi masa lapang je sebenarnye.  Tak ade fikir mende lain.  Seronok juge tengok mende comel2..

Baeklah.. Tengahhari ni rehat panjang sikit.  Nak ajak kawan pegi carik sedikit lagi barang2 jait. Dia pon suke buat mende nih.:) pastu stockup segala macam yang rasa perlu beli. :) sbb nak tengok market dulu cemana. Orang sume sajes tuk bisnes tapi saya cume takot, sebab saya tak pandai berbisnes. Okeh, kerja dahulu. Nanti jumpe lagi.. :)


Seronok dah ade tool box sendiri..huyehhhh! semangatlah aimi! :)


Thursday, February 23, 2012

Serius speechless..~

Sejak saya berblog dua tahun lalu, yang pada mulanya tak aktif dan tak banyak post yang saya letak, tapi actually kebelakangan ini saya mula sedar sesuatu yang setiap yang kita buat ada baek dan buruknya.

Saya ambil contoh. Blogging adalah salah satu medium untuk seseorang meluah perasaan or mungkin ingin berkongsi cerita tentang kehidupan yang masih mempunyai limit. (tak semua boleh cerita).  Dan tak kurang juga menjadikan blog satu medium untuk berniaga. Ini positif pada saya.  Tapi apabila saya perhatikan, masyarakat lebih gemar membaca, mengikuti blog2 yang mencetuskan kontroversi daripada memberi maklumat atau info tentang sesuatu.  Ada, memang ada.  Tapi jumlah itu tak dapat mengatasi pertumbuhan blog2 yang sentiasa bercerita tentang keburukan orang lain dan fitnah yang pada saya agak melampau.

Dalam penulisan , sebenarnya ia mengajar kita untuk menjaga dan membezakan mana yang penting dan tak penting.  Okeh, pandangan saya sahaja ya.  Tidak salah nak buat blog yang berkaitan hiburan, tapi jangan sampai memfitnah seseorang, menjatuhkan maruah orang lain.

Saya juga mengaku kadang2 blog merupakan medium untuk saya melepaskan apa yang terbuku dihati tapi semua itu juga harus mempunyai limit..Saya mula bosan mengikut blog2 yang agak negatif pada saya dan komen2 pembaca yang kadang2 menggunakan ayat yang melampau dan tidak sedap didengar.  Dimana nilai2 murni kita sebagai orang Melayu dan juga seorang Islam..?

Melepaskan kemarahan tanpa berfikir panjang melalui penulisan juga sebenarnye menyumbang ke arah kesan yang lebih negatif.  Saya juga tidak menafikan bahawa apa yang saya tulis suatu ketika dahulu pernah juga menimbulkan sedikit kontroversi tetapi we have to be intelligent.  Dari penulisan, dari percakapan serta ayat yang kita tuturkan sebenarnye melambangkan keperibadian sebenar kita.  

Saya juga tidak setuju blog digunakan untuk menghentam dan tempat mencaci diantara satu sama lain serta mencari pengikut yang setia  yang kononnye akan sentiasa menyokong apa saja yang ditulis. Disamping menjadi publisiti murahan kononnye tiada medium lain untuk bersuara.  Come on, kita negara demokrasi kan. 

Pening kepala saya membaca beberapa blog yang saya rasa tidak relevan dan sengaja membangkitkan isu dan pergaduhan..

Tak mengapalah, nak sambung menjahit. Slow pulak malam  ni. Pening kepala kot..hehehe..

Okeh?


Just my 2cent..:)

Always bear in mind, stay positive which is sometimes saya pon gagal.  Tapi, istighfar.  Kita ada Yang Maha Kuasa.  Segala amalan juga tercatit kan..:)


InsyaAllah..~