CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 23, 2012

Puasa sunat : Hari Asyura

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.

(3) Dicipta Adam a.s.

(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.

(8) Selamat Musa dan pengikutnya.

(9) Lemas Firaun.

(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.

(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.

(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.

(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.

(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


Niat Puasa Sunat Bulan Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNAH LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”


KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
 
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
" Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".

Maka berkata Rasulullah S.A.W :
" Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
menjadikan laut pada hari Aasyura,
menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

InsyaAllah..

Selamat berpuasa~

2 comments: