CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 16, 2012

Keje untuk apa???

Ade orang keje tuk makan gaji..
Ade orang keje tuk dapat maki..
Ngahahah..

Aku ?

Keje sebab nak carik rejeki..
Tuk keluarga, tuk diri senirik, tuk anak-anak bila Allah nak kasik nanti..
Dan nak perabis duwet beli barang yang aku suke..
Tih tih tih..

Keje ni luas.
Kat umah jadi surirumah pon keje jugak.
Sape kate surirumah bukan keje..
Deme pon keje tau..
Aku yang ade keje pon balik umah sambong keje kat umah pulak..

 
Okeh..berbalik kepada konsep bekerja..
Aku handle satu kes yang aku rasa macam nak jatuh gak la jantung.
Dengan orang yang agak ‘gaok’ kalau dalam bahasa Sarawak nye lah..
Yang bermaksud, agak kasar dan agresif..
So far selama duduk sini dua tawon, aku tak penah lagi jumpa yang seagresif dan sedegil ni..
Orang dok cakap, dia dok tepis..
Orang bagi sajesen, dia dok salahkan orang..
Ko ni datang opis aku nak dengar cakap aku ke nak dengar cakap ko..?
Datang mintak advice dan nasihat, pehtu ko bajet soh orang dengar cakap ko pulak..
Eh, ko ke aku yang keje kat sini?
Bila dah cakap leklok, dia dok tinggi sore..
DAh suruh berenti, dia dok terus bercakap..
Sampai one part, aku sedang berkata kepada staff aku kat sebelah dan si degil itu menyampuk..
Aku pandang beliau dengan muka serius dan berkata, ‘kenapa cakap macam tu.’

Dan kakitangan aku yang gagah perkasa berkata, “Please respect my boss! Dia bos saya. Dan dia tak cakap dengan kamu pon..”

Aku terus cakap, “sila handle..” dan aku kua dari bilik..

Kalau tak kua, aku takot aku yang keje cas kang..

SEbab memukul orang..

Uhhh..

Hilang sabar jemah jojes ni oiiiiiiiiiii~

 
Bukan nk tunjuk kuasa, tapi aku diam je dalam bilik tu..
Dia dok bising-bising..tamo dengar lagi ape kami advice..
Dok salahkan kami..
Hmm..

Jadi, dari kejadian itu, aku mula fikir, ni ke dugaan aku keje..
Kenapa aku kene hadapi masalah macam nih..
Kenapa aku duduk kat jabatan nih..
KEnapa aku kene ngadap orang2 camni..
Grrr..

Siyes nak nangeh, tapi siyes juga aku takde ayo mate nak kua..
Sampai tahap gitu..
Menggigil aku tahan marah..
Soh diri bersabar..
Kalau pendaftar ko boleh lawan, tu maknanya ko cabar undang-undang..
Cube mintak advice dan dengar, bukan kami tanak tolong..


TApi..

Bila fikir positif side, aku bersyukur..
Walaupun bukan pangkat tinggi, tapi aku bersyukur aku ada tapak..
Kira umur aku masok post ni, aku kira muda lah..
Dan bos aku nampak aku ade potensi tuk maju.
Walopon aku kekadang up & down…
Bila aku perform, orang suke..
Bila aku tak perform, aku baiki diri..
Tanggungjawab aku agak besar..
Walopon pangkat aku kecik..meuehheheeh..

Aku fikir, nape Allah bagi aku reZeki kat jabatan ni.
Kenapa bukan yang aku nak..
Kenapa bukan bidang aku..
Tapi aku tau..
Allah Maha Mengetahui..

Dia nak aku tau, aku ada bakat lain selain dari jadi seksiteri dan mengadap computer..
Iaitu, membebel dan memarah staf tak lame..kihkihkih..
Taklah..
Bidang yang aku senirik tak terfikir..
Yang aku rasa pada mulanya aku tak mampu..
Alhamdulilah..
Aku syukur Allah bagi aku rezeki di sini..
Dapat tau budaya orang..
Sebab aku tak penah sampai Sarawak..
Kalau tak sebab keje, aku tak sampai kot..
*aku yang mintak transfer sini..mueheheh..*

Bila keje orang appreciate, kite seronok..
Kes berbeza dengan yang atas tadi..
Kali ni, orang yang boleh berfikir dengan waras dan menerima advice dari kami yang pakar dalam bidang kami..
Walaupun beliau berpangkat, beliau masih nak dengar ape prosedur kami..
Dan cuba memahami wlopon at first place tak berapa faham..
Jadi, aku amik tanggungjawab tu untuk memahamkan beliau.
Sampai aku di puji..
Sebab aku nak tolong beliau..
Pada aku, itu tanggungjawab aku, tugas aku, dan part of menatang yang ade dalam fail meja aku..
Yes, dalam bekerja, aku turut jalankan social responsibility..
Undang-undang tetap ikut..
Tapi kita cuba tolong dan ikhtiar setakat yang mampu..
Aku Cuma gembira bila tengok orang yang aku tolong gembira walaopon aku tolong tak la seberapa..
Walaupun mereka perlu melalui macam-macam proses dan prosedur tapi bila kita dah terangkan dan assist dorang sikit-sikit, at least dorang faham dan tak marah-marah..
Dugaan tau keje dengan orang ramai..
Dan macam-macam kes..
Tapi macam aku cakap tadi lah, rasa duwet gaji yang kita dapat tetiap bulan tu berkat je..
Bila kita dah tunaikan dan laksanakan tanggungjawab kita..

Huahh..

Tak mintak pon puji, Cuma nak mereka faham tugas kami, dan prosedur serta undang-undang yang sebenarnya.
Cukup mendoakan kami jabatan yang berjaya..
dan terus berjaya
Walaupun banyak cerita-cerita negative timbul bila sebut jabatan kami..
Tak mengapalah..
Mereka tidak tahu..
Cuma tugas kami, memberi maklumat yang sebetulnya kepada masyarakat dan rakyat..

 
Walaupun agak tertekan dengan keadaan kerja camni, tapi aku puas.
Sebab aku belajar manyak benda..
Dengan bos bos..
Dan kakitangan bawahan aku yang banyak membantu..
Agar kitorang bergerak seiring dan tak membelakangkan undang-undang..
Juga orang-orang yang percaya dengan keupayaan aku..
Terima kasih..

Aku tak menyesal masok skim ini dan pangkat yang dipegang walaupun tak setinggi mane..
Sebab aku challenge diri aku untuk terima segala cabaran..
Baru nak masok tiga tawon weh..
Aku ade lagi 34 tawon nak keje..
Dan mengadap mende2 yang aku agak, lagi rare pasnih..
Doakan aku kuat dan berjaya..
Hoyehhhh!

Jadi, sebelum pegi keje, niat dalam hati, kerana Allah, nak carik rezeki halal..
semoga amalan kita diterima..insyaAllah..

Keje tu kan ibadah..

BAbai..

2 comments: